Kalam Tarim 📚

Description
We recommend to visit

Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf


grup
@drakor_dramakorea_indo
‎Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q

Last updated 2 weeks ago

COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot

Last updated 2 months ago

2 weeks, 4 days ago
﷽

Pendaftaran Kelas :

🌼Malaysia, Singapore, & Brunei sahaja :
https://www.wassap.my/+601111244272/PendaftaranKelas

🌼Indonesia sahaja :

https://www.wassap.my/601116694515/PendaftaranKelas

3 weeks, 1 day ago

Assalammualaikkum akhawaty fillah, malam ini adalah malam 1 Rejab dimana malam Allah kabulkan segala doa kita. Jangan biarkan malam 1 Rejab kita dipenuhi dengan kemaksiatan dan kelalaian.

Bagi sesiapa yg masih rasa berat untuk istiqomah menjaga solat 5 waktu malam ini kita merintih dan meminta kepada Allah utk istiqomahkan diri kita, begitu juga dalam menutup aurat, jika masih berat untuk menjaga aurat maka minta dan berdoalah dengan Allah pada malam 1 Rejab ini, jangan lupa doa juga untuk orang sekeliling kita dan seluruh ummat Nabi Muhammad 🥰🤲🏻💕

Selamat Tahun Baru dan Selamat Menyambut 1 Rejab

1 month, 2 weeks ago
3 months ago
Selawat selepas Asar hari Jumaat ***🩶******✨***

Selawat selepas Asar hari Jumaat 🩶

“Allahhumma solli ala muhammad abdika wa rasulika annabiyyi ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wasallim taslima”

3 months, 1 week ago

Lelaki yang hebat lahir dari seorang wanita hebat sepertimana yg berlaku kepada ibu Imam Assyafie yg mendidik Imam Syafie menjadi seorang yg dikenali kesolehan dan kealimannya. Semoga kita boleh menjadi ibu yang mendidik anak-anak untuk mengenal agamanya 🤲🏻

4 months, 2 weeks ago
Teks selawat keatas Nabi Muhammad untuk …

Teks selawat keatas Nabi Muhammad untuk bulan Rabiulawwal 1446H dari Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz dan tulisan tangan oleh Habib Umar. Semoga kita boleh mengamalkannya 🤲🏻

6 months, 1 week ago

Bagaimana kita dengan Al-Quran?

Dahulu zaman para sahabat, mereka sangat suka membaca Al-Quran, sehinggakan apabila mereka membaca tidak sedar bahawa malam telah berganti siang dan siang berganti malam kerana khusyuknya mereka. Mereka mencintai Al-Quran sehinggakan apabila disebutkan tentang azab atau peringatan mereka akan menangis teresak-esak bahkan ada yg terjatuh pengsan tidak sedarkan diri.

Tahukah kamu Sayyidina Uthman? Yang mati syahid ketika sedang membaca Al-Quran sehingga darahnya tepercik di Al-Quran. Ahhh tidak lain dan tidak bukan kerana hidupnya dihabiskan dengan membaca Al-Quran.

Dimana perginya kita? Dizaman ini ketika disebutkan tentang azab masih saja kita gelak ketawa seakan-akan tidak merasa takut dgn peringatan dan azab Allah. Jauhnya kita dengan Al-Quran sehingga untuk membacanya sehari sekali sangat berat sekali. ?

Ya Allah rezekikan kami untuk mencintai Al-Quran, mengamalkan apa yg ada didalamnya dan istiqomah untuk membacanya ??

✍? Kalam Tarim

6 months, 1 week ago

العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله تعالى

ويوم عاشوراء صامه عليه الصلاة والسلام وأمر بصيامه وقال ( صيامُ يوم عاشوراء إنّي أحتسب على الله أن يُكفر ذنوب العام الذي قبله ) وقال ( من وسّع على عياله في يوم عاشوراء وسّع الله عليه في طول سنته ).

Berkata Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

Hari Asyura adalah hari baginda Nabi Muhammad berpuasa dan baginda memerintahkan kita untuk berpuasa. Rasulullah saw bersabda “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya”
Rasulullah bersabda “
Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memperluaskan (rezeki) baginya sepanjang tahun itu.

8 months, 3 weeks ago

KUNCI RUMAH TANGGA :
" Jika sesebuah rumah tangga ada permasalahan antara suami dan isteri hendaklah ia sembunyikan di dalam rumah sahaja, maksud disini di dalam bilik sahaja . Agar tidak diketahui oleh anak-anak atau yang lainnya.

Kerana apabila keluar masalah suami isteri ini daripada bilik tidur , maka akan terjadi permasalahan lebih besar , dua pihak akan menunjukkan keegoaan masing-masing dan pergaulan antara anak dan sebagainya.

Apabila sudah sampai tahap ini syaitan akan bertambah kerjanya , dia akan mengeluarkan satu tiupan api yang memanaskan lagi keadaan yang membuat pasangan tadi bertambah kemarahan
dan lebih porak peranda lagi rumah mereka .

Jadi jika ada salah faham antara suami isteri hendaklah suami itu meninggalkan isterinya didalam bilik sahaja. Jika suami isteri tidak bertegur sapa biar habis dalam bilik sahaja jangan dibawa keluar dari bilik, dan keluar dari bilik tidur dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa masalah .

Kerna jika suami & isteri mula sahaja membawa keluar masalah mereka dari bilik tidur , maka akan diketahui orang luar dan tersebarlah masalah / aib-aibnya diluar. "

?Habib Kadzim Bin Jaafar Assegaf ?
Majlis Muslimat | Fitnah Akhir Zaman : Peranan Muslimah | 04/05/2024 | Tawfiq Sg Penchala

#catatanahliarizuan

We recommend to visit

Telegram adalah sebuah ide tentang kebebasan dan privasi, memiliki banyak fitur yang mudah digunakan.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Drama Korea Sub Indonesia.
Update 1 Season tiap hari.
Paid Promote @sultankhilaf


grup
@drakor_dramakorea_indo
‎Ikuti saluran Drakor Drama Korea Sub Indo di WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VakqKxXCHDyeALNv2m2q

Last updated 2 weeks ago

COPAS/REPOST WITHOUT CR? DENDA 500k.
join : https://t.me/bulolwithyuchat
promosi berbayar chat : @ofcbulolwithyu
laporan/kritsar/izin : @binimarkrobot
Request di @hatersrbot

Last updated 2 months ago