ABIM Malaysia

Description
Dapatkan perkembangan terkini kegiatan ABIM, promosi buku-e percuma, ruangan untuk interaksi, peluang berbakti, perkembangan isu semasa, pendirian sikap ABIM dan banyak lagi, melalui saluran Telegram Angkatan Belia Islam Malaysia (@abimalaysia)
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 3 meses, 3 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 2 meses

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas

2 months, 1 week ago

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
05 Sha'ban 1446 | 04 Februari 2025

ABIM GESA KAJI SEMULA PERUBAHAN KADAR TARIF ELEKTRIK

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan untuk memberi kepastian segera dengan jelas dan lengkap mengenai kadar baru tarif elektrik yang dilaporkan akan dikuatkuasakan pada pertengahan tahun ini.

Ini kerana ABIM menilai perubahan kadar baru tarif ini akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat yang sedang cuba memenuhi keperluan asas mereka di sebalik tekanan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.

Apatah lagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih terkumpul RM 3.74 bilion pada suku ketiga 2024 yang dilaporkan antaranya adalah hasil daripada jualan tenaga elektrik yang lebih tinggi,

Walaupun menerusi sesi ketika di Dewan Rakyat pada 4 Februari 2025 memaklumkan kenaikan ini hanya membabitkan sektor industri secara khusus antaranya, akan tetapi ia akan memberikan kesan berangkai kepada pengguna secara keseluruhannya.

Ini kerana berdasarkan pada apa yang berlaku sebelum ini, apa jua kos kenaikan membabitkan petrol serta elektrik akan ditanggung secara tidak langsung oleh rakyat.

Dalam erti kata lain rakyat tetap akan merasai kesan kenaikan itu secara langsung walaupun dilaporkan kadar tarif untuk 85 peratus rakyat tidak terjejas.

Begitu dengan sektor-sektor lain khususnya pelancongan. Contohnya perubahan kadar elektrik ini dijangka akan mempengaruhi kos operasi sehingga mempengaruhi kadar bayaran untuk penginapan.

Apatah lagi dengan kemungkinan perlaksanaan subsidi bersasar untuk petrol yang dilaporkan akan dilaksanakan pada masa yang sama. ABIM menilai berpotensi mencetuskan kesan berganda yang perlu dihadapi rakyat yang terpaksa meningkatkan komitmen kewangan peribadi.

Dalam erti kata lain mana-mana pihak tidak perlu ada sebarang tanggapan bahawa rakyat inginkan perkhidmatan percuma seperti elektrik, kerana realitinya mereka masih membuat bayaran untuk mendapatkan aksesnya.

Justeru dengan merujuk pada prinsip kesejahteraan dan ihsan yang menjadi asas kepada gagasan Malaysia Madani, ABIM menggesa agar perubahan tarif ini dikaji secara mendalam dan tuntas kerana sebarang kenaikan terbukti akan memberi kesan berantai kepada kehidupan rakyat.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2 months, 3 weeks ago
***🇲🇾******🇵🇸*** `BIAR SATU DUNIA TAHU ***🇵🇸******🇲🇾***

🇲🇾🇵🇸 `BIAR SATU DUNIA TAHU 🇵🇸🇲🇾

https://www.facebook.com/share/p/15wJuzLtWN/

https://www.instagram.com/p/DFSNULIvAjQ/?img_index=1

https://x.com/DrZulkifliHasan/status/1883494121408745480

🇲🇾🇵🇸 BIAR SATU DUNIA TAHU 🇵🇸🇲🇾

Gaza menjadi saksi bilamana Aljazeera melaporkan 4 tahanan askar rejim Israel dibebaskan dalam keadaan mereka sihat walafiat.

Dengan senyuman gembira; sambil melambaikan tangan kepada penduduk Gaza.

Ramai yang gembira dan kagum dengan cara pembebasan itu.

Seluruh dunia menyaksikan betapa tingginya moral dan etika Hamas dalam menjaga tawanan perang sebagaimana yang dianjurkan oleh Undang-Undang Antarabangsa.

Terdahulu, sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam dilaporkan memberi cenderahati kepada Romi Gonen, Doron Steinbrecher dan Emily Damari ketika menyerahkan mereka kepada wakil Persatuan Palang Merah di Bandar Gaza pada Ahad lalu.

Ketiga-tiga mereka menerima beg kertas tertera logo Briged al-Qassam yang mengandungi rantai, peta Semenanjung Gaza, sijil pembebasan mereka dan gambar kenangan ketika berada di Gaza.

Hal ini pastinya berbeza dengan layanan zalim yang diterima kebanyakan tawanan Palestin yang tidak berdosa, yang diseksa oleh tentera rejim.

•••

Sebelum ini, kami menganjurkan Solat Hajat bersama agensi-agensi Hal Ehwal Agama, sahabat-sahabat Geng Surau Putrajaya, Sdra. Faizal Tahir, Sdra. Musa Nuwayri dan ramai lagi, hampir setiap minggu, pada malam Jumaat bagi mendoakan Gaza dan bumi Syam.

Kami berpindah dari satu surau dan ke surau dan masjid yang lain.

Ramai yang turut menyertai usaha kecil kami ini, daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.

Saya sendiri pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke dalam Gaza dan Syria, jadi tanah Syam memang dekat dengan jiwa saya.

Teruskan berdoa dan mungkin doa-doa kita semua inilah menjadi antara penyebab Palestin akan mendapat kebebasannya.

•••

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala melindungi saudara kita di Palestin.

Allahu Akbar!

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#PalestinMerdeka
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne

2 months, 3 weeks ago
*Malaysia No.1 Kewangan Islam Terbaik Dunia …

Malaysia No.1 Kewangan Islam Terbaik Dunia 2024

https://www.facebook.com/share/p/15mb1fpGWu/

https://www.instagram.com/p/DFKkXlUvpyz/?img_index=1

https://www.instagram.com/p/DFKkk11P9ZH/?img_index=1

https://www.instagram.com/p/DFKnBw8PypG/?img_index=1

https://www.instagram.com/p/DFKnQp9Px5l/?img_index=1

https://x.com/DrZulkifliHasan/status/1882443043544174945

Syukur, Malaysia terus menerajui Kewangan Islam di dunia.

Malaysia berada di tangga pertama sudah 12 kali berturut-turut mendahului banyak negara besar dan kaya yang lain.

Saya menulis buku “The Future of Islamic Finance”; cuba melontarkan idea untuk melihat Kewangan Islam di Malaysia terus terbang tinggi dan meneroka peluang menerusi dimensi yang lebih menyeluruh selari dengan Maqasid al-Shari’ah.

Tidak lupa untuk menelusuri sejarah bagaimana YAB Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyumbang jasa yang cukup besar malahan sebelum bergelar Menteri lagi.

Penubuhan Bank Islam, UIAM, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain sumbangan yang begitu signifikan dalam sejarah Malaysia sedari era ABIM, PKPIM dan MBM.

•••

Koperasi Belia Islam (KBI) mempunyai sejarah panjang dan sumbangan tersendiri kepada sistem koperasi dan institusi kewangan Islam di Malaysia.

KBI yang ditubuhkan oleh ABIM turut dicatat dalam buku “Historical Roots of Islamic Finance in Malaysia from the Pre-Islamic Era Until 1983” mencatatkan bagaimana Koperasi Belia Islam (KBI) sebagai sebuah institusi awal yang membangun dan menyumbang kepada muamalah Islamiyyah di Malaysia.

Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadi institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Syariah.

Sebelum Bank Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia, KBI telah memainkan peranan sebagai institusi yang menjalankan aktiviti kewangan Islam kepada masyarakat Islam seperti kemudahan pinjaman secara Islam.

Penubuhan KBI pada 31hb Mei 1977 merupakan strategi dakwah yang dijalankan oleh Biro Ekonomi ABIM di bawah kepimpinan PMX untuk mendapatkan dana bagi keperluan para ahli dan aktiviti-aktiviti gerakan.

Matlamatnya melalui koperasi adalah untuk melaksanakan sistem kewangan Islam dalam urus niaga perniagaan dan pengeluaran produk dengan mengikut syariah Islam.

Penglibatan ABIM menerusi KBI telah dapat membantu masyarakat Melayu dalam beberapa kemudahan, keperluan dan urus niaga yang bersifat ‘Islamic’ tanpa membabitkan bunga atau riba yang menjadi ciri utama urus niaga moden hari ini (Laporan Tahunan KBI 1982).

Antaranya adalah menerusi Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) yang mendapat perhatian ramai, termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Muslim.

Sepanjang operasinya, KBI telah menerima anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi bagi kategori ‘Koperasi Model’ pada tahun 1985 dan ‘Anugerah Kualiti’ pada 1993.

Sejak awal penubuhannya pada era 1970an, ABIM di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Dr. Razali Nawawi dan PMX mendesak kerajaan agar penubuhan Bank Islam disegerakan untuk membolehkan KBI menggunakan segala kemudahan yang bakal disediakan oleh Bank berkenaan.

Hal ini menggambarkan bahawa KBI berjaya mendahului mana-mana institusi kewangan atau perdagangan di negara ini termasuklah penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan pada 11hb Mei 1983.

KBI telah membuka laluan kepada perkembangan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia seperti Bank Islam dan Sistem Perbankan Islam.

Pada tahun 1983, Bank Islam telah ditubuhkan secara rasmi oleh kerajaan.

Hal ini kerana timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam supaya tidak melibatkan diri dalam urusan riba dan muamalat yang haram dalam kehidupan seharian.

•••

Saya selalu memaklumkan bahawa PMX adalah satu-satunya pemimpin dunia yang konsisten mempromosi Ekonomi Islam dan Kewangan Islam.

Satu peluang yang begitu besar untuk negara kita menuju kecemerlangan yang gemilang.

Alhamdulillah, Malaysia Madani terus mendunia!

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾

#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

4 months, 3 weeks ago
INVITATION TO IIIT-IIUM ONLINE COURSES: Certificate …

INVITATION TO IIIT-IIUM ONLINE COURSES: Certificate in Integration of Knowledge for Human Sciences

Week 8
Date: Saturday, 23th November, 2024
Time: 09:00 AM – 12:30 PM Malaysia

(08:00 AM Jakarta)
(09:00 AM Hong Kong)
(04:00 AM Riyadh)
(04:00 AM Istanbul)
(02:00 AM London)
(02:00 AM Abuja)
(03:00 AM South Africa)
(04:00 AM Amman)
(04:00 AM Doha)
(06:00 AM Islamabad)
(07:00 AM Dhaka)
(09:00 PM Washington DC)

ZOOM:
https://us06web.zoom.us/j/88989158387?pwd=C4dEh8RLWQbta1zL93HgTLTNk6Q70x.1

Meeting ID: 889 8915 8387
Passcode: cert2024

Facebook
https://www.facebook.com/i.epistemology?mibextid=ZbWKwL

Youtube
https://youtube.com/live/Sfn1Qb3hB8w?feature=share

09:00 AM Emergence and Current Challenges to the Contemporary Muslim Psychologists by Dr. Jusmawati Fauzaman

09:45 AM Intercultural communication dynamics by Dr. Dr. Norbaiduri Ruslan

10:30 AM Break

11:00 AM Emergent and Current Challenges to Muslim minorities by Dr. Mohamed Fouz Mohamed Zacky

11:45 AM Emergence and Current Challenges to the Contemporary Muslim Sociologists by Asso. Prof. Dr. Noor Azlan

12:30 PM Classes End

All slides will be put on Google Drive for your own reference.
https://drive.google.com/drive/folders/1GHqkEiKCyoypMvol4ZDbf-FgU8EaME2q

Thank you.

4 months, 4 weeks ago

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
SALAM TAKZIAH

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Wan Jaffree Wan Sulaiman atas pemergian beliau.

Allahyarham merupakan antara golongan awal dalam gerakan dakwah ABIM di Kedah, bermula sejak penubuhan Persatuan Pelajar Islam Negeri Kedah (PPINK). Beliau juga adalah salah seorang perintis awal pembukaan Maahad Tarbiah Islamiah pada tahun 1979, bersama Almarhum Sheikh Niamat Yusof.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SRIAS) bersama isterinya. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam ABIM Kedah dan Wadah Kedah untuk tempoh yang lama. Jawatan terakhir yang masih disandang beliau adalah sebagai Pengurus Galeri Al-Hikmah.

Semoga segala amal bakti beliau diberkati dan Allah mengurniakan keampunan kepada beliau.
Allahu maghfirlahu warhamhu.

Kredit info: Sekretariat WAP Kedah.
Abim Kedah

5 months ago

??????? ???????
MUNTADA BELIA ISLAM NUSANTARA

Pada Sabtu 19 Oktober 2024, bersamaan 16 Rabi' al-Akhir 1446, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bersama-sama penganjur utama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) lain telah menjayakan Muntada Belia Islam Nusantara (MUBIN).

Bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, MUBIN telah menampilkan pelbagai panelis berwibawa dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, termasuklah Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Timbalan Presiden ABIM.

Kolaborasi pada peringkat serantau ini sememangnya diperlukan untuk sebuah penyelarasan berpandu ke arah Nusantara yang subur dengan Islam dan kerja dakwah, ke arah mencapai reda Ilahi.

7 months, 3 weeks ago

Assalamu alaykum wrh wbt.

IIIT East and Southeast Asia cordially invites all friends to join our Intellectual Discourse Series featuring Dr Ahmad Badri Abdullah who will be talking on Maqasid Approach in Foreign Policy for a Dynamic Global Landscape. Details of the event are as follows:

Date: 30th August 2024 (Friday)
Time: 09:15PM – 10:45PM Kuala Lumpur

Moderator : Br. Shahran Kasim (Deputy Director of IIIT ESEA and CEO of KDH)

Join Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/83755270578...

Meeting ID: 837 5527 0578
Passcode: iidso2024

Youtube Live Streaming:
https://youtube.com/c/IIITOnlineClasses

Facebook
https://www.facebook.com/i.epistemology?mibextid=ZbWKwL

Dr Ahmad Badri Abdullah is the Deputy CEO of International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).

Check your local time
(08:15 PM Jakarta)
(09:15 PM Hong Kong)
(04:15 PM Riyadh)
(04:15 PM Istanbul)
(01:15 PM London)
(02:15 PM Abuja)
(03:15 PM South Africa)
(04:15 PM Amman)
(04::15 PM Doha)
(06:15 PM Islamabad)
(07:15 PM Dhaka)
(08:15 AM Washington DC)

Wassalamu alaykum wrh wbt.

Zoom Video

Join our Cloud HD Video Meeting

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution…

8 months, 1 week ago

The main aim of this article is to discuss the epistemological role of the Madani philosophy as a source of conceptual and policy frameworks for counter-extremism responses. The discussion is set against the background of contemporary discourse on terrorism in which there is growing criticism of the lack of objectivity in the approach to terrorism. The article argues that the global search for a universally agreed definition of terrorism would be better served if the issue of terrorism is to be discussed within the framework of a broader discourse on extremism of which it is treated as a special case.

Full Article: https://ideselangor.com/v2/2024/08/09/articulating-a-madani-framework-for-counter-extremism-a-malaysian-perspective/

8 months, 2 weeks ago

USRAH PERDANA
Bersempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-53 ABIM

♦️Tarikh :
Selasa, 6 Ogos 2024

♦️Masa :
09:00 malam hingga 11:00 malam

♦️Tempat :
Bilik Syura Sekretariat ABIM Pusat dan Zoom Meeting

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/86306739099?pwd=hbeCzkvdZITnBwRhDfR37ud29h5p6G.1

Meeting ID: 863 0673 9099
Passcode: 686115 ____________________________
♦️Atur Cara

- Solat isya berjemaah (tempat masing-masing)
- Bacaan doa selamat
- Ucapan aluan Setiausaha Agung ABIM
- Tazkirah ringkas
- Ucapan amanat Presiden ABIM

Jemput hadir ke SAP bagi ahli-ahli ABIM Negeri yang berhampiran dan yang lain boleh sama-sama penuhi ruangan zoom yang disediakan ?

Zoom Video

Join our Cloud HD Video Meeting

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution…

11 months ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 3 meses, 3 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 2 meses

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas