Pemburu yang diburu.
Last updated hace 3 meses, 3 semanas
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated hace 2 meses
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated hace 2 meses, 2 semanas
Sikap seseorang yang sering memberi cadangan dan kritikan tetapi tidak menunjukkan keperibadian yang selari dengan kata-katanya amatlah jelek sekali.
Individu seperti ini cenderung untuk mengkritik orang lain termasuk ulama, tanpa mengamalkan apa yang mereka sendiri serukan.
Mereka juga sering menampilkan diri sebagai seorang yang berilmu di media sosial, tetapi dalam realiti, tanggungjawab yang sepatutnya dipikul tidak dilaksanakan dengan baik.
Perkara ini mengingatkan kita kepada sifat al-qawl bilā ʿamal (berkata-kata tanpa tindakan), sesuatu yang sangat ditegur dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.” (Surah al-Saff: 2-3)
Sikap sebegini bukan sahaja boleh merosakkan hubungan dengan orang lain, malah boleh menjejaskan kredibiliti dan amanah ilmu yang sepatutnya dijaga dengan baik.
Maka, sebagai Muslim, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu. Jika kita menegur, pastikan teguran itu berasas dan kita sendiri berusaha mengamalkannya. Janganlah asal ada sesuatu yang boleh dikritik, kita bertindak melulu menulis dan menyebarkan tanpa memahami dengan tepat sesuatu isu.
Sebagaimana kata Malik bin Anas radiallahu ʿanhu:
ليس العلم بكثرة الرواية، إنما العلم نور يقذفه الله في القلب
“Ilmu itu bukan dengan banyaknya riwayat, tetapi ia adalah cahaya yang Allah pancarkan dalam hati.”
Ilmu yang benar ialah ilmu yang disertai dengan adab dan amal. Bukannya sekadar perkataan kosong yang penuh kritikan tetapi tiada manfaat kepada diri sendiri atau orang lain.
💌 𝗔𝗹-𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀𝗶,
𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗶, 𝗞𝗴 𝗦𝗴 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀
Nabi ﷺ bersabda:
مَا مِن عبدٍ مُؤمنٍ إلا وله ذَنبٌ يُصِيبُه الفينَةَ بعدَ الفَينَةِ، أو ذنبٌ هو مُقيمٌ عليهِ، لا يُفارِقُه حتَّى يُفارِقَ الدُّنيا، إن المؤمن خُلِقَ مُفتَّنًا، تَوَّابًا، نسِيًّا – إذا ذُكِّر ذَكَرَ.
"Mana-mana hamba beriman ada melakukan dosa yang selalu dia ulang, dari satu tempoh ke tempoh yang lain, atau dosa yang dia selalu lakukan sehingga dia meninggal dunia.
Kerana orang beriman itu diciptakan dalam keadaan sering diuji dengan dosa, maka dia kerap bertaubat. bertaubat. Dia selalu lupa; namun apabila diberi ingatan, dia beringat."
Ṣaḥīḥ al-Jāmiʿ, 5735.
Shaykh Muhammad al-Hasan al-Dedew pernah ditanya tentang hukum beristighasah kepada selain Allah, beliau menjawab:
الاستغاثة معناها طلب الغوث والمدد وهو من الأمور التي لا يقدر عليها إلا الله سبحانه وتعالى
فلا يحلّ لمؤمن يؤمن بالله واليوم الآخر أن يستغيث بأي مخلوق أيا كان
لا ملكا ولا نبيّا مرسلا ولا صالحًا ولا وليًّا ولا أي أحد في الأمور التي لا يقدر عليها إلا الله سبحانه وتعالى
فإن ذلك من الشرك بالله
فقد قال الله تعالى:
Makna al-istighāthah adalah memohon pertolongan dan bantuan yang hanya mampu dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Oleh itu, tidak halal bagi seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk memohon pertolongan kepada mana-mana makhluk, siapa pun mereka, sama ada malaikat, nabi yang diutus, orang soleh, wali, atau sesiapa sahaja, dalam perkara-perkara yang hanya mampu dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kerana sesungguhnya hal itu termasuk dalam perbuatan syirik kepada Allah.
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۚ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ
إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ ۖ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ ۚ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ
(QS Surah Fatir, 13-14)
“Yang demikian itu adalah Allah, Tuhanmu; milik-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit tamar.
Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruanmu; dan kalau pun mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu. Dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu seperti yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.”
Mohonlah hanya kepada Allah. Jadikan kebergantunganmu hanya kepada-Nya.
— al-Kandisi, Jalan Siswi, Kg Sg Kandis
Hubungan yang sakit.
Ada hubungan yang terbina hanya sekadar mengelakkan celaan atau kemarahan.
“Aku datang supaya dia tak marah.”
“Aku pergi berjumpa supaya dia tak cakap apa-apa pasal aku.”
“Aku jawab call dia supaya dia tak syak apa-apa.”
Hubungan sebegini memerlukan vitamin dan perlu diperbaiki.
Ada pula di sana hubungan yang menyakitkan.
Situasi tersebut berlaku apabila salah satu pihak menuntut daripada pihak yang lain sesuatu yang bukan kewajipannya.
Sebagai contoh, Akmal keluar bersama rakan-rakan untuk makan malam. Kemudian, Salahuddin marah dan berkata, “Kenapa tak mengajak aku sekali? Jenis perangai.”
Bukanlah menjadi kewajipan Akmal untuk mengajak Salahuddin.
Kemudian, ada pula hubungan yang mati.
Keadaan ini berlaku apabila kedua-dua pihak tidak ambil peduli antara satu dengan yang lain.
Kedua-duanya hidup dengan tenang. Tiada pertelingkahan mahupun persengketaan.
Namun, tiada padanya kasih sayang. Bukan begini kehidupan yang sebenar.
— Al-Kandisi, Jalan Siswi Kiri
Terimalah permusuhan.
Masuklah ke dunia hubungan dan terimalah permusuhan.
Tiada manusia melainkan dia punya musuh.
Allah Subhanahu wa Taʿala berfirman,
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا
Nabi yang mempunyai ketinggian akhlak dan dipilih oleh Allah pun mempunyai musuh.
Nabi Musa ʿalayhissalam disebutkan dalam Quran sebagai orang yang diberikan kecintaan bagi sesiapa yang melihatnya, hinggakan Firʿawn pun menyukainya.
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي
Bilakah Firʿawn membencinya? Apabila dia menzahirkan prinsipnya.
Ambillah ini sebagai kaedah.
Manusia tanpa musuh merupakan manusia yang tiada prinsip.
“Kamu mahu itu, aku bersama kamu.”
“Kamu mahu ini, aku bersama kamu.”
Menerima permusuhan bermaksud kamu tidak mengorbankan prinsip kamu kerana dalam diri kamu ada kaedah yang salah iaitu memenangi hati semua orang.
Tiada siapa boleh memenangi hati semua orang dan maksud menerima permusuhan bukanlah mencari permusuhan.
Ingatlah bahawa semakin besar permusuhanmu, semakin kecil dunia yang engkau dapat nikmati.
Akibat banyak sangat permusuhan dan ketidakpuasan hati, akhirnya engkau hanya duduk di rumah sahaja.
Problem la ko ni.
Al-Kandisi, Jalan Siswi Kiri
Untuk pemuda di usia 20-an,
Umur kamu ketika ini ibarat spring.
Semakin kuat tekananmu, semakin jauh lompatanmu.
Andai tekananmu lemah, maka lompatanmu hanya sekadar sahaja.
Berpenat lelahlah sekarang untuk bersenang lenang pada masa hadapan.
Jika hari ini engkau bersenang lenang, engkau akan berpenat lelah pada masa akan datang.
وانصبْ فإن لذيذ العيش في النصب
Ayuh bangkit anak muda!
— Al-Kandisi, Jalan Siswi Kiri
Sebagai manusia biasa, kadangkala kita tidak berfikir panjang dengan kata-kata yang dilafazkan atau ucapan yang disampaikan.
Lebih-lebih lagi ketika bercakap dengan teman rapat atau orang bawahan.
Kita menyangka ia suatu yang biasa melafazkan apa sahaja mengikut yang kita suka.
Allah Jalla wa ʿAla mengajarkan kepada kita bagaimana hendak berbicara dengan manusia, firman-Nya,
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا
Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu sentiasa akan menimbulkan perselisihan antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah al-Israʾ, ayat 53)
Dalam ayat tersebut, kita diperintahkan untuk memilih kalimah yang terbaik. Bukan hanya baik, tetapi terbaik.
Boleh jadi kita melihat tiba-tiba orang menjauhkan diri daripada kita atau tiba-tiba keluar daripada group tanpa sebarang khabar berita.
Puncanya berkemungkinan daripada mulut kita yang tiada penapis dan suka menghamburkan kata tanpa berfikir.
Syaitan sentiasa berusaha untuk mengeruhkan hubungan dan merosakkan persaudaraan.
Lihatlah ayat tadi,
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ ۚ
Sesungguhnya syaitan itu sentiasa akan menimbulkan perselisihan antara mereka.
Pilihlah kata-kata yang baik apabila bercakap.
Janganlah … see more
Mahabbah.
Dicintai manusia merupakan rezeki daripada Allah ʿAzza wa Jalla.
Allah meluaskan dan menahan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Janji Allah buat orang beriman dan beramal soleh termaktub dalam surah Maryam, ayat 96:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وُدّٗا (96)
Sesunnguhnya orang yang beriman dan beramal soleh akan Allah Yang Maha Pengasih menanamkan bagi mereka perasaan kasih sayang.
Itulah mahabbah dan mawaddah. Allah mencintai mereka dan menjadikan para hamba mencintai mereka.
Itulah kegembiraan yang disegerakan buat seorang yang beriman.
Haram bin Hayyan pernah berkata,
“Apabila seseorang hamba menuju kepada Allah dengan sepenuh hatinya, Allah akan menuju kepadanya dengan hati para walinya, sehingga mereka dikurniakan kecintaan kepadanya.”
Wahb menulis kepada Makhul satu surat yang menyatakan,
“Amma baʿd, engkau telah mencapai kedudukan dan kemuliaan dengan zahir ilmumu, maka carilah dengan ilmumu yang tersembunyi kedudukan dan kemuliaan di sisi Allah.”
Kita sudah pasti tidak dapat membuat orang lain mencintai kita.
Semua itu di tangan Allah ʿAzza wa Jalla.
Kita hanya perlu beriman dan beramal soleh.
Selebihnya akan diuruskan oleh Allah.
Jika orang lain tidak mencintai kita, carilah orang lain.
Orang lain yang kita cari itu belum tentu juga mencintai kita.
Demikianlah kehidupan.
Ebook_Edited Buku ASWJ.pdf
Perempuan solehah, hafizah, dan berniqab tidak ramai. Kalau jumpa, jaga elok-elok. Bantu mereka istiqamah sampai ke hujung hayat.
Jangan jadi seperti sebilangan lelaki, mereka pula yang menjadi asbab isteri-isteri mereka makin jauh daripada agama. Makin lama makin leka, makin tua makin lagha.
Hanyut dengan dunia sekeliling. Rela mengorbankan prinsip dan ilmu yang dipelajari demi keselesaan, keseronokan, dan kemewahan dunia.
Semoga Allah menjaga kita, termasuk yang sedang menulis dan perasan baik ini.
Pemburu yang diburu.
Last updated hace 3 meses, 3 semanas
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated hace 2 meses
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated hace 2 meses, 2 semanas