(UMFZ) Sharhus Sunnah Al-Barbahari [Link Video]

Description
Link rakaman kuliah pengajian kitab Sharhus Sunnah karangan Imam Al-Barbahari bersama Ustaz Fashan di Akademi Sunnah
Advertising
We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 5 days, 1 hour ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month, 2 weeks ago

3 weeks, 6 days ago

Ahad ni, inshaAllah kita akan masuk ke perkara ke-18: beriman dengan syafaat Rasulullah ke atas para pendosa di akhirat kelak

Hari Ahad
21 April 2024
8.30 pagi - 9.45 pagi

1 month, 3 weeks ago

Faedah dari siri kelas ke-45:
- Tidak ada riwayat sahih berkenaan Nabi Saleh tidak ada al-Hawd, kerana padanya kantung susu unta betina.
- Kisah Nabi Saleh dan unta betina yg dikeluarkan daripada batu. Kaum Tsamud ini telah meminta disegerakan nikmat kepada mereka. Kemungkinan ini asbab mengapa Imam Al-Barbahari menukilkan berkenaan mereka tidak mendapat nikmat Al-Hawd pada hari akhirat.
- Kata al-Qadi 'Iyadh: Hadis tentang al-Hawd (telaga) adalah sahih, beriman dengannya wajib. Ahli Sunnah beriman dengan al-Hawd ini sepertimana ia datang [dari hadis Nabi SAW], tidak ditakwil. Hadis-hadis tentang al-Hawd ini mutawatir.
- Hadis al-Hawd dari Ibn Umar, Abu Sa'id al-Khudri, Abu Hurairah, Anas bin Malik, Asmaa' Abu Bakr dan ramai lagi (hampir 80 sahabat Nabi yang meriwayatkan, dgn 19 jalur periwayatan).
- Beza Ahli Sunnah dgn Asha'irah, kita tak bezakan hadis Ahad dan Mutawatir. Walaupun hadis Ahad, kalau sahih, diterima.
- Padang mahsyar adalah bumi yang baru (putih seperti tepung)
- Kata Imam Shafi'i: Ahli hadis seperti sahabat-sahabat Nabi SAW.
- Dalam riwayat Muslim: Ada teko-teko / cerek-cerek dari emas dan perak seperti bintang-bintang di langit.
- Yg terhalang dari telaga (al-Hawd): Golongan murtad dalam kalangan umat Nabi & Ahli Bidaah
- Siapa yang sampai dan minum daripada telaga al-Hawd, tidak akan dahaga selama-lamanya.
- Orang beriman masuk syurga, minum kerana nikmat di dalam syurga, bukan kerana derhaka.
- Nabi SAW akan datang dulu di telaga, dan tunggu sahabat-sahabatnya.
- Bukan semua datang sekaligus, datang bergerombolan mengikut peringkat dan darjat VIP.
- Nabi SAW akan kenal kita melalui tanda wuduk.

1 month, 3 weeks ago

[MAKLUMAN] Siri 45

Ahad - 24 Mac 2024
Sharhus Sunnah Al-Barbahari
8.30 - 9.45 pagi
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

2 months, 3 weeks ago

[MAKLUMAN] Siri 42

Ahad - 25 Februari 2024
Sharhus Sunnah Al-Barbahari
8.30 - 9.45 pagi
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

2 months, 3 weeks ago

Faedah dari siri kelas ke-41:
- Kata Imam Al-Barbahari: “Dan beriman dengan azab kubur, dan malaikat munkar & nakir”
- Surah Ghafir, ayat 46
- Kubur di alam yang lain, tak boleh dicapai oleh pancaindera
- Kalau kita kata boleh dicapai dengan pancaindera, tak bermakna lah ayat dalam surah al-Fatihah, “yang beriman dengan hal ghaib”
- Kenapa dicerita tentang azab kubur, bukan “nikmat kubur”? Banyak doa perlindungan dari azab kubur, bukan doa minta nikmat kubur. Sbb azab kubur itu terlalu dahsyat.
- Surah al-Taubah, ayat 101: Dan kami akan mengazab mereka 2 kali.
- Surah al-An'aam, ayat 93

3 months ago

Al-Mizan

Faedah dari siri kelas ke-40:
- Al-Mizan dari sudut syarak: Apa yang diletakkan oleh Allah pada hari akhirat kelak untuk menimbang amalan2 manusia.
- Timbangan ini adalah hissi dan hakiki, ada fizikalnya, bukan metafora / majaz.
- Tidak ada ruang untuk berijtihad menggunakan akal untuk perkara ghaibiyat, ia terhenti pada nas.
- Al-Mizan ini mempunyai 2 daun timbangan, dan satu lisan (kaifiyatnya Allahu a’lam)
- Mu’tazilah menolak Al-Mizan, mizan bagi mereka adalah metafora, hanya nak menunjukkan keadilan, mereka kata a’radh mustahil untuk ditimbang (kaedah akal)
- Sebahagian pendapat ulama salaf, amalan2 kebaikan akan datang dalam rupa paras yang paling indah, dan amalan keburukan akan datang dalam rupa yang paling hodoh.
- Sebahagian salaf spt Mujahid ada juga sebut bahawa mizan ini adalah al-‘adl wal hakam (keadilan dan hukum), tetapi kata al-Qurtubi, yang rajih adalah apa yang dipegang oleh jumhur. Namun, tidak ada nukilan Mujahid menafikan makna hakiki.
- Ulama tidak bersepakat ttg sifat-sifat al-Mizan. 2 golongan dalam memahami sifat al-Mizan:
- Pertama (Ahli Sunnah): al-Mizan ini secara hissi (fizikal), seperti yg Nabi sebut. Macam mana caranya, mereka tak perincikan.
- Kedua: Menafikan sifat-sifat tersebut
- 1) Ahli bid’ah
- 2) Kumpulan terpencil dalam Ahli Sunnah
- Ustaz bawakan riwayat-riwayat yang menyokong amalan baik dan buruk ini datang dalam bentuk rupa manusia.
- Amalan baik orang kafir tidak ada nilai walaupun ditimbang banding dengan seberat sayap nyamuk
- Berbeza dengan tauhid yang ada dalam diri seorang Muslim, timbangannya jauh lebih berat berbanding amalan2 keburukan yg terlalu banyak pada dirinya
- Adakah al-Mizan (neraca timbangan) ini satu atau banyak?
- Pertama: Ada banyak al-Mizan,
Al-Anbiyaa, 47
Al-A’raf, ayat 8
- Kedua: Ada satu sahaja,
Dalil yang sama, cara faham berbeza
- Tapi kesemua ulama sepakat setiap orang ada neraca sendiri
- Ada perbezaan pendapat juga sama ada manusia tu sendiri yg ditimbang, atau amalan yang ditimbang.

4 months, 4 weeks ago

[MAKLUMAN] Siri 36

Ahad - 24 Disember 2023
Sharhus Sunnah Al-Barbahari
8.30 - 9.45 pagi
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

5 months ago

Faedah dari siri kelas ke-35:

- Sambungan bab beriman dengan al-Ru’yah (melihat Allah) pada hari kiamat, mereka akan melihat Allah dengan penglihatan mereka sendiri…
- 1) Melihat Allah itu berlaku dengan pandangan mata (pandangan hakiki)
- 2) Melihat Allah ini berlaku pada hari kiamat
- 3) Akan berlaku di beberapa tempat pada hari kiamat, bukan dalam syurga sahaja (nikmat yg paling tertinggi dalam syurga)
- 4) Org beriman yang melihat Allah, penglihatan mereka itu berlaku daripada arah yang tinggi
- Asha’irah beriman melihat Allah, tetapi mendakwa melihat Allah tanpa arah, sedangkan hadis sangat jelas
- Kita akan melihat Allah sptmana kita melihat bulan purnama, tanpa perlu bersesak-sesak, dari arah yang tinggi.
- Melihat Allah adalah kemuncak kelazatan di akhirat kelak
- Nabi Muhammad SAW & Nabi Musa berdoa untuk melihat Allah
- Ahli hadis beriman dengan sifat Allah sebagaimana ia datang, tanpa sebarang bantahan
- Orang yang diputihkan wajah pada hari akhirat nnt adalah:
- Mereka yang mendengar (hadis-hadis Nabi, ayat-ayat Quran), dia hafal, dia sampaikan sepertimana yang dia dengar

5 months ago

[MAKLUMAN] Siri 35

Ahad - 17 Disember 2023
Sharhus Sunnah Al-Barbahari
8.30 - 9.45 pagi
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

6 months, 2 weeks ago

[MAKLUMAN] Siri 33

Ahad - 5 November 2023
Sharhus Sunnah Al-Barbahari
8.30 - 9.45 pagi
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

We recommend to visit

A meme-flavoured battle arena for meme token owners
Website: https://www.memefi.club/
Chat: @memefi_chat

Last updated 5 days, 1 hour ago

📣 one stop center for every pathway after spm
🛎️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
🔔 do follow our instagram page now!

✍️ Dianggotai 16 krew

📢 Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.

Last updated 1 month, 3 weeks ago

JOIN CHANNEL TELEGRAM UPUONLINE SESI 2024/2025 👉 https://t.me/upuonline2024

DISCLAIMER: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPUONLINE. HARAP MAKLUM‼️

Last updated 1 month, 2 weeks ago