𓂆 يَــا مُقَلِّـبَ الْقُلُوبــــ 𓂆

Description
Typography • Quotes Ulama • Sharing #TidakPerluMintaIzin
#BukanUstazah

Ahlan wa Jazakumullah Khayr Jaza' sudi menjengah channel kecil ini ✨

IG : Instagram.com/nsabrin__zahro
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 month, 3 weeks ago

[Faedah Majlis Ke-4 Bughyah al-Tullab]

Hidayah ada dua:

1) Hidayah muwassilah. Hidayah ini hanya semata-mata ada pada Allah Ta'ala tiada pada orang lain.
2) Hidayah tariq. Hidayah ini bermaksud menunjukkan jalan kepada mengenal Allah Ta'ala kepada orang lain. Ini boleh ada pada nabi, rasul, orang yang mengajar dan sebagainya.

Oleh itu, hidayah tariq ini kita boleh buat dengan dua cara:

1) Mengajak orang lain suruh belajar.
2) Orang yang mengajar sendiri mengajak untuk melakukan kebaikan dan mengenal Allah Ta'ala.

Apabila bincang berkenaan hidayah, maka akan terkait dengan taufiq.

Apabila orang sebut hidayah sahaja, maka dalam hidayah itu ada taufiq.

Apabila orang sebut taufiq sahaja, maka dalam taufiq ada hidayah.

Apabila sebut kedua-duanya maka maknanya berbeza.

Ini seperti dalam kaedah إذا اجتم افترق وإذا افترق اجتمع.

Hidayah bermaksud nur petunjuk yang Allah Ta'ala campak di dalam hati kemudian seseorang itu rasa nak buat baik.

Taufiq bermaksud nur petunjuk yang Allah Ta'ala campak di dalam hati kemudian dia melaksanakan kebaikan tersebut.

Sebab itu kalau belajar, jangan belajar sorang-sorang. Gy ngaji ajak orang lain biar penuh kereta ngaji dengan tok guru.

Maka, pahala lagi banyak dan kita boleh bertanya kepada kawan yan kita ajak kerana mungkin Allah Ta'ala beri kefahaman lebih kepadanya.

Apabila nak mari belajar pulak, jikalau majlis ilmu itu dekat maka penyaksian sepanjang perjalanannya ke majlis ilmu itu pun dekat.

Jikalau majlis ilmu itu jauh maka penyaksian sepanjang perjalanannya ke majlis ilmu pun jauh.

Jikalau orang yang faham begini, jauh atau dekat itu sama sahaja tiada beza pun kerana nak hadir ke majlis ilmu bukannya isu jarak dan alasan tetapi sebab hati kita keadaannya bagaimana.

Dekat atau jauh dengan guru ataupun kekasih kita bukan ukur dengan jarak tetapi ukur dengan hati kita.

Bayangkan tempat yang kita nak makan jauh dan gelap tetapi boleh sampai sebab kita minat.

Mat-mat muto keluar malam-malam, orang tanya nak pi mana? Dia kata nak pi makan udang galah. Kita akan kata, ish kalau aku tak pi dah jauh. Kita kata begitu sebab kita tidak minat. Dia boleh pi sebab dia minat.

Oleh itu, kalau jauh pun dengan guru kita maka hati kita akan rasa dekat apabila hubungan hati dengan guru kita dekat.

Kalau dekat pun dengan guru kita tetapi hati kita jauh dengan guru maka yang dekat pun rasa jauh.

Orang yang rasa dekat dengan guru walaupun jauh ni sebab dia belajar berguru bukannya belajar semata-mata.

Jikalau belajar semata-mata, halangan ada sedikit sahaja (contoh hujan) kita akan tinggal dah dan tak pi.

Jikalau kita belajar berguru, halangan yang ada pun seperti tiada kerana ada hubb (kasih pada guru).

Ini meyebabkan berlakunya الطي kepada anak murid tersebut iaitu lipat ilmu yakni belajar sedikit tetapi faham banyak.

Intaha Tuan Guru Hj. Suhaimi حفظه الله تعالى.

#ThalibulIlmi

✍🏻 Catatan : Ustaz Hafiz Ali Makdom

1 month, 3 weeks ago

[Majlis Ke-3 Bughyah al-Tullab: Faedah Kepada Para Penuntut Ilmu]

Duduk dalam majlis ilmu ini ada duduk jasmani dan ada duduk rohani.

Tidak boleh tinggal salah satu untuk mrnghasilkan ilmu.

Semua kepentingan jasmani dan rohani kena lengkap barulah dapat ilmu.

Kepentingan jasmani, antaranya ialah:

1) Mata kena celik sokmo dan jangan tidur.
2) Telinga kena buka dan dengar betul-betul ilmu yang disampaikan guru.
3) Kena ada kitab dan pen untuk tulis dan buat nota pengajian.

Dari sudut rohaninya hati kena buka untuk mendapatkan kefahaman.

Kefahaman itu kurniaan Allah Ta'ala. Kadang orang ngaji sikit ja tetapi kefahaman Allah Ta'ala beri macam dah ngaji 10 kitab.

Ada 4 kategori orang yang mendapat kefahaman daripada Allah:

1) Kadang-kadang guru ajar banyak tetapi anak murid dapat faham satu dua ja.
2) Kadang-kadang guru ajar sedikit tetapi anak murid dapat faham banyak.
3) Kadang-kadang guru ajar sedikit anak murid dapat sedikit dan guru ajar banyak anak murid dapat banyak.
4) Kadang-kadang guru ajar sedikit atau banyak anak murid tidak dapat faham apa-apa. Wal'iyazubillah.

Intaha Tuan Guru Hj. Suhaimi حفظه الله تعالى

#ThalibulIlmi

✍🏻 Catatan : Ustaz Hafiz Ali Makhdom

2 months ago

PENJELASAN SECARA UMUM (Ustaz Ali Al Husaini)

Ada khilaf antara mazhab Syafi’i sendiri perkara ini. Satu fatwa Imam Kurdi, satu muktamad Imam Ibnu Hajar.

Kenyataan sepakatnya ialah “aurat dimaafkan kalau nampak dari bawah”.

Sekarang dari bawah itu merujuk kepada bawah pakaian atau arah umum.

Imam Kurdi kata ketika syarahkan Minhajul Qowim (karya Imam Ibnu Hajar), bawah dalam erti kata arah manusia memandang. Macam kebanyakan kita faham.

Kalau yang fatwa Jabatan Mufti ni, merujuk kepada pandangan Imam Ibnu Hajar yang mengatakan bawah itu ialah dari sudut anggota

Ini saya cuba lukis. Kalau ikut mudah dan kebiasaan masyarakat, seakan kita mengamalkan Imam Kurdi punya fatwa selama ini.

Tetapi kenapa Jabatan Mufti keluarkan yang baru ini? Kalau ikut prinsip asas dalam fatwa, kena beri yang muktamad mazhab.

Pendapat Imam Ibn Hajar muktamad.

(VIDEO LUKIS 👇🏻)

4 months, 3 weeks ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago