Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2
Twitter: x.com/hamster_kombat
YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official
Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/
Last updated 4 months ago
Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market.
📱 App: @Blum
🆘 Help: @BlumSupport
ℹ️ Chat: @BlumCrypto_Chat
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot
Collaboration - @taping_Guru
Last updated 1 week, 5 days ago
Dan maaf andai ada yang kurang faham malah terasa, yang saya sebut 'Dia' itu Allah dan 'dia' itu pula ialah kita, manusia.
InsyaAllah, kita semua khalifah.
Yang dipandang penduduk langit, yang menjadi pengikut para anbiya. Yang berjalan di kerumunan para siddiqin, para syuhada dan para solehin.
InsyaAllah, doa saya untuk semua ❤️
Untuk yang sedang menduduki peperiksaan, bittaufiq wannajah fil imtihan ✨
Maaf lah, ini cuma apa yang saya rasa. Apa yang saya nampak, apa yang saya faham dari kurniaan akal yang Allah beri.
InsyaAllah, akan lebih baik di masa ke depannya.
InsyaAllah, saya berniat membantu manusia yang terisi di dunia ini.
InsyaAllah, cita cita saya ialah khalifah.
Tidak perlu sehebat yang manusia akan pandang, cukup hebat yang penduduk langit akan pandang. Cukup itu. Moga kehebatan yang manusia pandang itu, tiada dengkinya. Moga apabila dipandang itu, adalah untuk menyebarkan perkara baik. Bukan perkara lagha, perkara hina, perkara yang menyesatkan.
Sedangkan bayi yang doktor kata hanya mampu hidup sepuluh hari itu pun meninggalkan kesan kepada ibu bapanya, keluarganya dan para pejuang yang berada di hospital tersebut. Meninggalkan impak positif, hikmah.
Jadi kalau kita tak ubah dari sekarang, jadi bila lagi? Tak mampu restart, cukup perbaiki niat. Berniat itu kena faham, bukan hanya niat. Sedangkan solat pun, bahasa arab yang kita sebut itu, kena faham isi maknanya. Niat solat itu, bukan sekadar baca untuk niat dan mukadimah.
Sememangnya manusia itu bersama. Tidak boleh berseorang, susah. Mati pun ada orang mandikan, kafankan. Kena ada manusia lain yang berperanan nak membantu. Tapi, bila kita jatuh ni, selalunya Allah bagi kita masa untuk fokus. Berseorangan dan hanya dengan-Nya. Ibarat kaunseling, tidak perlu ada yang ketiga.
Insan ini, manusia ini adalah makhluk hebat yang Allah SWT ciptakan. Setiap apa yang kita buat boleh jadi kebaikan kepada seluruh isi dunia, baik yang hidup, yang meninggal dunia atau makhluk Allah, manusia yang bakal hidup nanti.
Tapi kehebatan manusia tidak setanding kehebatan yang Maha Esa. Kita boleh bawa kebaikan tapi juga boleh bawa kerosakan. Tapi kita hidup berdekad lama, takkan untuk rosakkan isi dunia? Untuk rosakkan hubungan sesama 'insan' ?
Dia tak ambil iktibar, hikmah dari sirah sirah nabi, mujahidin zaman dahulu. Dari golongan nabi sendiri, sahabat nabi, golongan tabi'in dan tabi tabi'in. Kisah seorang pemimpin, khalifah.
Tanpa sedar, kita yang hina ini rupanya seorang khalifah. Tika kita fikir, tiada isi dunia yang inginkan kita, Dia Tuhan yang menciptakan kita, wujudkan satu zarah cahaya, asbab untuk kita hidup. Dia buat kita rasa masih perlu hidup walau kita sendiri yakin kita tak diperlukan.
Nisyan. Sesungguhnya manusia itu tergolong dari makhluk Allah yang pelupa. Secara fitrah, sifat pelupa itu membawa kebaikan dan keburukan kepada kita.
Kerana lupa, kita lupa yang kita pernah rasa sedih sebab kucing kita mati. Kerana lupa, kita lupa kita pernah marah kawan kita sampai dia terasa, dia tawar hati sampai putus kawan. Sebab lupa.
Cuba awak fikir, kalaulah seseorang yang biasanya kita nampak dia sebagai seorang yang berjaya. Tiba tiba dia berada dititik yang paling kelam, gelap. Sebab dia diuji. Tapi diuji dengan apa? Dengan kehilangan nikmat dunia, kehilangan nikmat sihat, nikmat berkeluarga, nikmat harta benda.
Sebab manusia, bila diuji, bisanya dia akan hilang pendirian. Sebab dia rasa dia dah tiada apa2 tujuan. Peranan dia tamat, nak buka langkah baru, terus mati. Sebab perkara perkara di atas tu. Dan dia lupa siapa dia yang pernah berjuang belajar sampai dia jadi dia yang sekarang, yang InsyaAllah pasti lebih baik dari diri dia yang semalam.
The word 'jihad' itself. Beautiful, nikmat berjihad itu seperti syurga dunia. Berjuang untuk diri sendiri, berjuang untuk keluarga, berjuang untuk negara dan berjuang untuk agama.
Tapi apa maksud cikgu saya? InsyaAllah mungkin tidak 100%. Tapi apa yang saya faham, niat kita menuntut ilmu itu sebab apa. Kita bangun pagi, dalam perjalanan tu, berniat untuk apa? Belajar sahaja? Kalau untuk belajar untuk cemerlang tapi tiada niat dalam diri untuk improvise diri sendiri. Not going to work at all, if we keep that mindset. Kalau kata kita berniat juga untuk ubah nasib keluarga, untuk tolong ibu bapa nanti, it helpful tapi tetap TAK CUKUP.
Sebab apa? Habis sekolah orang akan lupa. Niat ini orang akan lupa. Kalau bukan habis sekolah pun, habis sambung belajar, dah masuk kerja, dia lupa. Niat asal dia. Tidak konsisten. Pendirian dah goyah. Benar, manusia berubah. Benar, hati kita Tuhan yang bolak balikkan. Tapi semua bersebab.
Community chat: https://t.me/hamster_kombat_chat_2
Twitter: x.com/hamster_kombat
YouTube: https://www.youtube.com/@HamsterKombat_Official
Bot: https://t.me/hamster_kombat_bot
Game: https://t.me/hamster_kombat_bot/
Last updated 4 months ago
Your easy, fun crypto trading app for buying and trading any crypto on the market.
📱 App: @Blum
🆘 Help: @BlumSupport
ℹ️ Chat: @BlumCrypto_Chat
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Turn your endless taps into a financial tool.
Join @tapswap_bot
Collaboration - @taping_Guru
Last updated 1 week, 5 days ago