𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐑𝐞𝐦𝐚𝐣𝐚 🥀

Description
A Motivational, Islamic Dakwah and Inspiring Channel ✨

📩 Book Paid Review Slot with @BesidesNur
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 5 days, 14 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 6 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 month ago

Menjadi lelaki…

  1. Pemimpin yg bertanggungjawab

Dia tak hanya bercakap tentang kepimpinan, tapi dia HIDUP sebagai pemimpin. Tegas, berwibawa, & penuh hikmah, memastikan setiap langkahnya membawa manfaat kepada orang sekeliling. Memimpin dengan kasih sayang, & adil dalam membuat keputusan. Tak tunduk pada ego, tetapi tegas berlandaskan prinsip kebenaran.

  1. Pelindung & penjaga

Ancaman apa pun, dialah yang pertama berdiri di barisan depan. Maruah & keselamatan keluarga sentiasa jadi keutamaan, tanpa kompromi, tanpa gentar.

  1. Penyedia nafkah tanpa alasan

Dia bangkit sebelum matahari terbit, berjuang tanpa mengenal penat & lelah. Rezeki halal bukan sekadar makanan di meja, tetapi bukti cinta dan tanggungjawab yang tertulis di setiap peluh yang menitis. Dia memahami itu semua adalah ibadah.

  1. Pembimbing jalan syurga

Dia bukan hanya membawa nama, tetapi membawa keluarga ke arah yang dirahmati. Sentiasa mengajak keluarga ke arah kebaikan, menghidupkan aspek kehambaan dlm kehidupan. Dialah imam, dialah guru, dialah yang memastikan setiap langkah menuju redha Ilahi.

Lelaki qawwam adalah anugerah dunia. Bukan hanya seorang insan, tetapi simbol kekuatan, pengorbanan, dan keberanian. Tanpa mereka, dunia ini akan kehilangan arah.

Wahai lelaki, anda adalah tonggak yang menguatkan, tiang yang menyokong, dan cahaya yang memimpin. Jadilah lelaki yang bukan hanya hebat di mata manusia, tetapi mulia di sisi Allah.

Bangkitlah, wahai lelaki sejati. Jadilah inspirasi. Jadilah legenda. Dunia perlukan kekuatanmu.

Selamat Hari Lelaki Sedunia.

1 month, 1 week ago

Jangan dibawa main dendam seorang perempuan.

Dulu ketika masih bersama, merekalah pasangan yang paling cocok. Sentiasa ada disisi untuk memberi sokongan dan cinta yang tak berbelah bagi.

Pergi merata ceruk pasti akan dikemas kini dalam media sosial. Sampaikan orang tengok pun berasa seolah-olah kita juga melancong secara maya. Kemewahan, pengaruh dan keluarga yang kita nampak sempurna.

Kita semua impikan ada pasangan sebegitu dengan kekayaan sebegitu.

Namun, akhirnya terputus juga di tengah jalan angkara orang ketiga. Mungkin kemarahan yang membuak-buak kerana pasangan berpaling tadah? Berubah hati?

Masing-masing terus merancang beberapa bentuk penderitaan dan kesukaran hidup bagi bekas pasangan hanya kerana memvunuh bukanlah jalan yang terbaik bagi membalas dendam. Jalan terbaik adalah dengan memburukkan situasi hidup bekas pasangan supaya lebih menderita dan terseksa mental.

Perkara ini bukanlah perkara yang harus dibanggakan oleh warga maya. Orang ramai hanya tengok untuk bertepuk tangan saja. Yang sakitnya, siapa?

Faham nak naikkan semangat perempuan yang ditinggalkan oleh suami. Boleh bangkit dengan bingkas tanpa pandang ke belakang. Yang ini aku faham.

Tapi pengaruh yang ada tu telah disalahgunakan untuk melempiaskan dendam yang telah lama terbuku di hati masing-masing.

Kesian betul kat anak-anak yang menyaksikan pertelingkahan sebegini antara ibu bapa mereka.

Teringat kata-kata William Shakespeare:

‘Hell hath no fury like a woman scorned’

Yang bermaksud,
"Api neraka pun tak sepanas dendamnya seorang perempuan."

Terlalu mencintai juga akan menyebabkan terbukanya pintu kekecewaan yang terlalu mendalam kelak.

1 month, 1 week ago

Jangan takut JATUH, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh.

Jangan takut GAGAL, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah.

Jangan takut SALAH, kerana kesalahan kita yang pertama kita akan belajar untuk betulkan.

4 months ago

Ingat, kita jangan kembali rapat dengan orang yang pernah menikam kita di belakang kita walaupun kita telah memaafkannya. Soal maaf ya dah maafkan, soal nak rapat, maaf tidak lagi.

@Hati_Remaja

4 months ago

Tadi ada dengar dekat tv ustaz tu pesan,

Kalau kita berani doa untuk kekayaan, jangan mengeluh bila dapat kerja yang banyak.

Kalau kita berani doa untuk kebahagiaan, jangan mengeluh bila kita ditimpa ujian.

Allah makbulkan doa kita dengan cara-Nya. ?

@Hati_Remaja

4 months ago

Cari duit sampai stress, lepastu duitnya guna buat hilangkan stress. Duit habis sambung balik stress ?

@Hati_Remaja

4 months, 1 week ago

Kenkadang rasa benci waktu malam. Bila dah rasa letih tp mata susah nak pejam.

Ada orang bagi petua jangan main phone, letak tepi… nnti terus terlelap. Not working for me. Kalau tak pegang phone pun, I akan termenung je tengok tingkap.

Perit susah nak tido sumpah penat :’)

@Hati_Remaja

4 months, 1 week ago

Apabila orang kaya menangis. Kita akan cakap.

Kekayaan takkan dapat bagi kebahagiaan.

Sedangkan dia menangis sekali sekala je.

@Hati_Remaja

4 months, 1 week ago

I ada baca tentang Rezeki, ia datang dgn pelbagai cara.

  1. Rezeki yg kita cari
  2. Rezeki yg Allah hadiahkan
  3. Rezeki kerana kebaikan kita

Sbb tu jangan berasa lelah utk berbuat kebaikan. Percayalah…Selagi nyawa masih ada, selagi itu rezeki pasti datang.

@Hati_Remaja

7 months ago

Jumpa dekat ig reels dia kata 2 orang saja yang sentiasa akan menang dimana2 saja dia duduk.

  1. Orang yang cantik
  2. Orang yang baik

No 1 ofcourse pretty privilege, but no 2 tu, they will always win sebab Allah tu baik sentiasa akan bagi benda2 best to them kalau tengok betul2.

So conclusion, if kita ni sekadar berwajah awam tak dapat pretty privilege, kita sentiasa ada option 2 iaitu menjadi seorang yang baik akhlaknya. You will see dunia ni berubah jadi indah. Datang satu masalah, Allah bagi solution every time

If we look closely, Allah ni tak tinggal hamba dia. Ada je benda tukar ganti lebih baik untuk kita after setiap dugaan. Kita just perlu buka mata dan hati je untuk nampak kebesaran Dia.

@Hati_Remaja

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 5 days, 14 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 6 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago