Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Kapsul Tazkirah

Description
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;

‎خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago

3 weeks, 1 day ago

Viral

Semakin berkembang dunia teknologi, semakin canggih segala alat yang wujud hari ini. Kewujudan kenderaan elektrik, kebijakan peranti elektronik, kelajuan internet, termasuk lah media sosial yang diguna pakai hampir seluruh masyarakat dunia.

Tidak dinafi semua yang ada di atas bumi punyai kelebihan dan kekurangan, kebaikan dan keburukan. Semuanya tentang diri pengguna bagaimana dia memanfaatkan atau memudaratkan perkembangan yang berlaku di sekeliling.

Acap kali kita melihat fenomena masyarakat yang seakan mencari sesuatu untuk menarik perhatian orang lain apabila dunia teknologi kian diakses semua lapisan masyarakat. Semua yang menaikkan “rating” dan “viral” seolah menjadi tujuan utama tanpa mengira soal maruah, harga diri dan malu seorang yang bergelar INSAN apatah lagi seorang MUSLIM.

Mari renungi hadis-hadis Nabi SAW;

َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ.

"Iman mempunyai enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan 'Lâ ilâha illallâh,' dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu merupakan salah satu cabang Iman." (HR. Imam Al Bukhari No 9).

اَلْـحَيَاءُ وَ اْلإِيْمَانُ قُرِنَا جَمِـيْعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ اْلاَ خَرُ

"Iman dan malu merupakan pasangan dalam segala situasi dan kondisi. Apabila rasa malu sudah tidak ada, maka iman pun sirna." (HR. Al Hakim).

Jelas terbukti dalam hadis-hadis Nabi SAW malu terkait dengan Iman. Betapa canggihnya teknologi suatu masa nanti tidak mengikis sifat malu kita. Kita akan beroleh
Ketenangan dan kedamaian dengan cara memelihara malu dan maruah. Kita akan dihormati walaupun tidak “famous” di mata masyarakat.

Harga diri dan maruah terlalu tinggi dan wajib dipelihara oleh setiap yang berakal dan beragama Islam. Selagi mana iman kita mampu jaga, selagi itu malu kita ada.

Wahai orang-orang beriman, bertakwa lah dan takut lah azabNya yang bakal menimpa bagi yang lalai, buang lah sikap suka mengejar VIRAL, LIKES, SHARE, FOLLOW semata-mata. Pelihara diri kita, keluarga, rakan-rakan daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menggoda terutama zaman “viral” seperti hari ini.

https://t.me/kapsul_tazkirah

Telegram

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Viral
3 weeks, 2 days ago

Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Waktu amat berharga dalam kehidupan kita. Waktu yang berlalu tidak akan kembali. Ramadan dan kelebihan yang terdapat di dalamnya telah berlalu. Setiap kita belum pasti dapat bertemu dengan Ramadan pada tahun akan datang. Jika bertemupun, belum pasti kita berpeluang merebutnya dengan pelbagai amalan soleh seperti tahun sebelumnya. Mungkin ketika itu kita tidak berdaya melakukan ibadat puasa.

Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri,

يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد
فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه

Maksudnya: "Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekallah daripadaku dengan amal soleh kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat".

Waktu yang berlalu kita berikan unit ukuran seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Akhirnya ia membentuk sesuatu yang kita panggil umur dan usia.

Sesungguhnya kesempatan umur dan usia yang dimiliki oleh seseorang menentukan kelangsungan usia dan ajal seseorang.

Firman Allah :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Surah Al-Araf ayat: 34)

Setiap detik masa yang kita lalui, umur yang kita miliki akan dipersoal di hari akhirat kelak. Justeru kita perlu memanfaatkan setiap detik masa dan usia ini sebaik mungkin dengan amal yang bermanfaat.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

Waktu yang berlalu seringkali membuatkan manusia tertipu. Ia merasakan esok masih ada. Sedangkan waktu dan hari yang berlalu pergi meninggalkan kita tidak akan kembali sehingga hari kiamat. Berapa ramai dari kalangan kita yang membiarkan masa berlalu tanpa amal yang bermanfaat.

Alangkah sedihnya mengenangkan waktu yang berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Semoga waktu dan hari yang ada ini kita rebut kesempatan menyediakan bekalan. Bukan sahaja untuk survival diri, juga untuk survival Islam dan umat ini.

Pepatah Melayu menyebutkan, Masa Itu Emas. Ia amat berharga dan perlu diguna serta dimanfaatkan sebaik mungkin.

Pepatah Arab menyebutkan;

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa Seperti Pedang, Andai Engkau Tidak Memotongnya, Dia Akan Memotongmu."

Jangan kita biarkan masa berlalu tanpa kita gunakan dengan cara yang bermanfaat. Waktu yang berlalu tidak akan kembali.

https://t.me/kapsul_tazkirah

Telegram

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Waktu Dalam Kehidupan Muslim
3 weeks, 6 days ago
***📌*** BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN …

📌 BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL

🩷💚 Tarikh cadangan puasa 6 bagi
tahun 2024 M/1445 H:

🌟 22/4 (Hari Putih +
Isnin) 13 Syawal
🌟 23/4. ( Hari Putih )
14 Syawal
🌟 24/4. ( Hari Putih )
15 Syawal
🌿 25/4. ( Khamis )
16 Syawal
🌿 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal
🌿 2/5 ( Khamis )
23 Syawal

Berhimpun 3 Fadhilat
1. Puasa 6 Syawal
2. ⁠Puasa Isnin Khamis
3. ⁠Puasa Hari Putih

✔️ Tahniah buat yg dah
selesai
✔️ Buat awal itu yg terbaik

2 months, 3 weeks ago

Jumaat tiba lagi dan kita terus mencari kesempatan yang Allah SWT berikan untuk beribadat seikhlasnya dan semampunya.

Selagi kudrat masih kuat, semangat untuk berubah menjadi lebih baik akan terus kita pegang dan usahakan.

Semoga diberi peluang untuk memasuki Ramadan dan beramal dalamnya.

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان 🤲🏻

3 months ago

Serangan kali ni lain dari yang lain. Kerajaan Zionis dah persiapkan kekuatan dan sokongan Barat untuk serangan kali ni selama berminggu-minggu. Silap-silap Mesir akan join sekali sebab gempuran Rafah akan menjejaskan sempadan mereka. Dalam beberapa jam pertama, mujahidin kelihatan agak overwhelmed. Orang awam pula tak ada tempat nak lari dah.

Fasa kali ini bukan just another day in Gaza.

Netanyahu nak tebus maruah dia depan geng-geng dia. Kalau dia kalah gempuran kali ini, tak ada apa yang dia boleh buat nak tebus air muka dia lagi

Fokus doa lebih dan ajak semua ikut sekali di media sosial mendoakan dan bangkitkan kesedaran.

🇲🇾 ❤️ 🇵🇸

3 months ago

Rafah pula sedang diserang dahsyat oleh Zionis 🇮🇱

Mari kita terus berdoa dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di sana 🇵🇸

اللهم عليك بالصهيون
وانصر إخواننا المستضعفين

4 months, 3 weeks ago

Muhasabah

Pejam celik kita sudah berada di penghujung tahun 2023. Mungkin ada yang telah kita rancang belum tercapai dan ada pula yang berjaya dengan jayanya.

Perasaan kita mula bercampur baur, sedikit gembira sedikit sedih. Namun, di sana ada perasan lega kerana ada juga perkara-perkara baik dapat dikecapi walau diuji segenap perkara. Begitulah sikap seorang mukmin;

Dari Shuhaib, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999)

Maka, kita teruskan kemudi bahtera kita menuju arus 2024 biar apa pun badai yang bakal menimpa kerana kita yakin dan percaya di sana ada hikmah yang menunggu. Kuatkan azam, sabar, syukur dan redha. Moga hati kita sentiasa dituntun hidayahNya.

Selamat berazam!

https://t.me/kapsul_tazkirah

Telegram

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

Muhasabah
5 months, 2 weeks ago


الــلــهــم عـــذب الــمــعــتـــديــن، وألــق فــي قلوبهم الرعــب، وخــالف بين كلمتهم، وأنزل عليهم غضبك وعذابك.
اللهم إن المعتــدين قــد طغوا وبغوا، وقتلوا وأســــرفوا واعتدوا، اللهم شــــل جـيـوشـــــــهـم ودك عـروشـــــــهـم، الـلـهـم اقتلهم بســــــلاحهم وأحرقهم بنــارهم، وســـلط عليهم جندا من جندك، يا قوي
يا عزيز يا رب العالمين.
اللهم زلزل الأرض من تحـت أقـدامهم، وألق الرعب في قلوبهم واجعلهم عبرة للمعتبرين يا رب العالمين.
اللهم قاتل الذين يصـدون عن سـبيلك ويـعـــادون أولـيـــاءك، واجـعـــل عـلـيـهـم عـــذابـــك ورجــزك وســــــــخــطـــك يـــا رب
العالمين.
اللهم إنـا نجعلـك في نحورهم، ونعوذ بك من شرورهم.
الـــلـــهـــم اقـــطـــع دابـــر الـــمـــعـــتـــديـــن، واســتأصــل شــأفتهم، وفرق كلمتهم، واقصم قامتهم، وعجل بدمارهم.
الـلـهـم شـــــــرد الـمـعـتـــديـن فـي الـبـلاد، واجـعـلـهـم عـبـرة لـلـحـــاضــــــــر والـبـــاد، وأهلكهم بمــا أهلكــت بــه ثمود وعــاد، وفرعون ذي الأوتـــاد، الـــذين طغوا في البلاد، فأكثروا فيها الفســاد، إنك لهم
لبالمرصاد.
اللهم لا ترفع للصــــــهـاينـة في القـدس رايـــة، ولا تحقق لهم غـــايـــة، واجعلهم للعــالمين آيــة، اللهم اجعــل تــدميرهم
في تدبيرهم.
اللهم زعزع صــــفوفهم، واقلع كيانهم، واســلب منهم القوة، وانتقم لنا منهم وفرق شـملهم، وانصـرنا عليهم فإنهم
لا يعجزونك.
الـــلـــهـــم اقـــذف الـــرعـــب فـــي قـــلـــوب الصــــــهاينة وشــــــتت شــــــملهم، وفرق جمعهم، وخيب سعيهم.
اللهم اكبـت عـدوك وعـدوهم، واشـــــــدد وطــأتــك عليهم، وأنزل عليهم عقــابــك وعذابك، وارددهم أذلة صاغرين.
الـلـهـم اجـعـــل تـــدبـيـرهـم تـــدمـيـرا لـهـم، واجـعـــل كـيـــدهـم فـي نـحـورهـم، الـلـهـم شـــرد بهم وانتقم منهم، واكف إخواننا إياهم بما شـئت وكيف شـئت، إنك على
كل شيء قدير.
اللهم عليــك بــالصــــــهــاينــة المعتــدين ومن والاهم وساعدهم.
اللهم أرنا في أعدائك ومن والاهم يوما كيوم عاد وثمود، وأصحاب الأيكة وقوم تبع، اللهم اهزمهم كما هزمت الأحزاب وحدك، ســــبحانك لا يعجزك شــــيء في
الأرض ولا في السماء.
اللهم يـــا قوي يـــا عزيز يـــا جبـــار، أنزل بــأســــــــك وغضــــــبــك على الصــــــهــاينــة المحتلين فإنهم لا يعجزونك.
اللهم آت الصــــــهـاينـة وكـل من والاهم ضــــــعفين من العـذاب، والعنهم لعنـا كبيرا بقوتك يا جبار.
اللهم أحزنهم كمـا أحزنونـا، وآســــــفهم كما آسفونا.
الـلـهـم اجـعـــل بـيـوتـهـم عـلـيـهـم ردمـــا، اللهم اجعــل قنــابلهم عليهم دمــدمــا، وبكـاء نســـــــاءنـا عليهم همهمـا، اللهم
اجعلهم عبرة للمعتبرين.
اللهم إنــا نشــــــكو إليــك الصــــــهــاينــة، فإنهم لا يعجزونك، يا جبار السـماوات والأرض.
اللهم شــتت شــملهم، وفرق جمعهم، واجعـــل تـــدبيرهم تـــدميرا لهم، وخرب بنيانهم، وبدل أحوالهم، وقرب آجالهم، واقطع أعمارهم، وأشغلهم بأبدانهم،
وخذهم أخذ عزيز مقتدر.
اللهم شــــــتت شــــــملهم، وبدد قوتهم، وفرق جمعهم، اللهم أرنـــا فيهم آثـــار وعجائب قدرتك.
اللهم احصهم عددا، واقتلهم بددا، ولا تغادر منهم أحدا يا الله.
اللهم عليــك بعــدوك وعــدوهم، اللهم عليـــك بـــالقوم الظـــالمين المعتـــدين، اللهم أنزل عليهم رجزك وســــــخطـــك
وعذابك، واشف صدور قوم مؤمنين.
الـلـهـم عـلـيـــك بـمـن آذى الـمســـــــلـمـيـن، عليـك بمن ســــــفـك دمـاء المســــــلمين، عـلـيـــك بـــالـظـــالـمـيـن، ومـن حـمـى لـهـم ظهرا، أو نفـــذ لهم أمرا، أو كـــان لهم
عونا.
اللهم من أراد بهم كيدا فرده في نحره، اللهم من أراد بهم ســــــوءا فـأشــــــغلـه بنفســــه، اللهم شــــل يد كل من اعتدى
عليهم.
نســــــألـك يـا الله يـا قريـب، يـا ســــــميع يـا مجيـب، يـا جبـار يـا قهـار، يـا من لا يعجزه قهر الجبـــابرة، ولا يعظم عليـــه هلاك المتمردة من الملوك والأكـاســــــرة، أن تجعل كيد من كادنا في نحره، ومكر من
مكر بنا عائدا عليه.
الـلـهـم مـن كـــاد إخـوانـنـــا فـكـــده، ومـن ظـلـمـهـم فـخـــذه، ومـن بـغـى عـلـيـهـم فدمره.
الـلـهـم اجـعـــل ثـــأرنـــا عـلـى مـن ظـلـمـنـــا، وانصــــــرنــا على من عــادانــا، ولا تجعــل مصــــــيبتنـا في ديننـا، ولا تجعـل الـدنيـا أكبر همنا، ولا مبلغ علمنا وعملنا

5 months, 2 weeks ago

Doa senja Jumaat untuk saudara mara kita di bumi Palestin. Mereka terus diserang dengan kejam oleh Rejim Zionis 🇮🇱 sebaik sahaja tamat gencatan senjata sebentar tadi 😢

6 months, 2 weeks ago

🇶🇦 Kementerian Luar Qatar: Pencerobohan Israel ke atas Gaza adalah pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan perang

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 5 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 4 weeks ago