[ fiction stories 🍯 ]

Description
β•­β”„β”„β”„β”„β”„ Β· Β· Β·Β  q゚ο½₯q゚ο½₯
β”Š ❑. :: welcome to my world πŸ•Š
β”Š βž₯ psycho stories 🍯
β”Š βž₯ horror stories 🍯
β”Š βž₯ romance stories 🍯
β”Š ( ΰ©­ ο½₯α΄—ο½₯ )ΰ©­ :: @ceritabudakwattpadbot
β•°β”„β”„β”„β”„β”„β”„β”„κ’°κ’±β‚ŠΛšγƒ»ο½‘οΎŸο½₯
Advertising
We recommend to visit

β™‘Koleksi modul/ soalan percubaan SPM.
β™‘Semua bahan adalah percuma.
β™‘Followers yang ingin derma bahan sila pm kami
πŸ“ž @SoalanPercubaanSPM_Admin
β™‘Sila baca FAQ di pinned message sebelum pm kami.

Berita Hiburan & Movie Terbaru akan update setiap hari di channel ini, Subscribe dengan percuma sahaja!

2Β years, 12Β months ago

yang nak cnit , spill id dekat @ceritabudakwattpadbot . saya nak bagi , tapi tak banyaklah . saya bagi seikhlas hati :3 tapi , rules nak cnit ni , awak wajib merupakan salah seorang subscribers saya okay !

@ceritabudakwattpad .

2Β years, 12Β months ago
3Β years ago

alisya sedang memilih lilin yang bersesuaian untuknya .

β€œ warna hitam ke biru ni ek ? kalau hitam , dia terkena warna lain pun takkan ada kesan kan ? hitam ni bau apa ek ? β€œ

alisya meneliti kandungan lilin tersebut . mungkin warna hitam itu hanyalah sekadar pada warna , dan baunya pula masih sama seperti lilin yang lain .

β€œ aih , takpelah . ambik je lah hitam ni 3 . β€œ

dia menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar barangan yang dipilih . lilin , minyak masak , sudu besi dan sarung tangan plastik dibelinya hari ini .

β€œ semua dah ada , settle satu benda . marii balikkk . β€œ

dia bercakap seolah olah sedang berbual dengan seseorang walau pada hakikatnya dia bersendirian .

baru sahaja ingin menghidupkan enjin motor , anak matanya terus melihat sebuah kereta yang dikenalinya .

β€œ van hitam . β€œ

dua patah perkataan yang keluar dari mulutnya sudah cukup untuk membuatkan dia terkaku .

alisya segera menghidupkan enjin motor dan mengekori van tersebut .

β€œ kalini korang takkan terlepas . aku akan tahu ke mana korang nak pergi . kalau polis tak boleh settlekan , jadi biarlah aku yang uruskan . nak mengharapkan polis , lambat lagi . tau tau aku dah meninggal dulu . β€œ

gadis tersebut memakai pelitup muka seperti kebiasaannya . beberapa buah kereta menjadi pemisah antara alisya dan van tersebut .

kali ini , dia betul betul perlu berhati hati . tak boleh ada kesilapan langsung . cuai sedikit , maka nyawanya pula yang akan melayang .

van tersebut membelok memasuki sebuah persimpangan . tidak jauh daripada itu , dia melihat sebuah rumah kampung yang terbiar .

alisya mematikan enjin motornya . dia membaringkan motornya di ladang kelapa sawit yang bertentangan dengan rumah tersebut . jarak antara motor dan rumah tersebut kira kira 500m .

dia berjalan kaki demi meneruskan perjalanan . seperti seorang pencuri , dia menghendap hendap keadaan sekeliling sebelum meneruskan langkah .

kawasan persekitaran rumah yang sunyi menyebabkan alisya lebih berhati hati seandainya
berlaku sesuatu yang tidak diingini . setelah 10 minit berjalan . dia akhirnya tiba di belakang rumah tersebut . seandainya diikutkan hati , pasti alisya ingin sahaja memecah masuk dan membunuh mereka semua . namun dia tahu . keputusan memecah masuk itu sama sahaja seperti memilih jalan untuk membinasakan diri .

sedang dia menghendap , tiba tiba sahaja telefonnya berbunyi . alisya terus menjadi cemas , dia terus mematikan telefonnya . dia mendengar beberapa orang lelaki bergegas menuruni tangga dan turun ke bawah . alisya terus menundukkan kepala . dia memasuki semak yang berada berdekatan . semak yang mempunyai pokok berduri itu menyakiti dirinya . namun , dia terpaksa bertahan . lebih baik bertahan dicucuk duri daripada mati .

jantung gadis campuran ini berdegup laju . dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan . apa yang boleh dilakukannya adalah sekadar berdiam diri . dia mencapai kocek seluarnya dan mengambil pisau lipat sebagai tanda berjaga jaga .

dua orang lelaki yang telah pun berada di luar rumah cuba mencari arah sumber bunyi tersebut .

β€œ kamil , kau cari dekat semak semak tu . aku cari dekat reban . β€œ

salah seorang dari mereka bersuara . kamil diarahkan untuk mencari di semak iaitu dimana terletaknya tempat persembunyian alisya .

jangan datang , jangan datang , jangan datang . tolonglah jangan datangg .

hati kecil alisya bersuara . dia memejamkan mata manakala kamil pula semakin mendekati dirinya .

sambungan :

3Β years ago

sorry guys lama tak update . patutnya jumaat haritu update . tapi , you know , hujan , tak ada line :)

3Β years ago

Ini Bukan Aku [ BAB 4 : TUJUH ]

β€œ satu dah settle . 6 tengah menyorok . β€œ

alisya memusingkan kerusinya . seolah olah seorang psiko , dia tersenyum sambil membaling
dart ke titik merah sasarannya .

β€œ 6 tunggu giliran , jangan risau , semua dapat . β€œ

pap ! bunyi dart terakhir tepat dibaling di titik pertengahan board yang berwarna merah serta membawa markah penuh .

β€œ hah , kena ! β€œ

anak bernadtze itu mencapai telefon bimbitnya .

β€œ lah , laki ni lagi . hari hari chat aku . tak ada orang lain ke dia nak chat ? kalau bukan sebab aku dah janji dengan dina , memang dah lama aku abaikan kau . semak je tanya aku okay ke tak . dasar alone . acah acah prihatin konon . aku tak perlukan simpati sesiapa lah . huh . β€œ

alisya membebel kerana berasa rimas akan syukri adham yang sering sahaja mengganggunya .

kalau bukan sebab classmates , rasanya lama dah tu kena block . namun sehingga kini , alisya hanya melayankan sahaja syukri kerana dia tahu dia punya perjanjian dengan sahabatnya .

perjanjian yang berkekalan dan tidak boleh dimungkiri .

β€œ alisya ! ooo alisya ! β€œ

puan syahila memanggil anaknya . alisya segera keluar dari bilik dan menemui ibunya .

β€œ ye ibu . kenapa ? β€œ
β€œ ni , esok kakak kamu balik . nanti kamu kemaskan bilik dia ye ? β€œ
β€œ huh ? erm , okay . β€œ

budak gedik dah nak balik lah pulak . ergh . duduk je lah dekat kolej tu . tak yah balik . mereput je dekat sana pun takpe . semak je .

gadis itu sekadar bersetuju walaupun jauh di lubuk hati pelbagai sumpah seranah yang ingin dilafazkan .

β€œ bilik pun sepah . memang tak pernah kemas sebelum pergi ke siak . dahlah asyik asyik aku , asyik asyik aku . suruhlah orang yang nak duduk sini yang kemas sendiri . dia yang nak tidur sini , bukannya aku . bilik pun dah macam sarang tikus . geli betul aku . β€œ

alisya mengemas bilik kakaknya secara paksa . walau tak rela , dia tetap meneruskan mengemas kerana telah dipesan oleh syurganya itu .

β€œ nasib ibu yang suruh . kalau bukan sebab ibu , memang tak lah aku nak kemas . ni pebenda ni ? lilin ? mende sia warna warni . β€œ

alisya membawa keluar lilin tersebut .

β€œ ibu , ni lilin apa ? nak isya buang ke ? β€œ
β€œ eh ? oh tu lilin kakak kamu . lilin tu ada keluarkan bau yang boleh tolong orang tertidur . kakak kamu kan susah nak tido , tu lah dia pakai lilin tu . β€œ
β€œ oh . kiranya macam lilin aromaterapi gitu ? β€œ
β€œ hah lebih kuranglah . β€œ
β€œ oh , k . β€œ

alisya kembali ke bilik kakaknya .

β€œ alah tak yah lilin aromaterapi bagai . tak payah tido terus kan senang . biar nanti mati sebab tak cukup tidur . kalau kau mati , senang sikit hidup aku . aman . β€œ

alisya masih tidak berpuas hati . kebelakangan ini dia kerap menyebut perihal kematian . adakah kematian irdina benar benar mempengaruhi pemikirannya ? semua penyelesaian kepada masalahnya hanyalah kematian .

β€œ tapi kalau mati waktu tidur pun bagus juga kan ? β€œ

alisya menggelengkan kepala . dia mengabaikan apa yang baru sahaja difikirkannya . dia menyambung tugasnya sehingga selesai .

" assalamualaikum ibuuu . kakak dah balik ni , ayah mana ? "

asyiera bernadtze , iaitu kakak kepada alisya telah pun pulang . suaranya yang riang memenuhi kesemua ruangan rumah .

" waalaikummussalam . ha , sampai pun anak ibu . ayah tak balik lagi , ayah tengah kerja . "
" oooo , alisya mana ? "
" alisya takde dekat rumah jugak . dia keluar . beli barang katanya . "
" barang apa ? "
" entah , katanya lilin yang bau wangi tu . "
" macam kakak punya ? "
" ye lah kut . "
" lah , kenapa tak mintak je kakak punya ? kakak kan ada banyak . "
" ish kamu tau tau je lah adik kamu tu . dia mana suka pakai barang orang lain . "
" oh betul jugak . tapi apa pun , keadaan adik macam mana ? dia dah okay ke ? "
" nak kata okay tu takdelah okay . makin lama makin teruk . asyik kurungkan diri dalam bilik . "
" ye ke ? hm takpelah , biarlah dia ambil waktu nak heal . eh ni akak nak masuk bilik dulu tau . "

sambungan : ?

3Β years ago

? harini birthday salah seorang adminn . ada apa apa nak sampaikan dekat admin kita tak ? ? ? Happy birthdayy semoga berjaya dunia dan akhirat <3 ✨ ? Selamat hari lahir,semoga panjang umur,murah rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah…

3Β years ago

? harini birthday salah seorang adminn . ada apa apa nak sampaikan dekat admin kita tak ? ?****

? Happy birthdayy semoga berjaya dunia dan akhirat <3 ✨

? Selamat hari lahir,semoga panjang umur,murah rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah ??

? happy birthday admin ! semoga lepasni makin kerap post tau hehe ❀️

? Happy birthday admin❀️‍?May Allah bless you<3?

? Hepi beday admin ! Moga berjaya dunia akhirat ❀️

? 5 people have voted so far.
? Anonymous Board

3Β years ago

β€œ sial ! apehal adik aku nak mati waktu waktu ceni ? entah entah , dia dah bocorkan
rahsia ? sebab tu dia bunuh diri sebab dia tak berani nak berdepan dengan aku ? β€œ

azman tak senang duduk . dia berasa resah . ke hulu ke hilir dia bergerak . rumah kampung yang dijadikan tempat tinggal semakin tidak terurus .

persekitaran rumahnya membuatkan rumah tersebut kelihatan seperti tiada penghuni . dah macam rumah tinggal pulak .

sambungan : ?

3Β years ago

β€œ ye , saya serius . kami tak sempat pun nak soal siasat dia or apa apa . waktu kami sampai hari ahad tu pun , dia dah tak bernyawa . berdasarkan anggaran kami , dia dah menghembuskan nafas terakhir dalam sehari yang lalu . β€œ
β€œ hari ahad ? bukan inspektor kata nak pergi tangkap dia waktu hari jumaat haritu ke ? β€œ
β€œ ye , saya memang plan macamtu . masalahnye , kami kena ikut prosedur . saya kena
dapatkan waran tangkap dulu . semua prosedur memakan masa . β€œ
β€œ oh . sebab tu ke pihak polis selalu lambat bertindak ? β€œ

alisya bertanya dengan nada menyindir . pertanyaannya itu membuatkan inspektor danial
terdiam seketika .

β€œ maafkan saya . maafkan kami , pihak polis . tapi , tak semua lambat macamtu . ada sesetengah perkara akan dapat dijalankan on the spot lepas mendapat izin pihak atasan . β€œ
β€œ ouh . kes kes penting ye ? okay faham . β€œ
β€œ eh , awak bertanya banyak ni , awak berminat nak jadi polis ke ? β€œ
β€œ boleh ke pun ? kalau inspketor nak bagi saya pakai cable , saya okay je hahaha . β€œ

alisya sempat menyelitkan gurauan .

β€œ eh mana boleh , awak kena ikut latihan sama jugak . eh , itu sajalah alisya . saya ada banyak kerja lagi kena buat ni . kes arman ni pun tak settle lagi . β€œ
β€œ baikk . β€œ

alisya meletakkan telefonnya di sisi .

arman dah takde ? mesti azman gelabah . azman akan cari ke ek pembunuh tu ? ish , buat apa nak fikir . aku bukannya azman .

gadis itu bersoal jawab dengan dirinya . dia tanya , dia jawab . baik tak payah tanya .

situasi di balai polis semakin tidak tenteram . anak anak buah inspektor danial sedang berusaha keras mencari setiap jawapan bagi persoalan yang menghantuinya .

β€œ aulia , laporan forensik dah keluar ? β€œ
β€œ belum zack , malam esok baru keluar . β€œ
β€œ adumak , kenapa lambat sangat ni ? β€œ
β€œ manalah aku tau . β€œ
β€œ k k . β€œ

zack mengetuk pintu bilik danial .

β€œ boleh saya masuk ? β€œ
β€œ ya , silakan . β€œ

sebaik sahaja zack masuk ke bilik inspektor danial , visual matanya terus dipenuhi dengan fail fail yang tidak tersusun .

β€œ inspektor okay ? β€œ
β€œ tak , saya tak okay . kes ni tak senang . belum sempat kita nak jumpa suspek bagi permulaan
kes , tengok tengok suspek pun dah tak bernyawa . awak expect saya akan okay ke ? β€œ
β€œ maaf tuan . β€œ
β€œ takpe , chill je . ha , ni kenapa awak masuk dalam bilik saya ? ada apa apa ke ? β€œ

zack menyerahkan sebuah fail baru berwarna hitam ke inspektor danial .

β€œ fail apa ni zack ? β€œ
β€œ dalam fail tu ada maklumat tentang si mati dengan lebih mendalam . latar belakang dia , family dia , semua ada dalam tu mengikut apa yang tuan nak . β€œ
β€œ oh . okay , terima kasih . ada apa apa lagi ? β€œ
β€œ tak ada tuan . saya , minta diri dulu ya . β€œ

inspektor danial menyelak setiap halaman dengan teliti .

β€œ azman bin ismail , abang sulung . wah , nama dekat dekat sama . β€œ

berhijrah ke thailand ketika berumur 23 tahun . aik ? dah kenapa ? lari dari malaysia ke ?

inspektor danial mula merasakan sesuatu yang tidak normal . kenapa nak berhijrah ke thailand sedangkan latar belakang dia tak ada lah dari family kaya ke apa sampai nak vacay lama lama ? ada apa apa ke ?

β€œ kasih , suruh jerung masuk bilik saya sekarang . β€œ
β€œ okay tuan . β€œ

β€œ jerung , saya nak awak siasat apa sebab si arman ni pergi ke siam waktu umur dia 23 tahun . dan , siasat juga dia rapat dengan siapa dekat sana . dengan siapa dia bersosial and so on . tolong cepat . saya perlukan maklumat ni segera . β€œ
β€œ baik tuan . saya akan cuba dapatkan semua tu dengan segera . β€œ

macam mana kalau abang suspek pun terlibat dalam kes ni ? kalau dia terlibat , kena cepat cepat berkas dia ke ? kematian adik dia ni bunuh diri atau dibunuh ? kalau betullah adik dia ni dibunuh , jadi abang dia pun ada kemungkinan jadi sasaran pembunuh lah kan ? tapi , siapa nak bunuh diorang ? kalau betul ada pembunuh , apa motif pembunuh ?
danial bingung . terlalu banyak yang perlu dipersoalkan . dia mempunyai soalan , tetapi tiada jawapan . siapa yang nak jawabkan ?

sambungan : ?

3Β years ago

β€œ aunty , esok aunty nak alisya datang awal tak ? bolehlah alisya tolong apa yang patut . β€œ
β€œ boleh alisya . datang je . jangan lupa jemput kawan kawan sekelas sekali tau . β€œ

alisya sekadar mengangguk tanda faham . dia masuk ke rumah setelah menyalam tangan puan rossa .

semua orang telah berlalu pergi dari kubur irdina setelah selesai pengebumian . tetapi tidak bagi alisya . dia masih menyiram tanah yang menimbus jasad sahabatnya itu . dia membersihkan daun daun yang berada di sekeliling . lalu , alisya menggengam segumpal tanah .

aku takkan lepaskan sesiapa yang terlibat dalam kematian dia . sampai bila bila pun , aku takkan berhenti , selagi tak jumpa pembunuh Irdina Azmira !
selesai berbisik kepada hati , alisya pun mengembalikan tanah tersebut ke tempat asalnya . dia bangun dari duduknya , dan berdiri merenung tanah merah yang masih baru itu .

β€œ jangan risau irdina . aku akan cari . walau sampai lubang cacing . β€œ

gadis bermata biru itu mengatur langkah , meninggalkan tanah perkuburan tersebut setelah
melakukan apa yang seharusnya dilakukan .

semua tetamu telah pun beransur kembali ke rumah masing masing . namun tidak bagi inspektor danial . lelaki 30an itu masih menunggu alisya . alisya akhirnya keluar dari rumah puan rossa dan encik fazawi .

β€œ alisya . β€œ
β€œ huh ? β€œ
β€œ saya nak minta tolong . β€œ
β€œ tolong apa ek ? β€œ

danial menunjukkan sehelai kertas kepada alisya . kertas tersebut mengandungi gambar seorang lelaki , dan maklumat peribadinya .

β€œ ini ke penjual gula kapas haritu ? β€œ

alisya melihat gambar tersebut dengan penuh kebencian . matanya menunjukkan perasaan yang sedang membara .

β€œ y.. ya . dialah orang tu . ke.. kenapa ? β€œ
β€œ okay kalau macamtu , terima kasih . saya akan teruskan dengan prosedur seterusnya . kami akan keluarkan waran tangkap . β€œ
β€œ ouh.. alright . β€œ
β€œ boleh saya dapatkan balik kertas tu ? β€œ
β€œ ha ? oh , ha boleh boleh . nah.. β€œ

alisya mengembalikan kertas tersebut kepada inspektor danial . segaris senyuman dilemparkan mengiringi kepergian inspektor danial .

β€œ aunty rossa , ooo aunty rossa ! β€œ

alisya membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah . dia kembali masuk ke rumah keluarga encik fazawi itu .

β€œ ye alisya ? kenapa ? β€œ

aunty rossa yang sedang membasuh pinggan mangkuk pun memberhentikan pekerjaannya buat sementara waktu .

β€œ uncle azman ada adik kan ? β€œ
β€œ haah ada . kenapa ? β€œ
β€œ diorang ada tanda lahir sama dekat pergelangan tangan ke ? β€œ
β€œ seingat aunty , ye . ada . kenapa isya ? β€œ
β€œ ooo tak ada apa hehe . saje tanya . okaylah , alisya balik dulu . assalamualaikum . β€œ

alisya menghidupkan enjin motor dan memakai helmet .

β€œ aku dah agak dah , mesti azman tu ada kaitan dengan kematian irdina . dasar penipu . "

alisya mula meninggalkan perkarangan rumah . dia terus memecut laju menuju ke pasar raya .

Isnin , 23 Oktober 2017 .

alisya yang sedang duduk bersantai di depan televisyen pun dikejutkan dengan satu panggilan telefon .

β€œ helo alisya ? β€œ
β€œ ye saya inspektor ? kenapa ? β€œ
β€œ bukak tv sekarang . tengok berita . β€œ
β€œ hah ? berita ? β€œ
β€œ ye , berita . β€œ
β€œ urm okay ? β€œ

alisya pun menghidupkan televisyen yang berada di hadapannya .

β€œ seorang lelaki pertengahan 20 an ditemui maut di dalam biliknya . mangsa disyaki mengambil ubat ubatan secara tidak terkawal seterusnya hilang kewarasan dan akhirnya mengelar nadinya sendiri . si mati disyaki merupakan seorang penagih dadah kerana pihak polis telah menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah mangsa . sebarang unsur jenayah masih disiasat . buat masa ini , pihak berkuasa mengklarifikasikan kes ini sebagai kes membunuh diri . β€œ

β€œ awak dengar kan tu irdina ? β€œ
β€œ ar ye dengar . kenapa ek ? β€œ
β€œ awak tahu siapa yang meninggal tu ? β€œ
β€œ siapa ? saya kenal dia ke ? β€œ
β€œ dia tu , arman bin ismail . penjual gula kapas dekat awak haritu . β€œ
β€œ hah ? seriously ? tak , ni serius ke ? β€œ

sambungan : ?

We recommend to visit

β™‘Koleksi modul/ soalan percubaan SPM.
β™‘Semua bahan adalah percuma.
β™‘Followers yang ingin derma bahan sila pm kami
πŸ“ž @SoalanPercubaanSPM_Admin
β™‘Sila baca FAQ di pinned message sebelum pm kami.

Berita Hiburan & Movie Terbaru akan update setiap hari di channel ini, Subscribe dengan percuma sahaja!