Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
BUKU PANDUAN KHATAM AL-QURAN (JHEAINS)
https://drive.google.com/file/d/1aKi8OFMgjVz93ypJBpbl5bjtgpz0XK6Y/view?usp=sharing
Ringkasan Hukum Berkaitan Pengurusan Mayat Bayi
assalamualaikum ustaz,
Imam Lupa qunut atau tahiyat awal ,
adakah makmum boleh buat qunut atau tahiyat awal tersebut ?
adakah hukum Sunat makmum buat ?
Jawapan kami;
1) Doa qunut
Berkaitan permasalahan imam meninggalkan qunut, sila rujuk jawapan berikut :
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/698
2) Tahiyat awal
Makmum wajib mengikut imam jika imam meninggalkan tahiyat awal.
Makmum tidak harus ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah (berpisah daripada mengikut imam) jika imam meninggalkan duduk istirahah dan tahiyat awal.
Imam dan makmum disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam kerana meninggalkan tahiyat awal tersebut.
Jika imam tidak melakukan sujud sahwi kerana meninggalkan tahiyat awal tersebut, maka makmum disunatkan juga melakukan sujud sahwi.
Ulama berbeza pandangan jika imam meninggalkan tahiyat awal padahal dia melakukan duduk istirahah sepertimana berikut :
i. Menurut pandangan Syeikh al-Ramli dan Syeikh al-Khatib al-Syirbini, makmum tidak harus ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah. Malah, Syeikh Ibn Hajar turut cenderung dengan pandangan ini. Inilah pandangan yang kuat (rajih) dalam Mazhab Syafi‘i.
ii. Menurut pandangan Syeikh al-Sayyid al-Bakri dan diikuti oleh T.G. Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah, harus bagi makmum ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah jika imam melakukan duduk istirahah. Namun, ini adalah pandangan yang lemah (marjuh).
Oleh itu, jika makmum ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah dengan sengaja dan tahu tentang hukumnya, maka solatnya batal sekalipun imam melakukan duduk istirahah.
Adapun jika imam melakukan tahiyyat awal, sedangkan makmum tertinggal tahiyyat awal tersebut kerana lupa atau sengaja, maka boleh rujuk jawapan berikut :
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/21
اليسع
Wallahu a‘lam.
Rujukan
- Tuhfah al-Muhtaj
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Sabil al-Muhtadin
- Hasyiah al-Baijuri
- Hasyiah I‘anah al-Talibin
- Tarsyih al-Mustafidin
- Fath al-‘Allam
- Hasyiah al-Tarmasi
- Wabl al-Ghamam
- Pedoman Sembahyang Berjemaah
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Telegram
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak
Tika di Masjidil Haram, Imam tidak membaca Doa Qunut, apakah hukum jika makmum mazhab syafie melazimi membaca doa qunut ? Jawapan kami; Menurut ulama, untuk mendapatkan pahala bacaan doa qunut memadai dengan doa dan pujian, seperti berikut: اَللَّهُمَّ…
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago