Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

DrZaharuddin Group

Description
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

1 month ago
Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda: “Suami …

Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam bersabda: “Suami yang beriman tidak akan membenci isterinya yang beriman. Jika ada sesuatu yang tidak disukai pada isterinya, maka si suami akan pasti fokus dan mencari apa yang diredhai dan disukai yang ada pada isterinya.” ( Riwayat Muslim). Sebaik-baik lelaki adalah yang terbaik kepada isterinya, dan baginda Nabi adalah yang terbaik kepada para isterinya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com
myinfaq.org
mycourse.my

1 month ago
DrZaharuddin Group
1 month ago

SEPARUH RAMADHAN & MUHASABAH

Pada bulan yang nafsu syahwat patut dididik dan dipukul kerana degil, malangnya ia berterusan menguasai sang diri. Amat dibimbangi, jika itu berlaku, itu adalah tanda diri akan terus menjadi hamba si nafsu syahwat di bulan-bulan lain yang mana nafsu akan diperkukuh kedudukannya oleh Syaitan yang berlegar.

Allah menyebut melalui hadis qudsi :
يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي الصيام لي وأنا أجزي به
Ertinya : Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana aku (ALLAH), maka puasa khas untukKU, dan aku akan memberikan ganjaran untuknya.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

SYAHWAT LISAN

Berbekalkan hadis qudsi dan sebuah lagi hadis yang cukup popular di bulan ini, dapat kita ketahui syahwat yang mesti dikekang juga adalah syahwat lidah atau lisan.
Nabi bersabda :
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Ertinya : Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata buruk, dan perbuatan buruk, maka tiadalah bagi Allah hajat kepada penahanan makanan dan minuman (seseorang yang berpuasa itu)" ( Riwayat Al-Bukhari)

Ibn Al-`Arabi dan al-Qaradawi masing-masing mengulas bahawa pahala puasa akan hancur dengar kesalahan-kesahalahan ini, puasa tidak batal tapi pahalanya batal, hingga jadilah puasanya kosong, lagi gagal menghasilkan taqwa yang menjadi sasaran.

Umar ibn Al-Khattab berkata :
"Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari bercakap bohong, tipu dan cakap kosong"

MARAH DAN KEMARAHAN

Lisan yang suka memaki hamun apabila marah, mengeji apabila benci, mengumpat apabila dengki, mengadu domba apabila busuk hati, berbohong untuk menyelamat diri dan mendapati yang dihajati.

Bercerita tentang keaiban orang dan keburukannya mungkin ada suatu kesedapan dan kelazatannya yang tersendiri. Ya, lazat yang diulami oleh nafsu ke dalam diri. Agar manusia tunduk menjadi hamba kepadanya.
Lalu di bulan ini, Nabi mendesak kita untuk mengawalnya, mengekangnya dari terus bermaharajalela dalam diri.

Nabi mengingatkan :-
الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين
Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu jawablah : Aku berpuasa, sebanyak dua kali. ( Riwayat Al-Bukhari)

Dr Zaharuddin Abd Rahman

3 months ago

KETIKA PANIK BERSEDEQAHLAH ..

Sabda Baginda Nabi ketika manusia panik dengan kejadian gerhana matahari :
فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا وصلوا وتصدقوا
Ertinya : Apabila kamu melihat peristiwa itu, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedeqah. ( Sahih al-Bukhari )

Ibn Daqiqi al-Eid dalam syarahnya bagi hadis ini :
وفي الحديث دليل على استحباب الصدقة عند المخاوف لاستدفاع البلاء المحذور
Ertinya : Dalam hadis tersebut terdapatnya hujah yang menggalakkan sedeqah ketika di dalam ketakutan/kebimbangan bagi menolak bala yang bakal menimpa.

Sempena Jumaat ini, tuan puan boleh memilih untuk sedeqah di projek yang disahkan di bawah :

Ibn Qayyim menyatakan,
أَنَّ لِلصَّدَقَةِ فِيهِ مَزِيَّةً عَلَيْهَا فِي سَائِرِ الأَيَّامِ، وَالصَّدَقَةُ فِيهِ بِالنِّسْبَةِ إِلَى سَائِرِ أَيَّامِ الأُسْبُوعِ كَالصَّدَقَةِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِالنِّسْبَةِ إِلَى سَائِرِ الشُّهُورِ
Ertinya “ Bersedeqah padanya (hari Jumaat) mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding hari-hari lain. Dan sedeqah pada hari itu pun lebih baik dibandingkan hari-hari lain sebagaimana sedekah pada bulan Ramadhan lebih baik dibandingkan bulan-bulan lain.” (Rujuk Zad al-Ma`ad)

Tuan puan boleh memilih untuk sedeqah di projek yang disahkan di bawah :

  1. Projek digitaliasi penterjemahan dwi bahasa dan syarah 6200 hadis kitab mishkat al masabih di masabih.org untuk kegunaan umat secara PERCUMA. Web amal jariah ini sudah beroperasi dengan terjemahan lebih 68,000 ribu hadis dari 10 kitab hadis, namun dalam proses memasukkan syarah berkualiti & pembinaan mobile apps namun belum mampu kewangan.

https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/

  1. projek binaan telaga air bersih kemudahan jangka panjang dengan solar power untuk komuniti Islam di Nigeria. Satu sudah siap dan satu lagi dalam pembinaan namun perlukan sekurang-kurangnya dua belas lagi telaga ari bersih.

https://myinfaq.org/kempen/bantuan-pembinaan-telaga-air-di-nigeria/

  1. Projek binaan telaga air bersih dengan pam manual untuk komuniti Islam di Kenya. Dua sudah dalam pembinaan namun perlukan lebih banyak lagi.

https://myinfaq.org/kempen/kutipan-dana-telaga-air-bersih-di-kenya/

  1. Projek waqaf bina masjid di Sungai Pusu Gombak

https://myinfaq.org/kempen/dana-wakaf-pembinaan-masjid-yusuf-sungai-pusu-gombak/

  1. Projek Pembelian Sekolah Islam tidak beroreintasikan keuntungan bagi menjaga aqidah pelajar Muslim di Tokyo Jepun yang hampir terpesong apabila menyertai sekolah biasa.

https://myinfaq.org/kempen/permohonan-dana-bangunan-sekolah-islam-antarabangsa-otsuka-di-tokyo-jepun/

  1. Dana Asrama Ma’ahad Tahfiz
    https://myinfaq.org/kempen/permohonan-dana-pembinaan-bangunan-asrama-dan-kemudahan-sekolah-bagi-maahad-tahfiz-darul-muhibbin-di-taman-keramat-kuala-lumpur/

Banyak lagi program bermanfaat yang lain di myinfaq.org. Selamat bersadaqah..

Saya turut mengesahkan semua projek di atas adalah tulen dan dipantau secara langsung oleh saya dan pasukan. Inshallah.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup
————
Cuba software untuk urus bayaran hutang berkala, sewa dan yuran. Juga untuk penganjuran program, lawati software iurus.co

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my

3 months ago

Jom belajar bagaimana menggunakan Chat Gpt untuk menyiapkan karangan, terjemahan, kandungan bisnes, skrip video, kesimpulan dan analisis, kira-kiraan statistik, buat karangan, memudahkan kajian akademik dan tesis serta menilai sesuatu artikel dan karangan.

Kursus ini mengajar menggunakan chatgpt 3.5 versi PERCUMA.

Daftar sekarang di kursus bersijil ini

https://mycourse.my/courses/chatgpt-explore-ai-technology-for-business-academic-research/

Dijamin bermanfaat InshaAllah.

MyCourse

CHATGPT Ai Technology for Business, Academic & Research - MyCourse

This pre recorded 4 hours workshop will guide the group through the essentials of utilizing ChatGPT for a range of purposes, such as improving communication, fostering creative thinking, and addressing challenges. By the workshop's conclusion, all participants…

Jom belajar bagaimana menggunakan Chat Gpt untuk menyiapkan karangan, terjemahan, kandungan bisnes, skrip video, kesimpulan dan analisis, kira-kiraan statistik, buat …
3 months, 1 week ago

Lihatlah semakin canggih teknik scammer menipu orang ramai, dalam video ini BNM menafikan video yang dikepilkan yang kononnya memaparkan video berita dan ulasan Gabenor.

Padahal suara pembaca berita adalah edit suara oleh scammer dan demikian juga audio suara yang diletakkan pada video gabenor BNM.

Saya sangat berharap semua rakyat berhati-hari dan jangan tergesa-gesa sertai tanpa melakukan semakan.

Jika terdapat video dengan gambar saya sedang bercakap dengan audio kononnya saya mengajak melabur dengan pulangan luar biasa seperti dalam video, JANGANLAH ada sesiapa yang percaya ye. PASTI semuanya ada editing audio palsu oleh scammer.

Bimbang di zaman Ai ini suara kita lebih mudah ditiru dan generated by ai.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup
————

Jom laksana aqiqah, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

Pelajari ilmu & kemahiran baru dari pelbagai kursus beserta sijil profesional di akhirnya di mycourse.my

5 months ago
The 57-member Organisation of Islamic Cooperation …

The 57-member Organisation of Islamic Cooperation (OIC) bloc imports $79 billion worth of halal products from five countries backing Israel’s current hostilities against Palestinians.

How can Muslim-majority countries leverage the halal economy and strategize to exert economic clout? Is any portion of the $79 billion import figure replaceable?

Read our lead story to find out....https://lnkd.in/gsjwGNeF

Credit : Salam Gateway

5 months ago
DrZaharuddin Group
5 months, 1 week ago

Ramai yang cuba boikot produk air coklat M kerana isu Palestine tetapi buntu kerana sangatttt suka air coklat.. jadi apa alternatifnya?

Kekaurga anda berhak mendpat produk yang lebih sihat namun tetap lazat keluaran muslim sepenuhnya. Berkualiti inshallah. Lebih sihat, kurang manis dengan campuran kurma dan madu.

Boleh bandingkan air coklat ini dengan semua air coklat mahal dan murah di restoran dan yang dijual di pelbagai pasaraya, inshallah ia berbaloi untuk anda dan keluarga. InshaAllah.

Kini masanya untuk mencuba air coklat dengan rasa sangat premium CHOCODATES SPLASH keluaran syarikat ELZAR !!

Produk ini merupakan minuman coklat 4-in-1 yang lazat gabungan Koko + Kurma + Madu dengan kandungan gula TIDAK sampai dua sudu teh.

🍫 Boleh dapatkan dengan 2 varian - 850g (powder) dan 450g (15 sachets).
🍫 Sihat dan halal lagi baik untuk kesihatan insha Allah.
🍫 Nikmatilah khasiat dan zat daripada bahan utama koko yang berkualiti.
🍫 Dapatkan juga khasiat tambahan daripada kurma dan madu.
🍫 Keluaran dan eksklusif daripada Elzar Resources, Bumiputera Muslim 100%.

🍫 Juga boleh dibeli secara online melalui Shopee.
Jom sama-sama kita cuba untuk hidangan berbuka yang berkualiti. Sambil membantu pengusaha bisnes mikro muslim dan meluaskan produk mereka dari hanya terkepung di lokaliti kecil mereka.

Air coklat CHOCODATES SPLASH gabungan madu dan kurma 👇🏻

https://shp.ee/p7sssvk

KEREPEK PISANG MABROOK 👇🏻

https://shp.ee/tijy9at

Rujuk https://www.facebook.com/share/p/vj1DiLvgsSh11oTU/?mibextid=I6gGtw

Dr Zaharuddin Abd Rahman

6 months, 2 weeks ago
Berkenaan PAMPASAN INSURAN CARUMAN MAJIKAN, Bolehkah …

Berkenaan PAMPASAN INSURAN CARUMAN MAJIKAN, Bolehkah Pekerja Ambil?. Soalan diterima dari group telegram saya dan berikut jawapan sangat ringkas saya. Moga bermanfaat.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup
————
Cuba software untuk urus bayaran hutang berkala, sewa dan yuran. Juga untuk penganjuran program, lawati iurus.co

Jom laksana aqiqah, waqaf dan bersih harta syubhat di myinfaq.org

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago