Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 3 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
terima kasih ,
kerana mengajar aku erti dewasa ,
kerana mengajar aku segalanya ,
terima kasih akan kisah kita ,
walau kini usai buat selamanya .
tidak perlu lagi kembali ,
hati ini sudah ku tutup rapi ,
tidak akan ada lagi penghuni ,
kerana aku boleh sendiri .
semoga bahagia selalu ,
meski bukan dengan aku ,
aku ikhlas semua tentang kamu ,
walau kamu tidak berakhir dengan aku .
— A
kini ,
yang dulu ada telah hilang ,
yang menemani telah pergi ,
yang berjanji telah mungkiri ,
yang menjadi rumah telah runtuh .
kini ,
rumah ku sudah hancur ,
rumah ku sudah tiada ,
rumah ku sudah punya penghuni lain ,
akan ku ikhlaskan rumah ku ,
tolong jaga rumah ku dengan baik .
— A
sebenarnya,
tuhan sentiasa ada bersama kita,
tetapi terkadang kita memilih untuk jauh dengan-Nya.
sedangkan, Dia sentiasa dekat,
Dia sentiasa ada,
Dia sentiasa berada disisi,
tidak kira di mana jua kau berada,
kau sentiasa berada di dalam dakapan-Nya.
cuma kau tidak rasa. kerana dakapan-Nya terlalu erat dan nyaman.
— S
terima kasih kerana pernah hadir,
terima kasih pernah menganggapku sebagai rumah,
terima kasih kerana pernah mencintaiku,
terima kasih atas kenangan indah,
terima kasih.
walaupun semuanya hanya sementara,
aku tetap berterima kasih pada takdir,
kerna telah pertemukan kita.
dan berharap agar semesta pertemukan kita,
sekali lagi, di lain waktu.
— S
percayalah,
kau akan jumpa ketenangan,
kau akan jumpa kebahagiaan,
kau akan jumpa pelangi.
tapi sebelum itu,
kau harus lalui ribut badai,
kau harus mencari jalan di dalam kegelapan,
kau harus mencari solusi,
kau harus kuat.
semangat.
percaya pada diri ya?
aku yakin kau boleh.
— S
hilang untuk healing itu penting.
supaya kau mudah untuk mencari ketenangan,
dan supaya kau mudah untuk mencari diri kau yang dulu.
— S
terkadang,
cinta bisa melukakanmu,
cinta bisa memberimu trauma,
cinta juga bisa membuatmu lalai,
sehingga kau lupa,
bahawa cinta bukan segala-galanya.
— S
tidak semua benda harus disimpan.
ada perkara yang hanya dapat dirasa untuk sementara waktu.
iaitu, cinta.
— S
senyumannya indah,
bak kilauan bintang yang ada di langit malam.
tapi sayangnya,
senyuman itu tidak lagi boleh ku tatap.
tapi jangan risau,
akan ku ingat selalu senyumannya.
— S
buat yang join, aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi. tapi, aku minta maaf awal awal, aku tak janji dapat post quotes setiap hari, tapi inshaAllah aku cuba setiap minggu aku post. apa-apapun, terima kasih sekali lagi sebab sudi support. aku hargai.
— S
Pemburu yang diburu.
Last updated 2 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 3 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago