Kapsul Tazkirah

Description
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;

‎خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

1 month ago
**Media Sosial dalam Perspektif Islam**

Media Sosial dalam Perspektif Islam

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita akal fikiran dan kemajuan teknologi sebagai satu nikmat dan amanah. Dalam dunia moden hari ini, media sosial menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Namun, sebagai umat Islam, kita wajib memanfaatkan teknologi ini dengan penuh kesedaran iman dan takwa kepada Allah SWT.

1. Media Sosial: Sebuah Alat, Bukan Tujuan Hidup

Media sosial hanyalah sebuah alat yang boleh membawa kebaikan atau keburukan, bergantung pada cara u menggunakannya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8:
“Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihatnya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia juga akan melihatnya.”
Setiap apa yang kita tulis, ‘share ‘ atau ‘repost’, ‘follow’ atau ‘like’ akan dihisab di hadapan Allah. Maka, gunakanlah media sosial untuk menyampaikan kebaikan, menyebarkan ilmu, dan mengingatkan orang lain tentang perkara yang bermanfaat.

2. Hindari Fitnah dan Berita Palsu

Media sosial sering menjadi tempat tersebarnya fitnah dan berita palsu.

Rasulullah SAW bersabda:
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila dia menceritakan semua yang didengarnya tanpa memeriksa kebenarannya.” (HR Muslim)

Oleh itu, setiap kali kita ingin berkongsi sesuatu, tanyalah diri:
• Adakah berita ini sahih?
• Adakah ia bermanfaat?
• Adakah perkongsian ini boleh memudaratkan orang lain?

3. Jaga Adab dan Akhlak di Media Sosial

Sebagai umat Islam, akhlak kita di dunia maya mencerminkan iman dan peribadi kita.

Allah SWT berfirman:
“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku agar mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar dan sopan).” (Surah Al-Isra’, ayat 53)

Jauhi kata-kata kasar, perdebatan yang sia-sia, atau penghinaan terhadap orang lain. Sebaliknya, jadikanlah media sosial sebagai tempat untuk menzahirkan akhlak mulia dan membina ukhuwah.

4. Jangan Biarkan Media Sosial Melalaikan Kita

Adakalanya kita terlalu asyik dengan media sosial sehingga melalaikan solat, tanggungjawab harian, dan hubungan dengan orang di sekeliling.

Firman Allah dalam Surah Al-Asr:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.”

Masa adalah amanah. Gunakan media sosial dengan berhemah dan pastikan ia tidak mencuri masa yang sepatutnya dimanfaatkan untuk perkara lebih penting.

5. Jaga Niat dan Hati

Media sosial sering menjadi tempat yang mencetuskan sifat riak, hasad dengki, atau cinta dunia. Setiap kali kita memuat naik sesuatu, tanyalah diri: Adakah ini kerana Allah atau untuk meraih perhatian manusia?

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niatnya.” (HR Bukhari & Muslim)
Pastikan hati kita sentiasa ikhlas agar segala yang kita lakukan menjadi ibadah.

Kesimpulan

Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menggunakan media sosial dengan cara yang diredhai-Nya. Wallahu a’lam.https://t.me/kapsul_tazkirah

1 month, 1 week ago
**Pentingnya Usaha dalam Kehidupan**

Pentingnya Usaha dalam Kehidupan

Segala sesuatu dalam hidup memerlukan usaha. Dunia ini diciptakan oleh Allah SWT sebagai medan ujian untuk melihat sejauh mana kesungguhan kita dalam mencapai matlamat, sama ada untuk kehidupan dunia mahupun akhirat. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.”
(Surah An-Najm, 53:39)

Ayat ini menjadi peringatan bahawa manusia hanya akan mendapat apa yang diusahakan. Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Nabi Muhammad SAW turut memberikan pedoman dalam sabdanya:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar, dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis ini mengajarkan bahawa tawakal tidak bererti hanya berserah tanpa usaha. Burung tetap keluar mencari rezeki, meskipun ia bergantung kepada Allah SWT. Begitu juga kita sebagai manusia, perlu bergerak, bekerja keras, dan berusaha dalam urusan dunia dan akhirat.

Namun, usaha kita mesti disertai dengan niat yang ikhlas dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kejayaan atau kegagalan itu adalah ketentuan-Nya, tetapi apa yang dinilai oleh Allah adalah kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berusaha.

Sebagai pedoman, marilah kita renungkan pesan ulama:
“Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok.”

Semoga kita semua sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan menjadikan setiap langkah kita sebagai amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

https://t.me/kapsul_tazkirah

1 month, 2 weeks ago

Alhamdulillah!

Pembebasan Syria setelah lama hak-hak mereka terzalimi, membenarkan doa para ‘alim yang sebahagiannya telah pergi meninggalkan kita.

Semoga dirahmati setiap para syuhada’ dan pejuang yang tidak pernah berputus harap memerdekakan tanah yang dijajah dengan zalim.

Pembebasan Palestin juga semakin hampir! 🤲🏻

اللهم انصر الإسلام والمسلمين والمستضعفين في كل مكان يا أرحم الراحمين

3 months, 2 weeks ago

Semoga Allah merahmati Syekh Yusuf alQaradhawi. Karya ini merupakan catitan peribadi Syekh Abd alFattah Abu Ghuddah berkenaan sahabatnya dan rakan sejuangnya ini. Jemput baca & hayati bersama.

E-BUKU PERCUMA
EDISI KHAS MENGENANG AL-‘ALLĀMAH SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ

Sesungguhnya hati-hati kita amat merasai kesedihan mendengar berita kembalinya ke rahmatullah seorang ‘alim dan faqih kesayangan umat ini iaitu Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī pada petang 26.9.2022, di Qatar pada usianya mencecah 96 tahun.

Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī sangatlah tidak asing bagi kita semua. Beliau adalah ulama besar rujukan umat. Ratusan karya peninggalan beliau adalah merupakan kemuliaan Allāh yang dikurniakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan berapa juta manusia yang dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, yang merupakan kebaikan yang kekal, yang berpahala. Telah banyak juga karya-karya beliau yang telah kami terjemahkan di dalam bahasa Melayu buat manfaat umat di Nusantara ini. Tetapi, buat edisi kali ini, kami menterjemahkan karya yang dikarang oleh ulama besar yang lain yang menceritakan dan menggambarkan kehebatan kedudukan seorang ulama besar kesayangan umat ini.

Karya ini, kami judulkan sebagai "Faqīh dan Murshid Kami: al-‘Allāmah Yūsuf al-Qaraḍāwī," yang merupakan buah tangan Shaykh ‘Abd al-Fattāḥ Abū Ghuddah, seorang alim dan pakar hadis yang masyhur yang telah lebih dahulu meninggalkan kita semua. Karya ini adalah penghargaan beliau terhadap rakan seperjuangannya, Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī.

Karya ini istimewa, kerana ia bukan dikarang orang biasa, tetapi dari pena ulama juga. Demikianlah para ilmuwan Islam yang hakiki yang saling mengasihi dan menghormati atas nama kebenaran.

Karya ini boleh dibaca dan dimuatturun melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1l880kMJG_T0ztvc2x1eFyuu9ECACnGWP/view?usp=sharing

Kita semua amat merasai kehilangan Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī. Moga-moga Allāh ta‘ālā memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat ruhnya.
ABIM PRESS

3 months, 2 weeks ago

Imam Nawawi menyenaraikan 6 situasi boleh mengumpat:

  1. Mengadu kezaliman kepada pemerintah.
  2. Menyebut orang yang melakukan kemungkaran dengan niat mahu mengubahnya.
  3. Meminta fatwa dari ulama.
  4. Memberi amaran kepada Muslimin tentang keburukan-keburukan, sehingga mereka tidak jatuh ke dalamnya.
  5. Mencela orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan bid’ah.
  6. Menyebut gelaran atau sifat seseorang supaya orang kenal siapa yang dimaksudkan.

Bahkan beliau menyebut yang mengumpat itu wajib dalam sesetengah situasi seperti menyebut kelemahan periwayat hadis, saksi, dan para penulis.

(Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, dan lihat نظرية التقريب والتغليب , tesis PhD Dr Ahmed al-Rassouni)

Dipetik dari FB Muhd Eirfan

3 months, 3 weeks ago

Amanah Sebagai Pemimpin

" Aku bukan seorang kadi, tetapi aku adalah seorang yang akan melaksanakan perintah Allah. Aku bukanlah orang yang terbaik, tetapi aku adalah manusia seperti kalian juga. "

-Khalifah Umar bin Abdul Aziz-

3 months, 3 weeks ago

Doa untuk saudara kita di Lubnan juga 🤲🏻😢

لعنة الله على الصهيونيين المجرمين الظالمين

#HancurIsrael
#PalestinBangkit
#LubnanBerdarah

4 months ago

Terlalu banyak tragedi menyayat hati yang kita baca dan dengar setiap hari. Perbanyakkan berdoa, moga-moga kita semua terpelihara dari musibah yang terlalu berat dan tak tertanggung.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]

#Ujian

4 months ago

Pepatah cina berbunyi ;

' Andai inginkan kebahagiaan setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagiaan seratus tahun, didiklah manusia. '

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago