노벨~ novel by rin ~린

Description
Owner/오너- rin/린
신스-
swap promote @luvviesbot
problem? @korennoveliesbot
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 year ago
. ╭───────── • • • ──╮ …

.   ╭───────── • • • ──╮     .
           LOVE HAS NO BARRIERS
.   ╰── • • • ─────────╯     .

⌗ Part 1 ⊱
⌗ Part 2 ⊱
⌗ Part 3 ⊱
⌗ Part 4 ⊱
⌗ Part 5 ⊱
⌗ Part 6 ⊱
⌗ Part 7 ⊱
⌗ Part 8 ⊱
⌗ Part 9 ⊱
⌗ Part 1O ⊱
⌗ Part 11 ⊱
⌗ Part 12 ⊱
⌗ Part 13 ⊱

1 year ago

So now rin decided untuk post novel baru, rin start post esok

1 year, 1 month ago

Hii, rin ingat rin nak buat novel baru? Korg nak yg mne:
? novel baru
❤️ Luna 2

1 year, 2 months ago

Nurin nk bagitau novel mr alpha male ada penambahan bab baru dan bab ² sebelum ni akan diubah. Jln citer masih sama. Nurin akan padam balik yang Nurin post tu.

Mesti korg tertanya-tanya kenapa Nurin nk padam semua bab yang Nurin baru Aje post sebelum ni kan? Nurin padam sebab awal bab pertama tu baru Nurin perasan ada kesilapan citer sikit... kalau nk terbitkan kat mana ² syarikat penerbitan tu mesti dia nak penambahan baru jln citer tu...

Nurin dh decide untuk padam balik bab yg pernah Nurin post kat dlm group ni. Yg dari bab 1 hingga 10.

Nurin akan share bab yang baru

1 year, 2 months ago

Dari masuk di bahagian pintu utama aku pergi menghampiri ke arah kaunter. Staf di situ hanya menayangkan senyuman sebelum bersuara.

"Ye cik ada apa? Boleh kami bantu?" Soal staf perempuan yang rambutnya elok diikat menjadi sanggul. Penampilannya pun boleh tahan kemas.

"Saya nak tanya bilik pemilik syarikat hintersills ni di aras tingkat mana? Saya mahu berjumpa dengan dia sebab atas urusan penting"

"Bilik Tuan Adryan Mikhail ke cik?" Soalnya lagi

Aku blurr sekejap. Apa eh nama dia tak ingat pula. Ha baru aku teringat dia pernah bagi nombor kad dia. Lantas aku capaikan tangan dalam kocek beg. Menyelongkar di dalamnya mencari kad nombor itu.

Aku menghulurkan sekeping kad kepada staf perempuan itu. Dia hanya mengangguk dan menghulurkan kembali kad itu kepada aku.

"Bilik Tuan Adryan Mikhail di aras tingkat 15"

"Ok baik terima kasih ye"

aku senyum kepadanya sebelum berjalan dengan pantas menuju ke lif. Sampai aje di depan lif aku mulakan langkah untuk masuk ke dalam lif dan menekan button nombor 15 di tepi pintu lif dan lif itu mula menjalankan kerjanya membawa aku ke tingkat 15.

Pintu lif mulai terbuka dan aku bergegas berjalan menuju ke bilik yang telah diberitahu oleh staf pekerja perempuan di kaunter itu tadi.
Aku mencari papan tanda yang ditulis nama Adryan Mikhail di setiap permukaan pintu.

"Adryan Mikhail" perkataan nama yang ditampal pada pintu hujung berhadapan dengan bilik ceo nya.

"Yes jumpa dah pun" gumamku perlahan

Tukk! Tukk! Tukk!

Aku mengetuk pintu biliknya dan memulas tombol pintu bilik sebaik sahaja kedengaran suara dari dalam yang menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik.
Dedaun pintu dah ditolak dan aku berjalan menghampiri ke arah mejanya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengannya.

"Kau Cik Syazwani kan dari syarikat MDD Holdings?" Soalnya berbasa-basi. Agak-agak lah mamat ni pun tanya soalan gituu..haritu dah berjumpa kan siap aku sebut nama penuh lagi. Takkan lah dah lupa kot.
Banyak makan semut lah ni.

"Yes I am Mrs Syazwani Emelia" balasku pertanyaannya.

Dia mengangguk sebelum berdiri dari duduk dan berjalan ke arahku.

Haih mamat ni jangan buat hal ye kalau tidak aku bagi teranjang aje nanti.

Langkahnya kini berhenti di sebelah kerusi ku dan menunduk sedikit.

Peluh mula membasahi pipiku. Terasa berdebar pula tatkala dia buat begitu. Aku memejamkan mata tidak mahu memandang ke arahnya.

"Kau punya tudung tu ada kesan kotor" dia mengambil sehelai tisu dari dalam kotak itu dan menghulurkan ke arah ku. Dia mula berdiri tegak dari menunduk itu tadi.

Aik? Apa ke bendanya si mamat ni.

Aku menyambut hulurannya dan menyapu di bahagian tudung yang terkena kotor itu. Ni pasal pagi tadi lah ni aku makan ais cream coklat dengan Sofia. Mesti kerja dia ni kan. Tunggu kau sofia!

Yang mamat ni pun satu tak payahlah nak menunduk bagai ke arahku tadi. Aku ingat apa lah tadi yang dia nak buat dekat aku.

"Boleh kita mulakan sekarang perbincangan projek kita?" Aku menyoalnya tidak mahu berlama di sini. Rasa tidak selesa. Tambah pula mamat ni lah yang gaduh dengan aku sewaktu di wad dulu. Kini menjadi rakan perniaagan projek pula. Huh!

"Aku boleh aje mulakan yang kau tu ha dari tadi taknak mulakan" balasnya balik.
Hah? Aku yang taknak mulakan. Eh sedap pula mulut Encik Alpha Male ni!

"Saya bukannya taknak mula dah encik Adryan yang senyap saya pun senyap aje lah"

"Okey now kita mulakan. Takut nanti sampai kesudahnya tak mula. Harap tunggu kau sampai malam ni pun tak mula lagi"

Perbincangan diteruskan dengan sesi pengenalan projek, pembiayaan kos projek dan pelbagai lagi perbincangan yang kami sama-sama bincangkan

"Terima kasih Encik Adryan Mikhail atas perbincangan itu tadi. Saya harap kita boleh bekerjasama lepasni. Saya minta diri dulu" belum sempat mahu bangun dia menyuruhku duduk semula.

Dah kenapa pula dah ni encikk oiii....

"Ye Encik Adryan? "

"Kau ...." bicaranya berhenti setakat di situ. Ada panggilan yang perlu dijawabnya. Aku pula cepat-cepat lah beredar dari situ.

1 year, 2 months ago

┈ novel Mr Alpha Male
#novelmralphamale
⌗ part 10⊱
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Abang saya rasa lah kan lebih baik kita beritahu aje hal sebenar dekat Syazwani tu." Jawab Datin Maliha. Nampak gelisah di wajahnya.

"Liha..." perkataan Liha tu saja dipanjangkannya.

"Jangan lah risau selagi hal tu tak terbocor kat tangan orang lain kita masih lagi boleh menyimpannya." Dato Hilman meyakinkan isterinya supaya tidak risau akan hal itu. Dia tahu sangat isterinya risau akan hal itu. Selagi hal tu boleh disimpan dia akan menyimpannya buat sementara waktu. Kalau tiba harinya dia pasti akan memberitahunya juga.

Dia sebagai seorang bapa pun kalau boleh tidak mahu merahsiakannya. Atas sebab tertentu dia terpaksa mendiamkan diri.

"Bang rahsia tu tak lambat tak awal akan diketahui juga. Saya taknak nanti Syaz tidak menerima kenyataan nanti." Lubuk hati seorang ibu dia tidak mahu perkara itu berlaku. luruhnya kerisauan yang terpancar pada wajahnya sekarang ni hanya Allah aje yang tahu. Harapnya ia takkan berlaku.

Air matanya jua menitis setitik demi setitik ke bawah dagunya. Dia naikkan tangan mengesat perlahan pipinya. Sungguh dia merasakan sekarang memang waktu yang awal untuk dia tidak perlu risau. Tapi sekarang entah kenapa dia merasakan perkara ni tidak lama lagi akan berlaku.

Ya Allah aku memohon kepadamu berikanlah kekuatan untuk aku menempuhinya kelak...bila tiba harinya kau kuatkan lah hatiku ini ya Allah..

1 year, 2 months ago

┈ novel Mr Alpha Male
#novelmralphamale
⌗ part 9 ⊱
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
"Huwaaaa! Ergh ngantuknya lahaii...penat!" Jawabnya dengan tangan meregangkan di bahagian depan. Badan pula disandarkan pada sofa.

"Eh mengantuk pula si dia ye. Tadi petang kemain layan cik abang sampai tak ingat kitanya ha. "

"Ye lah kena lah layan cik abang sebab lepas ni kami dah jadi suami isteri. Masa tu aku akan spend time dengan dia lebih lama " jawabnya dengan tangan naik mengangkat ke atas gaya ada orang yang memegang tangannya.

Aku buat muka menyampah. Menyampah dengan si minah ni sikit-sikit cik abang dia tu.

Tatkala aku terasa seperti ada yang memerhati kami dari arah luar cermin kaca itu. Lantas aku bangun dari duduk di atas sofa dan berjalan menuju ke arah sana. Aku menyelak sedikit kain langsir mahu memerhati ke luar sana.

Tiada sesiapa pun tapi...abaikan aje lah tu mungkin perasaan aku aje yang mengatakan ada orang memerhati. Tapi tidak pun.

"Boss nampaknya mereka masih belum tidur lagi" jawabnya seraya mata memerhati ke arah cermin kaca pintu yang kelihatan di dalamnya masih lagi terang dengan cahaya lampu.

"Jom kita cau dulu nanti kita datang balik. Esok aku ada hal" ujar bossnya yang berada di seat sebelah pemandu kereta.

Kereta Ferrari hitam itu mulai gerak meninggalkan kawasan perkarangan rumah. Tanpa bunyi sebarang enjin yang kuat.

"Kau tengok apa tu dekat luar. Malam dah ni nanti kang ada yang muncul mengejut kat depan cermin kaca tu baru tahu" dia memandang tubuh kawannya itu yang sedang berdiri di depan cermin kaca. Dia menggeleng perlahan entah kenapa dengan si Syaz ni.

"Tak ada apa saja je. Kau ni mulut tu tak boleh ke zip sikit ni main lepas aje cakap. Kau nak sangat ke benda tu muncul depan mata kau"

Dia menggeleng laju. Aku pula dah senyum sinis. Huh takut rupanya tadi kemain kau ye mengusik aku.

"Dah lah jom tidur esok kan kita dah mula masuk kerja. Nanti tak pasal bangun lewat pula"aku mula berjalan mendaki satu persatu anak tangga untuk masuk ke dalam bilik.

Si Sofia pula sudah mula mengemas bantal-bantal yang berselerak di atas sofa itu dan menutup semua suis lampu lalu berjalan mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya.

1 year, 2 months ago

Aku hanya menggeleng aje tanda tidak ada apa-apa. Sikit aje rasa sakit tu tapi kena lah tahan takkan nak tunjuk kaki ni terlampau sakit sangat.
"Boleh tolong hantar saya sampai ke depan Restoran Melati tu tak?" Tanyaku seraya tangan memegang bahu sasa laki tu. Uishh sempat lagi kau Syaz duk usya dia punya body. Dah lah tegap pulak tu.
Sudah! Syaz kau jangan fikir benda tu.

Laki itu hanya mengangguk saja tiada respons. Dia mula melangkah bersama dengan aku. Memegang bahuku rapat takut aku jatuh semula. Sempat lagi aku bau dia punya perfume coffee di baju hoodienya. Bau tu favourite aku. Nak aje aku tanya dia beli kat mana.

Aku mencuri pandang ke arah mukanya. Macam familliar aje. Mukanya aku tak berapa cam disebabkan dia pakai mask hitam di mukanya. Tapi aku dapat rasakan dia tu macam...err...

"Kau tenung aku ni dah kenapa?" Soalnya mengejutkan aku dari merenungnya lama. Haish! Syaz apa yang kau dah buat sekarang ni. Aku meraup wajah di muka. Terasa membahang pula sekarang ni. Tapi aku cuba untuk tahan.

"Err...nothing!" Itu aje dari tadi duk nothing. Entah kenapa dengan aku sekarang ni.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalku

Dia hanya diam tidak menjawab.
Aku pula yang tak sedap hati salah ke pertanyaan aku tu?

"Kau akan tahu juga sape aku nanti" dia senyum sinis ke arahku.

"Apa maksud aw..." belum sempat aku habiskan kata dia sudah pun menunjukkan jari telunjuknya itu ke arah Restoran yang aku mintanya hantar ke situ.

"Okey aku cau dulu" dia terus berlalu tanpa menoleh pandang ke arahku yang berdiri memandangnya dari arah belakang.

Aku teringat apa yang dia cakapkan itu tadi.Apa yang dia cuba maksudkan tu?

1 year, 2 months ago

┈ novel Mr Alpha Male
#novelmralphamale
⌗ part 8 ⊱
﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋﹋
Setengah jam sudah pun berlalu kelibat jejaka itu pun belum muncul lagi. Pelanggan yang makan di meja tengah tu sudah beransur pulang. Tinggal kami berdua aje dalam Restoran tu. Ye lah dah lewat kan.

"Sofia mana tunang kau si Azwan tu? Jadi ke tak datang..." tidak sempat mahu bertanya kepada Sofia ada susuk tubuh jejaka yang tinggi sedang menolak pintu kaca itu dan mula menapak masuk ke dalam restoran dan terus berjalan menuju ke arah meja yang kami duduk. Panjang umurnya baru disebut sudah muncul.

"Hi sorry sikit jalan jem tadi tu yang lambat sampai"jawabnya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

Segak juga rupa tunang si Sofia ni. Hot pula tu.Wajahnya juga tidak kurang dengan kekacakkannya. Wajah berkacukan inggeris melayu. Dengan baju kamejanya berwarna putih. Agaknya baru lepas habis kerja ni.
Tapi mana abangnya? Susuk tubuh abangnya itu aku belum nampak lagi. Aku perhatikan juga sekeliling kawasan.

"Syaz ni lah tunang aku yang selalu aku sebut tu" jawabnya dengan tangan mencuit bahuku suruh melihat tunangnya tu.

Ehem' iyelah dah ada tunang sekalipun jangan tercuit-cuit bahu aku di depan tunangnya ni. Tahulah tunang dia hensem. Kang aku rembat kau punya tunang tu baru tahu.

"Ouh boleh tahan juga ye tunang kau" jawabku sengih. Soalan yang dijawab tapi sudah aku tahu.
Aku mengangkat gelas yang ada di depanku dan terus meletakkan dibirai bibir lalu meneguknya. Meneguknya entah kali ke barapa sudah ni.

"Mestilah tunang aku kan..ha kau pun cepat-cepat lah cari laki"

"Uhukkk!"

tersedak air pula dibuatnya aku dengan si Sofia ni. Tak boleh ke nanti aje sebut hal ni. Soalan tu jugak lah dia nak tanya.
Merah padam muka aku melihat tunangnya yang tertawakan melihatku yang tersedak air.

Huh!

"Mana abang awak Azwan?" Tanyaku hendak menukar topik perbualan takut Sofia menyebut hal ni lagi.

"Abang saya tak dapat datang sebab ada urusan penting katanya tadi" jawabnya dengan mulut masih mengunyah sisa makanan.

Nasib abangnya tidak datang sekali kalau tidak mahunya kekok aku bila berbual dengan abangnya itu.

"Ouh" jawabku sepatah tidak mahu melebih nanti takut dicop something dengan abangnya.

Kalau ikutkan hati mahu aje tanya siapa nama abangnya itu? Apa pekerjaan dia? Dia dah berpunya belum? Haihshh..Syaz sempat pula kau fikir dia dah berpunya belum? melebih pula kau memikir. Sampai ke situ pula.

Sampai kesudahnya aku hanya mendiamkan diri tidak mahu mengganggu perbualan rancak mereka itu. Sakan dia orang bergelak ketawa ye. Tidak ingat ke aku yang ada sekali ni ha tercongok melihat telatah mereka ni. Aku menggelengkan kepala. Mereka berdua ni bila dah berjumpa orang belakang pun tak nampak. Nampak hanya aku ni halusinasi aje. Baik tak payah ajak teman bagai si Sofia ni. Buat sakit hati aje jadi tunggul. Kalau nak berdua-duaan lain kali tak payah ajak aku.

"Ehem'.." aku berdeham dan mereka terhenti bicara dan menoleh ke kiri memandang aku. Bila aku berdeham baru nak sedar ye?

"Yes Syazwani?" Jawab laki itu dengan kening sebelahnya diangkat. Hairan agaknya dengan aku.

"Nothing! Saya nak minta diri dulu kejap nak pergi ke tandas. Sofia aku cau dulu ye nanti aku datang balik" jawabku dengan mata memandang ke arah mereka dan bangkit dari duduk di atas kerusi lalu beredar dari situ.

Terasa janggal tahu bila duduk semeja dengan mereka itu. Rasa segan pun ada dengan tunang Sofia tu.

Aku berjalan menapak ke arah tandas yang berhampiran sebelah kedai butik Maria. Tandas di situ aje yang paling dekat dengan sekitar kawasan sini. Selesai aje membuang air dan mencuci muka terus aku beredar keluar dari tandas.

Baru jalan setapak ke depan aku tergelicir jatuh ke atas lantai.
"Urgghh!" Sakit dekat bahagian buku lali. Tumit kasut pun dah tercabut. Haih! Syaz...Syaz...macam mana boleh jatuh.

"Cik okey tak ni?" Soal laki yang bertubuh tinggi itu.
Dia bergegas mengangkat tubuhku perlahan untuk bangun.

Ishh dia ni ada nampak aku okey ke? Dah tahu aku tak okey tanya lagi.

1 year, 2 months ago

Aslm hi Nurin nk bagitau novel mr alpha male suamiku tu dh tukar jadi mr alpha male...jln citer masih sama tiada perubahan... hanya tajuk tu Aje ada sedikit perubahan...dan Nurin start post part citer seterusnya hari Rabu minggu DPN... minggu ni Nurin sibuk sikit...maaf kalau buat korg tertunggu pula.

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago