كلام ݢورو‎ 📚❤️

Description
بســـم اللَّــه الرحمـــن الرحـــيم


Burulah cinta Allah dan Rasulullah sehingga tiada lagi ruang di hati kita untuk meletakkan cinta kepada dunia.

اللهــم صلِّ على سيدنا محمد
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

5 months, 3 weeks ago

? Nasihat Untuk Yang Bergelar Murid ?

Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam,
Gelaran apapun yang kita terima,
Besar manapun pangkat kita;

Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi.
Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi.
Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI.
Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat,
kini hanya menyebut nama.
Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.

Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.

Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau murid itu umpama bulu mata,
Maka guru Umpama kening.
Walau tinggi mana bulu mata naik ,
Tak akan sampai setara dengan guru.

Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg di ingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah...?

7 months, 1 week ago

Kata Guru:
Apalah erti Ucapan Hari Guru jika kita tidak mampu beradab dengan Guru & berusaha untuk berkhidmat kepada guru.

Guru adalah salah satu rukun di dalam rukun ilmu yang lima. Jika ditinggalkannya, maka tidak akan menghasil seorang itu akan ilmu.

Jika kita merasakan kita seorang yang berilmu, padahal kita telah meninggalkan guru kita, maka ketahuilah bahawa kita di dalam kegelapan yang nyata.

Kita kena akui bahawa kita sekarang berada di zaman orang meninggalkan adab. Manhaj ilmu sudah dirobek dengan pelbagai fikrah. Mendahului nafsu terhadap adab dengan guru sudah menjadi fenomena biasa di kalangan kita.

Mengumpat, mengata, menghina, mencerca sang alim terkadang sudah menjadi rutin harian. Dalam masa yang sama, kita mengharapkan keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan.

Orang seperti ini bagaikan gila di abun-abun. Semoga Allah سبحانه وتعالى menjauhkan kita dan keluarga kita dari sifat terkutuk ini.

Ketahuilah bahawa detak hati guru adalah antara sebesar-besar perkara yang perlu di jaga dalam hidup kita.

(1)Kata ٍImam Ali رضي الله تعالى عنه:
أنا عبد من علمني حرفا واحدا,إن شاء باع, وإن شاء اعتق
Aku hamba mereka yang mengajarku satu huruf, jika dia kehendak menjualku maka jual, jika dia hendak menbebaskanku maka bebaskan.

Kata Guru:
"Ini menunjukkan Imam Ali رضي الله تعالى عنه sangat memahami nilai ilmu dan ahlinya. Ketahuilah ahlinya itu adalah guru kamu, Semua yang mengajarkan kamu walaupun satu huruf maka wajib kamu hormati.

Hari- hari adalah hari guru kerana tiada waktu yang membolehkan kamu menjelekkannya. Adapun hari guru, itu sebagai peringatan bahawa kamu punya satu insan di dalam hidup yang wajib dihormati namanya guru"

Maka kesempatan mulia ini Al Faqir mengucapakan SELAMAT HARI GURU kepada Guru, Syekh, Ustaz, Ustazah, Baba, Cikgu, Sir, Teacher. Semoga kalian yang mendidik kami dijaga oleh Allah سبحانه وتعالى di dunia dan akhirat.

أمين

فيّ أنقاض وحشمة فإذا * جالست أهل الوفاء والكرم
أرسلتُ نفسي على سجيتها * وقلت ما قلت غيرَ محتشم

Muhamad Fakhry Bin Mohd Zaidy
#Mau_Ilmu

-----------
(1) Perkataan ini banyak riwayat

8 months ago

Orang yang ingin kembali kepada Allah Ta'ala wajib menyucikan dirinya daripada syirik, dosa, syubhah, perkara haram, riba, rasuah, hutang, sombong dan riya'. Semua itu hanya boleh diproses dgn ilmu fardhu ain. Belajarlah

( Murobbiah ❤️ )

8 months ago

Wahai anak, mengamalkan Al-Quran itu memberikan petunjuk kepadamu akan kedudukan Al-Quran itu. Dan mengamalkan As-Sunnah itu memberikan petunjuk kepadamu akan Rasulullah ﷺ.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Intaha Murobbi ?

8 months ago

Setiap pekerjaan kebaikan mulalah dengan bismillah, InshaAllah ada barakah. Siapa² tak mula bismillah di setiap pekerjaan takdak barakah.. kalau kita mula dngn Bismillah mudah mudahan kalau kita naik motor atau buat pekerjaan lain tidak berlakunya musibah .. tetapi kalau pekerjaan hok tok molek yg haram, haram kita baca bismillah begitu jugak perkara yang makruh kalu baca bismillah maka perkara itu pun makruh jugak .. ikut hukum syarak yg lima tu ( wajib, haram, makruh, harus dan sunat )

( Intaha Tuan Guru Ustaz Ahmad )

8 months, 1 week ago

Jangan tunggu ada mood nak belajar ilmu agama ni. Mana yang susah nak mula tu itulah kita mula cepat cepat ..

sekali je kita tinggal majlis ilmu , terleka , itulah akan terbagi peluang kepada hawa nafsu, semakin banyak kita tinggalkan majlis ilmu, makin banyak benda lagha kita buat tanpa kita sedari .. ALLAHU ?

8 months, 2 weeks ago

Haram bagi perempuan memakai wangian yg melampau sehingga menarik perhatian sang lelaki.
Haram juga perempuan memakai pakaian ketat, tudung yg tidak menutup dada serta beraya dengan lelaki yg bukan mahram. Jaga fitrahmu. Engkau baru sahaja merayakan kemenangan ke atas iblis.

( Murobbiah ❤️ )

8 months, 2 weeks ago
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago