✿⊱•Nota Kehidupan•⊰✿

Description
ملاحظات الحياة

❁ ﷽ ❁
- Quote
- Tazkirah
- Photos
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 week, 3 days ago

Tidak semua nasihat yang berbentuk pengalaman itu sesuai dengan keadaan kita. Semua orang punya situasi berbeza.

Contoh-

  1. Nasihat : duit tidak penting, yang penting kebebasan masa, bahagia, work life balance dan sebagainya.

Nasihat ini sesuai dengan orang yang memang sedang ada duit. Bila sampai tahap, memang dia rasa kosong, dan mahu cabaran lain.

Ironinya, yang sering bagi nasihat ini sedang drive BMW berjawatan tinggi dan yang dengar nasihat ini pula, pelajar-pelajar yang baru hendak mula hidup. Orang baru hendak mula hidup, orang kurang berduit, mahu tidak mahu kena kerja dan kerja.

  1. Nasihat : Adab lebih penting berbanding ilmu.

Nasihat ini sesuai untuk orang yang memang sudah ada ilmu. Agar mereka tidak sombong dan sentiasa menjaga akhlak serta adab sebagai ahli ilmu.

Namun, bagi yang sedang belajar di pondok, madrasah atau tempat pengajian, fokus dapat ilmu mestilah tertinggi. Maka nasihat terbaik adalah adab mengiringi ilmu. Ilmu mesti tujuan utama, disamping pendidikan adab yang berjalan seiring.

- Angah Sunan

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

1 week, 5 days ago

Kasih-Nya

  1. Antara tanda Kesempurnaan Allah ialah menjadikan makhluk yang hanya menurut ketetapan Iradah dan QudratNya dan juga makhluk yang boleh membuat pilihan (ikhtiar).

  2. Ikhtiar (pilihan) diberi untuk dijadikan ujian kepada manusia dan jin yang mukallaf. Macam cukup syarat untuk ambil periksa.

  3. Allah menyediakan ujian bukan dengan maksud untuk menggagalkan atau menyusahkan, sebaliknya menyediakan Keredhaan, Cinta, Kasih, Ihsan serta Keadilan buat hamba-Nya yang istimewa.

  4. Allah membekalkan Kitab Panduan-Nya (Al-Quran) sebagai teks pedoman serta contoh jawapan yang dikasihi-Nya dan dimurkai-Nya ketika menjalani ujian. Quran adalah Kalam Allah yang berperanan sebagai Dilalah (hujah serta perintah atau suruhan dan larangan).

  5. Allah juga mendatangkan Rasul sebagai Guru Utama bagi membimbing kepada kejayaan dalam setiap ujian.

  6. Allah Al-Latif (Maha Lemah Lembut) dengan hamba-Nya memberikan ihsan serta bonus kepada jawapan ujian yang baik. Contoh, niat berbuat baik sudah dikira kebaikan, niat buat jahat belum dikira. Banyak perbuatan baik digandakan ganjarannya sedangkan perbuatan jahat hanya dikira seadanya.

  7. Allah Maha Mengetahui segala hal ehwal hamba-Nya zahir dan batin. Maka ujian-ujian yang diberikan juga sesuai dengan latar kehidupan, tahap keimanan dan kesediaan jiwa seorang hamba.

  8. Kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam ujian masih diberi peluang untuk dibaiki atau perbetulkan kembali selagi belum tamat tempoh ujian iaitu selagi bernyawa.

  9. Walaupun sudah tamat tempoh ujian yakni sudah meninggal dunia, Allah masih lagi menilai kebaikan ilmu yang bermanfaat, amal jariah semasa hidup serta doa-doa dari anak-anak cucu yang soleh.

  10. Allah Maha Pengasih juga menganugerahkan Syafaat Kubra kepada Baginda Rasulullah di akhirat untuk menyelamatkan umat Baginda yang dikasihi.

Syukuri bimbingan dari Para Guru pewaris Nabi. - (Aki Zali Daud)

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

2 weeks ago

Jiwa fakir

"Ketika mana Allah Taala tidak membuka apa-apapun ketika kamu berzikir. Barangkali tidak dapat apa-apa perasaan pun. Itu lebih baik. Kerana ketika itu kamu akan sentiasa rasa dalam keadaan hamba di sisi Allah." - (Walid Ibrahim Al Malik)

Jiwa yang berhajat, "Ya Allah, tanpa pertolonganmu aku tak mampu zikir. Tanpa pertolonganmu Ya Allah, bagaimana aku nak dapat pembukaan dan pengalaman rohani ini. Bererti aku tidak ada daya upaya Ya Allah."

Rintihan itu adalah satu kurniaan daripada Allah kerana kamu duduk pada sisi kehambaan di sisi Allah. Itu lebih baik daripada zikir dapat pembukaan dan dapat keasyikan tapi dalam keadaan hati tidak rasa faqir di hadapan Allah. Dalam keadaan jiwa tidak terbit kefaqiran di hadapan Allah.

Kerana rasa dengan zikir itu, telah dapat itu dan ini. Dengan zikir yang diamalkan itu sudah mendapat pengalaman itu dan ini, peningkatan rohani itu dan ini. Akhirnya membawa kepada kesombongan.

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

2 weeks ago

Jika apa yang dilakukan sebuah kebenaran, terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh. Namun berhati-hati, musuh yang paling besar bukan sesiapa tetapi dirimu sendiri, lantaran tiada sesiapa yang boleh seleweng keikhlasanmu pada jalan Allah melainkan dirimu sendiri.

- Walid Ibrahim Al Malik

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

2 weeks ago

Kerehatan yang sebenar ialah dengan Allah SWT.

Jangan biarkan hati lalai dengan Allah. Kerana dengan mengingati Allah itulah kekuatan.

Kerehatan yang sebenar ialah apabila qolbu kembali kepada Allah SWT. Pertemuan itulah yang akan menghilangkan segala kekecewaan.

Hati yang sentiasa rindu kepada Allah, sentiasa tenang. Qolbu yang sentiasa dengan Allah, itulah ketenteraman yang memberi kedamaian dalam hidup.

Walaupun hidup penuh dengan ujian namun Allah SWT kurniakan kekuatan. Jangan dicari selain Allah untuk menghilangkan kepenatan, keletihan jiwa, hanya kembali kepada Allah.

Orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah akan sentiasa redha, sabar dan syukur.

SABAR.
Masih rasa keperitan, terbeban, masih merasai kesakitan ujian itu, masih merasa beratnya ujian. Namun sangat berusaha positifkan diri untuk menghilangkan rasa sakit itu.

REDHA.
Telah dipersabarkan oleh Allah. Sudah tidak rasa berat lagi, tidak rasa terbeban lagi dengan ujian yang dilalui. Sentiasa redha dengan Allah dengan melihat keindahan serta kebaikan disebalik apa yang berlaku dalam hidup.

SYUKUR.
Syukur dengan Allah Taala dengan ujian yang diterima. Melihat ujian itu suatu kenikmatan dan melihat tekanan demi tekanan itu adalah kecintaan dari Allah SWT.

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

2 weeks, 1 day ago

Allah menjadikan kamu disebut-sebut namamu disisi-Nya.

Allah Taala menjadikan namamu disebut-sebut disisiNya. Allah menyebut namamu, sehingga kesempurnaan nikmat pada mu menjadi sempurna.

Ketika kamu dapat mengingati Allah, bererti Allah sedang mengingati dirimu. Ketika kamu mengingati Allah, ketika itulah Allah merindui mu. Ingatan Allah itu mendahului ingatanNya kepada hambaNya. Allah dahulu yang mengingatinya, barulah dia memperingati Allah.

"Siapa yang sentiasa mengingati KU, maka AKU akan sentiasa mengingatinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Allah menyempurnakan nikmat kepadanya, dengan Allah menyebut namanya. Ketika Allah sudah mencintaimu, itulah kesempurnaan nikmat pada dirimu. Maka berlarilah untuk mendapat cinta Allah. Mencari orang yang boleh pimpin kita untuk mendapatkan cinta Allah.

"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada mu."

Maka, latih hati sentiasa ingat kepada Allah. Jangan rasa rendah ketika Allah telah memberi kamu nikmat berzikir kepada Allah. Zikir adalah nikmat ia adalah jalan tazkiyah. Ketika Allah izinkan kamu berzikir kepada Allah, itu satu kemuliaan.

Waallahua'lam.

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

3 weeks ago

Trust the timing of your life.

Orang yang muncul dalam hidup kita samada orang yang tepat atau salah adalah untuk kita sedar dan tahu membezakan mana yang sebenarnya tepat untuk kita.

Lebih baik menyesal berpisah dengan orang yang berkemungkinan tepat daripada hidup selamanya dengan orang yang ternyata salah.

Sakit ambil masa untuk sembuh lebih-lebih lagi bila sakit hati. Mungkin lama mungkin sekejap, masa akan menawarkan segalanya.

Sakit akhirnya akan hilang dan orang yang pergi juga akan ada pengganti. Dan ketika itu pasti kita sudah pandai menilai untuk memilih yang terbaik. Rezeki sentiasa datang tepat pada masanya.

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

3 weeks, 3 days ago

Bahasa cinta Tuhan adalah ujian.

Kerana Tuhan mahu kita kembali kepada-Nya. Kembali menuju jalan pulang, kembali menangis di atas hamparan kehambaan.

Hijrah itu satu anugerah. Simbolik kepada perubahan yang membawa ketenangan dan kejayaan.

Mudah disebut namun tidak mudah untuk dipertahankan. Segalanya memerlukan ilmu dan ketabahan. Moga jiwa mampu kental untuk beralih ke makam yang lebih tinggi.

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

3 weeks, 3 days ago

Dua perkara yang paling penting dalam mendidik anak lelaki adalah :

i. Sense of Responsibility
ii. Sense of Leadership

Dua perkara ni akan mudah terbentuk dalam diri anak lelaki bila :

Kita ajar dia hadapi cabaran
Kita bagi dia tugasan
Kita ajar dia cari solusi
Kita hargai usaha dia
Kita disiplinkan diri dia

Nilai anak lelaki ni banyak terletak pada tanggungjawab dan kepimpinan dirinya.

- Taufiq Razif

━━━━━━•⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 1 day ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago