Last updated 2 months ago
Важно:
Администрация телеграмм канала «в нск любят» не несёт ответственности за контент содержащиеся в постах.
Сотрудничество/реклама: @Gavrushamuuuu
Предложка(временно не работает): пишите пока что сюда - @nikkiyyyyyyyy
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Sudah kewajiban wanita berada di dapurnya.
(Chanel Khusus Akhwat)
Kritik atau saran :
http://wa.me/6282112458030
Penyejuk Qolbu bisa join di : T.me/Aktivitasantri
Sebagian foto dishare : https://t.me/dapurserbahomemade
Last updated 8 months, 2 weeks ago
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Setiap hari mari kita perbaharui 'Syukur' kita kepada ALLAH.
Nikmat yang tidak terhitung masih ada pada kita.
ALLAH tahu kadar iman dan kemampuan kita.
Segalanya indah, sesuai dan tepat.
Bersyukurlah kepadaNYA untuk sebuah kehidupan yang barakah dan kematian yang indah penuh maghfirah dan rahmah.
Pujilah ALLAH sebanyak-banyaknya.
Gunakanlan nikmat yang DIA kurniakan di jalan yang DIA redhai.
Sulam amal soleh kita dengan istighfar.
Selawat banyak- banyak dan cuba semakin baik untuk mencontohi sunnah Rasulillah s.a.w.
Ikatlah nikmat dengan kesyukuran.
Ketaatan adalah tanda kesyukuran.
Jangan menangguhkan ketaatan kerana ia umpama melepaskan ikatan nikmat dari hidup dan mati kita.
Renung - renungkan
Ingatan buat diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
PETUA DAN TIPS MASAKAN
Elak Pedih Mata Kupas Bawang Merah
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih.
Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali
Panaskan minyak, goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik.
Warna Sambal Cantik
Nak sambal merah sedap cantik, masak lada lama + gunakan gula merah.
Buat Rendang
Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.
Kurangkan Masin Makanan
Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masinnya.. tak caya cuba lah.
Tomato Kekal Segar
Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu. Nak masak baru basuh.
Daging Cepat Empuk
Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu
Timun Rangup
Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas. Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun.
Elak Nasi Cepat Basi
Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampai berwap.
Taugeh Kekal Segar
Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais.
Mudah Kupas Telur Rebus
Selepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak kupas kulit telur semudah abc.
Ayam Goreng Sedap
Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit.Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing.
Ayam Goreng Rangup
Nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam.
Nasi Lemak Cepat Masak
Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
Tahu Tahan Lama
Nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu.
Pekatkan Kuah Sup
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek, sup lebih sedap/pekat tau.
Mata Pisau Blender Kekal Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
Selamat mencuba
Kredit : Tip Masakan dan Resepi
?KEK RED VELVET
Loyang 8
?1 cawan susu segar/cair(jgn sejuk petiais)
?1 sdb cuka putih
campurkan biar 10 minit
campuran nie di panggil
buttermilk...
?di ayak bersama_
?2 cawan tepung kek
?2 sdb serbuk koko
?1 sdk baking powder
?1sdk soda bikabonet
ketepikn..
?di pukul bersama__(mixer)
?3 biji telur (B)
?1 cawan minyak
?1 cawan gula halus
?2 sudu besar perwarna merah(brand star)
sedikit esen vanilla. pukul sampai kembang. masukn butermilk pukul sekejab. masukkan tepung yang di ayak sedikit2 dan adun sebati. masuk kan 1/2 cawan AIR PANAS dan di pukul perlahan hingga sebati. masukkan dlm loyang yang dah di glis dengan margerin lapik kertas baking .
panaskn oven dengan api atas bawah 15minit. 200c
selepas 15minit turunkan suhu pada 160c.
bakar kek dgn api bawah sahaja selama 1/2jam
DAN api ATAS BAWAH 1/2 jam atau sampai masak..
*Utk mendapat kan kek yang lembat boleh lah letak kan air di dlm loyang kecil dn di letak atas loyang pembakar di dlm oven. semasa proses membakar. Jgn letak loyang kek dlm loyang air ye atas rak.
Kek ini blh juga di kukus.
Filling
?500gm chesee
?1cawan whipping cream (kalau guna yg sedia manis tak perlu gula lagi)
?1/2 cawan gula halus
..dipukul bersama hingga gebu
masukkan.
?1 sudu besar air perahan lemon dn mix sebati.
bila kek dah sejuk boleh deko ikut selera masing2.
Nak melapis potong sama nipis dan di lapis
Chesee setiap 1 lapisan.
Sekian
Selamat mencuba
Kredit:tuan empunya resepi
Last updated 2 months ago
Важно:
Администрация телеграмм канала «в нск любят» не несёт ответственности за контент содержащиеся в постах.
Сотрудничество/реклама: @Gavrushamuuuu
Предложка(временно не работает): пишите пока что сюда - @nikkiyyyyyyyy
Last updated 2 months, 3 weeks ago
Sudah kewajiban wanita berada di dapurnya.
(Chanel Khusus Akhwat)
Kritik atau saran :
http://wa.me/6282112458030
Penyejuk Qolbu bisa join di : T.me/Aktivitasantri
Sebagian foto dishare : https://t.me/dapurserbahomemade
Last updated 8 months, 2 weeks ago