Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago
صيغ الافتراض
lafaz-lafaz yang ulama dahulu guna untuk membawa view futuristic(masa akan datang) dalam beristidlal/ mengeluarkan hukum ...
mula dipopularkan oleh Madrasah Ahlul Ra'yi yang dikepalai oleh Imam Abu Hanifah dengan kalam-kalamnya yang popular sehingga diberi nama فقه الافتراض , Fiqh Futuristic dengan kata
"أَرَأَيْتَ.."
"Apa pendapatmu jika.."
maka kesemua fatwa futuristic Imam Abu Hanifah yang bermula dengan أَرَأَيْتَ ini diteruskan kesinambungannya oleh madrsah Ahlul Ra'yi sehingga mereka ini digelar
الأَرَأَيتِيين
selain mereka , ada juga ulama-ulama yang menggunakan lafaz futuristic lain , antara yang famous juga
"فإن قُلتَ ... قُلتُ"
"Sekiranya engkau katakan begitu , aku jawab begini"
antara yang kerap menggunakannya adalah Al-Zamakhsyari dalam Al-Kasyaf.
difamouskan kini dengan nama 'الفنقلة'
( perkara begini kita panggil Al-Naht (sculpture ) seperti بسم الله الرحمن الرحيم disebut البسملة , juga seperti لا حول ولا قوة إلا بالله disebut الحَوقَلَة )
ini tidak lain tidak bukan menunjukkan ulama kita tidak duduk di bawah tempurung, membatu mengeras punggung .. bahkan mereka sentiasa bersandar pada visi .. menggerak minda menyumbang idea .. memacu perkembangan tamadun ... melihat kehadapn
translation :
Para Penuntut Ilmu Syariah MESTI menelaah falsafah , MESTI menyelam dan meneliti Fiqh waqi' ( ilmu fiqh yang menyelaraskan pelaksanaan syariah dengan realiti semasa )
jangan hanya bergantung penuh pada fiqh-fiqh klassik , kerana kebanyakan senario yang disebut dalam kitab-kitab klasik dah berubah
zaman sentiasa berubah daripada semasa ke semasa .
maka mestilah seorang penuntut ilmu agama itu menyerap segala segi daripada Usul Fiqh , Qawaid Fiqh , Maqasid Syari'ah , falsafah dan mantiq .. kerana itu lah cara membentuk view/sudut pandang yang merealisasikan maslahah(kebaikan kepasa masyarakat melalui Syariah) .
kerana agama ini sendiri maslahah untuk Manusia .
Bukalah Qur'an dan baca daripada awal sampai akhir , kau akan dapati ianya tidak lari daripada 2
- sama ada cerita tentang manusia
- atau bercerita (bercakap) dengan manusia
حفظه الله ورعاه
maka sekarang ni , Allah ilhamkan kepada sebahagian ulama islam untuk berfikir berkenaan ini semula .. lalu muncullah harini ini gagasan-gagasan untuk align kan Akhirat dengan Dunia .. buang jumud jauh-jauh .. letakkan wasathiyyah islam pada tempatnya .. cuma pendekatan mereka lain-lain la .. cuma nak pesan , xperlu gaduh .. bila baca apa2 .. baca la secara objektif .. telitilah dengan adil dan insof ..
objektif mereka sama , hanya yang lain pendekatan mereka .. telaah lah kesemuanya .. kutiplah hikmah-hikmahnya .. timbangalah dengan saksama .. yang tak terlihat nanti akan kau jumpa ..
[ yang tak puas hati dengan gambar saya post kat story kelmarin jangan marah na🤣 tak semua bende kita kena sehaluan ...]
Wallahua'lam
???????????? ??????? ??????? ﷺ ( siri 2 )
WARNA KULIT JASAD BAGINDA ﷺ YANG MULIA
Di dalam Syama'il sering menggambarkan keindahan susuk tubuh mulia Baginda sehingga disebut juga berkenaan warna kulit jasad mulia baginda dalam beberapa riwayat , seperti :-
Riwayat daripada anas bin malik :-
( ولا بالأبيض الأمهق ولا بالآدم )
" Dan Baginda ﷺ tidak terlalu putih ( sehingga kelihatan pucat ) dan juga tidak juga terlampau merah kecoklatan"
Kalimah الأبيض الأمهق membawa makna terlampau putih yang tidak bercampur kemerahan dan hilang seri . Bahasa mudahnya 'putih pucat' . Warna ini dinafikan daripada baginda seperti yang disebut dalam riwayat .
Kalimah الآدم yang juga dinafikan sebagai warna kulit baginda dalam riwayat tersebut membawa makna شدة الأسمر iaitu merah kecoklatan , sedikit gelap daripada sawo matang .
Daripada riwayat ini kita fahami bahawa warna kulit Baginda putih kemerahan yang indah dan ada serinya . Tidak terlalu putih higga pucat dan tidak terlalu merah gelap hingga kecoklatan .
Dalam riwayat lain menyebutkan ketika beliau menyifatkan perihal susuk Baginda yang mulia , beliau menyebut :-
(..أبيضُ مُشرَبٌ..)
" Baginda putih kemerahan "
Kalimah مُشرَبٌ disini daripada kalimah إشراب yang disebut - jika dalam bahasa melayu - 'serap' , maka ianya membawa makna menyerab satu warna dengan warna yang lain . Maka berdasarkan riwayat lain yang telah disebut . Warna putih kulit baginda disampingi kemerahan yang berpada serinya .
Nota : disisi orang arab - bahkan disisi kebanyakan manusia didunia - , warna kulit manusia yang paling cantik di dunia ini adalah warna putih kemerahan , adapun di akhirat nanti adalah warna putih berseri kekuningan . Sepertimana disebut dalam Qur'an ketika Allah menggambarkan keindahan bidadari ahli syurga dengan menyebut
{ كَأَنَّهُنَّ بَیۡضࣱ مَّكۡنُونࣱ }
[Surah Aṣ-Ṣāffāt: 49]
"(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya."
Dibezakan antara keduanya kerana di dunia ini warna merah tersebut adalah cerahan daripada warna darah mengalir dalam badan yang bertindak balas dengan sumber gizi-gizi daripada makanan kita. Kerana itu warna kulit putih yang tidak kemerahan tidak secantik yang diserapi kemerah-merahan apatah lagi putih pucat yang dikenali sebagai warna mayat .
Adapun di akhirat nanti tidak ada sistem peredaran darah sebegitu , maka ketika itu dipadankan warna kulit yang paling cantik dengan yang sesuai padanya . Oleh itu warna kulit Baginda di dunia tidak seperti warna kulit yang paling cantik di akhirat . Kerana Allah hendak menghimpunkan kedua-dua kemuliaan buat Baginda di dunia dan di akhirat maka di dunia Baginda mendapat apa yang terbaik menurut mata pandang dunia dan di akhirat baginda akan mendapat yang terbaik menurut mata pandang akhirat .
[ Al-Imam Al Baijuri , Al Mawāhib Al-Ladunniyah ] .
والله أعلم بالصواب
❗❗ khas untuk mereka yang mempelajari Nahu Sorf ( arabic grammar )
Sebelum ni saya pernah sebut kepada rakan2 yg join muzakarah berkenaan ini , iaitu berkenaan muta'allaq huruf jar pada basmalah ini boleh jadi bermacam-macam tetapi ada yang paling awla .. selalunya dalam muzakarah saya xhurai panjang berkenaan ini , tetapi untuk rumusannya beginilah ( seperti yang tertera ) seperti yang dibawakan oleh Syeikh Muhammad Bin 'Umar Al-Baqrī .
____
Alang2 dah terserempak kita simpan sini
___
Maka awla keadaan muta'allaq itu :-
- Fe'el : kerana kaedah الأصل في العمل هو للأفعال
- Takhir : kerana يفيد الحصر والاهتمام
- Khas : atas kaedah الأخص أولى من الأعم
?? ???? ?? ??????
"My body , my choice"
"Aku nak pakai apa2 pon , adalah kebebasan dan pilihan aku"
Ketika berhadapan dengan golongan yang hendak menentang pemakaian hijab/tudung/niqab dan lain-lain pakaian yang mematuhi agama , inilah antara petikan kata yang sangat popular di dengari.
Walaupun secara kebiasaannya kita hanya membincangkan pada sudut 'kebebasan' itu sendiri dan sering menjawab dengan kata seumpama :-
"Jika kamu hendak pakai apa2 pun menjadi hak kebebasan kamu , maka begitu juga lah jika kami memlilih untuk menutup aurat, memakai tudung/niqab/purdah dll , ia juga adalah kebebasan dan hak kami ."
Argument ini memang mudah diterima dari sebuah sudut , tetapi dari suatu sudut masih boleh dipersoal berkenaan ketetapan agama yang menyebabkan seseorang 'terpaksa' memilih untuk menutup aurat .
Ringkasnya ..
Penulis buku ini , Reene Engeln ( beliau non-muslim ) mengetengahkan sebuah perbahasan memarik , yang membolehkan kita memandang pada sudut lain dalam membincangkan hak etika pemakaian selain hanya mencanangkan sisi "kebebasan" & "pilihan" .
Menurut kajian yang dilakukan untuk PhDnya , beliau mendapati majoriti perempuan :hakikatnya- tidak memperagakan gaya sebagai 'diri sendiri' semata-mata. Mereka sebenarnya dalam tidak sedar membelenggu diri mereka dengan arus persepsi orang ramai .
Betapa ramai daripada kalangan mereka yang sanggup melakukan perubahan pada tubuh mereka walau berhadapan konsekuensi yang fatal seumpama 'kematian' hanya untuk menyelaraskan rupa mereka dengan kayu ukur orang ramai sebagai seorang yang 'cantik' . Ini membuktikan mereka sebenarnya 'terpaksa' mengikut kondisi yang ditetapkan oleh orang ramai tiada beza dengan penganut Islam yang juga merek katakan sebagai 'terpaksa' menuruti undang-undang agama untuk memakai tudung/hijab .
Maka dengan rasional kita sendiri boleh menilai mana satu "keterpaksaan" yang lebih berhak diikut . Makhluk Atau Tuhan .
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 4 weeks ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 months ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months, 2 weeks ago