Markaz Su'Oud Sharing

Description
Penulisan ilmiah, luahan, idea-idea. Semoga bermanfaat.

Admin: Murabbi
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

1 month, 3 weeks ago

AMARAN MENGGUNAKAN TASBIH SEBAGAI PERMAINAN DAN RIYA'.

Dalam Majmu fatawa, terdapat amaran keras bagi mereka yang menggunakan tasbih dengan niat menunjuk-nunjuk atau menzahirkannya tanpa sebarang keperluan seperti menggantungkannya di leher atau menjadikannya seperti gelang:

َأَمَّا اتِّخَاذُهُ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ أَوْ إظْهَارُهُ لِلنَّاسِ مِثْلُ تَعْلِيقِهِ فِي الْعُنُقِ أَوْ جَعْلِهِ كَالسُّوَارِ فِي الْيَدِ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ فَهَذَا إمَّا رِيَاءٌ لِلنَّاسِ أَوْ مَظِنَّةُ الْمُرَاءَاةِ وَمُشَابَهَةِ الْمُرَائِينَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ: الْأَوَّلُ مُحَرَّمٌ وَالثَّانِي أَقَلُّ أَحْوَالِهِ الْكَرَاهَةُ فَإِنَّ مُرَاءَاةَ النَّاسِ فِي الْعِبَادَاتِ الْمُخْتَصَّةِ كَالصَّلَاةِ وَالصِّيَامِ وَالذِّكْرِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ مِنْ أَعْظَمِ الذُّنُوبِ

Adapun menggunakan alat tasbih tanpa hajat dan menampakkannya kepada manusia seperti menggantukannya di leher atau meletakkannya di tangan, maka ini samada riya atau terdapat sangkaan untuk menunjuk-nunjuk dan menyerupai perbuatan menunjuk-nunjuk.

Adapun perbuatan pertama (riya), maka itu sudah tentu haram. Adapun kedua (menzahirkannya dan menyerupai perbuatan menunjuk), maka sekuranngnya perkara itu boleh dikatakan makruh. Hal ini kerana perbuatan menunjuk-nunjuk dalam ibadat khusus seperti solat, puasa, zikir dan bacaan Al-Quran merupakan salah satu dosa besar...

Wallahua'lam.

1 month, 3 weeks ago

STATUS PENGGUNAAN ALAT TASBIH SEWAKTU BERZIKIR

Beberapa hari lepas, sheikh ada memberi persoalan dan menanyakan pendapat pelajar tentang status tasbih yang digunakan untuk berzikir.

Jadi saya ada membuat beberapa bacaan dan rujukan dan tulisan di bawah adalah sebahagian yang saya sempat tulis.

Hadith-hadith berkenaan saranan Nabi SAW untuk bertasbih menggunakan tangan:

  1. Hadith riwayat Imam Abdu Daud dan Tirmizi

عن يسيرة، أخبرتها، «أن النبي صلى الله عليه وسلم أمرهن أن يراعين بالتكبير، والتقديس، والتهليل، وأن يعقدن بالأنامل، فإنهن مسئولات، مستنطقات»

Daripada Yusairah bahawa: "Nabi SAW menyuruh para sahabat (dari kalangan wanita) untuk menjaga diri mereka dengan bertakbir, bertaqdis (menyucikan Allah swt), bertahlil dan menghitung zikir-zikir itu dengan jari kerana itu semua akan ditanya dan disuruh untuk berbicara pada hari kiamat"

  1. Hadith riwayat Imam Abdu Daud:

عن عبد الله بن عمرو، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح.

Daripada Abdullah Ibn Amru beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah SAW menghitung zikirnya dengan jari jemari".

  1. Hadith riwayat Imam Abu Dawud:

عن عائشة بنت سعد بن أبي وقاص
عن أبيها: أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه وسلم على امرأة وبين يديها نوى - أو حصى - تسبح به، فقال: "أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا، أو أفضل" فقال: "سبحان الله عدد ما خلق في السماء، وسبحان الله عدد ما خلق في الأرض، وسبحان الله عدد ما بين ذلك، وسبحان الله عدد ما هو خالق

Daripada Aisyah Binti Saad Abi Waqqas, daripada ayahnya bahawa beliau dan Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang perempuan dan disisinya terdapat empat ribu biji-biji atau kayu untuk bertasbih. Maka baginda SAW bersabda : Mahukah aku beritahu kamu dengan suatu yang lebih mudah atau lebih baik dari ini? Aku jawab : Ya. Maka sabda baginda : Sebutlah: ‘Maha suci Allah sebanyak ciptaanNya..."

FAEDAH DAN PEMAHAMAN DARI HADITH:

  1. Hadith ini secara zahirnya menunjukkan bahawa menjadi sunnah bagi kita untuk berzikir menggunakan tasbih, ini berdasarkan anjuran dan perbuatan baginda SAW.

  2. Namun, anjuran dan sunnah ini tidak menafikan keharusan untuk menggunakan alat lain seperti alat tasbih elektronik dan lain-lain.

  3. Hal ini kerana, sewaktu baginda melihat perempuan itu memiliki alat tasbih, Nabi SAW tidak mengingkari atau menegurnya, bahkan baginda hanya menunjukkan perkara yang lebih baik.

PANDANGAN ULAMA-ULAMA BERKENAAN HADITH-HADITH DAN PENGGUNAAN ALAT TASBIH UNTUK BERZIKIR:

  1. Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Syarh Misykat menyebut bahawa hadith di atas menunjukkan keharusan berzikir menggunakan alat tasbih. Hal ini berdasarkan iqrar (perakuan) nabi SAW terhadap perempuan tersebut. bahkan terdapat riwayat dari para sahabat seperti Abu Hurairah yang menggunakan alat tasbih untuk berzikir.

  2. Imam Ibn Ruslan dalam Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan bahawa hadith di atas menunjukkan zikir menggunakan jari lebih utama dan baik berbanding menggunakan alat tasbih.

  3. Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah menukilkan pandangan dari Sheikh Syamsul Haq yang mensyarahkan sunan Abi Daud bahawa hadith-hadith di atas menunjukkan keharusan berzikir menggunakan tasbih dan barangsiapa yang mengatakan ia adalah bid'ah, maka pendapat itu tidak benar.

  4. Imam Ibn Taimiyyah menganggap perbuatan zikir menggunakan alat tasbih sebagai perbuatan yang baik jika diringi dengan niat yang baik. (Rujuk Majmu Fatawa).

1 month, 3 weeks ago

SAMPAIKAH SERUAN DAKWAH MELALUI VIDEO ATAU SHORT FILM?

Post morterm short film sengketa.

Saya sudah menonton short film sengketa dari channel youtube Ust Wadi Annuar. Film yang dilakonkan oleh beberapa pelakon-pelakon yang dikenali di Malaysia.

Secara ringkasnya, ia menggambarkan kisah seorang lelaki 'Pak Wahab' yang belajar dari luar negara disamping mendengar syarahan-syarahan ustaz sunnah secara online dan mengikutinya secara rapat dan akhirnya membawa kepada perbuatan tikam dan bunuh.

Pak Wahab mendapati banyak ajaran atau amalan orang kampungnya menyelisihi 'sunnah' yang dia fahami dari ustaz-ustaznya. Pak Wahab amat tegas dalam membanteras amalan-amalan tersebut.

Dalam film ini, Pak Wahab boleh disifatkan sebagai ekstrimis, watak yang tidak tentu arah dan cepat gelisah, garang, baran dan lain-lain. Ini berdasarkan beberapa perbuatannya:

  1. Mengingkari permasalah khilaf seperti qunut, maulid, selawat dan lain-lain.

  2. Cepat menghukum sesuatu perkara sebagai bid'ah sedangkan terang ia adalah sunnah seperti menziarahi kubur.

  3. Memahami Al-Quran dan As-Sunnah tanpa merujuk kepada tafsiran ulama.

  4. Menikam dan membunuh orang yang menyelisihinya.

Khulasahnya, Pak Wahab boleh disifatkan sebagai khawarij moden dalam masyarakat kini.

Saya yakin video keluaran ust Wadi Anuar ini adalah gambaran bagi beberapa individu di Malaysia melalui kata-kata yang keluar seperti 'Doktor PHD', Imam Syafie salah dan lain-lain.

Namun, bagi saya video ini tidak kurangnya dari video Shukri Production. Mereka memainkan naratif bahawa pembawa sunnah di Malaysia tidak suka qunut, benci maulid secara mutlak, suka menghukum bid'ah pada perkara khilaf dan akhirnya membawa kepada perlakuan bunuh.

Naratif sebegini sudah tentu amat jelek dan buruk, kerana kita tahu, tiada satu pun asatizah yang melakukan perbuatan sedemikian, apatah lagi 'menepuk tangan orang yang berqunut'.

Saya bukanlah orang yang sentiasa bersetuju dengan pembawakan asatizah sunnah di malaysia, bahkan saya tidak begitu mengikuti mereka. Jarang sekali saya mendengar video mereka apatah lagi mengambil pendapat dari mereka.

Tetapi video keluaran Ust Wadi ini lebih kepada unsur berbaur fitnah, berlebihan dalam menyifatkan ust-ust 'sunnah' di sini.

Bagi saya, dakwah dalam bentuk video perlu diperhalusi. Jika dia menggambarkan realiti kelompok kini, kita perlu adil, jangan gambarkan perbuatan yang tiada. Begitulah sebaliknya.

Video dakwah yang sesuai bagi saya hanyalah pada perkara yang menerangkan hukum, menerangkan tatacara ibadat dan lain-lain. Bukannya bermain naratif dan tuduhan seperti ini.

5 months, 1 week ago

Kenapa Bahasa Arab Madinah?

Borak-borak pengalaman belajar bahasa arab.

(Siri 1)

Sepanjang saya mempelajari bahasa arab bermula dari sekolah rendah hingga sekarang, boleh dikatakan bahawa zaman universiti (UIAM) adalah tempoh yang saya mampu betul-betul memahami bahasa arab terutama dari sudut perbahasan ilmu nahu dan soraf. Ya, tidak perfect, tetapi fasa itulah saya tahu dengan jelas perbahasan nahu soraf dan tidak bergantung hafalan semata.

Pada fasa sebelum itu, saya bahkan tidak meminati bahasa arab. Bagi saya, ia susah dan merepek. Terkadang saya merasakan kaedah dan disiplin ilmunya merepek dan tidak konsisten. Ya, salah satu sebab utama adalah malas dan suka tidur dalam kelas. Tetapi, saya tidak pernah memahami perbahasannya di dalam kelas. Saya terkadang hanya menghafal sahaja. Begitu juga dengan ilmu bina ayat, hanya hafal untuk exam sahaja. Kosakata hanya berpada dengan 'soalan spot' exam sahaja.

Bila saya memasuki alam universiti (IIUM CFS), saya lihat begitu ramai kawan-kawan yang mahir berbahasa arab. Tidak kurang juga mereka mengetahui selok belok ilmu nahu dan soraf. Mungkin melihat kepada suasana sebegitu ia mendorong saya untuk mempelajari bahasa arab. Ya, saya bermula dengan matan al-ajurrumiyyah. Alhamdulillah, pada peringkat asasi di IIUM, saya berjaya khatamkan matan tersebut dan menghafalnya (tapi dah lupa). Pada masa itu, saya sudah merasakan peningkatan saya dalam ilmu nahu. Merasakan saya sudah memahami selok belok i'rab.

Tapi pada masa itu saya merasakan ketidakpuasan dan ada 'missing thing' daripada apa yang saya sudah pelajari. Saya merasakan saya masih tidak mahir jika saya ingin praktikkan qawaid i'rab di luar contoh yang saya pelajari. Saya juga tidak merasakan begitu cekap dalam irab. Apatah lagi dalam membina ayat, hancur. Ya, sudah tentu ia berpunca dari praktis yang kurang dan pembacaan yang tidak luas. Lebih-lebih lagi dalam jurusan agama, pemahaman saya kepada buku-buku turath amat lemah.

5 months, 1 week ago

Debat, muzakarah dan perbincangan ilmiah pada hari ini, siapa pemenangnya?

Bagi saya, menentukan kemenangan dan dominasi satu pihak dalam debat atau muzakarah adalah satu benda yang sangat subjektif.

Dengan kata lain, seorang pendebat akan dinilai menang atau dominant pada pandangan 'fan', mereka. Tetapi pada pandangan 'seteru', mungkin berbeza.

Mungkin seteru cenderung bahawa kemenangan adalah pada pihak pendebatnya, pointnya lebih tepat, hujjahnya lebih kuat dan lain-lain.

Dalam beberapa kes, pendebat atau panel yang banyak diam, suara tidak lantang sering dikategorikan sebagai 'terciduk', 'terumbang ambing' dan lain-lain. Manakala orang yang cenderung lantang boleh dikatakan sebagai dominant atau berjaya.

Dalam subjek 'qawadih al-qiyas' kami beberapa sem lepas, sheikh kami ada mengkritik berkenaan method perdebatan ilmiah pada hari ini kerana ia tidak menepati kaedah ulama-ulama terdahulu berdebat. Kerana perdebatan dahulu yang kita baca melalui sirah dahulu lebih kepada menegakkan hujjah dan berlaku dalam beberapa minit sahaja kemudian bersurai (ada banyak lagi point tapi lupa).

Sedangkan pada hari ini, ia dibuat lebih lama, dibentangkan benda yang sudah tidak perlu dibentang dan lain-lain. Saya juga banyak belajar melalui kelasnya tentang method berdebat disisi ulama dahulu, termasuk yang berada dalam buku-buku klasik.

Ya, kita boleh untuk tidak menerima bulat-bulat pandangan sheikh saya sepertimana saya pun cenderung untuk berlaku sebegitu, namun ada manfaat juga daripada pandangan sheikh kami ini. Kata-kata sheikh ini sentiasa bermain di minda saya setiap kali berlakunya perdebatan ilmiah di tanah air saya.

Justeru, perdebatan ilmiah sepatutnya bukan ditujukan bagi menentukan pendominasi. Bahkan ia adalah untuk mendengar hujah-hujah setiap pembentang. Mindset sebegini sering kita dapati pada setengah orang walaupun tidak semua. Maka apa kesannya?

Kesannya adalah orang yang mendapat khabar bahawa si fulan 'menang', dominan dan lain-lain akan terima bulat-bulat atau kagum. Lebih bahaya lagi mereka tertipu dengan dakwaan sebegitu.

INI LEBIH BERBAHAYA JIKA DAKWAAN TENTANG DOMINANT SI FULAN DALAM DEBAT DICERITAKAN TANPA BUKTI DAN SUMBER.

Kerana itu, saya adalah antara seorang yang tidak percaya bulat-bulat jika seorang penulis menceritakan bahawa Imam ini telah mengalahkan imam ini dalam debat. Ya, kita akui kejujuran penulis, tapi kita perlu lebih kritis. Jika dia kalah sekalipun, itu tidak mengurangkan kredibilitinya. Itu cerita zaman dahulu. Zaman kini? Qiyaslah sendiri.

Cadangan saya untuk pendengar dalam perdebatan ilmiah adalah:

  1. Tidak menerima bulat-bulat dakwaan bahawa si fulan mengalahkan si fulan walaupun ia dinukilkan dalam sirah, lebih-lebih lagi jika berlaku antara dua alim disegani, ia boleh mengurangkan kredibiliti.

  2. Jadikan apa-apa perdebatan yang kita dengan adalah untuk belajar, mendengar hujjah. Buang jauh-jauh mindset mencari siapa lebih dominant. Jika kita berbuat sedemikian, kita akan cenderung mendengar pihak yang kita 'sangka' dia menang dan menolak 100% hujjah orang lain.

WAallahua'lam. Sekian.

*Mungkin tulisan ini jika ada keperluan akan dilanjutkan jika saya rasa ada yang perlu ditambah atau diperbetulkan.

5 months, 2 weeks ago

Faidah Fiqhiyyah Syafiiyyah:

Terdapat 5 tempat di dalam solat yang disunatkan untuk kita berhenti sejenak dengan kadar bacaan "Subhanallah":

  1. Antara selepas bacaan 'amin' dan surah.
  2. Antara selepas bacaan surah dan ruku'.
  3. Antara takbitatul ihram dan doa iftitah.
  4. Antara doa iftitah dan bacaan ta'awwuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
  5. Antara ta'awwuz dan basmalah.

- Fathul Muin oleh Sheikh Zainuddin Al-Malibari-

5 months, 2 weeks ago

Faidah Fiqhiyyah Syafiiyyah:

- Tidak disunatkan untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sewaktu solat ketika Imam membaca surah yang mengandungi lafaz 'Muhammad SAW'.

Ini seperti yang difatwakan oleh Imam An-Nawawi, dinukilakan oleh Ibn Hajar dan Ar-Ramli dalam 'At-Tuhfah' dan 'An-Nihayah'.

- Tarsyih Al-Mustafidin oleh Sheikh Ahmad Sayyid Alwi Al-Makki -

5 months, 2 weeks ago

من أجلِّ النِعم: أن يُرزقَ المرءُ الفهمَ عن الله تعالى في البلاء والعافية.

5 months, 2 weeks ago

من أجلِّ النِعم: أن يُرزقَ المرءُ الفهمَ عن الله تعالى في البلاء والعافية.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 month ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago