Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 1 week ago
Umar suruh runding tiga hari tiga malam untuk pilih khalifah selepasnya. Abdul Rahman bin Auf pusing Madinah berjumpa dan meminta pandangan daripada semua pihak, termasuk orang muda dan perempuan.
Tapi, kita letak undi dulu. Sebab kita sudah berpuak melalui parti, maka tak perlu bincang dah. Kalau bincang pun tak akan selesai kecuali dengan undi, sebab kita nak parti dan puak kita sahaja menang dan perintah. Sebab kita faham begitu cara mengurus hal ehwal awam, warisan daripada penjajah.
Dan yang paling penting, kita bolot semua benda dan sisihkan orang Islam bukan parti dan puak kita, kerana kita nak jadikan kuasa yang ada untuk kekal berkuasa dalam hukum peti undi DUN dan Parlimen akan datang.
Kita tak faham syura macam yang diajar dalam al-Quran.
Kita ikut sistem peti undi demokrasi dengan cara lurus bendul, macam orang tak ada kitab suci.
Apabila kita tinggalkan al-Quran, Allah SWT tinggalkan kita.
Jadilah kita hari ini diperkotak-katik orang lain yang asalnya pendatang dibawa penjajah, sebab kita sendiri menjunjung sistem penjajah secara total, langsung tak berbaki untuk menghidupkan dan menghayati sistem Islam dalam medan yang kita berupaya lakukan.
Sistem pemilihan pemimpin negara melalui peti undi pilihanraya yang diamalkan sekarang diterima sebagai harus di sisi syarak kerana terpaksa.
Asalnya tidak harus. Tapi terpaksa.
Kena hurai secara ringkas dua benda ini; kenapa tidak harus dan kenapa terpaksa terima.
Selepas hurai benda ni secara ringkas, barulah saya akan tulis mesej induk post ini.
Tidak harus kerana menyalahi hukum asal syarak, dari beberapa sudut. Saya tulis dua sahaja, yang paling utama dan berdalilkan ijmak:
1) Orang bukan Islam tak terlibat dalam urusan pemilihan pemimpin negara Islam.
2) Urusan pemilihan hanya melibatkan Ahlul Halli wal Aqdi, yang sudah tentu bukan semua warga yang berusia 18 tahun ke atas, yang menyamakan nilai pilihan seorang yang terkenal dengan kefasikannya dan seorang yang terkenal dengan ketakwaan dan keilmuwannya.
Itu hukum asal.
Terpaksa terima kerana realitinya selepas penjajahan, kuasa memilih pemimpin sudah diberikan kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas (dulu 21 tahun), yang menyamakan nilai pilihan seorang yang terkenal dengan kefasikannya dan seorang yang terkenal dengan ketakwaan dan keilmuwannya.
Juga menyamakan antara orang Islam dan bukan Islam.
Realiti ini adalah buruk, dari sudut hukum syarak, kerana setiap yang dilarang syarak itu adalah buruk dan rosak (mafsadah).
Realiti yang buruk ini (pemilihan pemimpin menerusi peti undi pilihanraya yang diamalkan sekarang) terpaksa diterima syarak sebagai hukum sementara, kerana umat Islam lemah.
Kenapa lemah dan dari sudut apa lemah? Panjang cerita, ini bukan tempatnya.
Point penting ialah kita terpaksa terima, selagi kita lemah.
Serupa kita terpaksa tayammum selagi kita tak jumpa air.
Tapi, kita kena ingat…dan inilah mesej induk yang saya nak sampaikan.
Jangan biarkan sistem peti undi DUN dan Parlimen mengatur semua urusan kita umat Islam. Kita terima sekadarnya sahaja, jangan berlebih-lebih.
Urusan taman dan kampung, juga masjid, kita sepatutnya boleh saja kembali mengamalkan sistem Islam.
Syura.
Campak semua kepentingan parti dan puak. Kita bincang sampai tercapai muafakat melibatkan semua pihak.
Tapi kita jenis sudah mengagamakan peti undi. Peti undi itu kita kira sebagai kitab suci yang memutuskan segala perkara. Al-Quran kita campak belakang.
Rasulullah SAW diarahkan oleh Allah SWT, dalam Surah Ali Imran ayat 159, untuk bersyura dan mengambil kira pandangan para sahabat yang melanggar arahan Baginda agar tidak meninggalkan bukit pemanah semasa perang Uhud.
Bersyura dan mengambil kira pandangan mereka walaupun mereka telah melakukan kesalahan yang mengakibatkan tentera muslimin pimpinan Rasulullah SAW sendiri ditimpa musibah pada peperangan Uhud.
Bersyura dan mengambil pandangan mereka selepas perang Uhud, dalam segala perkara lain.
(Ibnu Ashur menyatakan satu pendapat dalam menafsirkan ayat ini bahawa orang munafik pun termasuk dalam arahan itu, agar dilibatkan dalam perbincangan, supaya tidak mudah-mudah mereka mencipta alasan untuk mengingkari perintah Rasulullah SAW. selepas terlibat dalam perbincangan).
Itu Rasulullah SAW.
Tapi kita…apabila sudah menang peti undi DUN dan Parlimen, kita sisihkan semua orang bukan parti kita dalam membuat keputusan hal ehwal kampung dan taman, hatta masjid yang sepatutnya melibatkan semua pihak.
Sistem bolot semua proses pembuatan keputusan ini (berdasar peti undi DUN atau Parlimen) dan meninggalkan syura sebagaimana diperintahkan kepada Rasulullah SAW dalam Surah Ali Imran ayat 159 di atas, adalah sistem jahiliyah kita ambil daripada penjajah.
Sedangkan kita boleh saja kembali kepada al-Quran, terutama dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan orang bukan Islam. Dan urusan sebegitu terlalu banyak.
Kita syura sesama muslim. Kita bincang dan berunding untuk muafakat sesama Islam.
(Dengan bukan Islam, kita bukan main lagi nak libatkan semua, sampai garis panduan pasal Islam pun kita ambik kira pandangan orang bukan Islam. Betapa harmoninya. Tapi sesama Islam, semua benda berhukum pada peti undi DUN dan Parlimen, agama baharu kita.)
Undi hanyalah jalan terakhir.
Barakah atau berkat itu mengandungi dua pengertian sekali gus, iaitu kekal dan bercambah.
Amal yang berkat, ertinya kekal dan bercambah.
Umur yang berkat, ertinya walaupun usia manusia terhad, namun keberkatan menjadikan kebaikan yang terkandung dalam usia itu bercambah-cambah tidak berhenti seolah-olah kekal.
Duit yang berkat, ertinya walaupun duit yang dimiliki terhad, namun keberkatan menjadikan kebaikan daripada duit itu bercambah-cambah tak berhenti seolah-olah kekal.
Oleh itu, seringlah doakan keberkatan sesama kita.
Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban ini dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.
Selain berdoa minta keberkatan, usahakan keberkatan melalui ketakwaan, iaitu mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Sentiasa rasa tak cukup adalah salah satu tanda tiada keberkatan.
وأولى مراتب النفاق أن يجلس المؤمن مجلساً يسمع فيه آيات الله يُكفَر بها ويُستهزأ بها فيسكت ويتغاضى .. يسمي ذلك تسامحاً ، أو يسميه دهاء ، أو يسميه سعة صدر وأفق ، وإيماناً بحرية الرأي !!! وهي هي الهزيمة الداخلية تدب في أوصاله وهو يموه على نفسه في أول الطريق ، حياء منه أن تأخذه نفسه متلبسا بالضعف والهوان !
إن الحمية لله ولدين الله ولآيات الله هي آية الإيمان ، وما تفتر هذه الحمية إلا وينهار بعدها كل سد ، وينزاح بعدها كل حاجز ، وينجرف الحطام الواهي عند دفعة التيار ، وإن الحمية لتكبت في أول الأمر عمدا ثم تهمد ثم تخمد ثم تموت! ..
فمن سمع الاستهزاء بدينه في مجلس فإما أن يدفع وإما أن يقاطع المجلس وأهله ، فأما التغاضي والسكوت فهو أول مراحل الهزيمة ، وهو المعبر بين الإيمان والكفر على قنطرة النفاق!
Imam al-Juwaini menegaskan bahawa jika penguasa atau pemerintah pada satu-satu masa tidak sampai pengetahuannya ke tahap mujtahid (bukan ulama), maka ikutan pada masa itu ialah ulama, manakala penguasa bertindak sebagai kekuatan dan shaukah bagi ulama. Maksud kami (al-Juwaini) ialah orang alim pada zaman itu adalah seperti Nabi, justeru penguasa dengan orang alim adalah seperti raja dengan Nabi, diperintahkan agar patuh pada arahan Nabi. - Demikian terjemahan maksud petikan daripada kitab al-Ghiyathi.
Tulisan Imam Juwaini ini berkenaan zaman merosotnya pemerintahan Islam, bermula dengan merosotnya sifat orang yang layak menjadi pemerintah, sehingga ke zaman tiada yang layak mengikut kriteria yang syarak hendak.
Imam Malik pernah diminta oleh Harun ar-Rashid agar datang ke istana untuk mengajar al-Muwatta'. Salah satu ungkapan balas Imam Malik ialah "ilmu itu didatangi, bukan mendatangi". Ertinya, kalau nak ilmu, datang ke masjid tempat beliau mengajar, bukan beliau yang datang ke istana untuk mengajar.
Situasi hari ini sudah terbalik. Ulama yang kena rai penguasa dan pembesar, mengiringi ke majlis-majlis bukan ilmu, hatta majlis ilmu pun penguasa yang bertindak sebagai pemberi ucap utama. Ulama hanya diminta baca doa.
Penguasa tidak perlu merujuk kepada ulama. Kalau rujuk pun, tidak mesti ikut. Tidak seperti yang diajar oleh Imam al-Juwaini. Pendek kata, kedudukan ulama hanyalah menempel di sisi penguasa, sebagai "rubber stamp". (Contohnya fatwa mengenai rokok dan vape dipersetankan saja oleh penguasa).
Para ulama sepatutnya ada keberanian untuk menghentikan realiti ini. Jangan menempel di pintu pejabat penguasa dan pembesar. Sepatutnya, mufti sebagai contoh, adalah pihak yang didatangi sebagaimana sultan pada hari ini. Bukan terbalik.
Hujah bahawa ulama kena tawaduk dan merendah diri untuk mendidik dan membimbing penguasa sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana pengalaman berpuluh tahun membuktikan kegagalan cara itu, malah hasilnya semakin teruk.
Kibar bendera China di Malaysia ialah mengenai hegemoni China yg cuba dibenihkan oleh rakyat negara ini sendiri. Kibar bendera Malaysia di luar negara tak da kaitan dgn hegemoni sebab Malaysia ni negara kecik.
Lain kali kalau nak buat perbandingan, pi mengaji dulu bab kuasa dan politik antarabangsa. Jangan main belasah aje semata-mata nak pertahankan sekutu politik, DAP.
Isu ini melangkaui sempadan politik kepartian. Isu ini ialah isu kedaulatan negara.
Kuasa penjajah itu kuasa keras. Tapi menormalisasikan identiti kuasa besar adalah kuasa lunak. Gabungan kedua-dua ini adalah hegemoni.
Selama ini, kita sudah dipasung dengan hegemoni Barat/Amerika, sampaikan nak buat restoran pun hanya nampak jenama Amerika macam McD dan KFC saja yang boleh untung, boleh survive.
Itulah penjajahan pemikiran.
Sekarang, kita nak normalisasikan pulak identiti China di Malaysia.
Memang bangsat betul orang kita yang jenis terima bodoh saja apa yang Type C buat seperti mana orang kita terima bodoh saja apa yang orang Barat buat.
Terima bodoh tu maksudnya tak guna otak. Tak bertapis langsung.
Belajarlah sampai ke negeri mana pun menuntut ilmu. Tapi ilmu itu digunakan untuk bina bangsa dan negara sendiri, bukan pi jadi pak turut pada kuasa besar.
Masalahnya, yang bercakap “Bendera Malaysia pun dikibarkan di luar negara, hatta negara China” jenih malas guna otak, malas belajar, jenis pak turut pada yang ada kuasa macam lalang.
Hancur negara dapat kat orang macam tu.
Nota: Perak tu negeri yang MB nya UMNO yang jadi pak turut DAP. Dia kata dulu, masuk politik tentu nak kuasa. Hakikatnya bukan dia yang berkuasa pun.
Pihak berkuasa fatwa kena segera keluarkan fatwa yang mewajibkan ”wakaf istibdal” ke atas harta wakaf yang telah terbengkalai atau sudah tidak digunakan melebihi tempoh tertentu (sebagai contoh lima tahun) kerana sudah tidak berbaloi untuk dibangunkan atau diselenggara lagi.
Sebagai contoh van jenazah wakaf yang sudah tidak digunakan kerana sudah ada van jenazah yang baharu.
Contohnya tanah wakaf khas tapi bersaiz kecil lalu tak boleh diusahakan.
Tanah wakaf saiz kecil ini banyak terdapat di kawasan pinggir bandar, manakala tanah wakaf saiz besar banyak berada di luar bandar.
Kecik tak boleh nak buat apa, manakala besar jauh daripada orang.
Lebih baik jual tanah-tanah yang kecik itu, beli bangunan kedai perniagaan sebagai ganti (istibdal).
Maqasid wakaf ialah untuk manfaat umat. Terbengkalai bermakna maqasid wakaf tak tercapai.
Yang lebih menyedihkan apabila hukum cabang seperti khasnya wakaf untuk tujuan tertentu berdasarkan niat pewakaf lebih diutamakan berbanding hukum pokok berkaitan maqasid syarak dalam soal menebus kuasa ekonomi umat Islam menggunakan instrumen wakaf.
Semoga tulisan ini membuka minda mereka yang terlibat dalam membuat polisi bagi kepentingan umat Islam.
Salah satu hikmah orang lelaki wajib solat lima waktu seumur hidup, tanpa waktu uzur macam perempuan, ialah mereka sentiasa kena minta petunjuk jalan yang lurus sebab mereka pemimpin.
Pemimpin akan memimpin ke jalan yang sesat kalau tidak meminta petunjuk jalan lurus daripada Allah Taala.
Perempuan tidak memimpin sepenuhnya. Perempuan juga diberi keistimewaan melahirkan anak.
Melahirkan, membesarkan dan mendidik anak adalah tugas yang sejajar dengan memimpin. Kena pilih salah satu, kerana kedua-duanya mengambil sepenuh kekuatan manusia yang terlibat.
Begitulah hikmah secara umum, adapun hikmah secara individu berbeza-beza untuk kes-kes terpencil.
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 2 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 3 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 1 week ago