Info Bumi Syam

Description
Sebuah channel yang memberi sedikit informasi tentang bumi barakah dan sejarah disekitarnya.
Advertising
We recommend to visit

Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.

Last updated 3 Monate her

COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot

Last updated 2 Tage, 11 Stunden her

Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf


grup
@drakor_dramakorea_indo
‎Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q

Last updated 5 Tage, 10 Stunden her

1 month, 1 week ago

Sebuah kereta kebal Zionis Merkava 4 disasarkan dalam satu serangan hendap di Persimpangan Al-Saftawi, barat kem Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/infobumisyam

1 month, 1 week ago

Tentera pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah pasukan Pertahanan Awam Gaza ketika mereka cuba memadamkan kebakaran yang berlaku akibat serangan udara yang menyasarkan khemah orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Hospital Al-Saeed Yaman di kem pelarian Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/infobumisyam

1 month, 1 week ago

TERKINI | Israel Hayom: Dua orang terbunuh di Kiryat Shmona akibat jatuhnya roket yang dilancarkan dari Lubnan.

Sumber: Saluran Al-Aqsa
t.me/infobumisyam

1 month, 2 weeks ago
Media Israel: Hari pertempuran yang sukar …

Media Israel: Hari pertempuran yang sukar bagi barisan hadapan di utara berhampiran Lubnan dan di barisan hadapan di selatan berhampiran Gaza.

Sumber: Al Mayadeen
t.me/infobumisyam

1 month, 2 weeks ago
Sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa, bantuan …

Sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa, bantuan Amerika Syarikat kepada penjajah Israel telah mencapai 17.9 bilion Dolar.

4 bilion Dolar untuk memperbaharui sistem pertahanan peluru berpandu.

4.4 bilion Dolar untuk pembiayaan ketenteraan.

Sejak tahun 1959, jumlah keseluruhan bantuan kepada Israel telah mencecah $251 bilion Dolar menjadikan Israel menerima bantuan ketenteraan terbesar dari Amerika Syarikat dalam sejarah.

Sumber: Aljazeera
t.me/infobumisyam

1 month, 2 weeks ago
Gambar yang diterbitkan oleh tentera penjajah …

Gambar yang diterbitkan oleh tentera penjajah Israel menunjukkan mereka menggunakan para pemuda sebagai perisai manusia di salah satu rumah yang ditukar menjadi kubu di bandar Rafah.

Sumber: Shehab Agency
t.me/infobumisyam

1 month, 3 weeks ago

#LamanIlmu | AN NASR SALAHUDDIN YUSUF AL-AYUBI, PEMBUKA BAITUL MAQDIS KE-2

Selepas kewafatan Nuruddin Zanki pada 15 Mei 1174 M ( 11 Syawal 570 H ), delegasi perjuangan ini diteruskan oleh An Nasr Salahuddin Yusuf Al Ayubi. Pada waktu itu beliau berada di Mesir untuk menggantikan bapa saudaranya Asaduddin yang telah meninggal dunia, apabila beliau mengetahui akan situasi politik di kawasan jajahan Nuruddin tergugat, lantas beliau segera pulang ke Mosul untuk menyelamatkan keadaan seterusnya beliau diangkat menjadi khalifah  Mesir dan Syria.

Kekuatan Salahuddin teserlah apabila kebanyakkan peperangannya di dalam menentang tentera Salib memperoleh kemenangan dari Allah SWT. Perkara ini membuatkan kedudukan Salib yang berada di Baitul Maqdis terasa tergugat. Tahun 569-582 H ( 1174-1186 M ) merupakan  tempoh yang tidak pernah sepi dengan pelbagai peperangan sengit dengan pasukan Salib.

Peperangan ini berjaya membina prestasi umat Islam dan memberi mereka peluang  mengenali pelbagai kemampuan musuh dan titik-titik kelemahan mereka.

Pada tahun 570 H, kekuatan umat Islam dapat mengalahkan tentera Salib yang datang dari Sisilia (Sicily) dengan kemenangan yang gilang gemilang disebabkan kekuatan ini yang telah menakluki pertempuran di Iskandariah yang mempunyai kekuatan 50 ribu orang tentera. Pada tahun 572 H, Raja Eropah meninggal dunia di Baitul Maqdis dan digantikan oleh seorang anak kecil yang akhirnya menimbulkan perselisihan dan lalu takhta tersebut dirampas oleh seorang Knight yang bernama Guy Of Lugsinan.

Pada tahun yang sama, penguasa Kark, Raynold De Syatelion menyerang kafilah dagangan Muslim dan merampas seluruh harta mereka, dia tidak memberi tindak balas terhadap tuntutan dan ancaman Salahuddin untuk memulangkan harta yang diambilnya bahkan dia membunuh utusan Salahuddin yang menyebabkan Salahuddin bersumpah dengan nama Allah untuk membunuhnya. Peristiwa ini menyebabkan bakal terjadi satu peperangan yang besar buat tentera Islam dan pasukan Salib, akhirnya mereka bertemu di medan perang yang bernama Hittin.

Perang Hittin, Salahuddin mempersiapkan tenteranya seramai 12,000 orang untuk menghadapi pasukan Salib seramai 63,000 orang yang mempunyai pelbagai panji-panji gabungan Salib. Pertempuran antara kedua pihak bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Sabtu, 24 Rabiulakhir 583 H (4 Julai 1187 M) akibat cuaca panas yang begitu terik dan dahsyat. Peluang ini diambil Salahuddin untuk membakar rumput-rumput kering sehingga kebanyakkan pasukan Salib mati kerana melecur yang begitu dahsyat. Kekalahan pasukan Salib ini membuatkan Raja Baitul Maqdis Guy Of Lugsinan ditawan dan Raynold De Syatelon dipancung oleh Salahuddin akibat perbuatannya terhadap umat Islam. Perang Hittin merupakan perang terakhir yang terjadi dalam sejarah Islam dan Palestin. Setiap malam bergema takbir dan tahlil lalu Salahuddin bersujud kerana berjaya menewaskan musuh.

Umat Islam berjaya menawan semula Baitul Maqdis pada 28 Rejab 583 H ( 2 Oktober 1187 M ).  Peristiwa ini memperlihatkan tolak ansur dan kasih sayang Salahuddin terhadap tawanan perang yang ditawan oleh Salahuddin, mereka semua diampunkan dan diberi keselamatan untuk mereka berangkat kembali pulang ke Eropah. Orang Islam kembali memerintah Baitul Maqdis selepas 88 tahun dijajah oleh Salib. Mimbar yang disiapkan oleh Nuruddin Az Zanki dapat diletakkan ( kebanyakkan bahagian mimbar tersebut dibaiki oleh Salahuddin ). Beliau tidak terhenti disini, beliau meneruskan ekspedisi membuka kota-kota yang kecil masih dibawah pengaruh Salib.

Info Bumi Syam
t.me/infobumisyam

1 month, 3 weeks ago
Info Bumi Syam
1 month, 3 weeks ago
Peluru berpandu balistik Iran mendarat 400 …

Peluru berpandu balistik Iran mendarat 400 meter dari ibu pejabat Mossad dan 500 meter dari kem pentadbiran utama IDF (Camp Moshe Dayan) di Ramat HaSharon malam tadi.

Sumber: mintelworld
t.me/infobumisyam

We recommend to visit

Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.

Last updated 3 Monate her

COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot

Last updated 2 Tage, 11 Stunden her

Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf


grup
@drakor_dramakorea_indo
‎Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q

Last updated 5 Tage, 10 Stunden her