Unlock a World of Free Content: Books, Music, Videos & More Await!

Islamic Quotes📚

Description
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Put Allah first, and you will never be last ♥
- Whoever you are, be a good 👍
- Allah always with us
Advertising
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 1 week ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 1 week ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 3 days ago

2 months, 4 weeks ago

*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Utamakan akhirat dalam segala hal dunia kita bermula hari ini, sesungguhnya akhirat adalah permulaan kehidupan yang sebenar.

- Ustaz Wadi Anuar -
*
@Nota_nasihat

2 months, 4 weeks ago

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Kebahagiaan itu boleh dicapai dengan cara mensyukuri segala pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

@Nota_nasihat

2 months, 4 weeks ago

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

AZAM DAN NIAT RAMADHAN

*Pesanan daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid:

[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah RASULULLAH ﷺ semampu kita.

[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).

[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).

[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid / surau / rumah).

[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).

[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.

[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.

[8] Niat untuk perbanyak sedekah / infaq.

[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.

[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.

[11] Niat jadi hamba-NYA, umat RASULULLAH ﷺ, suami / isteri, anak, abang / kakak, saudara, ayah / ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini. InsyaALLAH.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر@quotephotovideo 🌸🌸🌸*
@Nota_nasihat

2 months, 4 weeks ago

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

🍩🍇 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN 🍰🍛

Jom Prepare!

*1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

  1. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.

  2. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

  3. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

  4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

  5. Sunat dhuha setiap pagi.

  6. Sedekah setiap hari minimum seringgit.

  7. Pastikan sahur setiap hari.

  8. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

  9. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.

  10. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

  11. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.

  12. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

  13. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

  14. Jauhkan aktiviti yang lagha.

  15. Zikir harian, banyakkan berdoa.

  16. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.

  17. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah

  18. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

  19. Menjaga dan menghubung silaturrahim

  20. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna

  21. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

  22. Tidak berlebih2an maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

  23. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.

  24. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

  25. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

  26. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

  27. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

  28. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..

  29. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.

  30. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر@quotephotovideo 🌸🌸🌸*
@Nota_nasihat

2 months, 4 weeks ago

*Assalamu'alaikum..

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ..

Buat para wanita yang uzur di Bulan Ramadan, boleh kumpul pahala dengan amalan-amalan ni: 

  1. Sediakan makanan untuk orang sahur / berbuka

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR Tarmizi)

  1. Banyakkan beristighfar & meminta ampun dari Allah

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang mencintai permintaan maaf, maka maafkanlah aku.”

  1. Banyakkan berzikir

سبحان الله (x33)
الحمد لله (x33)
الله أكبر (x33)
لا إله الا الله وحده لا شريك له
sehingga akhir (x1)

“Barangsiapa membaca yang di atas nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR Muslim)

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

“Ucapkanlah yang di atas Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu.” (HR Ibnu Majah)

  1. Banyakkan berdoa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu Syurga dan aku berlindung denganMu dari api neraka.”

  1. Banyakkan berselawat

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (HR An-nasie)

  1. Bersedekah

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” (HR Tirmidzi)

  1. Dengar bacaan Al Quran dan maksudnya

  2. Dengar tazkirah / kuliah agama (menambah ilmu dan pengetahuan tentang Islam)

  3. Senyum

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu.” (HR Tirmidzi)

  1. Menghafal 99 nama Allah

“Sesungguhnya bagi Allah SWT 99 nama, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” (HR Bukhari)

  1. Menyiram pokok & memberi makan haiwan

  2. Menghafal doa-doa & maksudnya

  3. Membaca hadis & tafsir Alquran

Semoga Bermanfaat *
@Nota_nasihat

5 months, 1 week ago

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

*Kelebihan solat pada awal waktu:

  1. Hati menjadi tenang.
  2. Masa rasa panjang kerana barakah.
  3. Disiplin diri.
  4. Pahala lebih banyak daripada orang yang lewat solat.
    *
    @Nota_nasihat
5 months, 1 week ago

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

*Do not give up.
Allah knows how much you are trying

*
@Nota_nasihat

5 months, 1 week ago

*"Apabila waktu solat telah tiba maka tinggalkanlah semua kegiatanmu, sebab Allah SWT lebih pantas untuk engkau perhatikan daripada yang lainnya..."

- Habib Umar bin Abdurrahman -

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد *

@Nota_nasihat

5 months, 1 week ago

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور 5⃣9⃣4⃣2⃣
SABTU.
17 Jamadil'Akhir 45H
30 hb Dis 23

*Hazrat Abu Hurairah dan Hazrat Abu Said al-Khudri R.Anhuma bersaksi ke atas Nabi SAW bersabda, "Tiadalah satu golongan yg duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla melainkan para malaikat akan mengerumuni mereka, rahmat meliputi mereka, Sakinah turun ke atas mereka dan Allah ta'ala menyebut mereka di kalangan majlis para malaikat."
(HR Muslim)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..*

@Nota_nasihat

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 month, 1 week ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 1 week ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 week, 3 days ago