Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Al-Quran banyak peringatkan kita untuk mengenang nikmat-nikmat Allah.
Selain untuk menyeru kita supaya bersyukur, ingatan terhadap nikmat-nikmat yang lalu akan jadikan kita bersangka baik kepada Allah ketika kita berdoa.
Dalam satu munajatnya, kata Qatadah:
كنت تعرفني الإجابة في ما مضى
“Engkau telah memperkenalkanku dengan pengabulan pada masa yang lalu.” (Tafsir Abdul Razaq al-San’ani)
Kata-kata ini terbit daripada hati yang penuh sedar bahawa Allah tidak akan biarkan hamba-Nya tanpa penjagaan.
Pada setiap pengabulan ada tanda sayang-Nya. Pada setiap penghalangan, ada kebaikan yang tersembunyi.
Ingatlah kembali doa-doa yang kita pernah panjatkan ketika kesedihan dan kesusahan.
Bukankah sudah ada yang Allah makbulkan?
Boleh jadi sekarang kita sendiri sudah lupa dengan doa-doa yang pernah kita pohonkan dulu.
Ketika kita mula sedar bahawa Allah sudah makbulkan doa-doa kita pada masa lalu, kita akan mula rasa tenang dalam setiap munajat.
Sebab kita tahu jika tidak sekarang atau hari ini, Allah pasti akan kabulkan doa kita pada suatu hari nanti.
Berdoa bukanlah tentang mendapatkan apa yang kita mahu dengan segera, tetapi juga tentang membina hubungan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah.
Fakhri Fadzli
Dahulu jika sebut tentang doa, apa yang saya bayangkan ialah doa untuk permintaan.
Saya minta sesuatu kepada Allah dan Dia akan berikan apa yang saya minta.
Namun lama kelamaan saya rasa kemahuan saya seperti tidak dimakbulkan.
Bertahun-tahun saya menanti doa-doa itu dimakbulkan.
Saya mula rasa marah dan juga sedih.
Kenapa doa-doa saya seperti tidak dimakbulkan?
Akhirnya ada suatu perkara yang merubah cara pandang saya tentang doa.
Apabila saya merenungi doa-doa para Anbiya' di dalam al-Quran.
Melalui doa-doa mereka, saya sedar yang doa bukan hanya tentang permintaan.
Namun doa juga ia ialah tentang seruan dan munajat.
Seperti doa Zakariyya a.s yang Allah rakamkan dalan al-Quran.
Allah gambarkan cara baginda berdoa:
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَاۤءً خَفِیࣰّا
"Ketika dia menyeru Tuhannya dengan seruan yang perlahan." (Maryam: 3)
Menurut Syed Qutb, baginda bermunajat kepada Allah jauh daripada pandangan dan pendengaran manusia.
Baginda berada dalam kesendirian yang tulus kepada Tuhannya.
Pada waktu itu baginda zahirkan sisi kelemahan dirinya kepada-Nya dan mencurahkan segala isi hatinya.
Dalam rasa dekat dan perhubungan dengan-Nya.
Apakah doa baginda?
"Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu." (Maryam: 4)
Menurut Syed Qutb, baginda berdoa tanpa sebarang perantaraan.
Bahkan tanpa ada seruan Ya (Wahai).
Hanya sebutan Rabbi (Tuhanku).
Tidak ada lagi yang halang aku daripada-Mu.
Hatta 'wahai' yang menjarakkanku dengan 'Tuhanku' juga aku tidak mahu.
Begitu dalamnya doa baginda a.s.
Apa yang baginda mohon kepada Allah?
Baginda mengadu kepada Tuhan dua perkara
Pertama lemahnya tulang belulangnya. Ini adalah petanda kepada kemuncak kelemahan seseorang.
Apabila tulang yang menjadi tempat anggota badan tertegak menjadi lemah, bermaksud seluruh anggota badan lain lebih lemah.
Kedua kepalanya yang telah beruban. Petanda bahawa dirinya sudah berada di penghujung usia.
Selepas itu baginda mengenangkan doa-doa yang Allah pernah kabulkan kepadanya.
Ini adalah untuk bersyukur dan bersangka baik kepada-Nya.
Selama aku hidup ini, aku tak pernah rugi dengan berdoa kepada-Mu.
Andai engkau makbulkan, aku mendapat apa yang aku inginkan.
Jika tidak, aku mendapat pahala kerana merendah diri dan berharap kepada-Mu.
Walau apa sahaja keadaan hidupku, aku tidak akan pernah rugi dengan berdoa.
Setelah merintih, merayu, merendah diri dan bersangka baik, barulah baginda memohon hajatnya iaitu inginkan anak sebagai penerus legasi kenabian.
Apabila saya renungkan doa Nabi Zakaria a.s, saya sedar doa bukan sekadar untuk meminta apa yang saya inginkan.
Doa juga ialah seruan untuk saya merasa dekat dengan-Nya.
Juga untuk saya rasa didengari dan ruang untuk saya merasa tenang.
Walau apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini, saya akan tetap berada dalam kebaikan selagi mana saya berdoa.
Alhamdulillah lebih 60 orang mendaftar sejak dibuka tadi. Jika anda berminat untuk sertai kelas ini, jemput daftar di sini ya: ezy.la/refleksikahfi.
OnPay
alkahfi
Pendaftaran Malam Ini
Berbaki 10 jam lagi sebelum pendaftaran Kelas La Raiba Fih 2.0 (Surah al-Kahfi) akan dibuka.
Sebentar tadi saya baru menghantar link pendaftaran email kepada semua yang menyertai waiting list dan di newsletter.
Boleh semak email masing-masing ya.
Terima kasih.
Ashabul Kahfi mengajar kita bahawa bahagia datang kerana rahmat Allah SWT.
____
Insya-Allah.
Seperti yang saya maklumkan pada email-email sebelumnya, saya akan buka pendaftaran kelas La Raiba Fih 2.0 pada Khamis 29 Ogos 2024. Nantikan ya.
Sertai waitinglist: ezy.la/refleksikahfi
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago