Infinite Entertainment, Zero Cost: Get Your Free Books, Music, and Videos Today!

💚 MASAK MEMASAK 💚

Description
Hai..group ini untuk sesiapa nak belajar tips masakan, bagus untuk cari bisnes masakan atau masak utk keluarga.
Tags
We recommend to visit

предложка : @TheNSClovessBOT
сотрудничество/реклама: @babydeputy

Важно:
Администрация телеграмм канала «в нск любят» не несёт ответственности за контент содержащиеся в постах.

Last updated 3 days, 23 hours ago

Sudah kewajiban wanita berada di dapurnya.
(Chanel Khusus Akhwat)
Kritik atau saran :
http://wa.me/6282112458030

Penyejuk Qolbu bisa join di : T.me/Aktivitasantri

Hasil karya ummahat : https://t.me/dapurserbahomemade

Last updated 6 months ago

Last updated 2 weeks, 1 day ago

6 months, 2 weeks ago

https://vt.tiktok.com/ZSNNB1UpX/

TikTok

TikTok · Cikgu Syafiqah Ali

Lihat siaran Cikgu Syafiqah Ali.

💚 MASAK MEMASAK 💚
7 months, 4 weeks ago

PETUA DAN TIPS MASAKAN

  1. Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah 
    Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.

  2. Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali 
    Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik. 

  3. Warna Sambal Cantik 
    Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.

  4. Buat Rendang 
    Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

  5. Kurangkan Masin Makanan 
    Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah. 

  6. Tomato Kekal Segar 
    Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.

  7. Daging Cepat Empuk 
    Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu

  8. Timun Rangup 
    Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun. 

  9. Elak Nasi Cepat Basi 
    Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.

  10. Taugeh Kekal Segar 
    Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.

  11. Mudah Kupas Telur Rebus 
    Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc.

  12. Ayam Goreng Sedap 
    Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.

  13. Ayam Goreng Rangup 
    Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam. 

  14. Nasi Lemak Cepat Masak 
    Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

  15. Tahu Tahan Lama 
    Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu. 

  16. Pekatkan Kuah Sup 
    Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.

  17. Mata Pisau Blender Kekal Tajam 
    Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

Selamat mencuba

Kredit : Tip Masakan dan Resepi

7 months, 4 weeks ago
💚 MASAK MEMASAK 💚
7 months, 4 weeks ago
KUIH SAGU VERSI KUKUS

KUIH SAGU VERSI KUKUS

Bahan-Bahan :-
1 cawan sagu
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
Sedikit sirap
Sedikit kelapa parut
Secubit garam

Cara Penyediaan :-
1. Sagu dibersihkan dan toskan. Biarkan seketika.
2. Campur sagu, air, sedikit sirap dan gula di dalam satu bekas. Kacau² sehingga gula larut.
3. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Sambil² tu boleh panaskan periuk kukus.
4. Masukkan sagu ke dalam acuan lompang, jgn terlalu penuh. Lebih krg 3/4 shj.
5. Apabila air kukusan tlh mendidih masukkan periuk kukus yg tlh diisi dgn sagu tadi.
6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
7. Campur kelapa parut dgn secubit garam di dlm satu bekas. Kukus selama 2 - 3 minit supaya kelapa parut lambat basi.
8. Apabila hendak makan, gaulkan kuih sagu dgn kelapa parut td. Sedap dimakan sejuk².

Catatan :
Resepi ni saya dapat 18 ketul Kuih Sagu. Kalau tuan-puan mempunyai ahli keluarga yang ramai, boleh gandakan sukatan.

Resepi ni manis² buah sahaja. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.

Kredit Owner

7 months, 4 weeks ago

🧁KEK RED VELVET
Loyang 8

🍰1 cawan susu segar/cair(jgn sejuk petiais)
🍰1 sdb cuka putih
campurkan biar 10 minit
campuran nie di panggil
buttermilk...

🧁di ayak bersama_
🍰2 cawan tepung kek
🍰2 sdb serbuk koko
🍰1 sdk baking powder
🍰1sdk soda bikabonet
ketepikn..

🧁di pukul bersama__(mixer)
🍰3 biji telur (B)
🍰1 cawan minyak
🍰1 cawan gula halus
🍰2 sudu besar perwarna merah(brand star)
sedikit esen vanilla. pukul sampai kembang. masukn butermilk pukul sekejab. masukkan tepung yang di ayak sedikit2 dan adun sebati. masuk kan 1/2 cawan AIR PANAS dan di pukul perlahan hingga sebati. masukkan dlm loyang yang dah di glis dengan margerin lapik kertas baking .

panaskn oven dengan api atas bawah 15minit. 200c

selepas 15minit turunkan suhu pada 160c.
bakar kek dgn api bawah sahaja selama 1/2jam
DAN api ATAS BAWAH 1/2 jam atau sampai masak..

*Utk mendapat kan kek yang lembat boleh lah letak kan air di dlm loyang kecil dn di letak atas loyang pembakar di dlm oven. semasa proses membakar. Jgn letak loyang kek dlm loyang air ye atas rak.
Kek ini blh juga di kukus.

Filling
🍰500gm chesee
🍰1cawan whipping cream (kalau guna yg sedia manis tak perlu gula lagi)
🍰1/2 cawan gula halus
..dipukul bersama hingga gebu
masukkan.
🍰1 sudu besar air perahan lemon dn mix sebati.

bila kek dah sejuk boleh deko ikut selera masing2.
Nak melapis potong sama nipis dan di lapis
Chesee setiap 1 lapisan.
Sekian
Selamat mencuba

Kredit:tuan empunya resepi

7 months, 4 weeks ago
💚 MASAK MEMASAK 💚
7 months, 4 weeks ago
Vanila Latte cheese

Vanila Latte cheese
Resepi
Kek

10 biji telur
1 sb ovalate
2 cawan gula halus
4 cawan tepung self rising
1 sb esen vanila cremy(wajib)
Satukan dalam bowl mix perlahan sampai separa gebu
Masuk kan 1/2 cawan susu full cream
Mix sampai gebu

Semntara tunggu mix td boleh cair kan majerin 250g
Bila dah cair sukat 1/2 cawan masuk dalam adunan td gaul dgn spatula
Isi dalam bekas biru siap2 spray panola ya bekas biru saiz 5
Wrap platik wrap dan kukus 18 mnt

Topping
500g cream cheese
1/2 Cawan susu pekat
1/2 cawan full cream
1 cawan whipping non dairy vivo
Blender sampai pekat

Ambil 1 cawan
Tambah 1 sachet oldtown white cofee hazelnut(dah campur air panas sket tuk cair kan die awal2)
Campur cheese td dan gaul

Ganace coklat
100g coklat chips
250g beryls coin
300g whipping dairy
1 sb majerin
Cair kan
Bia kan sekejap dalam chiller

Cara2 topping
Tuang cheese atas kek vanila
Tompok2 kan selang2 ganace dan cheese hazelnut td
Lorek bentuk O seluruh bahagian
Siap tuk di jual

Kredit owner

9 months ago
Jom guys sape nak tambah income

Jom guys sape nak tambah income
Nak capai someting atau
mempunyai impian

InsyaAllah
Disini tempatnya

Jom kita dengar sharing dari Founder dulu🤩

Klik link di bawah
https://chat.whatsapp.com/C460NQ9Hed5HUtIaM9vfdW

9 months, 1 week ago

Kita tak pernah tahu perancangan Allah
Tapi
Apa yang kita perlu tahu
Jangan pernah berhenti berdoa
Sebab Allah memberi sesuatu mengikut prangsakaan hamba hamba Nya
Mengikut waktu, masa dan keadaan yang sesuai segala doa pasti termakbul.

Selamat pagi sahabat hebat semua
Assalamualaikum wbt

9 months, 1 week ago

Assalamualaikum para sahabat yang dirahmati Allah.

Sukacita kami mengingatkan bahawa tahun baharu Hijrah, 1hb Muharram 1445H akan tiba dengan masuknya waktu maghrib pada hari Selasa 18 July 2023, In Syaa Allah!…

Bersempena dengan tibanya tahun baharu ini, jema'ah diingatkan akan amalan-amalan berikut:

(1) berpuasa sunat pada hari terakhir bulan Zulhijjah (18 July)

(2) membaca doa akhir tahun pada hujung waktu Asar (18 July)

(3) membaca doa awal tahun setelah solat Maghrib ( 18 Julai )

(4) berpuasa sunnat pada hari pertama bulan Muharram (19 Julai)

(5) berpuasa sunat Hari Tasu'a pada 9hb Muharram ( 27 Julai )

(6) berpuasa sunat Hari 'Asyura pada 10hb Muharram ( 28 July).

Jika kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua_.

Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita. 🤲🏻🥰

We recommend to visit

предложка : @TheNSClovessBOT
сотрудничество/реклама: @babydeputy

Важно:
Администрация телеграмм канала «в нск любят» не несёт ответственности за контент содержащиеся в постах.

Last updated 3 days, 23 hours ago

Sudah kewajiban wanita berada di dapurnya.
(Chanel Khusus Akhwat)
Kritik atau saran :
http://wa.me/6282112458030

Penyejuk Qolbu bisa join di : T.me/Aktivitasantri

Hasil karya ummahat : https://t.me/dapurserbahomemade

Last updated 6 months ago

Last updated 2 weeks, 1 day ago