Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago
bila anak-anak bising,
rasa serabut.
bila tengah malam,
suasana sunyi—
kena anxiety attack.
masa tu,
rindu riuhnya anak-anak.
ya Rabb…
sembuhkanlah.
saya ada kawan yang baru kehilangan orang tersayang.
tapi,
sedihnya—
orang-orang yang datang mengharapkan ada ‘kenduri’.
mengharapkan ada dijamu makanan.
orang tengah bersedih,
orang tengah berdamai dengan takdir hidupnya,
orang tengah cuba digest masa depannya kelak,
tak usahlah sibuk fikir perut sendiri.
patutnya yang datang yang bawa makanan.
bukan mengharapkan tuan rumah sediakan makanan.
satu lagi,
tak perlulah kondem-kondem waris.
‘kalau makan ubat, elok tu.’
‘lain kali buat gini gini gini.’
‘kalau buat gini gini gini, mungkin hidup lagi.’
diam je.
datang, tenangkan, tunjukkan simpati.
balik.
jangan minta makanan.
jangan cakap lebih-lebih.
jangan buat palatao.
ajal kot,
tak ada siapa boleh lambatkan.
dah الله tetapkan haritu—
haritu jugalah.
siapa sangka,
kita yang dulu tak sabar nak jadi dewasa—
kini merindukan zaman kanak-kanak.
siapa sangka,
zaman kanak-kanak dahulu jauh lebih menarik dari sekarang.
untuk saya yang beranak lima,
tiga dah bersekolah—
saya teringin untuk besarkan mereka
dengan cara kita dahulu.
tapi,
dalam masa yang sama—
tak nak mereka ketinggalan zaman.
faham tak,
dilema tu?
Poligami bukan perkara mudah. Saya ada kawan-kawan yang berpoligami dan dipaksa berdamai dengan takdirnya.
Jujur, kalau saya di tempat mereka — saya tak tahu nak handle.
Kepada yang berpoligami (isteri pertama), sabar dan berharaplah pahala.
Se-terdesak apa pun, utamakan doa untuk kesihatan dulu sebelum harta.
Pakaian yang longgar, labuh — tidak pernah selekeh. Don’t feel bad about it.
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago