Nota Musaddad

Description
تقييد العلم بالكتابة = Ilmu ditambat dengan penulisan
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 5 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 week, 6 days ago

2 months, 3 weeks ago

Abu Qatadah meriwayatkan:

Rasulullah sallallahu alayh wasallam pernah mendukung cucu baginda, Umamah binti Zaynab binti Rasulullah, ketika baginda sedang solat; Apabila baginda mahu sujud, baginda akan meletakkan Umamah ke lantai. Apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya semula.

—Bukhārī, Muslim.

• • • • •

Beberapa pelajaran daripada hadis ini:

  1. Sah solat mendukung anak kecil, lelaki atau perempuan.

  2. Pakaian anak-anak adalah suci dari najis, kecuali jika terbukti sebaliknya.

  3. Tidak batal solat dengan pergerakan yang sedikit, atau banyak tetapi terpisah-pisah.

  4. Tawaduk dan berlemah-lembut dengan kanak-kanak.

  5. Keharusan membawa kanak-kanak ke masjid. Hadis yang melarangnya adalah daif.

  6. Dimaafkan jika tidak dapat khusyuk dalam solat atas sebab seperti ini.

  7. Memuliakan anak-anak sanak saudara kita dengan mendukung mereka; menggembirakan anak-anak itu, sekali gus ibu bapa mereka.

  8. Tidak mengapa kanak-kanak melintas di hadapan saf ketika solat, kerana jika mendukung mereka dibenarkan, membiarkan mereka di hadapan lebih ringan.

  9. Praktikal bagi kaedah: "Hukum sesuatu kekal seperti asalnya, kecuali jika terbukti sebaliknya."

Semua ini dinyatakan Ibn al-Mulaqqin (w. 804) dalam al-Tawḍīḥ, j. 6, h. 79-82.

2 months, 3 weeks ago

Hadis:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا

"Sekiranya manusia tahu kelebihan yang ada pada azan dan saf pertama, pasti mereka akan sanggup mencabut undi jika tiada cara lain untuk mendapatkannya."

—Bukhārī, Muslim.

5 months, 1 week ago
5 months, 1 week ago

This is a translation of a concise fiqh poem consisting of 40 verses, authored by Shaykh Muhammad Barre Ali, a Shafi'i scholar from Somalia and my senior at the University of Muhammad bin Saud, Riyadh.

My classmate, Br. Mustafa Abdullahi from the US, has translated it into English and requested me to review, edit, and publish his work on this channel. May Allah accept his efforts.

Musaddad Shalami

5 months, 1 week ago

Usaha baik Maqra'ah Ibni Tayyib menghuraikan Matan al-Muqaddimah al-Jazariyyah (ilmu tajwid) secara berperingkat dalam bahasa ibunda.

Semoga Allah menambah semangat dan ilmu Us. Ibnu Tayyib, sehingga sempurna dan diberkati syarahannya ini.

5 months, 1 week ago

[Ulasan Ringkas al-Muqaddimah al-Jazariyyah]
Bab Hukum-hakam Idgham

5 months, 1 week ago

#Hilyah

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ عُمَرَ، دَخَلَ عَلَى أَبِي بَكْرٍ وَهُوَ يَجْبِذُ لِسَانَهُ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: مَهْ غَفَرَ اللهُ لَكَ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: «إِنَّ هَذَا أَوْرَدَنِي الْمَوَارِدَ»

Aslam menceritakan:

Umar bin al-Khattab pernah menemui Abu Bakar, ketika itu Abu Bakar sedang menarik lidahnya.

Umar berkata, "Janganlah buat begitu, semoga Allah ampunkan engkau."

Abu Bakar menjawab, "Benda inilah yang kerap membawaku ke lembah kebinasaan."

Hilyah, j. 1, h. 33.

• • • •

Dalam riwayat lain, terdapat tambahan bahawa Abu Bakar menyebut hadis Nabi ﷺ:

كُلُّ عُضْوٍ يَشْكُو إِلَى اللَّهِ اللِّسَانَ عَلَى حِدَتِهِ
"Setiap anggota mengadu kepada Allah tentang ketajaman lidah."

Tetapi tambahan ini malul (bermasalah), tidak sahih dinisbahkan kepada Nabi ﷺ. Ia riwayat al\-Darawardi daripada Zayd bin Aslam, terus daripada Nabi. **Riwayat yang benar adalah tanpa tambahan ini**. Lihat *Ilal al-Daraqutni*, j. 1, h. 161, no. 2.

• • • •

Aslam adalah #tabiin, asalnya dari Abyssinia (Habshah), kemudian dibeli oleh Umar bin al-Khattab di Mekah pada tahun ke-12H. Meninggal pada era Marwan (64-65H) pada usia 114 tahun. Meskipun beliau adalah khadam Umar, tetapiUmar sendiri banyak berkhidmat untuknya.

5 months, 2 weeks ago

Kita sudah memasuki hari-hari mulia, amalan soleh pada hari-hari ini lebih Allah cintai berbanding hari-hari yang lain.

Basahkan lidah dengan berzikir, seperti:
– Subhanallah
– Alhamdulillah
– La ilaha Illallah
– Allahu akbar

Usahakan untuk menyempurnakan ibadah wajib, memperbanyakkan ibadah sunat.

5 months, 2 weeks ago

لَا ضَرَرَ،
ولا ضِرَارَ

"Jangan mengambil kesempatan dengan menyakiti orang lain,
dan jangan menyakiti orang lain yang tiada manfaat buatmu."

Terjemahan ini berdasarkan tafsiran al-Khushanī (w. 286), seorang pakar bahasa Arab:

الضَرَر: الذي لك فيه منفعة، وعلى جارك فيه المَضَرَّة. الضِرَار: الذي ليس لك فيه منفعة، وعلى جارك فيه المضرة.

Terdapat tafsiran lain, semuanya berlegar pada larangan menyakiti dan menyebabkan kemudaratan pada mana-mana pihak.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 days, 9 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 5 days, 2 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 week, 6 days ago