Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Assalamualaikum. Mulai hari ini, mungkin saya tak akan update apa-apa lagi. Setakat ini sahaja ilmu yang saya kongsikan buat semua. Saya tak akan delete channel ini. Buat sesiapa yang sedia simpan di dalam note dan ingin keluar dari channel ini, silakan. Saya tak memaksa untuk kamu semua stay di sini. Tapi jikalau nak stay pun boleh, kongsi juga pada kawan-kawan. Saya pun manusia biasa sahaja, masih bertatih dalam istiqamah ke jalan Allah. Insya-Allah satu hari nanti sama-sama kita bertemu di syurga. Namun… jikalau tempat saya berada di neraka, moga dengan perkongsian ini sahabat boleh menarik tangan saya untuk ke syurga. Semoga apa yang saya kongsikan dapat mengubah diri ke jalan yang lebih baik. Jangan lupa perbanyakkan zikir dan istighfar. Utamakan Allah dulu dalam apa jua yang kamu inginkan dan lakukan. Selamat berjuang ukhti dan akhi. Wassalamualaikum.
Taubat sebelum terlambat.
Amalkan doa ni setiap hari:
Setiap kali selepas solat. ✅
Setiap kali sebelum tidur. ✅
Setiap kali sujud terakhir solat taubat/tahajjud. ✅
اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ الْمَوْت
Allahummar zuqni taubatan nasuha qablal maut.
وَعِنْدَ الْمَوْتِ شَهَادَه
Wa‘indal mauti syahādah
وَبَعْدَ الْمَوْتِ جَنَّةً وَنَعِيْمًا
Waba‘dal mauti jannatan wana‘īmah
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)
ZIKIR PENGHAPUS DOSA.
Subhanallah wabihamdihi 100x
“Barangsiapa yang mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, dia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.”
⊱⋅ ───── ? ───── ⋅⊰
JANGAN LUPA SAVE! DI BAWAH INI ADA BEBERAPA TARIKH PENTING PADA TAHUN 2024.
• 11 Februari 2024
1 Sya’ban.
• 23, 24, 25 Februari 2024
Puasa ayyamul bidh.
• 25 Februari 2024
Malam nisfu sya’ban.
• 11 Mac 2024
Malam pertama terawih.
• 28 Mac 2024
Malam nuzul Quran.
• 10 April 2024 (1 Syawal)
Hari Raya Aidilfitri.
2024. Insya-Allah, masih diberi nafas.
Ya Allah perbaikilah aku, perbaikilah yang rosak pada hatiku, kembalikan aku ke jalan-Mu yang baik. Ya Allah jangan biarkan aku terlalu berlebihan mencintai dunia-Mu.
⊱⋅ ───── ? ───── ⋅⊰
Belajar mengikhlaskan!
; Perbanyakkan meminta maaf walau itu bukan salah kita dan jangan mengingati lagi apa yang telah berlaku.
; Kurangkan menyalahkan Allah SWT. Apa yang ditetapkan, itulah yang terbaik satu hari nanti. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
; Bersyukur + bersabar + fokus + tenang = bahagia.
; Stop sifat riak dan menunggu pujian dari manusia.
; Jangan suka menyibuk hal orang lain. Sudah tahu, tutup mulut dan berdiam diri.
; Jangan suka membesarkan keburukan yang dilakukan orang itu.
↳ ♡₊˚. Tidak ada hamba yang memperlihatkan keikhlasan selama 40 hari selain bahwa arus kebijaksanaan mengalir dari hatinya ke lidahnya.
╔═════ஓ๑?๑ஓ═════╗
Rindu? Rinduku pada manusia tidak melebihi rinduku pada Nabi Muhammad SAW.
Salam Jumaat semua. Bagi yang lelaki, jangan lupa pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat. Untuk semua, jangan lupa berselawat!
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
╚═════ஓ๑?๑ஓ═════╝
Janji Allah Itu Pasti.
• Perbaiki solatmu, maka Allah akan perbaiki hidupmu.
• Semakin banyak kamu bersujud, semakin banyak impianmu terwujud.
• Orang-orang yang memperbaiki solatnya, bermakna dia sedang memperbaiki seluruh kehidupannya.
• Jagalah solat kamu. Kerana jika kamu kehilangannya, kamu juga akan kehilangan yang lain.
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 1 day ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago