Kak Iman

Description
Komuniti Buku IMAN 📚 #imanshoppe #imanpublication #imanplus

Perkongsian, borak-borak dan informasi tentang BUKU
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago

1 month, 1 week ago
**Shopee 4.4 Jualan Hebat Raya**

Shopee 4.4 Jualan Hebat Raya

Limited Time Deal Raya 15%
Voucher RM15
Add On Deals Comic with free button badge
Watch Shopee Live and get Free Coins

Tonton Shopee Live di sini:
https://shopee.com.my/imanshoppebookstore.os

1 month, 1 week ago
Kak Iman
1 month, 1 week ago

Jangan sekadar menjadi hamba Ramadan.

Setkan dalam diri kita, kita ingin istiqamah.

Impak Ramadan, kita suka bangun awal sebab sahur. Kita lagi senang dan ringan nak sedekah.

Amalan yang paling dicintai Allah adalah amal yang berterusan wp sedikit.

Alah bisa tegal biasa. Apabila kita dah terbiasa kita tak rasa lagi sukar.

Jangan sesekali lupakan atau tinggalkan amalan kita dalam Ramadan.

Antara tanda amal Ramadan kita diterima ialah apabila kita mampu berterusan melakasanakan ibadah tersebut di luar Ramadan.

(Ustaz Nazrin)

1 month, 2 weeks ago

Satu perkara yang saya suka tentang buku ini ialah penulis membawa kita mengenali diri kita melalui al-Quran sebelum membahas lebih lanjut tentang al-Qanaah. Kerana setelah mengenali diri kita dengan benar, kita akan mengenal Tuhan, sumber kebahagiaan.

Hanya mengenal Tuhan dengan baik membuatkan kita rasa cukup. Sungguh Tuhan Yang Maha Luas Kurniaan-Nya telah mencukupkan kita, hanyasanya kita saja yang kurang menghargai lalu jadi hiba. Kita beranggapan bahawa Tuhan tidak memahami dan meninggalkan kita.

Baca review penuh di sini : https://www.ddinstagram.com/p/C4sm_OCvcRr/?igsh=MTlhZmo1NDBtZWhsOQ%3D%3D&img_index=1

InstaFix

@najwahisham_

[***🔖***Buku] ***📖***Sedikit Tapi Cukup ***🖊️***Fakhri Fadzli “𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙪𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠𝙝𝙡𝙪𝙠 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙧𝙡

Satu perkara yang saya suka tentang buku ini ialah penulis membawa kita mengenali diri kita melalui al-Quran sebelum membahas lebih …
1 month, 2 weeks ago
Kita akan bersama ustaz Khubaib Akhi …

Kita akan bersama ustaz Khubaib Akhi penulis Siri Nabi Juga Seorang Manusia leoas Subuh hari ini.

Jangan lupa pukul 640 nanti.

Live dalam group ni. https://t.me/+22wEjX_jRP01Mjg1

1 month, 2 weeks ago

Bulan Ramadan kali ini, benar-benar mendidik saya untuk merasa cukup dan bersederhana.

Sahur dengan sederhana
Iftar dengan sederhana
Membeli belah pun dengan sederhana

Nak katanya, buku ini telah memberi kesan ke dalam hidup saya dan membuatkan saya lebih bijak bila membuat keputusan terhadap perkara-perkara kecil dalam hidup ini.

Qanaah adalah nama tengah kita yang telah hilang dan semoga Ramadan ini akan mempertemukan kita dengannya.

Terima kasih @imanplusdotcom untuk buku ini, terima kasih kerana telah mendidik saya untuk membina qanaah di dalam diri menerusi penulisan ustaz @fakhrifadzli .

Baca reivew penuh di sini : https://www.ddinstagram.com/p/C4vJ-vWRBkY/

InstaFix

@fahaanuar

Bulan Ramadan kali ini, benar-benar mendidik saya untuk merasa cukup dan bersederhana. Sahur dengan sederhana Iftar dengan sederhana Membeli belah pun dengan sederhana Nak katanya, buku ini telah memberi kesan ke dalam hidup saya dan membuatkan say...

1 month, 3 weeks ago

REVIEW PEMBACA SEDIKIT, TAPI CUKUP OLEH WARIDAH LOTHPI

Buku pertama oleh Ustaz Fakhri yang saya baca, meski beliau terkenal dan bukunya laku keras. Julung kali terbaca tulisan beliau adalah dalam ‘screenshot’ twitter yang dikongsikan oleh Dato’ Rizalman.

Jika membaca perkongsian beliau di merata medium, macam dah boleh mengagak mengapa buku-bukunya dipuji ramai. Testimoni bagus-bagus belaka.

Hinggalah apabila saya baca sendiri, ‘ya, Tuhan. Patutlah …’

“Sedikit Tapi Cukup” ialah huraian 242 halaman tentang sifat QANAAH. Saya sentiasa kagum pada penulis yang berjaya menghurai satu tajuk kecil, diterangkan panjang lebar, tetapi tidak mengulang hujahan yang sama. Setiap halaman terasa segar, banyak ‘wow’ walaupun barangkali pernah terbaca di medium lain.

Berada pada zaman yang semua orang boleh merungut di mana saja dan pada bila-bila masa, segalanya serba tak cukup; saya amat cadangkan agar kita semua membacanya.

Buku ini tidak sesuai dibaca laju. Damai dan nikmat hanya boleh dirasakan jika kita santuninya secara ‘deep reading’. Baca sikit, fikirnya lama; ulang. Boleh terasa faedahnya menjalar ke dalam hati dan tubuh, insyaAllah.

“Kata kunci yang terpenting pada sifat qanaah adalah reda, iaitu reda dengan apa yang dikurniakan; reda dengan apa yang dimiliki, dan reda dengan apa yang Tuhan tentukan.” Selari benar ayat ini dengan quote popular, “rezeki itu bukanlah bererti kamu dapat apa yang kamu mahu, tetapi kamu terima apa yang Tuhan beri.”

Penulis menghimpunkan bukti-bukti daripada al-Quran,hadis dan kata-kata ulama besar yang menerangkan makna qanaah.
“Kata Imam Asy-Syafie: “Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.””

“Lalu kata Buya Hamka, sesiapa yang ingin menjadi kaya, maka sekarang juga dia boleh menjadi kaya. Caranya adalah dengan merasa cukup terhadap apa yang ada dan tidak bernafsu dengan apa yang berada dalam tangan orang lain. Kemudian, hadapkanlah jiwa kepada ibadah kepada Allah SWT.”

Setiap rujukan disertakan dengan huraian dan cerita peribadi penulis. Pembaca boleh mengesan nada tulisan yang tidak meninggi diri, dan terasa benar keikhlasannya untuk berkongsi.

Dalam seluruh buku, saya paling suka bab, “Carilah Kisah Kita dalam al-Quran”. Umpama terkena tamparan hingga tertunduk sipu.

“Perjalanan refleksi al-Quran merupakan perjalanan peribadi. Setiap daripada kita akan menemui refleksi yang berbeza walaupun maksud ayat dari sudut tafsirannya adalah sama.

Setiap ayat al-Quran memberikan petunjuk yang sepertinya bersesuaian dengan diri kita. Dengan syarat, kita benar-benar jujur dalam mencarinya dan menjadikan diri kita terbuka ketika berinteraksi dengannya.”

Oh, yang ini pula. Malu benarlah pula;
“Walaupun begitu, kita juga harus berhati-hati ketika proses “melihat diri dalam al-Quran” agar tidak tertukar menjadi sindrom perwatakan utama (main character syndrome). Misalnya jika menempuh episode-episod penindasan dalam hidup, kita lebih mudah untuk meletakkan posisi diri sebagai posisi Nabi Musa a.s., manakala orang yang menindas kita pula di posisi firaun.
(Perasan) Kitalah watak protagonist (hero) dan orang lain SENTIASA antagonis (penjahat).”

Saya terasa. Anda pula bagaimana? Ehem.

https://www.imanshoppe.com/collections/buku-terbaru-iman

#imanpublication

Posting asal di sini : https://www.facebook.com/waridahlothpi/posts/pfbid0vcRmJKReEXrGGhaMYWUYipFuG3f877KZMFCw55tFx9AybjcdcGpb1ZR2Lj3pFp63l

IMAN Shoppe Bookstore

Buku Baru Ramadan

Mempersembahkan buku-buku terbaru IMAN Publication Ramadan ini: Sedikit Tapi Cukup penulis Fakhri Fadzli, Blessings in The Little Things penulis Roedah Mansour dan When You Think You are Falling penulis Ameera Aslam.

**REVIEW PEMBACA SEDIKIT, TAPI CUKUP OLEH WARIDAH LOTHPI**
1 month, 3 weeks ago
Kak Iman
1 month, 3 weeks ago
Buku-buku IMAN dalam katalog Mutiara Minda …

Buku-buku IMAN dalam katalog Mutiara Minda MPH. Membaca sambil beramal.

Buku- buku IMAN terpilih ada 15% diskaun dengan menggunakan Kad Diskaun Mutiara Minda yang boleh dibeli dengan harga RM10.

Dengan RM10, anda berpeluang membantu anak yatim & tahfiz yang memerlukan.

Dapatkan di MPH berdekatan anda.

2 months ago

https://www.ddinstagram.com/p/C4aZ9DQSp_c/

IMAN tak bagi sampul raya ke?

Eh mestilah bagi! Istimewa tahun ini buat mereka yang berbelanja RM70 dan ke atas akan mendapat Sampul Raya dari IMAN tau.

Jadi raikan ramadan kalian dengan membaca buku IMAN. Sambil membaca dan beli buku IMAN dapat sampul raya PERCUMA!

InstaFix

@imanshoppe.official

IMAN tak bagi sampul raya ke? Eh mestilah bagi! Istimewa tahun ini buat mereka yang berbelanja RM70 dan ke atas akan mendapat Sampul Raya dari IMAN tau. Jadi raikan ramadan kalian dengan membaca buku IMAN. Sambil membaca dan beli buku IMAN dapat ...

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 weeks, 3 days ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 3 weeks ago