Islamic Quotes📚

Description
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Put Allah first, and you will never be last ♥
- Whoever you are, be a good 👍
- Allah always with us
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 4 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 week, 6 days ago

**PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa**

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

*Daripada Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum" (HR Bukhari No: 1797) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang terlupa lalu dia makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah dan dia perlu memberhentikan pengambilan makanan atau minuman segera.

2.  Orang yang terlupa tadi hendaklah meneruskan ibadat puasanya seperti biasa. Puasanya tidak perlu dibatalkan kerana perbuatan makan atau minum itu berlaku disebabkan oleh kelalaian atau lupa.

3.  Hadis ini memberikan penjelasan bahawa jika seseorang lupa, puasanya tidak batal dan mereka tidak perlu menggantikannya atau mengqadha puasa tersebut. Hal ini menenangkan hati mereka yang khawatir akan hal tersebut.

4.  Bagi orang yang terlupa, makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya menunjukkan bahawa perbuatan makan atau minum yang berlaku akibat kelupaan bukan disebabkan oleh keinginan atau niat untuk melanggar puasa, tetapi ia merupakan suatu pemberian daripada Allah. 

5.  Hadis ini mencerminkan kasih sayang Allah yang besar terhadap hamba-Nya. Allah tidak membebani kita dengan kesulitan yang tidak mampu ditanggung. Jika seseorang berpuasa dan secara tidak sengaja melanggar puasanya akibat lupa, Allah tidak menghukum, tetapi memberikan kemudahan dan peluang untuk meneruskan puasa.

01hb Ramadan 1446H
02hb Mac 2025*
@Nota_nasihat

2 weeks, 1 day ago

*~ 1 hari menuju RAMADHAN 1446H

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈*

Menjelang RAMADHAN...

*1. Ramadhan adalah bulan al-Quran.

  1. Dibelenggunya syaitan, ditutupnya pintu-pintu neraka dan dibukanya pintu-pintu syurga.

  2. Malam Lailatul Qadar.

  3. Puasa adalah perisai kepada orang mukmin daripada kejahatan.

  4. Puasa memasukkan seorang hamba kedalam syurga.

  5. Orang yang berpuasa diberi pahala yang tidak terhitung.

  6. Orang yang berpuasa, punya dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah.

  7. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi.

  8. Puasa dan al-Quran akan memberikan syafaat kepada ahlinya.

  9. Puasa merupakan kifarah/pelebur dosa.

  10. Pintu syurga Rayyan bagi orang yang berpuasa.

Maka bersegeralah wahai hamba Allah, menyambut bulan yang penuh kelebihan ini, bersegeralah menuju ke keredhaan dan maghfirahnya dan jadilah engkau hamba-hambanya yang baru lagi suci.

Janganlah engkau menjadi hamba-hambanya yang rugi, yang tidak dapat merasakan lazatnya berada di bulan Ramadhan.

Saat penuh kegembiraan bagi mukmin, menjelang Ramadhan, moga Allah memberi peluang dan kesempatan untuk memohon dan mengharap, keampunan dan kerahmatan, saat pintu syurga dibuka seluasnya, pintu neraka ditutup serapatnya, dibelenggu segala syaitan.

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan...

Tidak sabar menanti maghfirahMu. Bergembiralah duhai mukmin. Hentikanlah fitnah dan kata dusta. Berlumbalah melakukan ketaatan.

꧁•❤️☕️

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K027*

@Nota_nasihat

1 month, 1 week ago

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹*

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya*

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

KEKUATAN SEDEKAH

*Yang Melindungi kita di Alam kubur dan di akhirat :

(1) Sedekah Jariah
(2) Ilmu yang Bermanfaat
(3) Anak yang Shaleh

Semoga tulisan ini menginspirasi kita semua :

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekah nya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.Adakah kamu tahu antara kebaikan² SEDEKAH itu ? 1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

  1. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang,

  2. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Shaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

  3. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

  4. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut,

  5. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan,

  6. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,

  7. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

  8. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

  9. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

  10. Orang² yang memberi sedekah ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

  11. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Shaa Allah,

  12. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

  13. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia,

  14. Sedekah mampu melepaskan kita daripada kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,*

꧁•❤️☕️

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

*Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر@quotephotovideo 🌸🌸🌸
48K352*

@Nota_nasihat

2 months, 3 weeks ago

“Pagi: Permulaan yang Penuh Keberkatan”

*Setiap pagi adalah peluang baru yang Allah kurniakan kepada kita. Ketika membuka mata, hakikatnya kita telah menerima satu nikmat yang sangat besar – kehidupan.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita sebuah doa indah untuk memulakan hari:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya kami akan kembali." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Pagi adalah waktu penuh keberkatan. Ia adalah saat untuk mengatur langkah, memperbaharui niat, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

"Ya Allah, berkatilah umatku di waktu pagi mereka." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya waktu pagi untuk kita manfaatkan dengan amalan kebaikan dan usaha yang diberkati.

Mulakan Pagi dengan Amalan Sunnah

  1. Zikir dan Doa Pagi
    Salah satu amalan yang dianjurkan adalah membaca zikir pagi. Zikir ini bukan sahaja melindungi kita daripada bahaya, tetapi juga membuka pintu-pintu rezeki.

  2. Solat Dhuha
    Selepas menunaikan solat Subuh, manfaatkan waktu pagi untuk solat Dhuha. Ia adalah tanda syukur atas rezeki yang Allah berikan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Di setiap pagi, setiap sendi tubuh manusia wajib bersedekah... Solat Dhuha mencukupi untuk semua itu." (Hadis Riwayat Muslim)

  1. Niat dan Perancangan
    Pagi adalah waktu terbaik untuk menetapkan niat yang jelas. Tanyakan kepada diri: Apakah yang saya ingin capai hari ini untuk kebaikan dunia dan akhirat?

Keberkatan Pagi untuk Dunia dan Akhirat

Allah SWT mencurahkan rahmat-Nya di waktu pagi. Ini adalah masa untuk menyelesaikan tanggungjawab, mencari rezeki yang halal, dan melakukan kebaikan.

Namun, jangan lupa untuk sentiasa meletakkan niat kerana Allah. Apa sahaja yang kita lakukan, walaupun kecil, menjadi ibadah apabila diniatkan dengan ikhlas.

Kesimpulan

Pagi bukan sekadar permulaan hari, tetapi satu anugerah besar daripada Allah.

Jangan biarkan ia berlalu tanpa dimanfaatkan dengan amal kebaikan.

Mulakan dengan doa, zikir, dan usaha yang penuh keikhlasan. Hidup yang diberkati bermula dengan pagi yang diberkati.

"Bangunlah pagi dengan hati yang penuh syukur, kerana pagi ini adalah peluang baru untuk mendekatkan diri kepada Allah." ?

SEMOGA BERMANFAAT ?

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

?سبحان الله ?الحمد لله?لا اله إلا الله ?الله اكبر@quotephotovideo ???
48K587*

@Nota_nasihat

2 months, 3 weeks ago

9 Adab Hutang-Piutang

*1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang.

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” (TQS Al Baqarah 282)

  1. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang

“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencuri..” (HR Ibnu Majah)

  1. Jangan pernah menunda-nunda membayar hutang

“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah kedzaliman..” (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang

“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..’ (HR Bukhari dan Abu Daud)

  1. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang

“Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” (HR Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

  1. Jangan pernah meremehkan hutang walaupun sedikit

“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..” (HR Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah)

  1. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang menghutangi

“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” (HR Bukhari dan Muslim)

  1. Jangan pernah berjanji jika tidak mampu memenuhinya

“… Dan penuhilah janji karena janji itu pasti dimintai pertanggungjawaban..” (TQS Al Israa’ : 34)

  1. Jangan pernah lupa doakan orang yang telah menghutangi

“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya..” (HR Ahmad dan Abu Dawud)

Dan yang paling penting..
JANGAN PERNAH.... LUPA BAYAR..!

Semoga ALLAH mematikan kita dalam keadaan bersih, beriman dan bertakwa kepada ALLAH dan terbebas dari segala lilitan hutang.
Aamiin*
@Nota_nasihat

2 months, 3 weeks ago

*Percayalah , doa yang diulang ulang ibarat mengayuh basikal , tiba masa akan sampai ke tujuan yang diinginkan .

Allah mendengar segala luahan dan doamu , Dia mengenggam rapat dan akan menjawab segala doamu pada waktu yang tepat .*
@Nota_nasihat

4 months, 2 weeks ago

*Apa beza sabar dan redha ?

Sabar : kau hanya menahan kesakitan tapi masih belum mampu menerima.

Redha : kau mampu tahan dan kau mampu terima dengan hati yang terbuka.

•ᥫ᭡•* @TheWritersOfficial
@Nota_nasihat

4 months, 2 weeks ago

Doa Supaya Tak Tinggal Solat :

*"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

(Surah Ibrahim : 40)*
@Nota_nasihat

4 months, 2 weeks ago

TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

*1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

  1. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

  2. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

  3. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

  4. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

  5. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Amin??*

@Nota_nasihat

9 months, 3 weeks ago

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

*Rasulullah SAW telah bersabda; "Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur maka bersainglah malaikat dan syaitan."

Malaikat berdoa: "Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan."

Syaitan pula mohon doa: "Akhiri orang ini dengan kejahatan."

Orang yang berzikir dan berselawat sebelum tidur, akan dijaga oleh malaikat disepanjang tidurnya.

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.*

@Nota_nasihat

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 2 months, 3 weeks ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 4 weeks ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago