Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Muslimahku, Musliminku...
Jadikanlah Alquran itu sahabat karib kalian,
Jadikanlah Alquran buku kegemaran kalian,
Padanya ada kisah kisah orang orang terdahulu dari kalian,
Padanya ada pelbagai doa yang boleh dimanfaatkan,
Padanya ada panduan kehidupan,
Padanya ada jawapan untuk setiap persoalan.
Berdampinglah dengan Alquran setiap masa yang ada,
Curilah masa dalam sehari untuk bersama dengan Alquran.
Baca ayat suci itu
Faham terjemahan
Jadikan amalan dalam kehidupan
Nescaya kalian tidak akan lagi tertanya tanya,
Nescaya kalian tidak akan lagi rasa kehilangan.
Jom bersama Kak Ad semua!
Menghayati setiap kalam Tuhan dengan sebenar benar penghayatan
_Kak Ad_
16/10/18
Setuju tak jika Kak Adh kata, salah satu sebab mengapa ada yang masih tidak belajar mengaji adalah disebabkan oleh Yuran terlalu tinggi
Kak Ad setuju sebenarnya!
Hakikatnya, yuran ni adalah hak yang mengajar. Terpulang pada dia nak letak berapa bayarannya.
Antara bayaran yang selalu dibuat adalah seperti berikut :
Untuk sebulan : RM 30/ RM 50/ RM 80 / RM 120 / RM 150 / RM 199 (paling mahal yang Kak Adh nampak).
Untuk 1 sesi selama 1 jam : RM 30 / RM 35 / RM 50 ......
Untuk 1 sesi selama 10 minit : RM 10 / RM 15 .....
dan lain2 lagi
Sebenarnya kan, yuran2 yang ditetapkan itu adalah kerana pihak tertentu ada sasaran pelajarnya yang tersendiri.
Jika kita tergolong dalam kalangan yang mampu bayar, kita akan kata murah je.
Jika kita tergolong dalan kalangan yang tidak mampu bayar, kita akan kata mahal.
Memang betul! Kak Adh pon sendiri alaminya bila nak masuk kelas2 tertentu 🥹..
Namun namun namun..
Sampai bila kita nak bagi alasan yang sebegitu sedang diri kita tidak usaha untuk mencari lebih keras lagi?
Ada je yang buat murah, ada yang buat seikhlas hati dan ada yang buat percuma. Kene cari dan cari sampai jumpa.
Semuanya atas individu.
Usah dipertikai.
Usaha teruskan pencarian kelas mengaji.
Mudahan teman2 yang masih mencari kelas mengaji, segera berjumpa!
Hugs
Kak Ad
Kita kalau nak ajak orang tutup aurat, pleaselah ajak elok2.
Jangan terus cakap "x tutup aurat masuk neraka".
Sepatutnya cakap nikmat2 yang kita dapat bila tutup aurat. Cakap hikmah2nya.
Itu terbaik.
Sebab apa?
Kita sendiri pon jika tutup aurat x tahu lagi tempat kita ?. Pastu main sedap mulut je nak tempatkan orang lain.
Ajak step by step.
⏩share kenapa kene tutup aurat
⏩kalau ada dalil lagi baik.
⏩cakap kebaikan yang akan diperolehi
⏩bagi hadiah buku berkaitan
⏩bagi hadiah pakaian beso2
⏩bagi hadiah tudung simple
⏩doa
Sambil2 bagi hadiah sebut atau tulis kita sayang dia. Bla bla bla
Dakwahlah dengan berhemah, dengan beradab, dengan ilmu. Bukan main tibai je!
Hugs
Kak Ad
060923
Kak Adh selalu pesan pada diri, pada anak2, pada orang sekeliling, jangan pernah ada rasa walau sedikitpun nak buat jahat.
Sekali kita buat, orang akan ingat tau!
Lepastu habis dikait semua dengan maruah2 yg lain.
Agama
Negara
Keluarga
Keturunan
Walau tempat gelap.
Walau tiada cctv.
Walau tiada saksi.
Walau tiada yg nampak.
Sentiasalah ingat!
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.
Sematkan dalam hati kepala.
Rasakan kehadiran Allah setiap saat.
Rasakan kegerunan azab saat buat jahat.
Kita tahu.
Buat jahat apa balasan.
Berusaha elakkan untuk buat jahat.
Kalau dah terbuat tu, taubatlah.
Solat sunat.
Insaf.
Azam tak nak buat lagi.
Istighfar.
Doa.
Hugs
Kak Adh
30 08 2024
Istilah 'anak derhaka' dah terlalu femes kan kita dengar?
Bagaimana pula dengan istilah 'ibu bapa derhaka'? Wujud ke? Mestilah wujud..
Kita tahu anak derhaka ni yg x taat pada perintah ibu bapa, yg x hormat ibu bapa, yg biadap dengan ibu bapa, yg mengasari ibu bapa.. Erti kata lain yg buat buruk dengan ibu bapa..
So apa plak makna ibu bapa derhaka?
Mereka yg x tunaikan hak anak.
Apa itu hak anak?
?didikan agama yg sempurna
?kasih syg yg sempurna
?tidak dizalimi mental dan fizikal
?diajar mengenali Allah dan Nabi
?diberi mainan makan minum pakaian tempat tinggal yg secukupnya
?dilindungi dari sebarang kecelakaan
?diberi sokongan moral
?mendapat perhatian yg sempurna
?tidak dimarahi tanpa sebarang usul periksa
?diberi hak bersuara selagi x langgar syariat
?ditegur tentang solat, pakaian
?rawatan perubatan
?dijga tangki emosi
Ini adalah antara hak anak yg perlu ditunaikan oleh ibu bapa.. Ada bnyak sebenarnya bila melibatkan anak, ibu bapa yg perlu ketahui lanjut ✌?
Kita tanya pada diri kita, sebagai ibu bapa, apakah kita tunaikan kesemua hak anak? Apakah kita buat sambil lewa sahaja?
Ibu bapa, terutama diri Kak Ad dan suami, marilah sama sama kita koreksi diri kita dahulu.. Semak semula apakah setiap anak anak kita diberi hak yg sempurna? Ditunaikan segala permintaan selagi x langgar syariat?
Usah biarkan anak anak rosak masa hadapan dengan melihat institusi keluarganya yg runtuh.. Kita mesti bina institusi keluarga yg kuat agar terjamin masa hadapan anak anak..
Kak Ad menyeru pada semua ibu bapa, usah kita biarkan diri kita digelar ibu bapa derhaka ?...
Tunjukilah contoh yg baik, kerana sesungguhnya kita adalah acuan terbaik buat anak anak..
Usaha sebaik mungkin dalam memberi yg terbaik buat anak anak ya..
_Kak Ad_
16/8/19
Masih bertatih menjadi parent yg terbaik
Para ibu bapa,
Kak Ad ada sedikit pesanan buat semua ?
Jika boleh, cek dahulu pakaian anak kita sebelum depa melangkah keluar rumah. Cth nak ke kelas mengaji, kelas tuisyen akademik, berjumpa sanak saudara, jalan jalan, etc...
Pastikan pakaian itu mengikut syariat yg telah ditetapkan.
Jika anak anak masih x baligh, pastikan ianya sopan.
Jika anak anak dah baligh, pastikan menutup aurat dgn sempurna..
Usah biarkan anak anak memakai pakaian yg terlalu menjolok mata, walau anak itu masih di bawah tahap baligh...
Ajarilah sedari awal agar anak anak terbiasa dengan pakaian yg sempurna ✌?.. Memandangkan zaman sekarang terlalu canggih dan Kak Ad rasa sangat x selamat untuk anak anak ?...
Jadi tugas kita sebagai parent sangat penting! Sentiasa peka dengan anak anak.. Sentiasa pantau dengan anak anak..
Usah meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain, sedang didikan utama adalah dtg daripada rumah, yg terdiri dari ibu dan bapa..
_Kak Ad_
11/8/19
Masih bertatih menjadi parent terbaik
"Parent kami strict"
"Hidup kami terkongkong"
"X de life kat rumah"
"Bosan dengan parent"
Antara luahan2 yang sering Kak Ad dapat dari beberapa insan.
Pangkat seorang anak lah sebab masih di alam persekolahan.
Ada yang sekolah rendah, ada yang menengah.
Kak Ad tersangatlah marah
bila anak2 ini menyalahkan ibu ayah mereka. Bila mereka memburukkan ibu ayah mereka. Memang Kak Ad akan tazkirah panjang lebar sampai kita pulak yang menangis ???.
Hakikatnya anak, kene bersyukur sangat bila anda dikurniakan parent yang sebegitu.
Strict pada zaman yang tersangat mencabar sangat2 diperlukan.
Semuanya demi kebaikan anak2 sendiri.
Parent strict bukanlah bermakna mereka tidak sayang anak2. Kerana sayanglah mereka bertindak begitu. Jika tidak, pastinya mereka membiarkan sahaja anak2 hanyut dengan dosa.
Anak anak.
Janganlah samakan zaman kalian dengan zaman parent. Kerana hakikatnya zaman dah berubah, terlalu canggih.
Dulu lain. Sekarang lain.
Anak anak.
Usah juga mempersoalkan parent dulu boleh buat bla bla. Kenapa kami tidak.
Parent dahulunya tiada pendedahan tentang agama. Jadinya kini mereka tidak mahu kalian terjebak sama. Mereka tidak mahu kalian mengulangi kesilapan mereka. Sebab itu mereka strict.
Anak anak.
Kalian masih muda. Perjalanan hidup tidak tahu panjang atau tidak.
Apakah kalian hanya mahu hidup kalian dihabiskan dengan dosa memanjang?
Apakah kalian tidak pernah membayangkan syurga mahupun neraka?
Apakah kalian sanggup digelar anak derhaka demi kepuasan nafsu muda kalian?
Ingat anak2.
Dunia ini hanya sementara, tempat persinggahan sahaja.
Akhirat kekal selamanya, kampung kita.
Usahlah siakan siakan masa muda kalian dengan kelalaian.
Isilah masa muda kalian dengan mentaati Allah, Rasul dan kedua ibu ayah kalian.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma:
رِضَاءُ اللَّهِ فِي رِضَاءِ الْوَالِدِ ، وَسَخَطُ اللَّهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Allah redha dengan sebab redha kedua ibubapa dan Allah murka dengan sebab murka kedua ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (1899), Ibn Hibban (429)
dan al-Hakim (7249)
Hugs
Kak Ad
15062024
Seorang anak juga seorang ibu
Assalam.
InsyaAllah esok kita ada nak g beli barang untuk keperluan sambut aidiladha di teratak barakah. Kalau nak join roger ye ✌?
Ilmu ni bukan sekadar cari, tapi kene gali dan hadam sampai kita yakin, praktikkan dan share kepada orang.
Ilmu ni bukan sekadar ilmu dunia, tapi merangkumi ilmu akhirat (inilah yang penting).
Bila ke majlis2 ilmu, niat biarlah kerana Allah, untuk dapat redha Ilahi, bukan sekadar nak bergambar dengan rakan2, bukan sekadar nak autograf panel.
Bila ke majlis2 ilmu, tolonglah sediakan pen dan buku khas. Catat segala apa yang keluar dari mulut panel.
Hakikatnya, bila kita tulis, itu yang akan kita ingat dan faham. InsyaAllah.
Bila catat jugak, sangat mudah untuk kita rujuk semula ?.
Rajin2kan diri ke majlis2 ilmu.
Topup ilmu sebanyak mungkin.
Jangan lupa share jugak pada yang lain.
Hugs
Kak Ad
Seorang penuntut ilmu
Kak Ad suka sangat dengan kata kata indah ini dari Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa yg Kak Ad dapat dari salah sebuah channel telegram, AlHuffaz Quotes ;)
"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu."
Nampak x apa yg Kak Ad nak sampaikan hakikatnya? ??
Kak Ad sayang semua ✌?
Walaupun ada antaranya yg Kak Ad x kenal, kan?
Tapi, itulah tanggungjawab Kak Ad..
Membawa dan memimpin tangan semua demi meraih redha dan syurga ilahi..
Harap semua x jemu terima nasihat dari Kak Ad ya
Jom sama sama kita ;)
Nukilan Hati,
Kak Ad
20/5/2020
Pemburu yang diburu.
Last updated 1 day, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 2 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago