Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2
Twitter: x.com/hamster_kombat
YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official
Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/
Last updated 3 months, 1 week ago
Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market
Last updated 3 months ago
Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot
Collaboration - @taping_Guru
Last updated 3 days, 5 hours ago
Self-centred perspektif yang akhirnya menyakitkan diri kita sendiri.
Dalam kisah Pemilik Dua Kebun, Allah ada tegaskan satu hakikat tentang nikmat.
Allah menggunakan kata nama ‘kami’ ketika menyebutkan nikmat yang dimiliki oleh Pemilik Dua Kebun yang tidak beriman.
“Kami jadikan ...”
“Kami hamparkan ..”
“Kami alirkan ...”
Semua nikmat ini, Allah sandarkan kepada diri-Nya sebagai pemberi yang hakiki.
Namun apa yang Pemilik Dua Kebun itu lakukan?
Dia putuskan segala pengiktirafan nikmat ini daripada Allah dan sandarkan nikmat itu kepada dirinya sendiri.
“Aku lebih banyak harta dan lebih ramai anak.”
Tidak cukup dengan itu, dia menyangka pula bahawa segala kekayaannya akan kekal selama-lamanya.
Dia juga tertipu dengan menyangka oleh kerana Allah berikan nikmat kepada dirinya, dia akan dapat nikmat yang sama di Akhirat.
Akhirnya Allah tunjukkan kesementaraan harta yang dia miliki dengan menghancurkan kebun dan tanamannya.
Saya terfikir, hari ini berapa kerap kita sandarkan segala nikmat dan kejayaan yang kita peroleh kepada diri sendiri?
“Aku dapat ini sebab aku pandai”
“Aku berjaya kerana hard work aku.”
“Aku hebat kerana effort aku selama ini.”
Sebenarnya jika bukan kerana bantuan Allah, kita tidak akan mampu untuk capai apa-apa.
Dengan putuskan pengiktirafan kepada Allah, sebenarnya kita tidak menyakiti sesiapa pun melainkan diri sendiri.
Dalam kisah Pemilik Dua Kebun, Allah gambarkan perbuatan lelaki ini sebagai ظالم لنفسه (menzalimi dirinya sendiri).
Sebab Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji. Dia tidak berhajat kepada kita.
Dengan bersyukur dan mengakui nikmat Allah, kita berbuat baik kepada diri kita sendiri.
Kisah Pemilik Dua Kebun ini jadi satu peringatan kepada kita untuk sentiasa centre-kan Allah dalam segala nikmat yang kita dapat.
Aku berjaya hari ini kerana Allah izin.
Aku hebat kerana Allah kurnia.
Bukan highlight kepada diri kita yang tidak memiliki apa-apa.
Fakhri Fadzli
Contact me here
Bermula dari 15 Julai - 21 Julai, ayuh kita maraton berpuasa.
15/7 - sunat 9 Muharram
16/7 - sunat 10 Muharram
17/7 - sunat 11 Muharram
18/7 - sunat hari Khamis
19,20,21/7 - sunat hari putih
22/7 - sunat hari Isnin
Pahala berturutan buat kita, lagi-lagi bulan ini antara bulan haram. Ayuh!
Bunuhlah ketidakpastian dan keraguan di hatimu dengan bangun beribadah di sepertiga malam.
Ambil lah sedikit dari waktu tidurmu untuk kau luangkannya berdua bersama Rabbmu.
Luahkan segala sesuatu yang mengacau jiwa dan menggangu pasak kukuh iman yang sedia tertanam di hatimu.
Allah mendengar segalanya!
Allah mengetahui segalanya maka serahkan pada Allah!
Yakinlah bahwa setiap doa yang kau langitkan itu persis anak panah yang tepat mengena sasarannya karna tangan yang menadah ke langit meminta pada Allah takkan pulang dengan kosong.
Sesungguhnya jika Allah tidak mengabulkan permintaanmu maka ketahuilah itulah adalah;
1. Bentuk perlindungan-Nya padamu
2. Dia bakal memberi sesuatu yang lebih baik di waktu yang akan datang sesuai waktunya.
Yakinlah pada Allah,
Dia mengetahui apa yang tidak kau ketahui sayangku.
Tenang saja; biar Allah yang menguruskan semua hal yang kau khuatirkan.
Berbaik sangkalah pada Allah karna dengan baik sangka kau mampu membunuh keraguan di hatimu.
?????????????????
Arahan tadabbur Allah tujukan dalam Al-quran kepada golongan Munāfiqūn dan Musyrikūn melalui 4 tempat dalam Al-quran.
Bagaimana pula dengan Muslim?
Ulama’ mengatakan : “jika arahan itu ada kepada munafiqūn dan musyrikūn, maka apatah lagi muslim.”
Ambil peluang baca Al-quran, melihat makna dan meminta guru yang sahih ilmunya menerangkan intipati ayat, letakkan kepada diri kita. Biarkan Al-quran ‘hidup’ dalam diri kita.
Ulang siar. Doa untuk hari Arafah.
Ini cara membaca doa ini.
Tidak pernah disangka adanya ubat yang menambah sakit.
Puasa 6 pada hari jumaat, sabtu & ahad
1- Ulama' menyatakan bahawa hukum berpuasa pada hari jumaat semata-mata adalah makruh
2- Ini berdasarkan hadith Nabi ﷺ:
لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ
"Janganlah kamu berpuasa pada hari jumaat semata-mata melainkan berpuasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya" [HR Bukhari : 1849]
3- Maka jika kita berpuasa pada hari Khamis, atau pada hari sabtu, maka boleh berpuasa pada hari jumaat
4- Juga makruh berpuasa sunatpada hari sabtu dan ahad. Berdasarkan hadith Nabi ﷺ:
لاَ تَصُومُوا يَوْمَ السَّبْتِ إِلاَّ فِيمَا افْتُرِضَ عَلَيْكُمْ وَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلاَّ لِحَاءَ عِنَبَةٍ أَوْ عُودَ شَجَرَةٍ فَلْيَمْضُغْهُ
“Janganlah kamu berpuasa (semata-mata) pada hari Sabtu melainkan apa yang telah Allah fardhukan ke atas kamu. Jika seseorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah ia memamahnya (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)” [HR Abu Dawud]
5- Puasa semata-mata hari ahad diqiyaskan dengan hadith yang sama. Kerana hari sabtu dan ahad merupakan hari yang dibesarkan oleh Yahudi & Nasrani [Mughni al-Muhtaj 2/185]
6- Kalau puasa ganti atau nazar, maka tidak lagi makruh. [Rujuk al-Majmu' 6/437]
7- Kalau puasa sunat 6, maka dibolehkan. Tetapi lebih baik jika kita ingin puasa 6 pada hari jumaat, diteruskan sehari lagi iaitu hari sabtu untuk lebih meraikan pandangan pada noktah 2 & 3
Wallahu a'lam.
#FawaidFiqh
Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2
Twitter: x.com/hamster_kombat
YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official
Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/
Last updated 3 months, 1 week ago
Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market
Last updated 3 months ago
Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot
Collaboration - @taping_Guru
Last updated 3 days, 5 hours ago