Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Tunggu flight tanpa tiket, memang gila. Tapi nakkan syurga tanpa solat lagi gila.
مُحَمَّد
Kekasih Allah yang mmpu membuat kita jatuh cinta walaupun tidak pernah bersua.
مُحَمَّد
Kekasih Allah yang mmpu mmbuat kita rindu tanpa pernah brtemu.
اَللَّهُمَّ صَلىِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّد 🤍
"Kalau hanya cinta kelahiran Nabi ﷺ, maka hanya jadi macam Abu Lahab."
"Kalau hanya cinta batang tubuh Nabi ﷺ tanpa ikut syariat nabi, maka hanya jadi macam Abu Thalib yang menjaga tubuh badan nabi daripada dizalimi oleh orang kafir Mekah."
Mendalam maksud ustaz yang tersirat di situ🥹
"Sambut maulud, maulud jugak. Yang paling besar adalah perjalanan agama yang dibawa oleh Nabi ﷺ", sambung ustaz lagi.
Demikianlah.
Kadang-kadang, kita ini memang perlu dikejutkan daripada mimpi supaya kembali kepada realiti.
Kecintaan yang sebenar adalah dengan mentaati syariat baginda Rasulullah ﷺ. Menangisi, menghargai dan mencintai setiap titik peluh & darah baginda dengan berusaha menjadi seorang mukmin yang beriman & bertaqwa. Itulah tuntutan & kewajiban yang sebenar.
Bukan mudah, perlu jua mujahadah.
Kerana yang hendak dicintai itu tiada di depan mata. Tiada pernah melihat baginda ﷺ.
Memohonlah kita kepadaNya agar dikurniakan penghayatan sebenar dalam mencintai Nabi Muhammad ﷺ. Tiada daya & upaya melainkan dengan pertolongan Allah swt.
"Kita belajar betul-betullah ilmu agama yang nabi ﷺ bawa datang. Itu baru betul kasih akan nabi ﷺ. Memahami agama; islam, iman dan ihsan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Jika kasih akan nabi ﷺ, maka belajar molek, kemas molek bab akidah. Akidah ahli sunnah wal jamaah", pesan ustaz.
Marilah kita mengaji FARDHU AIN sebagai lambang utama cinta kita kepada Nabi Muhammad ﷺ.
“Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Satu kumpulan sahaja yang akan ke syurga dan 72 kumpulan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ﷺ, siapakah mereka? Nabi ﷺ menjawab: al-Jamaah.”
[Riwayat Ibn Majah (3992)]
Wallahua'lam.
Ayuh, terus berselawat!
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
السحسنه | R A M A - R A M A🦋
Assalamualaikum wbt.
Sebelum tu, semua harus faham dalam mazhab Syafie wajib untuk niat puasa di setiap malam. Hanya dalam mazhab Maliki sahaja yang niat puasa sebulan itu sudah mencukupi.
Oleh kerana itu kita wajib niat setiap malam. Tapi ulama juga mengajarkan kita boleh juga niat sebulan hanya sebagai back up sahaja kalau kita terlupa satu malam untuk niat.
Ramai di antara ulama mazhab Syafie menghukumkan SUNAT juga berniat puasa sebulan dengan bertaqlid kepada Mazhab Maliki.
Antara mereka adalah Syeikh Ibn Hajar al-Haitami, Syeikh Zainuddin al-Malibari, Syeikh Ibrahim al-Birmawi dan ramai lagi.
Ada dua Faedah bagi mereka yang niat sebulan.
Sah puasa bagi hari jika dia lupa berniat pada malamnya di sisi Mazhab Maliki.
Akan dapat pahala puasa yang sempurna seandainya dia meninggal dunia sebelum sempurna bulan Ramadhan kerana niatnya.
Baik untuk menjawab soalan di atas. Andai kata bagi wanita pula yang sudah niat sebulan lalu datang haid. Atau pun orang yang sakit dan terpaksa tak boleh puasa atau musafir. Adakah ia akan menjejaskan niat sebulan itu?
Jawapannya YA. Dan dia perlu ulang sekali lagi niat sebulan itu apabila dia sudah boleh berpuasa.
Kerana niat sebulan yang pertama itu sudah pun terputus apabila dia tidak berpuasa kerana sakit, haid atau Musafir. (Atau dia sengaja tak puasa). Maka harus ulang lagi sekali niat itu.
Lafaz Niat Puasa Sebulan Penuh:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانِ كُلِّهِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku puasa sebulan Ramadhan sekaliannya tahun ini kerana Allah Taala."
Wallahualam bisawab. Moga menjawab soalan ini dengan lengkap.
Rujukan :
Minit ke 36:50
https://www.facebook.com/share/v/LwjcKhoqqvy2M6Rc/?mibextid=WC7FNe
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
JANGAN PISAHKAN!
Solat, baca quran.
Solat, baca quran.
Solat, baca quran.
Itulah amalan yang berterusan para solihin dan pejuang dakwah dan pejuang islam. Malah ada para solihin khatam 6000 kali sepanjang hidup mereka.
Para mujahidin pulak, quran adalah makanan mereka dalam susah dan senang malah sehingga dipenjara pun mereka tidak pernah putus dari alquran sehingga mereka tidak terasa berpuluh tahun mereka di penjara.
Para duat, quran adalah teman mereka. Solat adalah penawar hati mereka. Dimana mereka pergi, dalam kereta, menunggu trafik light, dekat LRT MRT, distesyen bas, sedang ride dan memandu, quran sentiasa jadi teman.
Para sufi, quran adalah warid dan wirid mereka. Bila letih, solat pulak menjadi kerehatan mereka.
Dan kita, nanti nanti. Nanti nanti. Tangguh dan tangguh. Tunggu dulu. Kejap lagi. Lepas cerita korea baru nak baca. Lepas lipat kain baru nak baca. Lepas basuh pinggan baru nak baca. Lepas tengok bola baru nak tadabbur. Itulah alasan kita. Sehingga dari pagi hingga tertidur, satu ayat pun tidak kita sebut.
Allahu Allah. Betapa celakanya manusia yang lupakan alquran. Tetapi pada handfon FB, IG, Tik Tok berpuluh jam mereka taat dan tidak pernah terlepas darinya.
Berubahlah! Malulah dengan Allah.
Ada muslimat, dia pakai niqab tu sebab nak tutup muka. Jadi dia tak kisah niqab bahagian muka tu pendek atau tak sebab matlamat dia memang nak tutup muka.
Ada muslimat, dia pakai niqab sebab nak tutup lebih dari muka, yakni bahagian dada tertutup walaupun tudungnya sudah labuh, tapi labuh tudung pun tetap x secure buat diri dia, jadi dia nak pakai niqab tu untuk extra menutup bahagian yang patut ditutup.
Ada muslimat , dia pakai niqab sebab nak ganti dengan mask, jadi dia tak kisah niqab tu kecil atau besar.
Ada muslimat, dia pakai niqab sebab nak tarbiyyah diri dia dapat banyak perkara seperti suka gelak kuat, suka sembang, suka buat aktiviti lasak, suka menyanyi, menari,suka berhias, bercantik2, cepat marah dan pelbagai lagi sebab. Jadi dia pakai niqab untuk hadkan perbuatan dia yang kurang sopan.
Ada muslimat, dia pakai niqab sebab dia nak ikut Saidatina Fatimah. Bulat niatnya. Orang nak kata apa pun dia diam je. Tak sedih pun hati dia bila orang mengata sebab itulah matlamat dia. Mengenali siapa idolanya.
Dan pelbagaaaai lagi niat dan tujuan individu tersebut. Apa jua niat dan tujuan muslimat tersebut , tak wajar kita sebagai manusia menjadi hakim dengan menghakimi tujuan individu itu sendiri.
Boleh jadi hari ni dia pakai niqab dan tutup aurat, ikut FATWA. Alhamdulillah
Mungkin satu hari nanti, Allah tingkatkan kefahaman, iman dan amalnya dengan berpakaian secara sederhana dan tidak menonjol warnanya.
Setiap orang mempunyai proses kehidupannya sendiri mengikut timeline yang ditetapkan oleh Allah swt. Didiklah hati untuk suka mendoakan orang lain. ☺️
Sama2 jaga hati dan lidah. Mudah2an Allah memandang dan memberikan ihsan pada sekecil2 perbuatan baik kita insyaaAllah biiznillah.
Ana Aufiah | 29 June 22
Kenapa seorang wanita kena mahir bab Agama? Kerana madrasah pertama adalah mak. Peranan seorang wanita itu besar.
Biarlah untuk urusan dunia terlihat sederhana, tapi bab Agama kita pulun gila gila. Biarlah asyik terlihat tak habis habis dengan mengaji, tujuan kita pulun sebab nak bab Agama kita jadi reti.
Kedepan hari, kita nak beramal. Amal tu nak kepada sah amal. Nak bagi sah amal kena mengaji kitab kulit ke kulit. Buka utube 5minit,10 minit tak buat kita lepas fardhu ain. Kedepan hari juga boleh jadi rujukan anak anak.
Masih ingat antara nasihat dari Tuan guru Syeikh Zainul Asri حفظه الله تعالى :
"Sebab wanita nak melahirkan golongan Ansarullah. Penolong Agama الله. Nak melahirkan penolong Agama الله ni, dia bukan tiba tiba lahir tapi dia mesti melalui proses.
Walaupun wanita tidak menjadi Nabi tapi dari perut wanita lah lahirnya Nabi Nabi dan Para Auliya. Didikan anak tk mula lepas lahir, dia mula dari dalam perut. Macam mana ibu waktu mengandung 9bulan, macam tulah anak ketika dilahirkan. Perut wanita yang solehah, الله pilih untuk melahirkan kekasih الله."
Maka nak jadi wanita solehah, tidak lari dari menuntut ilmu. Kena mengaji ilmu fardhu ain. Kena paksa diri mengaji, duduk dalam suasana ilmu, menghafal, susah payah dengan ilmu dan beramal.
Wanita hebat akan menlahirkan orang orang yang hebat. Penting untuk melahirkan insan yang boleh tolong Agama islam. Jadilah kita sebagai pemula anak anak mengenal ilmu akidah, feqah, tasawuf. Dari kita anak mula hafal matan, dari kita anak mula hafal hadis. Tk banyak takpa tapi kita nak jadi pemula. Insyaaالله.
Rebut peluang mengaji. Pulun sungguh sungguh. Semoga الله تعالى pimpin kita semua untuk selalu duduk dalam suasana mengaji. Aamiin.
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago