SHARE RESEPI & PETUA

Description
Berkongsi resepi dari sahabat2, group2 masakan, page masakan & petua2 yg boleh mendtgkan manfaat buat kita semua.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

1 week, 4 days ago

RESEPI AYAM BAKAR

Alahai...Kulit tu garing, isinye berjus gitu. Memang sedap sangat2.

BAHAN-BAHAN :
Gaulkan bahan2 ni dan perapkan ayam dengan semua bahan2 ni.. Perap dalam sejam lebih sikit

Ayam setengah ekor
Halia besar ibu jari : tumbuk
Bawang putih 6 ulas : tumbuk
Serai sebatang : tumbuk
Lada hitam biji : tumbuk
Lada putih serbuk
Lada hitam serbuk
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato
Butter 1 sudu
Madu
Serbuk kunyit
Garam
Perasa
Kiub ayam
Minyak bijan

CARA MEMBUATNYA :

Bakar dalam oven api atas bawah 1 jam 30 minit.. Tp oven kita kecik, kita bakar dulu guna api bawah sejam.. Lepas tu bakar lg guna api atas lg 30 minit... Keluarkn kejap, sapu madu sikit kat atas ayam lepas tu bakar lagi skejap..

Memang sedappp...
Isi ayam lembut !

Kredit : sis Nur Rashidah.

1 week, 4 days ago
SHARE RESEPI & PETUA
1 week, 4 days ago

BADAN LETIH DAN PENAT?

cuba petua ini.

Bahan:
Daun serai wangi seikat
Limau purut
Daun pandan
Daun lengkuas
Daun inai.

Rebus kesemua bahan sampai naik wangi.Campurkan dengan sebaldi air sejuk dan mandi air tersebut.

Insyaallah hilang segala penat dan letih.Badan pon jadi harum.

Rumah pon bau harum.Tenang gitu.

😊

Kredit: Noor Azira Hasan

3 months ago

Roti Telor Cheese Bakar

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu besar planta
Serbuk lada putih
Lada hitam kasar
Mushroom seasoning
1 sudu kecil mayonis
* Kepingan cheese

Cara-cara:
1. Rebus 4 biji telor kemudian kupas kulit telor dan masukkan dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.
2. Masukkan planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), musroom seasoning, dan mayonis. Gaul semua sehingga sebati
3. Ambil roti, letak cheese sekeping dan sapu planta di bahagian luar roti
4. Grill atas non-stick kuali, jangan letak minyak ke apa2, pusingkan sampai roti tu garing.
5. Angkat. Potong tepi roti dan belah tengah. Makan panas2!

Kredit: Yatiekitchen

3 months, 1 week ago

Tumis Brokoli dengan Cendawan 🥘🥦

Cara mudah, belajar sekali terus tahu 🥰

Bahan Makanan :
-Brokoli
-Cendawan

Cara membuat :

  1. Rebus brokoli sekejap dan keluarkan.

  2. Tumis bawang putih cincang hingga harum, kemudian masukkan cendawan yang telah dihiris.

  3. Setelah cendawan menjadi lembut, masukkan brokoli yang telah direbus.

  4. Tambahkan 1 sudu besar kicap, 1 sudu besar sos tiram, sedikit garam, dan serbuk lada hitam, lalu gaul rata hingga masak..

Kredit:Pn.Yati

3 months, 1 week ago

Ayam bakar is doneee ❤️

Resepi:

Madu
Bwg putih tumbuk
Halia tumbuk
Lada hitam tumbuk
Sos bbq
Sos tiram
Sos manis abc
Kicap cap udang
Serbuk cili/paprika
Minyak bijan 1 sudu
Minyak jgung / butter 1 sudu

Kaedah :
oven , panaskan oven 250 °c selama 15 minit , baru masukkan ayam, suhu 170°c 45 minit atau hingga masak.

NOTA: pada minit ke 30 ..angkat ayam & salutkan semula dengan sisa perapan dan sambung masak ayam 😍

Tips : sebelum perap pastikan ayam xberair

kredit: siti fatimah

6 months ago

Sotong grg lada + ubi kentang"

Bahan-bahan
Stgh kilo sotong...
lada hitam 1 sudu kecil
halia 1 inci
Bwg kecik 2 ulas
Bwg putih 1 ulas
Tumbuk ya bhn di atas
dan gaulkan dgn Sotong..yg di letakkan sedikit serbuk kunyit .. masukkan
1ketul pati ayam knorr
sedikit garam..dgn gula
2biji ubi kentang grg ketepikan
Sebiji bwg besaq
Cili padi 6 biji
Cili merah sebiji

Cara²
Tumiskan sotong , Masak sampai air sotong kering... kemudian
masukkan air asam jawa ,pati ayam seketul ..
dgn ubi kentang yg di grg xd...
masak sampai kuah pekat kemudian
Masukkan Bwg besar sebiji ,
cili padi..dgn cili merah
Siap

Kredit:siti fatimah

6 months ago

RESEPI SAMBAL TUMIS TERUNG DAN IKAN BILIS

Bahan:
2 batang terung (dipotong dan goreng)
Ikan bilis kopek (basuh dan goreng)
Cili kering (rebus & kisar)
Bawang merah dan putih (agak2 aje sebab buat sikit je kan)
Air asam
Gula dan garam (secukup rasa)

Caranya:
Terung dan ikan bilis digoreng (terung tu goreng sekejap aje, lps dh goreng keduanya ketepikan)
Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis sampai naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak .. .bila dah pecah minyak, msukkan air asam garam n gula ..(saya masak sambal ni hampir sejam) . Bila sambal dh cukup rasa, tutup api. msukkan pula terung dan ikan bilis. Gaul rata siap boleh dimakan ..

Kredit: tengkuroselyza

6 months, 1 week ago

RESEPI IKAN KEMBUNG GORENG MASAK LEMAK CILI API

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan kembung, gaul garam kunyit dan goreng.

Tumbuk cili padi, bawang besar, bawang putih dan halia.

Selepas itu letak minyak sikit dan tumis.

Masukkan serbuk kunyit sikit.

Apabila dah garing masukkan santan kotak dan bubuh air sikit.

Masukkan garam dan serbuk perasa.

Akhir sekali masukkan ikan, biar mendidih sekejap sambil kacau perlahan2. Tutup api.
Siap !

NOTA :
Ikan goreng dulu dgn garam kunyit supaya tak hancur

Kredit : Roslinda Razak

SELAMAT MENCUBA ?

8 months, 2 weeks ago

6 TIPs MEREBUS JAGUNG:

  1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

  2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.

  3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

  4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

  5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

  6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk

Kredit: owner resepi

#resepimudah
#resepisimple
#koleksiresepi
#resepiharian

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago