Anwar Ibrahim (official)

Description
The Official Telegram Channel of Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾

Facebook: facebook.com/anwaribrahimofficial/
Instagram: instagram.com/anwaribrahim_my
Twitter : twitter.com/anwaribrahim
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 3 semanas, 4 días

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 mes, 1 semana

4 weeks, 1 day ago

Kerajaan beriltizam tegas bagi memperbaiki tahap tadbir urus dan kecekapan perkhidmatan awam ke tahap yang mengambilkira kepentingan rakyat terbanyak.

Justeru, saya mendukung penuh langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan penguatkuasaan dilakukan secara tegas dan adil mengikut jalur keadilan dan kebijakan yang tuntas.

Begitu juga dengan kejayaan Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL merungkai isu lesen atas lesen membabitkan bazar Ramadan yang membelenggu peniaga kecil ibu kota sejak puluhan tahun mesti diberi perakuan dan penghargaan yang tinggi.

Pencapaian dalam menyelesaikan permasalahan ini mesti dengan bingkas diteladani pihak berkuasa tempatan yang lain agar suara, kepentingan dan keluhan rakyat tidak boleh terus diinjak.

Ini masanya untuk bekerja dengan dengan tangkas memadanikan negara!

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

4 weeks, 1 day ago

Thaipusam bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi menjadi simbol ketabahan, keazaman, dan pengorbanan dalam menempuh ujian kehidupan bagi penganut Hindu. Ia turut mencerminkan kekuatan dalaman dan disiplin mereka dalam mendepani tantangan.

Tidak hanya itu, Thaipusam turut menyerlahkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian dalam konteks kenegaraan. Ia menjadi bukti bagaimana masyarakat boleh bersatu dalam suasana yang penuh dengan rasa hormat, kebersamaan dan kekeluargaan. Tatkala ribuan penganut Hindu berkumpul untuk menunaikan nazar dan menzahirkan pengorbanan, kita saksikan satu manifestasi kekuatan yang kolektif; yakni cerminan masyarakat yang berdiri teguh dalam nilai-nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan saling memahami.

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, semangat saling menghormati dan menerima perbedaan harus menjadi tunjang yang memungkinkan perpaduan. Keunikan budaya dan amalan yang berbeda harus diraikan sebagai kekuatan, bukan pemisah dan sebagai elemen yang memecah. Lantas, ciri ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan serta nilai-nilai murni dan dihormati tidak hanya di rantau ini, malah seantero dunia.

Negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbedaan diperbesar dan prinsip kerukunan dikesempingkan. Walhasil, setiap perayaan yang berlainan dan unik seperti ini seharusnya difahami oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan yang menjunjung prinsip hidup berdamping (coexistence).

Saya sering beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian untuk dijadikan ruang untuk kita saling mengenali dan berkasih sayang, bukan menyebar serta memicu kebencian.

Justeru, mari bersama membenih semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperkukuh kasih sayang. Hanya dengan memahami dan menghormati satu sama lain, kita dapat menjamin sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan makmur buat semua.

===

தைப்பூசத் திருநாள் என்பது சமய விழாவாக மட்டுமல்லாமல், இந்துக்கள் தங்கள் வாழ்க்கையின் சவால்களை எதிர்கொள்வதற்கான உறுதி, தன்னம்பிக்கையோடு தியாகத்தின் அடையாளமாகவும் திகழ்கிறது. மேலும், இந்நாள் அவர்களின் மன வலிமையையும், கட்டுப்பாட்டையும் பிரதிபலிக்கிறது.

தைப்பூசத் திருநாள் தேசிய சூழலின் பன்முகத்தன்மையில், ஒற்றுமையின் உணர்வையும் வெளிப்படுத்துகிறது. மரியாதை, ஒற்றுமை, குடும்ப உணர்வு நிறைந்த சூழலில் ஒரு சமூகம் எவ்வாறு ஒன்றிணைய முடியும் என்பதற்கு இந்நாள் சிறந்த சான்றாகவும் திகழ்கிறது.

ஆயிரக்கணக்கான இந்துக்கள் தங்களது நேர்த்திக்கடன்களைச் செலுத்தவும், தியாகங்களை வெளிப்படுத்தவும் ஒன்று கூடும்போது, கூட்டு வலிமையின் வெளிப்பாட்டை நாம் கண்கூடாகக் காண முடிகிறது. மனிதநேயம், அன்பு, பரஸ்பரப் புரிதலில் உறுதியாக நிற்கும் ஒரு சமூகத்தின் பிரதிபலிப்பு இது.

நிலையற்ற இன்றைய உலகில், வேறுபாடுகளை மதித்து ஏற்றுக்கொள்ளும் உணர்வானது, ஒற்றுமைக்குப் அடித்தளமாக இருக்க வேண்டும். வேறுபட்ட கலாச்சாரமும், தனித்துவமும் பிரிவினையாக அல்லாமல் வலிமையாக வெளிப்பட வேண்டும்.

இதனால்தான் மலேசியா பாரம்பரியமும், நற்பண்புகளில் செழுமையான நாடாகவும் உலகளவில் திகழ்கிறது.

வேறுபாடுகள் மேலோங்கி, நல்லிணக்கக் கொள்கைகள் புறக்கணிக்கப்பட்டால், நாட்டின் அமைதியும் முன்னேற்றமும் பாதிப்படையும். எனவே, இதுபோன்ற வித்தியாசமான, தனித்துவமான திருநாள்களின் அமைதியையும் சகமனிதக் கொள்கையையும் ஒவ்வொரு மலேசியரும் புரிந்துக் கொள்ள வேண்டும்.

மலேசிய மக்கள் மிகவும் அதிர்ஷ்டசாலிகள். ஏனெனில், பல்வேறு கலாச்சாரங்களையும் அதன் உணர்வுகளையும் அறிந்து அன்பு செலுத்தக்கூடிய வாய்ப்பைப் பெற்றவர்கள். ஆகவே, ஒற்றுமையின் உணர்வை வளர்த்து, மலேசியர்களின் பன்முகத்தன்மையைப் போற்றி, அன்பை வலுப்படுத்த வேண்டும். ஒருவரையொருவர் புரிந்துகொண்டு மதிப்பளிப்பதன் மூலம் நாகரீகம், கண்ணியம், செழிப்பு நிறைந்த நாட்டை உருவாக்க முடியும்.

அன்வார் இப்ராஹிம்

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

4 weeks, 1 day ago

Saya dan Azizah seterusnya meraikan Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan dalam majlis makan santai dan penuh harmoni di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena kerangka Lawatan Rasmi dua hari ke Malaysia ini.

Ruang ini untuk kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai sinergi baharu dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Usai, kami sempat meninjau kawasan sekitar sebelum pulang berehat bagi mempersiapkan diri bagi program-program rasmi yang telah disusun atur esok.

🇲🇾🇹🇷

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

3 months, 1 week ago

Tengah hari tadi melakukan kunjungan ke medan selera di Taman Warisan Pertanian dan makan tengah hari bersama-sama warga Putrajaya.

Usai makan tengah hari, saya ke Surau Pudina di Presint 17 untuk menunaikan solat Jumaat. Saya dan jemaah turut sertai solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Asyraf Ibrahim bagi memohon perlindungan daripada musibah banjir.

#MalaysiaMADANI

3 months, 1 week ago

Hadir ke Putrajaya Festival of Ideas (Putrajaya FOI) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi sambil dihadiri ribuan mahasiswa dan mahasiswi dari IPTA dan IPTS, pemimpin pemikir, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum.

Platform ini penting bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia.

Saya sempat titipkan pesanan bahawa negara akan ketinggalan dari arus kemajuan jika kekeringan idea atau tidak dilaksanakan sebaik-baiknya.

Sayugia, percambahan idea penting bagi merancakkan pemikiran baharu sambil mendampingi teknologi terkini sesuai dengan peredaran semasa.

Saya tertarik dengan penyampaian bertajuk “Idea Anak Muda Malaysia” daripada adik Izz Imil Shahrom, seorang genius muda dari Universiti Malaya, moga bakat yang ada ini terus melakar episod kejayaan selain menjadi sumber inspirasi masyarakat.

Dalam platform yang sama, saya juga berwacana bagi membincangkan dan memberi respon kepada persoalan-persoalan merangkumi perancangan Kerajaan jangka masa pendek dan panjang demi masa depan mahasiswa dan mahasiswi negara.

#MalaysiaMADANI

3 months, 1 week ago
Malaysia terikat daripada memfailkan kes di …

Malaysia terikat daripada memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap kekejaman dan genosid dilakukan Israel di Gaza kerana kita menolak Statut Rom. Rakyat Malaysia sukar menerima Statut Rom kerana beberapa kekangan antaranya terkait hak Bumiputera, agama dan LGBT.

Namun ia tidak menghalang Malaysia untuk terus keras bersuara mementang kezaliman rejim Zionis serta menyatakan dukungan terhadap kes genosid yang telah difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/i8x6rUARYfFiZRWn/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DC6roZnTnYH/?igsh=MW80Y2dwNnV3aHZpaA==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1862130436153245891?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjqDSq2F/

YouTube
https://youtube.com/shorts/-XDTZJnrKog?feature=shared

3 months, 2 weeks ago
I am pleased that tech giants …

I am pleased that tech giants like Microsoft and Google are putting their faith in Malaysia. I am optimistic others will follow. Clarity in policy is crucial for the common good and attracting investors. Together, we must and will work harder to improve the lives of Malaysians through the opportunities offered by AI technology. The future is ours to shape and win.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024
#NationalAIRoadmap

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/AB9ryzdznACDXpja/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCrbn2VzUD7/?igsh=ZTh3bWVtcTZ2Ym16

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1859982534840660119?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

YouTube
https://youtu.be/Fe7EYOQ4kvE?feature=shared

3 months, 2 weeks ago

Luang waktu bertemu rakyat ketika makan tengah hari di Medan Selera Presint 9 hari ini usai mesyuarat Kabinet. Terlipur hati layan telatah anak-anak di sini.

Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna. Alhamdulillah.

#MalaysiaMADANI

3 months, 2 weeks ago

Abu Zur‘ah daripada Abu Hurairah R.A, katanya: Nabi SAW bersabda: “Ada dua kalimat yang disukai al-Rahman, yang (sebutannya) ringan di lidah dan berat (ganjarannya) di atas timbangan, iaitu:

‎سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

“Maha Suci Allah dan segala puji untuk-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

#MalaysiaMADANI

3 months, 3 weeks ago

Ini jawapan-jawapan saya dalam sidang media di Lima, Peru tatkala menjawab tohmahan pembangkang yang cuba memesongkan kenyataan saya terkait isu negara haram Israel.

#MalaysiaMADANI

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated hace 2 meses, 2 semanas

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated hace 3 semanas, 4 días

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated hace 1 mes, 1 semana