Maktabah Ahmad Publisher

Description
Channel ini dikelola oleh: Abu Ahmad Wan Shahir bin Wan Perwira

هذه القناة أشرف عليها: أبو أحمد وان شهير بن وان برويرا القدحي الماليزي

@wannshahir
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

2 months, 3 weeks ago

Kamu, apa yang ada pada kamu?! Barangkali salah seorang daripada kita tidak mutqin (mahir) pada kebanyakan bidang ilmu. Barangkali dia memiliki beberapa maklumat dalam bidang ini, dalam bidang itu dan seumpamanya tanpa menguasainya sepenuhnya dan bukan orang yang pakar dalam bidang tersebut; lalu mengapa dia mahu mensia-siakan umurnya dalam urusan fitnah yang akan memakan waktunya, menyempitkan dadanya dan menghalang dirinya daripada kebaikan yang banyak sebagaimana hadith-hadith yang telah kita lewati pada awal-awal risalah ini.

Kata Syeikh:

“..Apabila kamu melihat kepada para huffaz itu, nescaya kamu akan sibuk dengan diri kamu sendiri daripada mengkritik orang lain..”Maksud beliau “..nescaya kamu akan sibuk dengan diri kamu sendiri..” yakni kamu akan sibuk dengan menuntut ilmu “..daripada mengkritik orang lain..” yakni kamu mengkritik tanpa hak. Kamu mengkritik pada bab fitnah bukan pada bab membantah ke atas ahli batil, kerana Syeikh Muqbil sendiri -semoga Allah merahmatinya- kebanyakan kitab beliau adalah pada membantah ahli batil. Kebanyakan karya tulis Syeikh adalah pada membantah ahli batil dan orang-orang yang bersalah. Maka ucapan Syeikh di sini: “..nescaya kamu akan sibuk dengan diri kamu sendiri daripada mengkritik orang lain..” Maksudnya kamu mengkritik saudara-saudara kamu pada perkara yang [barangkali] kebenaran ada bersama mereka atau pada perkara yang [barangkali] tidak jelas bagi kamu.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.

#Nasihatku_Kepada_Ahli_Sunnah
#Bahagian_12

2 months, 3 weeks ago

Ulasan Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi -hafizahullah- Terhadap Risalah Imam Muqbil bin Hadi al-Wadi’i -rahimahullah- Berjudul “Nasihatku Kepada Ahli Sunnah”. [Bahagian 12].

Kata Syeikh kami -semoga Allah merahmatinya-:

“[3] Antaranya: Gigih dalam menuntut ilmu. Apabila kamu melihat kepada kekurangan kamu, bahkan [apabila kamu sedar] bahawa kamu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan para ulama terdahulu seperti Al-Hafiz Ibn Kathir dan yang sebelum beliau dalam kalangan para huffaz yang menonjol dalam bidang ilmu yang pelbagai; apabila kamu melihat kepada para huffaz itu, nescaya kamu akan sibuk dengan diri kamu sendiri daripada mengkritik orang lain.”
Ulasan:

Kata beliau -semoga Allah merahmatinya-:

“Antaranya: Gigih dalam menuntut ilmu..”
Ini perkara yang baik. Ini perkara yang penting dan sebab yang besar bagi menghilangkan perselisihan-perselisihan iaitu gigih dalam menuntut ilmu. Inilah dia nasihat ahli ilmu.

Tatkala saya datang ke Indonesia sekitar lebih tiga bulan yang lalu, saya hubungi Syeikh kita -semoga Allah menjaganya- iaitu Syeikh Yahya. Saya katakan kepada beliau: “Wahai Syeikh kami, saya perlu bermusafir ke Indonesia atas urusan merawat [anak saya]. Saya akan membawa anak saya kepada saudara kita Abu Yahya untuk urutan dan sebagainya, maka apakah yang anda nasihatkan kepada saya berkenaan masalah dan perselisihan sesama saudara kita salafiyyin di sana?”

Jawab Syeikh -semoga Allah menjaganya-: “Gigihlah kamu dalam memberi ilmu kepada manusia dan mengajar mereka. Inilah perkara yang mereka semua perlukan. Manusia dan para penuntut ilmu perlu disibukkan dengan ilmu. Permasalahan yang berlaku sesama mereka itu sudah ada pada saya dan saya sendiri telah menelitinya, menasihati berkaitan dengannya dan saya masih terus menasihati. Adapun kamu, maka sibukkan mereka semua dengan ilmu kerana apabila kamu menyibukkan mereka dengan ilmu, nescaya waktu akan berlalu dalam kebaikan untuk kamu dan juga untuk mereka.”

Dan segala puji bagi Allah, kami turun di tempat itu dan berkumpul di sana sejumlah penuntut ilmu sekitar 40 ke 50 orang dari beberapa wilayah. Kami masuk bersama mereka dalam pelajaran-pelajaran khas dan umum. Orang yang sibuk dengan ilmu akan lupa kepada fitnah dan Allah -Yang Maha Agung lagi Maha Mulia- akan memalingkan daripadanya banyak fitnah kerana dia menghindarinya dan menjauhkan diri daripadanya.

إِنَّ السَّعِيْدَ لَمَنْ جُنِّبَ الفِتَن

“Sesungguhnya orang yang bahagia adalah yang dijauhkan daripada fitnah.”

Oleh sebab itu kata Syeikh: “..Gigih dalam menuntut ilmu..”
Kata beliau:

“..Apabila kamu melihat kepada kekurangan kamu..”
Kekurangan yakni kelemahan. Kelemahan yang ada pada kamu. Seorang penuntut ilmu [barangkali] berkata: “Kalau seandainya saya memiliki umur 200 tahun, nescaya saya tidak akan mampu menimba [seluruh] ilmu..” lalu bagaimana pula dengan umur yang sedikit ini iaitu sekitar 60 ke 70 tahun sahaja, itupun kalau dia dapat mencapainya. Maka umur adalah benda termahal yang kamu miliki. Apabila kamu sibukkan diri kamu dengan fitnah, nescaya kamu akan tersasar daripada menuntut ilmu. Apabila kamu menghindar daripada fitnah dan gigih menuntut ilmu serta mengambil nasihat para pemberi nasihat, nescaya Allah -Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi- akan menyelamatkan kamu daripada banyak fitnah.

Oleh sebab itu, Syeikh kata:

“..Apabila kamu melihat kepada kekurangan kamu, bahkan [apabila kamu sedar] bahawa kamu tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan para ulama terdahulu seperti Al-Hafiz Ibn Kathir dan yang sebelum beliau dalam kalangan para huffaz yang menonjol dalam bidang ilmu yang pelbagai..”

3 months ago

Sikap Melampau Si Abu Fairuz Dan Orang Yang Taasub Kepadanya Dalam Menjatuhkan Hukum-Hakam.

Kata Fadhilat al-Syaikh 'Abd al-Hamid al-Zu'kuri hafizahullah mengulas tindakan seorang ayah memboikot anaknya dan tidak mengizinkan anaknya pulang menziarahi ibunya sendiri -kerana anaknya tak mahu tunduk kepada hukum zalim si Abu Fairuz dan mengajak untuk kembali kepada para ulama sunnah sezaman-:

"..‏وأما منع أبيك لك من زيارة أمك فهو مخطئ في هذا هداه الله.

لا يجوز أن يسعى في قطيعة الرحم ولا يجوز أن يمنعك من أمك.

ولو قدر -جدلا- أنه محقّ، يتألفك ويحسن إليك وينصحك، لكن و الله أنه بسلوك [طريقة] أبي فيروز مخطئ في هذه المسألة.

فأبو فيروز مفتئت، وأقواله بائرة، وأفعاله جائرة وسلقى أثرها في هذه الأيام أو بعد حين.

سيلقى أثرها ويرى أنه منبوذ بين السلفيين ما لم يتدارك نفسه بتوبة وإصلاح.."

**"..Adapun tindakan ayah kamu melarang kamu daripada menziarahi ibu kamu maka dia salah dalam hal ini -semoga Allah memberinya hidayah-.

Tidak boleh ke atas ayah kamu untuk berusaha memutuskan silaturahim dan tidak boleh ke atasnya melarang kamu daripada ibu kamu.**

Katakanlah -dalam rangka berjidal- dia di atas kebenaran sekalipun, hendaklah dia berlemah-lembut dengan kamu, berbuat baik kepada kamu dan menasihati kamu; akan tetapi -demi Allah- tindakannya menempuh [tariqah dan jalan] Abu Fairuz adalah salah dalam masalah ini.

**Abu Fairuz seorang yang keras kepala menentang, ucapan-ucapannya binasa, perbuatan-perbuatannya zalim dan dia akan mendapatkan akibatnya baik pada hari-hari ini atau selepas beberapa waktu.

Dia akan mendapatkan akibatnya dan akan melihat bahawa dirinya terbuang di tengah-tengah Salafiyyin selama dia tidak memperbaiki dirinya dengan bertaubat dan melakukan perbaikan.."
____________

Disampaikan oleh Syeikh 'Abd al-Hamid al-Zu'kuri pada 30 Rabi' al-Awwal 1445 bersamaan 20/10/2023.

Dengar audio penuh di sini: https://t.me/maktabahahmad_publisher/1918

Terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira

3 months ago

“..«Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat» Kemudian baginda membaca [ayat ini]: [Tidaklah mereka memberikan perumpamaan itu kepada kamu melainkan dengan maksud membantah sahaja..”
Sebab turunnya ayat ini adalah berkaitan dengan Nabi ‘Isa bin Maryam. Ia kisah yang makruf di dalam kitab-kitab tafsir. Yang diinginkan daripadanya adalah: “..melainkan dengan maksud membantah sahaja..” Maksudnya: Berbantahan pada perkara yang batil. Orang yang sesat akan berbantahan dengan cara yang batil. “..Sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar” bertengkar tentang apa? Tentang kebatilan.
___

Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Fath al-Qadasi pada 20 Rabi' al-Akhir 1445 bersamaan 4/11/2023 di Malaysia.

Transkrip dan terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.

#Nasihatku_Kepada_Ahli_Sunnah
#Bahagian_11

3 months ago

Maka ini kata-kata yang sangat tepat daripada Syeikh -semoga Allah merahmatinya- dan beliaulah yang lebih tahu tentang keadaan sebahagian pelajar beliau yang dahulunya belajar di sisi beliau. Dahulu ada juga sebahagian mereka yang menamakan diri mereka sebagai “Ashab Manhaj” (orang-orang kuat manhaj) di sisi Syeikh Muqbil dan Syeikh selalu kata: “Manhaj kita Al-Kitab dan Sunnah!”, Kita tidak memiliki manhaj yang lain. Kita tidak memiliki sesuatu yang lain bernama ‘Manhaj’ kecuali Al-Kitab dan Sunnah. Akidah kita adalah apa yang ada di dalam Al-Kitab dan Sunnah. Manhaj kita adalah apa yang ada di dalam Al-Kitab dan Sunnah.

Kata Syeikh:

“..Akan tetapi, sebahagian penuntut ilmu telah berasa puas dengan ilmu yang dia miliki lalu jadilah dia seorang yang suka berdebat dengan setiap orang yang menyelisihinya. Dan ini adalah salah satu sebab terjadinya perpecahan dan perselisihan. Imam Al-Tirmidzi telah meriwayatkan di dalam «Jami’» beliau daripada Abu Umamah..”
Iaitu: Abu Umamah al-Bahili.

“..beliau berkata: “Rasulullah -semoga selawat dan salam Allah dilimpahkan ke atas baginda- bersabda: «Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat» Kemudian baginda membaca [ayat ini]: [Tidaklah mereka memberikan perumpamaan itu kepada kamu melainkan dengan maksud membantah sahaja..”
Yakni: Seseorang itu pada asalnya berada di atas jalan yang mustakim, lurus dan tenang; dia juga tenang dalam menuntut ilmu, berjalan di atas kebaikan kemudian sesat daripada jalan tersebut kerana sesuatu sebab. Setelah itu tiba-tiba dia pun terjebak dengan perdebatan. Dia berdebat, mempertahankan, melawan dan menyondol dalam isu-isu ini.

Apabila dikatakan kepadanya: “Wahai fulan, bertakwalah kepada Allah pada diri kamu! Janganlah kamu memecahbelahkan dakwah ini! Janganlah kamu mencerai-beraikan saudara-saudara kamu! Kembalilah kepada ahli ilmu!”

Dia kata: “Tidak wajib untuk aku kembali kepada ahli ilmu. Apabila aku dah tahu urusan ini maka tidak wajib untuk aku kembali kepada ahli ilmu!”

Apabila dikatakan kepadanya: “Berbincanglah dengan masyaikh kamu dalam apa yang kamu perbuat ini!”

Dia kata: “Tidak, ini semua tak wajib!”

Apabila dikatakan kepadanya: “Si fulan itu, kenapa dengan kamu? Kenapa kamu mencelanya?”

Dia kata: “Kerana dia tidak bersetuju denganku dan kerana dia tawakkuf pada masalah sekian dan kerana dia tidak berpendapat seperti pendapatku!”

Tahu-tahu dia telah mengambil sikap terhadap sesiapa yang tidak bersetuju dengannya dan juga terhadap orang yang berteman dengan sesiapa yang tidak bersetuju dengannya dan juga terhadap orang yang berteman dengan orang yang berteman dengan sesiapa yang tidak bersetuju dengannya kemudian perkara ini pun berlarutan sehinggalah manusia berlapis-lapis menjadi umpama tak ada nilai di sisinya atau mereka semua diperlakukan sebagai orang yang mendapatkan hukum boikot atau selain itu.

Apabila dikatakan kepadanya: “Kenapa dengan mereka semua?”

Dia kata: “Orang ini mutawakkif!”

“Baik, yang itu pula?”

Dia kata: “Yang itu pula, dia berjalan bersama si mutawakkif!”

“Baik, yang ketiga?”

Dia kata: “Yang ketiga itu, dia bagi salam kepada orang yang berjalan bersama si mutawakkif!”

“Baik, yang keempat?”

Dia kata: “Yang keempat, dia memandang kepada si mutawakkif!”

“Baik, yang kelima?”

Dia kata: “Yang kelima, nama si mutawakkif masih ada dalam telefonnya dan dia tak padam!”

“Baik, yang keenam?”

Dia kata: “Yang keenam, sekian-sekian..”

Kemudian tiba-tiba mereka semua jadi berlarutan di dalam waswas tersebut sehingga mereka berlaku zalim terhadap ramai Ahli Sunnah disebabkan perkara semisal ini lalu bertambah lagi perpecahan dan perpisahan yang mana ini semua datangnya dari syaitan.

3 months ago

Sebabnya adalah mereka semua telah berpuas hati dengan ilmu yang mereka miliki lalu mereka pun menjadi orang-orang yang berjidal dengan Syeikh Muqbil -semoga Allah merahmatinya-, mereka berjidal dengan ahli ilmu dan bahawasanya merekalah yang berada di atas kebenaran manakala Syeikh Muqbil pula tidak berada di atas kebenaran.

Kemudian setelah itu datang pula kepada kami di Yaman fitnah yang dinamakan dengan “Fitnah Abu al-Hasan al-Ma’ribi” dan sebab ini jugalah yang menjadi sebab terbesar berlakunya perpecahan. Dia (Abu al-Hasan) menghimpunkan sebahagian penuntut ilmu dan menjadikan mereka meyakini dalam diri-diri mereka bahawa kebenaran ada bersama mereka dan mereka tidak perlu lagi mencari yang lain. Mereka telah berpuas hati dengan apa yang mereka miliki maka jadilah mereka juga orang-orang yang berjidal dengan Ahli Sunnah dengan ilmu yang mereka miliki itu sehinggalah hujung-hujungnya mereka menjadi orang-orang yang sia-sia dan longgar [dalam pegangan], tidak tersisa lagi kesan yang besar pada mereka. Mereka semua telah disia-siakan oleh Abu al-Hasan al-Ma’ribi.

Kemudian datang pula setelah itu “Fitnah al-‘Adani” dan setelah itu “Fitnah Ashab al-Ibanah” yang mana fitnah-fitnah yang datang ini semua kebanyakannya, inilah antara sebab terbesarnya iaitu berpuas hati dengan apa yang dia miliki dan berjidal bahawa kebenaran adalah apa yang ada bersamanya.

Demikian juga muncul di Yaman orang-orang yang berpuas hati dengan ilmu yang mereka miliki; seorang lelaki yang dahulunya memiliki peranan pada fitnah-fitnah yang lampau, barangkali sebahagian daripada kamu semua mengenalinya iaitulah “Muhammad al-‘Amudi”. Kemudian, bersamaan dengan banyaknya bantahan yang dahulu dia keluarkan -yang mana bantahan-bantahannya itu sebahagiannya berjalan dengan segala kecacatan dan kekurangan yang ada, sebahagiannya memiliki kelemahan tertentu, dan sebahagiannya lagi tidak mengapa-; kemudian berlalu hari-hari dan tiba-tiba orang ini jadi berpuas hati dengan ilmu yang dia miliki lalu membayangkan kepada dirinya sendiri dan kepada manusia bahawa Dakwah Salafiyyah tertegak di atas kepalanya sahaja manakala orang lain semuanya telah berpaling daripada dakwah ini dan meninggalkannya maka mulailah dia mencela Masyaikh Ahli Sunnah di Yaman dan menggelar mereka dengan gelaran-gelaran buruk yang mana ini menunjukkan kepada kurangnya adab orang ini bersama saudara-saudaranya dan para masyaikh-nya.

Dia berbicara mencela para masyaikh, masyaikh ‘Aden, dan masyaikh yang lain. Dia mencela Syeikh Abu Bilal, Syeikh ‘Abd al-Hamid, Syeikh Husain al-Hatibi, Syeikh Ahmad bin ‘Uthman dan masyaikh yang lain. Dia tidak meninggalkan seorang pun kecuali dia mencelanya. Dia mencelanya. Dan sampai ke hari ini dia masih menyangka bahawa dialah satu-satunya pembela Dakwah Salafiyyah dan bahawa Dakwah Salafiyyah ini hanyalah dipikul di belakang badannya, di atas kepalanya dan tidak ada yang memikul dakwah ini kecuali dia seorang sahaja. Akibatnya, dia pun terbuang dan tidak dikenali ramai orang. Demikianlah.

Kemudian akhirnya orang ini pun berbicara dan mencela Syeikh Yahya sedang Syeikh Yahya -semoga Allah menjaganya- berpaling dari orang ini dan tidak mempedulikannya di lembah manapun dia mahu binasa kerana Syeikh telah menasihatinya dan para masyaikh pun telah menasihatinya namun dia tidak mahu terima. Maka jadilah dia pada akhirnya berseorangan terpinggir daripada saudara-saudaranya.

Jadi hasilnya: Inilah masalah pada para penuntut ilmu. Kamu juga akan dapati sebahagian orang dalam kalangan mereka di pelbagai wilayah di Yaman, di sini, di situ dan di sana pun begitu juga sikapnya. Dia sangka kalau dia tidak bangkit dan mendahului ulama serta berbicara nescaya Dakwah Salafiyyah akan habis. Dia sangka bahawa dialah yang harus memikul bendera Al-Jarh wa al-Ta’dil dan harus menjadi yang terkehadapan [mendahului ulama] dalam masalah itu. Tahu-tahu dia malah memudaratkan saudara-saudaranya sendiri dan memudaratkan dakwah ini sedang manusia pula bergembira dengan berpecah-belahnya Ahli Sunnah.

3 months, 1 week ago

Baca:

  1. Pencerahan Yang Terang-Benderang Tentang Makna Tabdi', Mubtadi' Dan Impak Di Sebalik Hukum Mubtadi' Yang Dilemparkan Kepada Seseorang Yang Pada Asalnya Sunni Salafi. [Bahagian 1]. Oleh Fadhilat al-Syaikh 'Abd Allah bin Ahmad al-Iryani hafizahullah: https://t.me/maktabahahmad_publisher/1328

Fasal 1: Sebab Para Ulama Sangat Berhati-Hati Dalam Masalah Tabdi' Seseorang Muslim.

Fasal 2: Penjelasan Tentang Makna Mubtadi' Dan Impak Yang Berlaku Di Sebalik Itu.

Fasal 3: Kenapa Urusan Ini Wajib Diserahkan Kepada Ahlinya Yang Sebenar.

Fasal 4: Penyebutan Contoh Agar Lebih Mendekatkan Pemahaman.

  1. Pencerahan Yang Terang-Benderang Tentang Makna Tabdi', Mubtadi' Dan Impak Di Sebalik Hukum Mubtadi' Yang Dilemparkan Kepada Seseorang Yang Pada Asalnya Sunni Salafi. [Bahagian 2]. Oleh Fadhilat al-Syaikh 'Abd Allah bin Ahmad al-Iryani hafizahullah: https://t.me/maktabahahmad_publisher/1333

Fasal 5: Penyebutan Dalil-Dalil Akan Bahaya Melakukan Pencerobohan Ke Atas Kehormatan Seorang Muslim Apatah Lagi Seorang Sunni Salafi Tanpa Hak.

Fasal 6: Taklik Syeikh 'Abd Allah al-Iryani Terhadap Wasiat Syeikh Yahya al-Hajuri Terkait Seorang Saudara Di Perancis Yang Mentabdi' Seseorang Yang Tidak Ditabdi' Oleh Para Ulama.

3 months, 1 week ago

Hanya Ikut Ulama Mutaqaddimin?

Ditanyakan kepada Fadhilat al-Syaikh 'Abd al-Hamid bin Yahya al-Zu'kuri hafizahullah terkait ucapan si Abu Fairuz di statusnya:

"Saya tidak memisahkan diri dari ulama. Tapi saya justeru mengikuti bimbingan ulama yang lebih tinggi: Al-Imam Ahmad rahimahullah berkata: "Janganlah kalian mengekor kepadaku, dan janganlah kalian mengekor kepada Malik, atau Tsauri, atau al-Auza'iy. Ambillah dari mana mereka mengambil.."

Di mana status ini disebarkan setelah dipaparkan kepadanya kata-kata lamanya sendiri bahawa:

"Memisahkan diri dari bimbingan ulama adalah sebab kesesatan."

sebagai bantahan ke atasnya dengan kata-katanya sendiri.

Jawapan ringkas Syeikh:

قد ركب رأسه

"Dia telah menunggang kepalanya sendiri." ________
Nota penterjemah:

Frasa قد ركب رأسه (Dia telah menunggang kepalanya sendiri) membawa maksud:

«كابر، ‌عاند ‌وانفرد ‌برأيه ‌بغير ‌روية»

"Keras kepala menentang, degil dan menyendiri dengan pandangannya sendiri tanpa berfikir secara bijaksana."

Rujuk: معجم اللغة العربية المعاصرة (j. 2, h. 932).

Telah diizinkan terjemahan dan penyebarannya oleh Syeikh 'Abd al-Hamid al-Zu'kuri pada 8 Rabi' al-Awwal 1446H bersamaan 11/9/2024.

Terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.

3 months, 1 week ago

Nasihat Syeikh Fath al-Qadasi Terkait Fitnah Si Abu Fairuz.

Ditanyakan kepada Fadhilat al-Syaikh Fath bin 'Abd al-Hafiz al-Qadasi hafizahullah tentang adakah wajib ke atas seorang anak mentaati perintah ayahnya jika ayah memaksanya menghadiri majlis Abu Fairuz hadahullah yang telah membuat fitnah di Malaysia dan Indonesia dengan mentabdi' saudara-saudara salafi yang tidak ditabdi' oleh para ulama -seperti yang telah maklum di sisi masyaikh semua-.

Beliau menjawab:

هو (أبو فيروز) على طريقة من طرق الغلو.

وهو يبدع بعض إخوانه ويأمر بهجرهم ويغمز في مشايخه ولا يستمع لنصحهم المدعم بأدلة الكتاب والسنة ويدعي أن عنده دليلا وإنما عنده شبهات وشطحات، وعنده غلو في هذا الباب الذي سلكه هداه الله، وقد صبر عليه مشايخه وبذلوا له النصيحة كثيرا فنخاف أن يكون كما قال الله تعالى (ومن يرد الله فتنته فلن تملك له من الله شيئا)، ونحن مشفقون عليه وعلى من اغتر به، وسيأتي يوم يتضح لهم أنهم كانوا على انحراف ولم يكونوا مع أهل الحق على ائتلاف، فنسأل الله أن يبصرهم قبل فوات الأوان.

نسأل الله أن يصلحهم فلا تحضر مجالس أبي فيروز. فأبو فيروز قد صار من أهل الأهواء يحذر منه ولا يحضر مجالسه وهو قد شق الدعوة السلفية ونخشى أنه لن يرى خيرا إلا أن يتوب إلى الله سبحانه وتعالى.

فعلى كل حال لا تستمع لأبيك إذا ألزمك بمجالس أبي فيروز وادع لأبيك بالهداية.

فإذا، لا طاعة لأبيك في هذا ولست بملزم أن تسمع لدروس أبي فيروز ويمكنك أن تستمع لمشايخ السنة الذين نبذهم أبو فيروز وطعن فيهم. استمع لهم واستفد منهم قبل أن يفوت عليك الخير.

Dia (Abu Fairuz) berada di atas salah satu jalan ghuluw.

Dia mentabdi' sebahagian saudaranya dan mengarahkan untuk memboikot mereka. Dia menyindir masyaikh-nya sendiri dan tidak menerima nasihat mereka yang disokong oleh dalil-dalil Al-Kitab dan sunnah. Dia mendakwa bahawa dirinya memiliki dalil sedangkan yang dia miliki hanyalah syubhat-syubhat dan ungkapan-ungkapan yang berlebih-lebihan (syatahat). Dia juga memiliki sikap ghuluw melampau di dalam permasalahan yang dia tempuhi ini. Semoga Allah memberinya hidayah. Para masyaikh-nya telah bersabar dengannya dan telah banyak mencurahkan nasihat kepadanya, maka kita bimbang dia akan menjadi seperti yang Allah firmankan:

وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ ‌فِتۡنَتَهُۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔا

"Sesiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apa pun (yang datang) daripada Allah untuknya." [Al-Maidah: 41].

Dan kita merasa kasihan kepadanya dan kepada orang-orang yang tertipu dengannya. Akan tiba suatu hari di mana mereka akan menyedari bahawa mereka selama ini berada di atas penyimpangan dan tidak bersama dengan golongan yang benar di atas persatuan. Maka kita memohon kepada Allah agar memperlihatkan mereka [kebenaran] sebelum terlambat.

Kita berdoa kepada Allah agar memperbaiki mereka. Maka janganlah kamu hadir ke majlis-majlis Abu Fairuz. Abu Fairuz kini sudah termasuk golongan ahli hawa nafsu. Hendaklah diperingatkan [manusia] daripadanya dan janganlah menghadiri majlis-majlisnya. Orang ini telah memecahbelahkan Dakwah Salafiyyah dan kita bimbang dia tidak akan melihat kebaikan kecuali jika dia bertaubat kepada Allah subhanahu wata'ala.

Maka, tidak perlu kamu menuruti ayah kamu jika ayah kamu memaksa kamu menghadiri majlis-majlis Abu Fairuz dan teruskanlah mendoakan ayah kamu dengan hidayah.

Tidak ada ketaatan bagi ayah kamu dalam masalah ini dan kamu tidak boleh dipaksa untuk mendengar pelajaran-pelajaran daripada Abu Fairuz. Kamu boleh mendengar pelajaran-pelajaran daripada Masyaikh yang telah dibuang dan dicela oleh Abu Fairuz. Dengarlah pelajaran-pelajaran mereka dan ambillah faedah daripada mereka sebelum terlepas daripada kamu peluang untuk meraih kebaikan. ________________
Telah diizinkan terjemahan dan penyebarannya oleh Syeikh Fath al-Qadasi sendiri pada 8 Rabi' al-Awwal 1446H bersamaan 11/9/2024.

Terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.

3 months, 2 weeks ago

Kata Fadhilat al-Syaikh Abu 'Amr 'Abd al-Karim bin Ahmad al-Hajuri hafizahullah:

المحرش مطعون العدالة، فاسق، عاص لله تعالى، لا يقبل خبره، ويبغض في الله، وينصح.

فلا تقبل أخباره؛ لأنه فاسق؛ ولأنه عاص كائنا من كان. وباب النصح معلوم وطرقه معروفة؛

«الدِّينُ النَّصِيحَةُ»

لكن التحريش ليس من النصح في شيء؛ بل هو من الإفساد في الأرض، ومن عمل إبليس، ومن أعمال المنافقين.

Orang yang suka menghasut dicela kelurusan agamanya ('adalah), fasik, derhaka kepada Allah ta'ala, tidak diterima beritanya, hendaklah dibenci kerana Allah dan dinasihati.
Tidak diterima berita-beritanya kerana dia fasik dan kerana dia derhaka, tak kira siapapun dia.

Bab nasihat telah sedia maklum dan tatacaranya juga telah sedia maklum.

"Agama itu nasihat".

Akan tetapi menghasut orang bukanlah termasuk nasihat sama sekali, bahkan ia termasuk perbuatan membuat kerosakan di atas muka bumi, termasuk perbuatan Iblis dan perbuatan orang-orang munafik."

Sumber: https://t.me/abuamroalhgoury/7799

Terjemahan oleh Wan Shahir bin Wan Perwira

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago