Dive into the Ultimate Free Library: Your One-Stop Hub for Entertainment!

pkpimalaysia

Description
Advertising
We recommend to visit

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Last updated 1 month ago

E'lon berish pullik !
E'lon berish uchun: @Elon_joylash_Narxi

👨‍💻Admin @Elon_Berish_505

Last updated 5 months ago

menfess autobase

@sendtl_bot #mtl

Last updated 3 weeks, 3 days ago

1 month ago

Bertarikh: 1 April 2024 (Isnin) bersamaan 21 Ramadan 1445H

KENYATAAN MEDIA
PKPIM MENYARANKAN AGAR RAKYAT MENGHINDARI SIFAT MELAMPAU DAN GHULUW DI DALAM BULAN RAMADHAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengambil cakna terhadap isu semasa yang terjadi di negara ini yang terkait dengan isu kaum, agama dan institusi di Raja (3R).

Pada 30 Mac 2024, telah tular satu polemik yang membabitkan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia...

Kenyataan penuh:
https://www.instagram.com/p/C5M4zZcPjdN/?igsh=MTUyODI4OTJzdWV0MA==

Hidup Biar Berjasa!

Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

1 month ago
pkpimalaysia
1 month ago
pkpimalaysia
3 months ago

SELAMAT HARI HIJAB SEDUNIA 2024

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan Selamat Hari Hijab Sedunia 2024 kepada semua muslimah seluruh dunia.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."‏
(Riwayat Muslim, No 715)

Hijab bukan hanya sekadar kain yang menutupi kepala, tetapi juga merupakan simbolik kepada kekuatan, kehormatan dan keteguhan iman seorang wanita bercitra islami.

Hidup Biar Berjasa!

#HBB
#PKPIM
#HewiBerdaya

3 months ago

DAULAT TUANKU

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Semoga Tuanku, Raja Permaisuri & seluruh Kerabat Diraja sentiasa di lembayung rahmat & perlindungan-Nya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Dirgahayu Tuanku.

31 Januari 2024 (19 Rejab 1445H)

#PKPIM

3 months ago

TAHNIAH TUAN YANG TERUTAMA TUN DR. WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Sarawak ke-8.

Perlantikan ini mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara ke - 19 pada 19 Jun 2023, dan memegang beberapa portfolio jawatan penting dalam kabinet kerajaan. Semoga Tuan Yang Terutama Tun diberikan limpah rahmat mengemudi bumi Kenyalang.

#PKPIM

5 months, 1 week ago

TAHNIAH DATUK AZUAN EFFENDY

PKPIM mengucapkan tahniah kepada Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini (Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara) atas pengurniaan oleh Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dengan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Datuk Azuan Effendy merupakan Ahli Majlis Kebangsaan Pelajar Islam, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sebagai figura yang tidak asing lagi khususnya berkaitan Istana Negara, beliau juga bergiat aktif sebagai aktivis PKPIM sejak awal-90 an. Tahniah Datuk!

Hidup Biar Berjasa!

#PKPIM
#HidupBiarBerjasa

5 months, 1 week ago
pkpimalaysia
5 months, 2 weeks ago

PKPIM HADIR KE PERSIDANGAN MEJA BULAT (RTD) ISU SOSIAL BERSAMA NGO DAN SUKARELAWAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2023

Alhamdulillah pada 16 November 2023, Sdri. Husna Juwairiyah (PSU 2 PKPIM), Sdri. Nafisatul Ilmi (Exco Pembangunan Kampus) dan Sdr. Hydar (Exco Sukan & Perpaduan) telah hadir ke RTD isu sosial (HIV/AIDS dan Seks Bebas) bertempat di Dewan Bunga Raya, WP Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Persidangan meja bulat ini telah membawakan tiga pembentangan antaranya Advokasi Akta Antigangguan Seksual (Akta 840) bersama Puan Maisarah binti Hashim, perbentangan HIV dan AIDS oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan Modul Kesedaran Pendidikan Reproduktif oleh Dr Nur Najwa Hanim Binti Ab Latiff.

Persidangan yang dihadiri pelbagai agensi bukan sahaja membuka mata masyarakat tetapi menjadi imbuhan kepada PKPIM untuk membantu golongan ini pada akan datang. Insya Allah

Hidup Biar Berjasa!

#PKPIM
#HidupBiarBerjasa

5 months, 2 weeks ago
pkpimalaysia
We recommend to visit

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Last updated 1 month ago

E'lon berish pullik !
E'lon berish uchun: @Elon_joylash_Narxi

👨‍💻Admin @Elon_Berish_505

Last updated 5 months ago

menfess autobase

@sendtl_bot #mtl

Last updated 3 weeks, 3 days ago