ᝰ ⌗ Coretɑn HR᠉ 𐑺 💕

Description
♡• ━━━━━━━ 🧸💕 ━━━━━━━ •♡
>» Terus Kuat Saat Rebah ««<

Ꮺ⁣⁣˚ʜᴀʟᴀʟ ғᴏʀ ᴄᴏᴘʏ ᴀɴᴅ sʜᴀʀᴇ ᴡɪᴛʜ ᴄʀᴇᴅɪᴛ˚Ꮺ⁣⁣

『♡』• @luahansedihaku•『♡』

Collab ‹3 @matiklovers. ꔛ
Collab ‹3 @deepke. ꔛ

🖇˚ ᦃ @HR1701_bot
Advertising
We recommend to visit

Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2

Twitter: x.com/hamster_kombat

YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official

Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/

Last updated 4 months ago

Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market.

📱 App: @Blum
🆘 Help: @BlumSupport
ℹ️ Chat: @BlumCrypto_Chat

Last updated 3 months, 3 weeks ago

Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot


Collaboration - @taping_Guru

Last updated 1 week, 1 day ago

2 months, 4 weeks ago

Banjir adalah sebuah fenomena alam yang sering kali dianggap sebagai bencana. Namun, di sebalik keperitan yang ditimbulkan, banjir juga membawa mesej mendalam tentang hubungan manusia dan alam. Dari sudut falsafah, banjir bukan hanya sekadar peristiwa alam yang membawa kemusnahan tetapi juga refleksi tentang tindakan manusia terhadap bumi ini.

Apabila banjir melanda, suara alam mula bergema mengingatkan manusia tentang tanggungjawab kita dalam menjaga dan memelihara alam. Pembalakan haram, pencemaran sungai, dan pembangunan yang tidak beretika adalah antara punca utama yang menyumbang kepada bencana ini. Setiap kali air melimpah, ia membawa bersama segala kotoran dan sampah yang dibuang oleh manusia.

Seolah-olah alam sedang mencuci noda yang dicipta oleh kita sendiri.

Air adalah lambang kelembutan dan ketabahan. Walaupun nampak lembut dan tenang, air mempunyai kekuatan yang mampu mengukir batu dan merubah landskap. Banjir, dalam konteks ini, adalah manifestasi kekuatan alam yang mampu mengatasi segala keangkuhan manusia. Ia mengajar kita tentang pentingnya bersikap rendah diri dan menghormati kuasa alam yang jauh lebih besar dari diri kita sendiri.

Namun, banjir juga membawa harapan. Setiap kali air surut, tanah yang diselubungi banjir menjadi subur dan kaya dengan nutrien, memberi peluang kepada kehidupan baru untuk tumbuh. Dalam kesedihan dan kerugian yang dialami, terselit juga peluang untuk memulakan kembali, dengan kesedaran yang lebih mendalam tentang pentingnya menjaga keharmonian antara manusia dan alam.

Jadi, banjir adalah refleksi dualiti kehidupan - sebuah peringatan tentang kemusnahan yang boleh kita elakkan, dan peluang untuk memperbaharui dan memperbaiki hubungan kita dengan alam. Ia adalah cermin yang memantulkan kembali kepada kita segala tindakan yang kita lakukan terhadap bumi ini, mengingatkan kita bahawa setiap tindakan mempunyai akibatnya. Dengan kesedaran ini, semoga kita lebih menghargai dan menjaga bumi yang kita diami, agar generasi akan datang dapat mewarisi dunia yang lebih baik dan harmoni.

#Banjir2024
#MalaysiaBanjir2024

⎙ | @ByMissappleHijrahBoT🍏📚

2 months, 4 weeks ago

Bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua orang, sering niat baik disalaherti, dan orang tidak mengenali kita secara lebih dekat dan pasti sahaja perasaan akan tersentuh bila ada yang mengguris hati.

Jika kita ikhlas, kita jujur dan terbuka, walaupun ada yang setengahnya mengambil jalan tidak mahu menyakiti hati dan dia lebih suka mendiamkan diri.

Walau apapun..
Bersangka baik itu perlu, biasalah kita akan jumpa bermacam ragam manusia.
Ada yang buat kita selesa, ada yang buat hati kita sentiasa panas.

Belajarlah menerima dan memberi.
Semoga Allah permudahkan dan memberikan kita kekuatan dan semangat.

Dan paling penting...SABAR..

Cr: Indah pd waktunya
🎻-Srikandihijrahsolehah

2 months, 4 weeks ago

Akan tiba masanya kita akan dilamar malaikat maut , dinikahkan dengan kematian dan bercerai dengan dunia yang selalu kita kejar.

📓HauraaOfficial
🎻-Srikandihijrahsolehah

3 months ago
3 months, 1 week ago

[ KELEBIHAN ZIKIR & SELAWAT🌻]

Rasulullah SAW pernah bersabda: _Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, tapi berat dalam timbangan, dan disukai Allah yang maha pengasih, iaitu kalimat_
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم🌷

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;

" _Sesiapa membaca selawat 10 kali pada waktu pagi hari dan 10 kali pada waktu petang. Maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat_ "
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 🌷

Zikir dan selawat mempunyai banyak kelebihan, termasuk mendekatkan diri kepada Allah, menenangkan hati dan jiwa, serta menghapuskan dosa.

Yakinlah bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi lebih tenteram, dan hubungan rohani semakin kukuh.

Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW membawa keberkatan, meningkatkan kasih sayang terhadap baginda SAW, serta menjadi asbab turunnya rahmat dan keampunan dari Allah SWT.

Maka, marilah kita bersama sama memperbanyakkan zikir mengingati Allah SWT dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“ITQAN LILLAH MENUJU MARDHATILLAH”

FOLLOW | SHARE | LIKE

Sumber:
- IG| PMH UITM Shah Alam

⎙ | @ByMissappleHijrahBoT🍏📚

3 months, 1 week ago

Tajuk:Ibu Tak Makan?

“Anak-anak, nak makan apa tengah hari nanti?” tanya Suraya yang sedang mengemas meja seusai sarapan pagi.

“Along nak makan ikan jaket sumbat sambal boleh tak, ibu?” soal along yang sedang mencuci pinggan.

“Angah nak sayur suun yang ada kentang dengan tauhu kering tu,” jawab angah pula.

“Tu kalau kena dengan air sirap, pergi oh!” celah suaminya yang muncul dengan bakul baju untuk dibasuh.

“Hah, yalah. Ibu masakkan.”

Selesai mengemas, Suraya ke pasar bersama suaminya mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan hari ini. Sekembalinya mereka, Suraya terus berperang di dapur. Tepat pukul satu tengah hari, semuanya siap. Tinggal dihidangkan sahaja.

Selepas solat zuhur, mereka anak-beranak berkumpul di meja untuk makan bersama-sama. Maklumlah, hari minggu begini memang meriah dapur mereka. Kalau hari biasa, suaminya kerja. Anak-anak pula ke sekolah. Makan pun macam tergesa-gesa. Tengok mereka makan dengan lahap, hati Suraya berasa senang. Seakan penat lelahnya memasak hilang begitu sahaja.

“Ibu tak makan?” tanya along sambil menguis nasi yang terlekat di tepi mulut.

“Tengok kau orang makan pun ibu dah cukup kenyang.” Jujur, perutnya terasa penuh melihat orang seronok makan masakannya. Ajaib betul.

“Alah… ibu mulalah nak buat ayat ‘berkeju’. Ayah, jalankan tugas sebagai seorang suami. Suap ibu,” usik along.

Suaminya pun melayan usikan itu dengan mencubitkan ikan sebelum digaul bersama nasi, lalu menghalakan tangannya ke arah mulut Suraya seraya berkata, “Ah….”

Makin seronoklah dua orang anaknya itu menyakat. Sudahnya, Suraya mengalah dan makan makanan yang disuap suaminya.

“Nampaknya, kita berpeluang ada adik lagi, long,” kata angah.

Laju sahaja tangan Suraya mencepuk bahu angah. Mereka ketawa terbahak-bahak. Biar sederhana, asal bahagia.

Cerita kat chanel cereka semua bagus2 kadang2 admin gelak , nangis , kisah pelajaran &buat admin tertanya bila baca

Oleh:Khairunnisaq_
Sumber: wassap channel cereka
⎙ | @ByMissappleHijrahBoT🍏📚

3 months, 1 week ago

• اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ •

Ramai yang berhenti berjuang kerana kata2 kesat dan hinaan , tanpa mereka sedari lebih ramai yang mengharapkan mereka bangkit dan teruskan perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini . Walaupun perjuangan kamu tidak lah besar mana sekurang2 nya kamu adalah salah satu orang yang tetap berpegang teguh kepada kebenaran dan tetap menyampaikan nya pada yang lain

─ .✦ 🔏cikgreenofficial 💚 ♡᧓ 
🎻 ׄ- Srikandihijrahsolehah

6 months, 1 week ago

Hakikatnya, tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita berakhlak mulia ✌?.

Namun, kita akan rugi jika kita berkakhlak buruk..

Tanamkan dalam diri untuk berusaha berakhlak mulia, tidak kira dengan siapa, tidak kira di mana kita berada..

-Kak Ad the silent daie-
?-Srikandihijrahsolehah

We recommend to visit

Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2

Twitter: x.com/hamster_kombat

YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official

Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/

Last updated 4 months ago

Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market.

📱 App: @Blum
🆘 Help: @BlumSupport
ℹ️ Chat: @BlumCrypto_Chat

Last updated 3 months, 3 weeks ago

Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot


Collaboration - @taping_Guru

Last updated 1 week, 1 day ago