Smart Tahfiz

Description
Perkongsian berkenaan agama dan tahfiz Al-Quran dan juga pengiklanan pengambilan pelajar tahfiz sesi baru


FB page: Facebook.com/blogsmarttahfiz
Blog page: smarttahfiz.blogspot.com
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 4 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

4 months, 1 week ago

Hati orang yang bertaut dengan al-Quran sangatlah lembut. Jiwanya lembut dan tidak mudah marah.

Sebab itu bila kita melihat orang alim dan soleh, tutur kata mereka lembut dan sopan walaupun mereka sedang menghadapi ujian dan tomahan orang luar.

Orang yang kurang bertaut dengan al-Quran, jiwanya mudah sangat dilukai dengan manusia dan susah untuk memaafkan dan membenci orang yang telah berbuat jahat padanya.

Itulah beza orang yang betul-betul jiwanya bertaut dengan al-Quran atau sebaliknya.

Semoga jiwa kita selembut jiwa al-Quran dan sentiasa disirami dengan roh al-Quran, aamiin.

@iwanaaisyah
Jiwa kita bagaimana?

4 months, 3 weeks ago

Tanyalah sesiapa yang pernah bersama al-Quran dalam hidupnya pasti akan mengatakan rindu suasana yang seharian hidupnya bersama al-Quran.

Rindu walaupun mungkin kita pernah menangis sewaktu susah nak hafaz al-Quran, rindu walaupun mungkin kita pernah terkial-kial susahnya untuk lafazkan setiap huruf al-Quran kerana baru belajar, rindu kena rotan dengan ibu ayah sebab salah baca dan sebagainya.

Rindu yang mungkin tak akan berulang. Sebab itu bila adik-adik di Darul Quran dan Mesir minta nasihat, saya akan jawab hargailah masa yang seharian kita dengan al-Quran.

Nikmat bersama al-Quran tak tergambar. Bila seseorang pernah berada dalam suasana al-Quran dan bila dia keluar dari suasana itu mungkin kerana belajar kos lain, kerja bidang lain dan sebagainya pasti dalam setiap doanya meminta untuk Allah campakkan kembali masanya untuk al-Quran.

Kita baca al-Quran sebab dipilih oleh Allah, lidah kita dipilih oleh Allah. Maka, kita perlu berusaha untuk menjadi hamba terpilih.

Tapi jangan jadikan satu alasan ‘suasana’ sebagai satu asbab kita semakin jauh dengan al-Quran.

Usah menyalahkan suasana jika tidak mampu membaca al-Quran dengan baik.

Usahakan membina ‘suasana al-Quran’ dalam jiwamu. Yang manisnya hanya engkau yang tahu.

@iwanaaisyah
Selangkah mencintai al-Quran

4 months, 3 weeks ago

Tips Melahirkan Generasi Al Quran.

  1. Soal pada diri sendiri tentang bagaimana keadaan kita dengan Al Quran. Baik atau sebaliknya(?) Sekiranya kurang baik, perbaiki.

  2. Memilih pasangan yang juga mempunyai impian yang sama. Bukannya kita mahu anak menjadi al hafiz, tetapi pasangan mahu si anak menjadi penyanyi. Kesian anak nanti. Mereka tersepit. (Ada kisah benar perihal ini)

Sebelum kahwin, bertanyalah pada pasangan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

  1. Perlu ke mencari pasangan yang juga penghafaz Al Quran?

Ia bukanlah syarat utama. Ramai sahaja generasi Al Quran yang dilahirkan daripada kedua ibubapa yang bukan al hafiz. Tetapi sekiranya mendapat yang al hafiz, ia merupakan satu bonus.

  1. Pasangan saya tidak pandai mengaji. Boleh ke kami melahirkan generasi Al Quran?

Boleh. Sekiranya kedua dua mahu sama sama berubah ke arah yang lebih baik. Pergi kelas, belajar sama sama.

  1. Bina suasana di rumah. Mulakan dengan menunjuk contoh. Bukannya hanya menyuruh si anak mengaji, sedangkan kita sebagai ibubapa hanya buka Al Quran di bulan puasa. Malu dengan anak. Mereka memerhati kita.

  2. Biasakan si anak mendengar alunan ayat ayat Al Quran supaya hatinya menjadi lembut. Mudah untuk masuk perkara perkara baik.

  3. Dapat sama sama jalani proses bersama anak anak dalam menghafaz Al Quran lebih menyeronokkan. Kita sebagai ibubapa, menghafaz surah surah lazim sebagai permulaan.

  4. Jaga keberkatan rezeki kita. Jauhi yang haram dan syubhah kerana ia memberi kesan pada si anak anak.

  5. Bercerita pada anak anak tentang kisah kisah di dalam Al Quran.

  6. Banyakkan doa. Sekuat manapun usaha kita, jika ianya tidak diizinkan oleh Allah, maka ianya tidak berhasil. Bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Doa ibu tiada hijab. Manfaatkan ia.

Syaurah Ishak,
Bina impian.

5 months, 3 weeks ago

Jangan pernah sesekali meninggalkan al-Quran dalam sehari.

Kamu tidaklah terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membaca satu halaman al-Quran.

Lebih indah apabila salah satu ayatnya dihayati dan ditadabburi.

Jadikan ia satu kewajipan bagi diri kamu.

Nescaya kamu akan mendapati pandanganmu terhadap kehidupan akan berubah.

Banyak perkara yang engkau rasa sulit dihadapi, akan berlalu pergi dengan mudah sekali.

Hiduplah bersama al-Quran.

Credits FB muhammad Haikal abd hamid

@smarttahfiz

8 months ago

❤️5 Tanda Hati Mencintai Al-Quran:
1. Gembira apabila bertemu al-Quran
2. Boleh duduk membaca dan mengkaji Al-Quran tanpa jemu
3. Rasa rindu apabila berjauhan dengan al-Quran
4. Sentiasa merujuk kepada al-Quran dalam setiap aspek kehidupan
5. Taat kepada arahan dan larangan al-Quran

?Sumber: Nasihat Tentang Al-Quran oleh Dr Abdul Basit Abdul

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 4 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago