Pemburu yang diburu.
Last updated 1Β week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2Β weeks, 1Β day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1Β month, 2Β weeks ago
Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini yaβ₯οΈ
???? β’α₯«α‘β’ @BicaraBulanOfficial
Kali ini, mata Arfina mengecil pula. Geram. Tangan sudah naik bercekak pinggang. "Encik ingat saya gila ke nak kurung anak teruna orang kat sini?" Tertahan suara Arfina berkata.
Luth angkat bahu. Selamba. "Manalah tahu. Sayakan seksi."
Jatuh rahang Arfina yang mendengar. Hampir rasa dia silap dengar tadi. Apa? Seksi?! Ah, sudah!
Menyedari reaksi Arfina, Luth bersuara lagi. "Kalau tak seksi, tak adalah awak renung macam nak telan, kan?"
Arfina ketap bibir. Bukan hanya geram dengan ayat Luth yang sangatlah syok sendiri itu, tapi juga geram dengan diri sendiri. Sebab kenyataannya, memang dia ada terfikir pun yang Luth itu seksi tadi.
Ah, mengarut!
"Jom. Saya dah nampak sungainya." Luth teruskan perjalanan dan Arfina setia mengikut dari belakang seperti tadi. Sehinggalah mereka tiba di satu kawasan yang agak bising dengan bunyi deruman air. Tanda sungai sudah mendekat
Dan, mata Arfina yang tadi ralit memandang Luth terus teralih kepada jaluran sungai yang memanjang. Sepasang mata itu meluas teruja.
Ya Allah, cantiknya!
Arfina liarkan pandangannya ke sekeliling. Hutan menghijau bersama satu jambatan gantung yang agak besar beberapa kaki di atas sungai. Beberapa batu besar hitam turut menjadi hiasan di atas tanah. Sejuk. Tambah pula di waktu pagi begini. Matahari pun tak terasa teriknya.
Spontan, Arfina menarik keluar telefon bimbit dari poket seluar. Terus bermacam-macam gambar diambil dengan kamera iPhone itu. Tak ada satu pun yang ketinggalan. Setiap sudut, setiap ceruk. Bukan jakun, tapi ada satu nama yang terdetik dalam kepala apabila berkunjung ke tempat-tempat cantik sebegini.
Azim.
Ya, gambar-gambar ini diambil untuk ditunjuk pada Azim. Dia tahu sangat yang Azim akan sukakan semua ini. Azim mana pernah tengok sungai. Paling-paling pun, tengok sungai belakang rumah.
Arfina senyum. Tak sabar nak ditunjuk semua gambar ini pada Azim, dan sekaligus nak beri hadiah-hadiah yang dibelinya untuk si cilik itu.
"Perempuan memang suka ambil gambar, kan?"
Mendengar suara itu, baru Arfina teringat yang dia di sini bersama Luth. Bukan bersendirian. Spontan, kepala ditoleh sebelum wajah Luth yang tersenyum manis menyapa pandangannya.
Kening dijungkit sebelah. "Lelaki tak suka ambil gambar ke?" tanya Arfina.
Luth senyum lagi. Punggung dilabuhkan pada salah satu batu besar yang ada di situ sebelum Arfina turut mengikut. Duduk bersebelahan namun berjarak.
"Suka, tapi awak ralit sangat bergambar. Terus lupa saya. Gambar saya tak nak ambil? Boleh renung macam tadi."
Arfina julingkan mata. Tak habis-habis nak ungkit pasal tadi. Cis!
Luth ketawa kecil melihat reaksi Arfina. Duduknya diselesakan sedikit sebelum nafas ditarik dalam. "Awak minat fotografi? Polaroid?"
@CerpenByMeβ₯οΈ?
"Tak. Saya cuma... cepat pening. Tak busuk pun." Cepat-cepat Arfina memberi alasan. Hakikatnya, bukan minyak wangi Luth itu busuk. Tapi, memang hidung dia susah nak terima bauan lelaki. Trauma!
Luth hanya diam. Sekadar memandang Arfina yang masih cuba mengatur nafasnya. Sehinggalah gadis itu nampak lebih tenang, barulah dia bersuara semula.
"Boleh kita gerak sekarang?"
Arfina mengangguk pula, dan Luth terus mulakan pemanduan. Seperti kata Luth tadi, hanya 15 minit masa yang diperlukan untuk mereka tiba di Ulu Paip. Terpapar signboard besar tertulis Pusat Rekreasi Ulu Paip di gerbang pintu masuk.
"Saya nak bawa awak tengok sungai. Agak ke dalam tapi InsyaAllah, ada ramai di dalam." Luth menunjuk ke satu arah sebaik sahaja mereka melangkah turun dari kereta. Takut juga kalau Arfina ingat dia nak buat benda bukan-bukan di dalam nanti.
Bukan ke hutan sangat, kan? Saya tak reti sangat aktiviti outdoor ini. Arfina garu perlaban belakang lehernya. Bukan apa, kalau dia terseliuh ke, tersadung ke. tersesat atau segala jenis 'ter lagi, apa nak buat? Tak pasal-pasal dah susahkan Luth pula Memang bukan sejenis Arfinalah nak menyusahkan orang.
Tak Cuma kena jalan sikit.
Maka, Arfina mengangguk. Nasib baik dia pilih untuk sarung sneakers. Buatnya dia pilih nak pakai flats? Memang tak jadilah segala aktiviti hari ini.
"Jom." ajak Luth.
Maka, bermulalah 'pengembaraan' mereka demi mencari aliran air sungai. Tanpa banyak bertanya, Arfina mengikutkan juga. Tengok gaya Luth, macam selalu juga dia meredah kawasan bertapak tak rata dan hijau-menghijau macam ini.
Dan Arfina yang diam mengekor dari belakang sempat memerhati Luth. Baru perasan tshirt yang dipakai Luth tadi hanya ngam-ngam dengan tubuh. Kalau dah bergerak dan berpeluh-peluh, terus tshirt hitam itu melekat dan bergerak sekali dengan tubuh, menampakkan lekuk tubuh tegap itu.
@CerpenByMeβ₯οΈ?
Pagi itu, Arfina menunggu kehadiran Luth di depan pintu masuk hotel yang ditempatinya. Kata Luth, dia yang akan menjemputnya untuk ke air terjun itu. Kalau ikutkan, Arfina memang nak pergi sendiri. Tapi disebabkan dia sendiri tak tahu di mana air terjun itu, akhirnya dia bersetuju juga untuk dijemput.
Dan, ternyata Luth seorang yang sangatlah punctual. Tepat jam 8 pagi, terpacul sebuah Audi hitam di depan pintu hotel. Berkilat, serupa kereta baru. Kalau orang tengok, mahu ingat dia escort girl yang nak menemani 'tuan'nya.
"Saya tak lambat, kan?" tanya Luth setelah melangkah keluar dari kereta.
Tak sempat nak menghalang, tangan itu sudah pun membukakan pintu kereta untuknya. Sempat Arfina memandang Luth atas bawah. Tshirt lengan panjang berwarna hitam dan seluar slack. Gaya yang agak kasual berbanding sut yang sering dilihatnya sebelum ini.
Kemudian, tunduk pula memandang badan sendiri.
"Kita bukan nak buat aktiviti lasak, kan? Saya pakai slack ini. Bukan tracksuit."
Saya nak bawa awak tengok air terjun. Hiking dan jungle trekking belum termasuk dalam rancangan lagi setakat ini."
Arfina mengangguk. Sempat menghela nafas lega. Dia ini bukannya gemar sangat aktiviti outdoor ini. Nak-nak lagi yang mengeluarkan peluh. Sukan dan Arfina memang tak sehaluan.
Masuklah. Air terjun itu dalam lima belas minit dari sini."
Melangkah masuk ke dalam kereta, nafas Arfina spontan tersekat. Bagaikan susah hendak bernafas. Bau minyak wangi Luth kuat semerbak di dalam kereta. Wangian maskulin yang tajam menusuk hidung. Bikin dia sesak!
"Boleh... kita buka tingkap?" Agak tersekat-sekat Arfina bertanya.
Luth tersentak. Spontan, mata meliar ke sekeliling kereta. Hidung turut sama mengendus dan mencium. Ada bau busuk ke? Kotor ke? Rasanya, tak ada sampah makanan dalam kereta dia ini. DΓa bukan jenis yang suka makan dalam kereta pun. Bahkan, rasanya bau keretanya ini ada bau minyak wangi. Takkan masih busuk?
Kemudian, mata dihala semula ke arah Arfina.
"Awak mabuk kereta ke?"
Arfina menggeleng perlahan. "Perfume..." Sepatah sahaja Arfina bersuara. Nak-nak lagi dengan dia dan Luth yang hanya berdua dalam tempat tertutup sebegini, lagilah dia rasa tak selesa.
Dan, Luth terus tersedar. Ya Allah! Lupa pula Arfina paling tak suka bau minyak wangi lelaki. Maka, pantas tangannya bergerak menurunkan tingkap kereta dan Arfina terus menghela nafas panjang. Pandangan dibuang ke luar tingkap sebelum nafas ditarik dalam. Lega untuk sesaat.
"Maaf. Minyak wangi saya busuk sangat ke?" tanya Luth, perlahan.
Perfume dia bukannya satu dua. Ada banyak jenis dan berbeza-beza. Tapi, berkali-kali dia menangkap Arfina yang bagaikan tak suka dengan haruman itu. Takkan semua minyak wangi dia busuk kut? Ini jenis hidung vampire ke apa?
Pantas Arfina menoleh semula ke arah Luth. Laju kepala digeleng. Takut lelaki itu salah faham.
@CerpenByMeβ₯οΈ?
Luth diam seketika. Ada rancangan yang sudah diaturnya dalam kepala tapi takut Arfina pula yang tak bersetuju.
"Pernah pergi Ulu Paip?"
Spontan, Arfina menggeleng. Ini pertama kali dia datang ke Kulim. Itu pun untuk tujuan bisnes. Memang taklah dia nak ada masa untuk melawat kawasan.
"Boleh ikut saya ke sana? Pagi sebelum awak balik KL?"
Arfina berkerut lagi. Pergi air terjun? "Untuk apa?"
"Jalan-jalan. Di KL, kita dah tak ada sebab untuk jumpa, kan?"
Arfina diam seketika. Hati mengakui kenyataan itu. Ini pun nasib baik mereka terserempak di Kedah. Kalau tak, mungkin dah takkan berjumpa lagi.
Dan apabila memandang wajah Luth yang ikhlas bertanya dan berharap, entah kenapa dia jadi susah hendak menolak. Bukannya dia dan Luth tak mengenali sesama sendiri. Dah dikira rakan kerja walaupun sekarang status rakan kerja itu tidak lagi valid.
Jadi, macam tak ada alasan pula untuk dia menolak. Tambahan lagi, hati sendiri pun bagai teringin untuk ke sana dengan lelaki itu.
Akhirnya, kepala diangguk. "Boleh."
Dan, Luth terus mengukir senyum. Gembira bercampur lega. Serupa Arfina baru terima ajakan dia untuk keluar dating. Tapi, kalau dah keluar berdua itu bukan dikira dating ke?
Luth tergelak sendiri. Kenapa tak matang sangat ini, Luth? Dah macam budak sekolah baru nak belajar bercinta.
Tapi, aci tak kalau dia nak kata dia memang dah jatuh hati pada Arfina?
??????? ??? ??? ??? ?? ???? ?? ????
?? ????? ???? ? ????? ????
?? ????? ???? ?? ???
@CerpenByMeβ₯οΈ?
????? ????????? ??????????, ????? ???? ??????? ????? ?????.
???? ????? β₯οΈ
- ?????????? -?βοΈ
Arfina sekadar mengangkat bahu. Yang dapat, memang banyak. Yang dia terima, hanyalah satu dua. Sebab kalau dia terima hadiah dari mana-mana lelaki, silap-silap orang fikir dia berikan harapan pula. Malas nak melayan nanti.
Luth senyum. Pandang pula barang-barang yang dibeli Arfina. "Awak pula? Beli sikit aje? Tak ada barang untuk Azim?" Sempat Luth memetik nama anak saudara Arfina.
Mendengar nama Azim, Arfina terus tersenyum. Takkanlah dia tak belikan hadiah Azim? Padahal, Azimlah perkara pertama yang ada dalam ingatannya sebelum jejakkan kaki ke pasar tadi.
"Dah beli. Banyak dah."
Bercakap soal Azim, terus naik senyuman di bibir Arfina. Dah serupa mak yang bercakap tentang anak sendiri.
"Kalau untuk Azim ada, mesti untuk family awak ada juga, kan? Tak beli untuk diri sendiri? Tak self-reward?"
Perlahan-lahan, senyuman Arfina memudar apabila perihal keluarga dibangkitkan. Elok-elok teruja memikirkan soal Azim, terus teringat soal mimpinya petang tadi. Keluarga? Keluarga apa yang sanggup melayan dia sebegitu?
"Azim aje keluarga saya." Perlahan ayat yang terbit dari bibir Arfina.
"Huh?" Luth berkerut. Rasa macam dengar, tapi tak pasti. Takkan dia salah dengar kut?
Arfina tersentak. Baru tersedar yang ayat itu dizahirkan secara jelas. Sungguh, ayat itu terkeluar tanpa sempat dikawal. Ingatkan nak bercakap dalam hati, rupanya terlucut juga di bibir.
Laju Arfina menggeleng. "Tak. Maksud saya, keluarga saya tak ramai. My parents are gone."
Kali ini, wajah Luth pula yang berubah. Terus mati senyuman di bibir sebelum pandangan berubah lembut dan bercampur dengan serba salah.
"I'm sorry. Saya tak bermaksud nak ungkit pasal keluarga awak."
Arfina berdehem perlahan. "Tak. Tak ada apa pun. Saya okey. Cukuplah hanya Azim." Perlahan sahaja ayat terakhir itu bersama senyuman tawar yang terukir di bibir.
Luth diam seketika. Meneliti wajah manis yang sudah hambar senyumannya itu Kalau ikutkan hati, mahu saja ditanya kenapa hanya Azim. Bukankah Azim hanya anak saudara? Pasti ada abang dan kakak? Atau, semuanya sudah tiada dan Azim di bawah jagaan Arfina?
Tapi, kalau Azim di bawah jagaan Arfina, siapa yang jaga Azim kalau gadis itu di Kedah sekarang ini?
"Saya minta maaf," ucap Luth sekali lagi.
Arfina ketawa kecil. Sekadar menutup luka. Tak apalah. Saya okey. Tak kisah pun." Kenyataannya, memang dia tak kisah pun. Hidupnya jauh lebih baik setelah kematian Fazri berbanding sewaktu mereka hidup sebumbung dahulu.
Cuma dia agak terkilan kerana arwah mak pergi terlalu awal.
Tapi, cukuplah dia mempersoalkan takdir dahulu. Dia enggan menyalahkan ketentuan. Tak mahu salahkan Allah, yang Maha Menentukan. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya.
Hening sesaat. Sementara Arfina ralit dalam perasaan, Luth pula ralit memerhati. Memandang di bawah langit malam dan lampu sekeliling, entah kenapa buat hatinya terdetik sesuatu apabila memandang wajah manis itu.
Ya, Arfina dingin. Dia agak serius. Kadangkala berwajah tegang. Tapi, dia tahu ada sesuatu di sebalik kedinginan itu. Ada sekeping hati yang tersangat lembut dan rapuh.
Kalau tidak, macam mana hati itu boleh menyayangi Azim sebanyak ini?
"Arfina..." Suara Luth memecah sunyi.
Arfina memanggung kepala. Untuk seketika, pandangan mereka terikat dan Arfina bagaikan terkedu. Kenapa pandangan Luth lain macam ini?
"Bila awak balik KL semula?" tanya Luth.
Kening Arfina berkerut seketika. Pelik dengan soalan yang agak tiba-tiba itu. Namun, soalan itu tetap dijawab.
"Lusa. Kenapa?"
"Pagi?"
"Malam."
@CerpenByMeβ₯οΈ?
Pemburu yang diburu.
Last updated 1Β week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2Β weeks, 1Β day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1Β month, 2Β weeks ago