Pemburu yang diburu.
Last updated hace 3 meses, 3 semanas
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated hace 2 meses
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated hace 2 meses, 2 semanas
Pelajaran terbesar yang saya dapat daripada Sura As Syuara' ini. Bertahun saya usahakan untuk benar benar ingat sehingga satu masa, saya menyerah kalah. Mahu pejamkan mata sahaja. Kalau ditebuk, mesti masuk ke ayat lain. Benar benar jauh.
Tapi asbab kasih sayang Tuhan, dia tetap mahu saya ingat kalamNya. Makanya dicampak saya ke dalam jurusan tahfiz lagi. Minggu lepas saya tasmik surah ini dengan penuh debaran. Hmm.Tuhan sahaja yang memahami.
Saya pulun juga sebab saya tidak mahu kecewakan ustazah saya. Saya tidak mahu memberi tekanan pada ustazah saya, kalau terpaksa mendengar bacaan saya yang banyak kesilapan. Pagi, malam diulang ulang dan akhirnya, alhamdulillah.
Satu perasaan yang tidak mampu digambarkan. Saya cuba merefleksi diri, ambil masa sendirian untuk muhasabah. Benarlah kata Tuhan,
(ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ)
[Surat Fatir 32]
Maksudnya :Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
Bukan persekitaran yang salah.
Bukan guru yang salah.
Bukan kawan yang salah.
Tetapi diri sendiri yang salah.
Belum cukup usaha.
Tapi mahu terus mengalah?
Tuhan,ampunkan kami. Jangan Kau jadikan kami di dalam golongan yang zalim pada diri sendiri.
Syaurah Ishak,
Masih usaha untuk mengingat kalamNya.
MINGGU TERAKHIR KEM HAFAZAN QURAN📢
Bagaimana ibu ayah yang punya anak tahfiz sepanjang cuti sekolah ini?
Hafazan anak-anak okay?
Jika ibu ayah risau lihat anak anak masih belum buka Quran, tak mengapa. Kami masih jalankan Kem Hafazan Quran untuk seminggu akhir saja lagi. Pendaftaran masih dibuka.😊
Kem Hafazan versi Cuti Sekolah bulan Disember 2024 sudah dibuka!
Untuk para pelajar dan ibu bapa yang masih belum ada perancangan untuk diri dan anak-anak mereka, boleh sertai kami secara online sahaja.
In shaa Allah, kami akan bantu dan bimbing sedaya upaya pelajar-pelajar dalam memantapkan lagi hafazan mereka
Jemput daftar di https://nasyrah.onpay.my/order/form/KHCS2024Dis/141
AKAD YANG TERMETERAI PART 1
Saya belajar bahawasanya pada niat yang baik,pasti akan dibuka jalan daripada jalan yang tidak disangka. Jaga niat kerana ia akan membawa ke mana kita.
Saya sedar bahawasanya saya tidak akan mampu membalas jasa mereka selamanya, sekalipun saya mempunyai seluruh dunia ini dan saya tahu bahawasanya, kedua orang tua saya mengharapkan agar saya menjadi sebahagian saham akhirat mereka. Untuk itu, tiada sebab untuk saya menyerah kalah.
Tidakkah Syurga itu ada bayarannya (?)
Moga usaha ini menjadi bayarannya.
Perjalanan untuk memahami erti sebenar hamilul Quran ini ialah satu proses.
Mungkin hari ini,
Kita menghafaz tanpa memahami apa yang dihafaz. Tetapi suatu saat, akan tiba satu masa yang memahamkan kita, mengapa perlu menghafaz dengan memahami apa yang dihafaz.
by
(Akan disambung lagi)
Syaurah Ishak,
Saya mahu terus setia dengannya sehingga dijemput Allah.
Pemburu yang diburu.
Last updated hace 3 meses, 3 semanas
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated hace 2 meses
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated hace 2 meses, 2 semanas