PuisiDariPanda🐼

Description
Assalamualaikum semua ❤️,

Dalam channel ni, Irwan and Team akan kongsikan segala quotes, puisi dan kata-kata yang digarap/dilakar khas sebagai motivasi semua. Terima kasih atas support korang. Moga Allah balasnya dengan Syurga 🤍
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 4 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 months, 2 weeks ago

4 months, 1 week ago

Drama 365 sudah selesai, dan engkau masih berdiri, lebih kuat daripada sebelumnya. 🤍

Terima kasih buat diri, kerana terus melangkah walau kadang-kala kaki terasa lemah.
Terima kasih buat diri, kerana tidak menyerah walau air mata pernah tumpah.
Terima kasih buat diri, kerana memilih untuk terus percaya walau jalan di hadapan penuh teka-teki.

Hari ini adalah hadiah untukmu.
Setiap luka telah mengajarkan makna, setiap tawa telah mengukir bahagia.
Moga langkah seterusnya dipenuhi keberkatan, moga hari-hari mendatang dipenuhi harapan.

Teruslah menjadi versi terbaik dirimu, kerana engkau layak untuk bahagia. 🤍

5 months ago

‘Rahsia Tuhan’ adalah tanda bahawa Dia punya rencana yang belum kita ketahui. Jangan terburu-buru meminta jawapan. Bersabarlah, kerana pada waktunya, semua yang disusunNya akan menjadi lebih indah dari apa yang kita bayangkan. 🤍

5 months ago

Ujian itu pahit, tapi ganjarannya manis

Meskipun ujian itu pahit, sebenarnya itu adalah jalan menuju kebaikan. Dengan kesabaran dan kepercayaan kepada الله, setiap kepahitan akan digantikan dengan kemanisan berupa ganjaran, hikmah, dan kedamaian hati. InsyaAllah 🤍

5 months, 3 weeks ago

hakikat kamu bukan seorang,
kamu masih punya Tuhan.

KuraiHikari

5 months, 3 weeks ago

Jika doa belum dijawab, itu kerana الله sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu. Tetaplah percaya kepadaNya. ??️

5 months, 4 weeks ago

Kamu layak untuk hidup, kerana itu kamu di sini. Andai kamu tidak berguna, lantas mengapa kamu dilahirkan di dunia?
Usah fikir apa kata mereka, tiada yang bisa menentukan hidup kamu, segala pilihan di tangan kamu. Kerana yang pinjam tubuh itu juga adalah kamu, bukan?

KuraiHikari

9 months, 1 week ago

Dunia tidak menipu, khayalan mimpi hanyalah palsu, dibuai lena nikmat dunia, tiba waktu hadapi realitinya.

Realiti yang manis mahupun pahit, hari baru, diri yang baru, menempuh perjuangan yang mati hanya penghujung. Sedia, itu sewajarnya.

KuraiHikari

9 months, 2 weeks ago

Tuhan tidak zalim, hanya kita yang berburuk sangka, segala hal ada hikmahnya, berdamai dengan semesta. Juga berdamai dengan Penciptanya.

KuraiHikari

9 months, 2 weeks ago

Cinta akan hadir, tiada salah tentang itu, segala perasaan yang terpendam, itu normal, namun bagaimana? itu pertanyaannya.

Bagaimana untuk kamu mengawal rasa cinta yang hadir? Hujungnya juga kamu yang sakit.

Andai kamu rebah, kembali mencari cinta sebenar.
Ingat kembali siapa yang kamu lupa. Yang Maha Memberi Nikmat Segala.

KuraiHikari

12 months ago

Kalau ada nak bertanya atau nak baca tulisan liya, liya aktif di platform instagram tau.

search ni?

@luna_liya__

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 4 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 3 months, 2 weeks ago