NASIHAT² KEHIDUPAN

Description
Nasihat² KEHIDUPAN via
QUOTE PHOTO VIDEO 😎

Nasihat yang baik adalah nasihat yang mampu menyejukkan bagi setiap orang yang mendengarnya.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang2 mukmin

5 Februari 2017
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago

2 months ago

*☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️***

(04:50 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

*🔜 Waktu Maghrib:* 07:27 PM

2 months ago

*🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞***

(01:29 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

*🔜 Waktu Asar:* 04:50 PM

2 months ago

Tadabbur Kalamullah 27 Rejab 1446H

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak..." [Surah al-Hadid 20]

#Permainan, hiburan, berbangga-bangga, berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak merupakan hakikat kehidupan dunia sehingga membawa manusia kepada kelalaian serta lupa kepada Allah swt.

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ * حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur" [Surah at-Takāthur 1-2]

#Sepatutnya kita menginsafi diri dan sedar diri bahawa tujuan Allah swt menciptakan kita adalah untuk mengabdikan diri (menghambakan diri) kepadaNya bukan untuk menjadi hamba kepada kelalaian dunia.

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Surah az-Zhāriyāt 56]

#Oleh itu, di sepanjang hidup ini, alangkah baiknya jika kita dapat melaksanakan nasihat berharga daripada Imam az-Zahabi rahimahullah ini:

فرحم الله امرأً أقبل على شأنه وقصر من لسانه وأقبل على تلاوة قرآنه وبكى على زمانه وأدمن النظر في الصحيحين وعبد الله قبل أن يبغته الأجل. اللهم فوفق وارحم

"Semoga Allah merahmati seseorang yang memberi tumpuan kepada dirinya, mengurangkan percakapannya, memberi fokus kepada bacaan Al-Qurannya, menangis mengenangkan masanya yang telah berlalu, berterusan menekuni Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, dan dia beribadah kepada Allah sebelum ajal datang menjemputnya. Ya Allah, berikanlah taufiq dan rahmatilah" (Lihat: Tazkirat Al-Huffaz)

#Hayatilah ayat dibawah ini dan insafilah:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munāfiqūn 9]

Betapa kita pada hari ini tersangat banyak memberi tumpuan tentang orang lain, banyak bercakap perkara tidak berfaedah, jarang membaca dan mentadabbur al-Quran, tidak banyak menangis, jarang menekuni hadis-hadis Nabi saw, serta kurang beribadah kepada Allah. Selamat bermuhasabah dan menyibukkan diri dengan amal ketaatan!!

🐊Ust naim

@quotephotovideo 📚📚📚

2 months, 1 week ago

Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1446H

رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰ⁠لِكَ لِمَنۡ خَشِیَ رَبَّهُۥ

"Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya" [Surah al-Bayyinah 8]

#Al-Muhasibi, seorang tokoh sufi terawal di Basrah, menyatakan bahawa keadaan seseorang yang berada dalam sifat redha ialah ketika hatinya merasa bahagia sewaktu menerima takdir yang mendukacitakan.

#Redha merupakan salah satu buah dari rasa kecintaan manusia kepada Allah swt. Malahan, redha juga merupakan darjat yang tertinggi dalam kalangan orang-orang muqarrabin (yang mendekatkan diri dengan Allah swt).

#Manusia yang mempunyai sifat redha adalah manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat serta pemberian daripada Allah swt, juga merasa nikmat dengan ujian atau musibah yang menimpanya. Di samping itu juga, mereka juga mendapat ketenangan dalam menyelesaikan setiap urusan dalam hidupnya.

#Para salaf dahulu, mereka melihat ujian dari Tuhan sebagai suatu kenikmatan. Boleh jadi dengan ujian dosa diampunkan, darjat ditinggikan, dikurniakan kemuliaan, dan syurga sebagai ganjaran.

#Dikisahkan mengenai seorang wanita solehah bernama Mu’adzah Al-‘Adawiyyah rahimahallah. Beliau merupakan seorang tabi'in yang sangat kuat beribadah. Beliau mengambil ilmu dari beberapa orang sahabat Rasulullah saw, antaranya Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan juga Sayidatina A’isyah r.ha.

Suatu hari, beliau diuji. Suami beliau yang bernama Silah bin Ashyam dan juga anak lelaki beliau kedua-duanya mati syahid di medan jihad. Tidak lama selepas itu, ramai orang perempuan hadir menziarahi Mu’adzah di rumahnya dengan tujuan untuk mengucapkan takziah.

Yang menakjubkan, Mu’adzah memaklumkan kepada semua yang hadir dengan katanya:

‎مَرْحَباً بِكُنَّ إِنْ كُنْتُنَّ جِئْتُنَّ لِلْهَنَاءِ، وَإِنْ كُنْتُنَّ جِئْتُنَّ لِغَيْرِ ذَلِكَ، فَارْجِعْنَ

"Selamat datang buat kamu semua, sekiranya kamu datang untuk mengucapkan TAHNIAH (kerana suami dan anak lelaki beliau direzekikan mati SYAHID). Namun, sekiranya kamu semua datang dengan tujuan selain itu, silalah pulang" (Lihat: Siyar A’lam Al-Nubala')

#Demikian cara mereka insan-insan yang bertaqwa lagi redha dengan ujian Allah menenangkan diri dengan mengenangkan kenikmatan, kebaikan, dan ganjaran berbanding membesar-besarkan ujian, kehilangan dan pemergian.

Redha bagi sesetengah individu mungkin senang untuk dituturkan di bibir, tapi belum tentu itu yang benar-benar melekat di jiwa. Maka, berusahalah untuk melahirkan sifat redha dalam diri. Betapa nikmatnya hidup apabila Allah menghalalkan redhaNya kepada seseorang

?Ust naim

@quotephotovideo ???

2 months, 1 week ago

**PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilmu Tapi Masuk Neraka**

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka'b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh atau supaya dihormati oleh manusia, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”

(HR Tirmizi No: 2578)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

  1. Menuntut ilmu adalah menjadi suatu keperluan kepada setiap Muslim serta dengan niat Ikhlas kerana Allah SWT, disertai dengan sifat tawadhuk.

  2. Menuntut ilmu khususnya ilmu agama adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah serta memberi manfaat kepada orang lain. Niat yang tidak ikhlas merosakkan pahala amalan.

  3. Orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk menandingi, merendah, berdebat juga memperlekeh orang lain, adalah tanda keangkuhan dan dia akan dimasukan ke neraka.

  4. Orang yang menuntut ilmu dengan mengharap agar dihormati dan disanjung orang dengan sebab ilmunya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

  5. Ilmu tidak boleh dijadikan alat untuk mencari sanjungan, populariti, atau perhatian daripada orang ramai. Jika niat ini mendasari usaha menuntut ilmu, ia akan membawa kepada kemurkaan Allah.

Marilah kita mengikhlaskan diri menambah ilmu agar menjadi orang yang semakin dekat dengan Allah. Jauhi menuntut ilmu untuk memperbodoh orang lain atau mengharapkan dengan ilmu itu kita dihormati.

21hb Rejab 1446H
21hb Januari 2025

@quotephotovideo ???

2 months, 1 week ago

021 of 365 ? SELASA ? 21 REJAB 1446H 21 JANUARI 2025

~ 39 hari menuju RAMADHAN 1446H

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim ?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..?
#PrayertoremoveCovid19... ??

KEBAIKAN: MATA WANG YANG TAK PERNAH SUSUT NILAINYA

Dalam dunia yang kian mencabar ini, kita sering tertanya-tanya tentang pelaburan yang paling bernilai. Namun, Rasulullah SAW telah lama mengajar kita bahawa kebaikan adalah pelaburan yang tidak pernah mengecewakan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, baginda bersabda bahawa setiap kebaikan adalah sedekah.

Bayangkan setiap kali kita tersenyum kepada orang yang lalu, menolong rakan yang kesusahan, atau sekadar menunjuk arah kepada orang yang sesat - semua itu adalah sedekah yang mengalir tanpa henti. Keindahan Islam terletak pada konsep ini, di mana setiap perbuatan baik, tidak kira sekecil mana, akan dicatat sebagai amal kebajikan.

Dalam kehidupan seharian, kita mungkin terlalu sibuk mengejar kejayaan duniawi sehingga lupa bahawa kebaikan adalah kunci kepada ketenangan jiwa. Setiap kali kita hulur bantuan kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja kita membantu meringankan beban mereka, malah kita juga menyuburkan jiwa kita sendiri dengan rahmat Allah.

Kebaikan itu seperti air yang mengalir - ia tidak pernah terhenti dan terus memberi manfaat kepada sekeliling. Mungkin hari ini kita membantu seseorang, dan esok pula orang itu akan membantu orang lain. Begitulah rantaian kebaikan yang tidak terhingga nilainya. Dalam dunia yang kadang-kadang terasa sejuk dan tidak berperikemanusiaan, setiap perbuatan baik adalah cahaya yang menerangi kegelapan.

Jadi, mari kita jadikan kebaikan sebagai amalan harian. Tidak perlu tunggu untuk jadi kaya atau terkenal untuk berbuat baik. Setiap senyuman, setiap bantuan, dan setiap doa yang kita hulurkan adalah sedekah yang akan kekal hingga ke akhirat. Inilah pelaburan hakiki yang tidak pernah mengecewakan, dan inilah warisan yang paling bernilai untuk kita tinggalkan di dunia ini.

꧁•❤️☕️

SEMOGA BERMANFAAT ?

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

?سبحان الله ?الحمد لله?لا اله إلا الله ?الله اكبر

@quotephotovideo ???
48K513

4 months, 4 weeks ago
Indahnya Hidup Memberi ***?***

Indahnya Hidup Memberi ?
Sebarkan Jika Bermanfaat ?

? Surah Al-Baqarah - 255 & 285 & 286 ~ Al-Ikhlas

•━━━❦✻✿??✿✻❦━━━•⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

ﺑِﺴْـــــــــــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Surah al-IkhlasAyatul Kursi
       ○ Surah Al-Kausar  ○ Al-Fatihah

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ  وَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

سبحان اللهالحمدلله?الله اكبرلا اله الا الله‎?لاحول ولا قوة الا بالله?

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

•┈┈•••○○❁???❁○○•••┈┈•

♨️ Jom baca Surah AL-MULK

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@quotephotovideo ???

4 months, 4 weeks ago
10K QPV SUPER PROMOTE

10K QPV SUPER PROMOTE

JOM JOIN...

@kitabdoa
? HIMPUNAN DOA

@quotephotovideo
? NASIHAT² KEHIDUPAN

@Sentaplaatuu
? XsentapKew ?

@hatikumenangis
? Tangisan adalah kekuatan

@bicarabulanofficial
? Tenang - kamu mampu!!

https://t.me/kitabdoa

? Group Discussion @quotephotovideochat

SEMOGA BERMANFAAT
TERIMAKASIH! ♨️

4 months, 4 weeks ago

KITA TAHU

Kita tahu tinggalkan solat tu adalah satu dosa.

Kita tahu perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah nanti ada solat.

Kita tahu kalau kita tak solat, kita boleh disamakan dengan orang yang kafir.

Kita tahu solat tu tak ambil masa yang lama, cuma 10 minit je.

Walaupun kita dah tahu, kita masih tinggalkan solat.

Kenapa? Kerana ..

1 - Sebab kita tak sedar diri ni hanyalah seorang hamba Allah.

2 - Sebab tak sedar mati tu anytime.

3 - Sebab urusan dunia lagi seronok.

4 - Sebab tak fikir nasib kat akhirat nanti.

5 - Sebab tak sedar bahawa hidup kat dunia ni sementara dan kita buat-buat tak tahu ada satu lagi kehidupan, iaitu Akhirat.

6 - Sebab jarang ikut kelas agama dan kurangnya ilmu agama.

7 - Sebab kawan-kawan pun bukan jenis yang pentingkan solat.

8 - Sebab mengutamakan nafsu.

9 - Sebab orang tak peduli pun kita solat ke tidak.

10 - Sebab ganjaran pahala solat ni kita tak nampak.

11 - Sebab memandang ringan pada solat.

12 - Sebab solat dianggap ritual yang tidak dihayati.

Jom kita muhasabah diri kita balik.
Apa yang kurang kita tambahkan.

Kita mesti kena selalu bersyukur.
Kerana nikmat Allah yang tak terkira dek akal.

Alhamdulillah ♥️

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah ?

@quotephotovideo ???

5 months ago

TANDA ANDA KUAT JIWA :

  1. Mampu senyum dikala kedukaan dan kesedihan.
  2. Mampu memaafkan dikala disakiti.
  3. Mampu menerima teguran dikala hati terluka.
  4. Mampu mengalah dikala ketegangan.
  5. Mampu memberi dikala tiada.
  6. Mampu solat dikala sakit.

MuhasabahDiri

@quotephotovideo

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 1 week ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months ago