IKRAM MUDA MALAYSIA

Description
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago

2 months, 2 weeks ago
IKRAM MUDA MALAYSIA
3 months, 1 week ago
10,000 Pelajar Tidak Hadir SPM: Isu …

10,000 Pelajar Tidak Hadir SPM: Isu yang Memerlukan Tindakan Kolektif

"Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja menjejaskan peluang masa depan individu tetapi juga membawa kesan besar kepada daya intelektual dan ekonomi negara."

Baca lagi di:
https://www.facebook.com/share/p/1E45qm6hHb/

#ikramteensmalaysia
#artikelITM

3 months, 2 weeks ago

Berita baik buat semua bakal CALON SPM 2025! 📝

Eksplorasi Remaja Cemerlang (XCELL) 2025 kini kembali 🎉

XCELL merupakan salah satu program PRODUCE IKRAMTeens yang berfokuskan kepada persediaan SPM, teknik pembelajaran serta mindset yang cemerlang.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang confirm SLAY! 🙂

📌 SAVE THE DATE!
Untuk info lanjut serta pendaftaran, nantikan hebahan seterusnya dalam masa terdekat

#XCELL25
#ikramteensmalaysia
#menyerlahjauhdaripadabiasa

5 months, 2 weeks ago
4 & 5 November 2024, Shah …

https://www.instagram.com/p/DB_Jh_3Sc6F/?igsh=eTRtc3VwYnk3ZTNn

4 & 5 November 2024, Shah Alam, Selangor — RDC Youth Conference telah berlangsung dengan jayanya, yang mengumpulkan lebih daripada 250 anak-anak muda daripada 15 buah negara.

Program ini merupakan anjuran Regional Development Committee (RDC), serta penganjur bersama, IKRAM Muda Malaysia dan IDEAL.

Ucapan pembukaan telah diberikan oleh saudara Khairul Anuar Kamaruddin, Ketua IKRAM Muda Malaysia, diikuti oleh perkongsian-perkongsian oleh tokoh-tokoh dalam pembangunan pemuda, antaranya:

  1. YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  2. YB Puan Anfaal Saari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan)
  3. Hj Nicholas Sylvester, Pengerusi RDC Summit 2024
  4. Dr. Ashraf Awad, Pengasas ‘Islamic World Youth Leaders Forum’
  5. Assoc. Prof. Dr. Shahrul Mizan Ismail, Pengerusi Eksekutif, PPSU, Malaysia
  6. Dr. Gamal Albinsaid, CEO Indonesia Medika
  7. Mr Samer Mezher, Ahli Syura dan Wakil IIFSO
  8. Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, CEO ARBA Foundation
  9. Mr Ammar Roslizar, CEO Yezza

Semoga para pemuda terus bersemangat menimba ilmu dan memperbaiki diri demi pembangunan negara dan ummah.

“IKRAM Muda - Menjana Solusi Demi Kesejahteraan Masa Depan Negara”

#IKRAMMuda #anakmuda #pemangkinnegararahmah

Ikuti IKRAM Muda Malaysia di https://linktr.ee/ikrammudamalaysia

6 months ago
IKRAM MUDA MALAYSIA
6 months ago
‎{ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا …

https://www.instagram.com/p/DBRBGO8yBP8/?igsh=MWpjOTUwOG5pcjFndA==

‎{ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا }
[Surah Al-Aḥzāb: 23]

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

IKRAM Muda Malaysia menyampaikan salam takziah atas kesyahidan Yahya Sinwar, Pemimpin Politik Hamas. Semoga Allah menerima beliau sebagai salah seorang syahidNya.

“IKRAM Muda - Menjana Solusi Demi Kesejahteraan Masa Depan Negara”

#IKRAMMuda #anakmuda #pemangkinnegararahmah

Ikuti IKRAM Muda Malaysia di https://linktr.ee/ikrammudamalaysia

9 months, 2 weeks ago

https://www.instagram.com/p/C9H1KC1S6Co/?igsh=YWdicGh3ajhyc2ts

Semoga tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1446 H!

Semoga Awal Muharram ini menjadi penyuntik semangat untuk kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari diri kita yang dahulu, inshaAllah! Semoga setiap ‘penghijrahan’ kita demi Allah mendapat redhaNya.

“IKRAM Muda - Menjana Solusi Demi Kesejahteraan Masa Depan Negara”

#IKRAMMudaMalaysia #anakmuda #pemangkinnegararahmah

Ikuti IKRAM Muda Malaysia di https://linktr.ee/ikrammudamalaysia

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 3 months, 4 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 months ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 months, 2 weeks ago