Seerah Center 🌙

Description
Hub pendidikan Sirah Nabi ﷺ & Sejarah Islam.

Untuk pendaftaran, langganan dan tajaan - https://seerahcenter.yezza.store/

Sebarang urusan, boleh hubungi 0192574827 (Khubaib Akhi).
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

4 months, 3 weeks ago
4 months, 3 weeks ago

Insya-Allah petang ini saya akan hadiri sesi temu mesra di Karangkraf, Shah Alam.

Jemput hadir (supaya saya tidak 'awkward' keseorangan).

4 months, 3 weeks ago

BENARKAH MEMANAH, BERKUDA & BERENANG ITU SUNNAH NABI ﷺ?

Baru-baru ini ada seorang teman bertanyakan soalan yang saya jadikan tajuk di atas.

Barulah saya teringat saya pernah menulis sedikit di sini. Barulah saya teringat juga saya belum tamatkan lagi dengan bahagian ketiga dan keempat.

Untuk yang berminat, boleh baca di sini ??

Bahagian I:

https://t.me/seerahcenter/768

Bahagian II:

https://t.me/seerahcenter/769

Jika ada sambutan dan desakan, saya segerakan bahagian ketiga dan keempat.

?

Semoga bermanfaat, semoga Sunnah Nabi ﷺ dapat dimaknai dengan makna-makna yang kontemporari.

https://t.me/seerahcenter

Telegram

Seerah Center 🌙

MELIHAT SEMULA 'SUNNAH' MEMANAH, BERKUDA DAN BERENANG BHG. I Sebelum jauh membuat renungan dan supaya tiada salah faham, saya ingin menyatakan awal-awal bahawa 'hadis' popular yang menghimpunkan ketiga-tiga acara ini mendapat kritikan keras oleh para ahli…

7 months ago
Tiga stesen sudah hampir siap untuk …

Tiga stesen sudah hampir siap untuk disinggahi.

Daripada Budaya Ilmu Nabi ﷺ dan masyarakat Sirah, kemudian Karakter Perguruan Baginda, dan akhir sekali Pedagogi Pendidikan Nabi ﷺ.

Rasa puas benar dua minggu ini berteleku dengan 'Ar-Rasūl Al-Mu'allim'.

7 months, 1 week ago

Jawapannya, kita akan kongsikan kemudian ya, Insya-Allah, sebab 'setting' soalan bukan mode kuiz.

7 months, 1 week ago
9 months ago

JANGAN IKUT PENGHIBUR AL-QURAN

"Ikutilah bacaan guru-guru al-Quran, jangan ikut bacaan para penghibur al-Quran."

Tersentak dengan nasihat asy-Syeikh Dr. Ayman Suwaid pagi ini, betul-betul sebelum bermula kelas Duha atas talian yang kebetulan membentangkan topik berkaitan al-Quran juga.

Dalam video pendek itu, seorang pemuda dari Afghanistan memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan Syeikh Dr secara atas talian. Maqamatnya tersusun, makhrajnya cantik. Apatah lagi membacakan ceraian ayat berkaitan Ramadan daripada Surah al-Baqarah itu. Selesai membacanya, giliran Syeikh Dr pula memberikan komentar.

Bukan tentang burdah lagunya, bukan tentang sifat hurufnya, sebaliknya tentang suatu realiti yang telah merosakkan makna dan nilai sebenar nuzulnya al-Quran buat sekalian manusia. Apabila al-Quran itu menjadi subjek hiburan, mengundang kekaguman manusia kerana merdunya suara yang mengalunkan, walau kagumnya itu diterjemahkan dengan kata "Allah, Allah!"

Kagumnya itu kerana inti al-Quran yang menggetarkan jiwa, atau kagum kerana lontaran vokal yang indah nian? Atau kagumnya kerana sang Qari yang segak bergaya?
Pada zaman semuanya adalah tentang 'content', muncul macam-macam 'social experiments' dan 'challenge'. Al-Quran tidak ketinggalan daripada menjadi tema 'content' tersebut. Ada yang menebuk hafalan, ada yang berlawan tarannum. Oleh kerana ia disiarkan di media sosial, tentulah ia sarat dengan nilai-nilai komersial. Selebriti, lelaki tampan, wanita cantik, yang lawak-lawak, memang segera mendapat perhatian; termasuk kepada 'content' berkaitan al-Quran. Atau barangkali memang kita sudah masuk kategori 'outdated', tak ikut resmi zaman, tak 'trendy'. Entahlah.

إذا ضاق الأمر اتسع، وإذا اتسع ضاق
"Suatu urusan itu sekiranya ia menjadi sempit maka luaskanlah, dan sekiranya ia menjadi luas maka sempitkanlah"

Berdakwah kepada al-Quran adalah tanggungjawab semua, maka memperindahkan imej al-Quran adalah sebahagian daripada usahanya. Lagu-lagu yang indah, 'content' yang menarik. Tujuannya, agar orang kembali kepada al-Quran. Maka inilah keluasannya, silakan berkreativiti dan berinovasi untuk mengajak orang kepada al-Quran.

Tetapi; apabila nampak orang mula mencintai pencipta 'content' itu lebih daripada al-Quran, apabila kemasyhuran diri lebih meningkat berbanding kemasyhuran al-Quran, apabila lebih banyak bergelak ketawa dan tersipu-sipu ketika membuat 'content' itu; inilah masanya untuk sempitkan sedikit, perlu ada had, perlu ada dowabit dan aturannya. Supaya tidak tergelincir mempergunakan al-Quran untuk sebab-sebab duniawi, sedangkan al-Quran rupanya menjauh dan meninggalkan pembacanya.

https://t.me/seerahcenter

Telegram

Seerah Center 🌙

Informasi, kelas dan produksi berkait Sirah Nabi ﷺ. Untuk pendaftaran, langganan dan tajaan - https://seerahcenter.yezza.store/ Sebarang urusan, boleh hubungi 0192574827 (Khubaib Akhi).

**JANGAN IKUT PENGHIBUR AL-QURAN**
9 months, 1 week ago
**PRA SESI AL-ANFĀL 2**

PRA SESI AL-ANFĀL 2

Sedikit saja disentuh beberapa persoalan awal mengenai sesi kelas Rabu dan Khamis ini.

Berpeluh-peluh juga hari ini mengulang hafazan al-Anfāl daripada ayat ke-9 hingga 40, 4 muka surat.

https://www.instagram.com/reel/C4pWIHSPkw0/?igsh=MXRjM2NsczI4enJnOQ==

9 months, 2 weeks ago
**PRA-SESI AL-ANFĀL 1**

PRA-SESI AL-ANFĀL 1

Insya-Allah setiap kali sebelum sesi kelas, kita akan buat Pra-Sesi untuk Tasmik al-Anfāl & lontarkan soalan-soalan awal tentang al-Anfāl.

Hari ini kita hafalkan halaman pertama al-Anfāl, ayat 1-8.

https://www.instagram.com/reel/C4ZZOgCvAJI/?igsh=NnNsdml2cGtscDhv

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago