Why Pay for Entertainment? Access Thousands of Free Downloads Now!

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Description
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago

21 hours ago

Adab Bertamu ke Rumah Orang

  1. Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah:
    a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah:

إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ

Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang. (HR al-Bukhari)

b. Memilih Waktu Yang Sesuai. Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi:

وينبغي أن تكون زيارته لهم على وجه لا يكرهونه، وفي وقت يرتضونه

dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya.. (al-Nawawi, Kitab al-Azkar)

c. Tidak Mengintai dan Menjaga Pandangan. Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا أَتَى بَابَ قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ، وَلَكِنْ مِنْ رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ، أَوِ الْأَيْسَرِ،

Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu.

d. Tidak Merosakkan Barang Tuan Rumah. Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau:

ولا تترك أولادها يعبثون في بيت صاحبتها، ويخربون في الزيارة.

Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu.

Semoga Allah membimbing kita

Dr Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Telegram

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Adab Bertamu ke Rumah Orang
21 hours ago
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
2 days, 19 hours ago

DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE

1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024!

2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin.

3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna.

4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832
ULUM HADITH RESEARCH CENTER.

5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia!

Pendaftaran boleh isi form di bawah :
https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A

Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi

2 months ago
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗜𝗦𝗥𝗔' 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 …

𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗜𝗦𝗥𝗔' 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡

24 jam sebelum webinar bermula!

𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁?

Pembentangan kajian tafsir dari surah Al-Isra' dan hadis akhir zaman berkaitan kemenangan Palestin yang dijanjikan.

𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮.
Penyertaan terhad 𝟭𝟬𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴.
Daftar di sini: bit.ly/duniapalestin002

*Berbaki 𝟮𝟬 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 sahaja.

2 months ago

DAPATKAN DIARI RAMADAN 2024 SECARA PERCUMA

Ramadan merupakan kesempatan terbaik untuk kita memperbanyakkan amal ibadah.

Ayuh kali ini kita memperelok ibadah dengan membuat perancangan terbaik untuk menyambut ketibaan Ramadan!

Jom dapatkan Diari Ramadan YM 2024!

Dapatkan Diari Ramadan Klik:
https://ezy.la/EBukuYM

"Berkongsi Rezeki Manisnya Memberi"

#EBookPercuma
#RaikanRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM

2 months ago
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
4 months, 1 week ago

Saksikan serangan terhadap tentera Israel yang sedang berjalan-jalan tiada tujuan.

4 months, 1 week ago

Adakah Kekalahan Israel Semakin Hampir?

  1. Channel 13 (TV Israel) melaporkan pada 21 Disember yang lalu bahawa pasukan elit Isra.eel yang dikenali sebagai Briged Golani secara rasminya telah berundur dari Gaza selepas 60 hari berjuang. Pengunduran unit elit tentera yang dikenali sebagai Briget Golani ini benar-benar menjadi tanda tanya dalam kalangan penganalisis. Ramai penganalisis melihat, pengunduran tentera elit ini adalah petanda awal kekalahan misi tentera penjajah.

  2. Siapakah dia unit elit Golani ini? Pakar penganalisis ketenteraan, Mejar Jeneral Fayez al-Duwairi menjelaskan kepada al-Jazeera News bahawa Briged Golani merupakan pasukan tentera Israel yang paling istimewa, terdiri daripada 8 batalion - 4 batalion kereta kebal, 2 batalion infantri, satu batalion pasukan payung terjun, satu batalion artileri, sebagai tambahan kepada bekalan dan operasi penyelenggaraan.

  3. Dalam misi memasuki Syujaiyyah, mereka telah mengalami kekalahan yang teruk. Bukan sekadar kalah, komander pasukan mereka turut terbunuh. Tujuh tentera Golani, termasuk dua pegawai berpangkat tinggi telah terbunuh, apabila pejuang H menyerang hendap pasukan ini di al-Shujaiya.

  4. Jumlah ini termasuk Kolonel Tomer Grinberg, komander Batalion ke-13, dan Kolonel Izhak Ben Basat, ketua pasukan komando hadapan ketua Briged Golani. Video Grinberg tular sebelum ini dalam sebuah rakaman video yang menghimpunkan tenteranya di utara Semenanjung Gaza dan menjanjikan kemenangan kepada mereka. Batalion ke-13 juga kehilangan Mejar Roei Meldasi, seorang komander kompeni dalam serangan hendap yang sama.

  5. Sembilan hari selepas serangan hendap bersejarah yang menghancurkan askar dan pegawai dari Batalion ke-51 dan ke-13 Golani, tentera penjajah Israel telah memutuskan untuk menarik keluar Batalion ke-13 yang telah dibantai teruk dari Semenanjung Gaza untuk "regroup and rest."

  6. Mengulas pengunduran ini, Jeneral bersara Israel, Moshe Kaplinsky berkata minggu ini bahawa Briged Golani kehilangan 88 askar sejak 7 Oktober. Menurut pesara jeneral itu, 72 terbunuh pada hari pertama perang - berjumlah satu perempat daripada keseluruhan briged.

  7. Wartawan Israel Hanan Greenwood, yang memasuki Shujaiya bersama tentera dari Briged Golani, menyifatkan kawasan pertempuran Syujaiyyah itu sebagai antara "sasaran paling kukuh yang dihadapi Golani sejak permulaan perang".

  8. Menurut Jeneral Duwairi, keputusan untuk menarik Briged Golani, atau unit Golani, keluar dari Gaza berkemungkinan akan memburukkan lagi semangat tentera Israel, yang masih belum mencapai sebarang matlamat yang diisytiharkan oleh majlis perang Benjamin Netanyahu.

  9. Teruskan memberi sokongan, perkukuhkan sekatan ekonomi dan doakan saudara kita. Yakinlah bahawa bantuan Allah itu semakin dekat. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Telegram

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Adakah Kekalahan Israel Semakin Hampir?
4 months, 1 week ago

Operasi penjajah yang melibatkan penyertaan tentera Ukraine turut terkorban. Ini menunjukkan, pihak Eropah turut menghantar tentera bagi membantu Israel. Namun mereka tewas.

4 months, 1 week ago

Terkini: Para pejuang Hamas menyerbu khemah perkumpulan tentera penjajah dengan hanya berkaki ayam, menghapuskan mereka serta merampas senjata.

We recommend to visit

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Last updated 1 day, 23 hours ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 2 days, 9 hours ago

My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-

Last updated 1 month, 1 week ago