INFO SEMASA OFFICIAL

Description
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 21 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 weeks, 3 days ago

1 Woche her
INFO SEMASA OFFICIAL
1 Woche her
INFO SEMASA OFFICIAL
1 Woche her
INFO SEMASA OFFICIAL
2 Monate, 2 Wochen her
INFO SEMASA OFFICIAL
2 Monate, 2 Wochen her

Hina Melayu malas, Mak cik Kemboja didenda RM40,000

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
6 Disember 2024, 5:10 pm

MARIYAH (kiri) dan anaknya Ezuan (kanan belakang) membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Wanita berketurunan Kemboja, Mariyah Yaakob, 48, didenda sebanyak RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina kaum Melayu tahun lalu.

Hukuman diputuskan selepas tertuduh yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Anak Mariyah, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 23, dikenakan bon berkelakuan baik sebanyak RM10,000 tanpa cagaran dengan penjamin warga Malaysia selepas mahkamah mempertimbangkan tertuduh masih menuntut di sebuah universiti di United Kingdom.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan TikTok dan membuat suatu penyataan dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November 2023 kira-kira pukul 6 petang.

Ezuan yang juga Pengarah syarikat Mariyah Holding pula didakwa secara sedar menggunakan TikTok untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu pada 14 hingga 16 November lalu.

Tertuduh juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pengarah pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas dua beranak itu memandangkan kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius kerana menyentuh isu ‘3R’ (kaum, agama, raja).

Peguam Kamal Hisham Jaafar yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu hukuman ringan kerana pengakuan yang dibuat anak guamnya telah menjimatkan masa mahkamah, selain mereka juga telah insaf.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Azaraorni memerintahkan Mariyah membayar denda RM40,000 atau penjara enam bulan. Mariyah membayar denda yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

2 Monate, 2 Wochen her

BAS ERA 1960AN.

Bas jenis FARGO .. Ipoh tahun 1960an.

Model Fargo sangat popular pada era 50an-60an. Bagaimanpun jenama ini telah pupus pada tahun 1967.

Jenama Fargo diperbuat oih syarikat auto gergasi dari Amerika Syarikat iaitu CHRYSLER tetapi enjin dibuat di Canada.

Casis bas pula diperbuat di bandar KEW England dan eksport ke banyak negara terutama negara2 bekas jajahan British.

Kredit pada pemilik asal.

#infosemasa

2 Monate, 3 Wochen her
INFO SEMASA OFFICIAL
2 Monate, 3 Wochen her
INFO SEMASA OFFICIAL
2 Monate, 3 Wochen her

Lelaki maut kemalangan dalam perjalanan ke surau

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam di sini pada pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, dalam perjalanan menuju ke Surau Alor Jernih dekat sini sekitar jam 6.15 pagi.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.

"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah terbabas ke tepi jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7. 50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

29 November 2024, 1:13pm

#Sinar Harian
#infosemasa
@imgosemasaofficial

3 Monate her
INFO SEMASA OFFICIAL
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 6 days, 21 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 weeks, 3 days ago