A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/
Last updated 6 months, 3 weeks ago
? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!
? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.
Last updated 3 months, 1 week ago
Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍
Last updated 2 months ago
Kelas minggu ni ditangguhkan, utk beri laluan ke daurah fizikal kitab “Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis” esok inshaAllah.
Faedah dari siri kelas ke-69:
(Samb. - Insan terbaik selepas kewafatan Nabi SAW, m/s 114-115)
- Selepas mengikut susunan yang dibincangkan dalam kelas sebelum ni —> semua yang pernah berdampingan dengan Nabi SAW, sama ada sehari, sebulan, setahun, kurang atau lebih daripada itu.
TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA PARA SAHABAT NABI
- Karramallahu wajhah’ yang disebutkan pada khalifah ke-4, Ali R.A. tidak sahih dan tidak tepat.
- Yang lebih afdal adalah menyebut radiyallahu ‘anhu (ini adalah lafaz al-Quran spt dalam surah al-Tawbah:100 dan al-Fath:18-19), berbanding menyebut Sayyidina [majoriti ulama hadis tidak menyebut Sayyidina].
- Rasulullah SAW juga tidak menyukai para sahabat memanggil dengan gelaran yang berlebih-lebihan, kerana baginda hanyalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Nak lawan kejahilan, kita hanya perlu fahamkan umat ini pada al-Quran.
Faedah dari siri kelas ke-68:
(Insan terbaik selepas kewafatan Nabi SAW, m/s 114-115)
- Abu Bakar manusia yang terbaik selepas para Nabi, dalam seluruh umat.
- Pelajari tentang siapa manusia yang terbaik, dapat membantu kita mengelak daripada ajaran-ajaran sesat yang mengangkat para wali / Abuya melebihi para sahabat.
- Bila Ibn 'Umar kata, "kami ketika hidup, kami selalu kata: Yang terbaik selepas Nabi SAW adalah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman..", 'Ali juga tidak mengingkarinya.
- Surah al-Tawbah, ayat 100: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) daripada golongan Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan, Allah meredai mereka dan mereka pun meredai-Nya"
KENAPA ABU BAKAR PALING UTAMA?
- Beliau bukan keturunan Nabi Muhammad (secara langsung), bukan daripada Bani Hashim, tetapi daripada sudut nasab bertemu di Quraisy
- Beliau yang pertama mempercayai dan membenarkan Nabi SAW dan membela agama Nabi SAW.
- Beliau khalifah pertama dengan penuh keteguhan melawan golongan yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
- Beliau menjadi manusia terbaik, bukan kerana nasab, tetapi kerana amalannya.
- "Bumi yang suci tak boleh menyucikan seseorang. Yang menyucikan adalah amalannya."
- Surah al-Tawbah, ayat 40 --> Peristiwa hijrah Nabi bersama Abu Bakar Al-Siddiq
SUSUNAN MANUSIA TERBAIK SELEPAS NABI SAW & 4 KHALIFAH:
1) 10 sahabat yang dijamin syurga: Nabi SAW dalam hadis Imam Ahmad (Musnadnya): "Abu Bakar dalam syurga, dan Umar dalam syurga, dan Ali dalam syurga, Uthman dalam syurga, Talhah dalam syurga, Zubayr dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Sa'ad bin Abi Waqqas dalam syurga., Sa'id bin Zaid dalam syurga, Abu Ubaidah al-Jarrah dalam syurga."
2) Yang menyertai perang badar
3) Yang menyertai Bay'at al-Ridwan dalam kalangan Muhajirin dan Ansar
4) Mereka yang masuk Islam dan berhijrah sebelum pembukaan kota Mekah
YANG MENYEBABKAN SAHABAT NABI LEBIH UTAMA BERBANDING ORANG LAIN
1) Al-Suhbah: persahabatan mereka dengan Nabi Muhammad SAW
2) Al-Hijrah: Hijrah meninggalkan tanah air untuk mempertahankan agama Allah
- Semakin seorang alim mendekat / mengajar kepada Sunnah Nabi, semakin bercahaya apa yang keluar daripada mulut dia / bimbingan dia.
Faedah dari siri kelas ke-66:
(Iman adalah niat, perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang. M/s 112-113)
DALIL DEFINISI IMAN --> AL-IQRAR
- Surah Ali Imran, ayat 81: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi: 'Sungguh, apa sahaja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan Hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, kamu wajib beriman dengannya dan kamu juga wajib membantunya.' Allah berfirman, 'Adakah kamu mengakui (IQRAR) dan menerima perjanjian-Ku ini?' Mereka menjawab, 'Kami mengakui.' Allah berfirman, 'Kalau begitu, saksikanlah (wahai para nabi), dan Aku menjadi saksi bersama kamu.'"
- Dalam ayat ini, al-Iqrar membawa maksud inshaa al-iltizam (pembentukan tanggungjawab). Bukan sekadar pembenaran, tetapi membentuk satu tanggungjawab untuk membela kebenaran.
PERKATAAN DENGAN LISAN, AMALAN DENGAN ANGGOTA, IKTIKAD DENGAN HATI
- Kalau seseorang takrifkan iman = qawl wa amal --> Dah cukup
- Qawl sudah termasuk qawl qalby dan lisan (hati dan lisan), dan amal qalby wal jawarih (hati dan anggota badan)
- Ulama salaf tak pisahkan iman dan amalan, sehingga kekeliruan datang daripada Murji'ah.
- Negara Perancis antara contoh negara Ultra Sekular, iman cukup kepercayaan di dalam hati.
- Sahl ibn al-Mutawakkil ibn Hajar, Abu Ismah al-Bukhari: Aku pernah belajar dari lebih 1000 orang ustaz, semua mereka kata: Iman qawl wa amal, bertambah dan berkurang.
- Imam al-Bukhari tak ambil ilmu melainkan daripada orang yang mengatakan: Iman qawl wa amal
- Amalan hati termasuk: Niat, sabar, ikhlas, mahabbah, tawakkal,..
- Amalan lisan: Amar makruf nahy munkar, perkataan baik, ilmu yang disampaikan
- Amalan anggota badan: Solat, haji, jihad
Faedah dari siri kelas ke-65:
(Iman adalah niat, perkataan dan perbuatan. Ia bertambah dan berkurang. M/s 112-113)
IMAN ADALAH AL-IQRAR (PENGAKUAN) --> Tunduk kepada kebenaran dan mengakui akannya.
- Al-Iqrar (pengakuan) lebih tepat berbanding al-tasdiq (membenarkan) --> Dlm bahasa arab, al-tasdiq (membenarkan) sekadar apa yang dicapai melalui pancaindera. Pengakuan ini lebih daripada pembenaran.
- Shaykh Solih al-Fawzan tambah: al-tasdiq al-jazim (pembenaran yang jazam), yang bersamanya ada keamanan/ketenteraman, dan tidak disertai dengan keraguan.
- Shaykh al-Islam Ibn Taimiyah: Dimaklumi (dalam bahasa arab) bahawa iman itu adalah iqrar (pengakuan/pengiktirafan), bukan semata-mata tasdiq (pembenaran). Iqrar merangkumi dalamnya perkataan hati (pembenaran), dan amalan hati (penyerahan)
- Iman adalah mutiara dalam hati (ini adalah takrif jahmiyah, murjiah)
Perbezaan al-Iqrar dan al-Tasdiq:
1. Lafaz iman mesti ada ta'addi dengan huruf "lam" dan "ba". Surah al-Baqarah, ayat 285: Aamana al-rasulu bima unzila... Surah al-Ankabut: Faamana lahu Lut (Lut telah beriman kepada bapa saudaranya). Berbeza dengan lafaz tasdiq, tasdiq tak perlu kepada ta'addi.
2. Iman dengan tasdiq sebenarnya bukan makna yang muradif (sama). Iman diitlaqkan dengan percaya dengan sesuatu yang kita tak nampak, antaranya perkara ghaib. Tasdiq pula dimaknakan dengan percaya / pembenaran dengan sesuatu perkara yang boleh dilihat dan dicapai pancaindera.
3. Lafaz iman dalam bahasa arab tidak mungkin kita boleh fahami ada unsur takzib (pendustaan). Iman dari kata dasar al-amnu (aman/tenteram), dalam hatinya ada ketenteraman dengan apa yang dia percaya, dia tak akan sesekali mendustakan apa yang dia percaya. Berbeza dengan tasdiq, di dalamnya boleh berlaku pendustaan. Cthnya: Membenarkan pada lisan, tetapi dalam hati mengingkari.
- Iman lawannya kufur. Tasdiq lawannya takzib. Kufur tak terhad kepada pendustaan sahaja.
4. Iman dalam bahasa arab terbentuk dari perkataan al-amnu (keamanan), lawannya al-khawf (ketakutan). Orang yang beriman, akan masuk dalam keamanan. Merangkumi makna al-tasdiq (pembenaran) dan al-i'timan wal amanah (keamanan / ketenteraman & amanah)
Jawapan kepada yang kata iman sama dengan tasdiq:
1. Dalam Sahih al-Bukhari 6612, Muslim 2657, Nabi SAW bersabda: Zina mata itu dengan melihat (al-nazaru), dan kemaluannya membenarkan hal tersebut atau mendustakannya. --> Tasdiq datang dengan amalan / perbuatan, bukan semata-mata percaya di dalam hati.
- Al-Jawhari mengatakan: Golongan salaf kita terdahulu tidak memisahkan antara iman dan amalan. Amalan termasuk dalam iman, dan iman termasuk dalam amalan.
2. Kalau nak terima tasdiq juga, mestilah tasdiq yang khusus (seperti takrifan Shaykh Salih al-Fawzan), yang bersamanya keamanan/ketenteraman dan tidak disertai dengan keraguan.
Nabi mula ajar sahabat dengan iman, bukan al-Quran.
- Sunan Ibn Majah, hadis daripada Jundub ibn Abdillah RA: Dahulu, kami bersama dengan Nabi SAW, dan kami ketika itu masih muda belia, kami mempelajari iman sebelum kami mempelajari al-Quran. Kemudian, kami mempelajari al-Quran, lantas dengan sebabnya bertambahlah iman kami ketika kami membaca dan mempelajarinya.
Faedah dari siri kelas ke-64:
KEADAAN SELEPAS TURUNNYA NABI ISA A.S.
- "Dajjal akan keluar dalam umatku, dia akan berkelana di muka bumi ini selama 40. Aku tak tahu sama ada 40 hari, atau 40 bulan, atau 40 tahun. Kemudian manusia akan menetap di muka bumi ini selama 7 tahun. Tidak ada antara 2 individu permusuhan."
- Tidak ada seorang pun di atas muka bumi yang ada iman walau sebesar zarah melainkan akan mati selepas itu (selepas menghirup angin sejuk).
- Dalam tempoh 7 tahun tersebut, manusia hidup senang, tidak ada jihad.
- Sunnah para Nabi adalah berkahwin, tapi tak ada riwayat kata Nabi Isa berkahwin selepas turun nanti, dan tak ada riwayat kata dia tak berkahwin. Ini antara sebab sebahagian ulama mengatakan Nabi Isa akan berkahwin.
- Hadis riwayat Muslim: "Aku melihat Isa ibn Maryam AS juga sedang solat, wajahnya seperti Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi"..
Faedah daripada siri kelas ke-59:
(Samb. Bab Beriman kepada perkhabaran tentang Al-Masih al-Dajjal)
Soalan: Kenapa tidak disebut tentang fitnah al-Dajjal dalam al-Quran?
- Kalimah "Dajjal" memang tidak disebut dalam al-Quran
- Tetapi Dajjal termasuk dalam tanda-tanda kiamat yg dikhabarkan oleh Nabi SAW di dalam hadis-hadisnya.
- Kaedah: Apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW pasti ada dalam al-Quran (Kaedah ini disebutkan oleh al-Suyuti / mafhum kaedah ini juga dalam kitab al-Risalah oleh Imam al-Shafi'i)
- Surah al-An'am, ayat 158: "Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda [kiamat yang ditetapkan oleh] Tuhanmu, maka tidak bermanfaatlah iman bagi sesuatu jiwa." Nabi SAW tafsirkan, antaranya: Terbit matahari dari arah barat.
- Hadis al-Tirmizi: Tidak bermanfaat lagi iman seseorang apabila berlakunya 3 perkara: (1) Dajjal, (2) Al-Dabbah (Binatang besar yang akan keluar pada akhir zaman), (3) Terbitnya matahari dari arah barat.
- Surah al-Nisa', ayat 159: "Dan tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, melainkan akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya." --> Ayat ini isyarat bahawa Nabi Isa akan turun untuk membunuh Dajjal, sebelum kematiannya. Juga dalam Surah al-Zukhruf, ayat 61.
- Hikmah tidak disebutkan perkataan "Dajjal" dalam al-Quran yg disebutkan oleh para ulama: Ia satu bentuk ihtiqar (penghinaan / perlecehan / merendahkan). Tetapi tidak berapa tepat hikmah ini kerana Fir'aun, Yakjuj Makjuj disebut.
- Imam al-Baghawi kata: Dajjal disebut dalam al-Qur'an, Surah Ghafir, ayat 57: Manusia yang dimaksudkan itu adalah Dajjal.
- Seolah-olah al-Baghawi kata: Tak penting pun untuk sebut nama Dajjal, dia sama sahaja dengan manusia-manusia lain spt al-Samiri dll.
- Mafhum hadis dalam lafaz Imam Ahmad: "Bukanlah Dajjal yang aku takut pada umatku, tetapi aku bimbang tentang imam-imam yang menyesatkan."
Sifat Dajjal (akan bersambung dalam bhgn. 3)
HR. Muslim, no. 2937: Daripada Nawwas ibn Sam'an.
- "Bukan Dajjal yang aku paling takut kepada kamu. Jika dia keluar sedangkan aku ada di antara kamu, maka aku yang akan menghadapinya untuk kamu, dan jika dia keluar dan aku tidak ada di antara kamu, maka setiap orang akan berhujah untuk dirinya sendiri dan Allah adalah penggantiku atas setiap Muslim."
Faedah dari siri kelas ke-58:
(Perkara 22, muka surat 104-105, Beriman dengan perkhabaran tentang al-Masih al-Dajjal)
Dinamakan al-Masih kerana:
- Matanya sebelah tersapu / terpadam.
- Kerana buta mata sebelah.
- Dia akan berkelana (dengan kaki yang menyapu tanah) di atas muka bumi ketika dia keluar.
Al-Dajjal:
- Penipu besar
- Manusia yang Allah cipta dan diberi penangguhan
- Dari bangsa Yahudi
- Sebelah matanya tertonjol / terkeluar
- Mereka mendatangkan cerita-cerita, yang orang Islam tak pernah dengar.
Al-Masih Isa --> merujuk kepada Nabi Isa
Al-Masih di sini bermaksud:
- Baginda berkelana di atas muka bumi untuk membawa kebenaran / petunjuk.
- Akan dibincangkan dalam perkara ke-23.
Da-ja-la --> Penutupan (Dari sudut bahasa)
- Setiap perkara yang kamu tutup permukaannya, maka kamu telah mendajjalkannya (Penggunaan dajjal dari sudut bahasa)
- Dinamakan dengan Dajjal kerana dia menutup pendustaan seolah-olah ia kebenaran / melakukan pengelabuan, penyamaran dan penipuan (deception)
Dajjal juga dari perkataan (al-khalt) --> Percampuran
- Contoh: Apabila sesuatu itu dicampur, ia disamarkan.
Sama seperti talbisu dalam ayat 42, Surah al-Baqarah:
وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui."
- Ini juga adalah ciri ajaran sesat
- Ustaz ulas juga tentang Pemuda Bani Tamim & GISBH
- Nabi sifatkan "dajjalun kazzabun" --> dajjal-dajjal yang pendusta
InshaAllah, sambungan kelas pengajian Sabtu ini, Beriman dengan wujudnya al-Masih al-Dajjal.
daripada mereka ada 2 orang isteri yg tulang betis / urat-urat mereka boleh dilihat dari luar daging kerana kecantikannya, bidadari pula ada 72 orang. Tidak ada perbezaan atau kebencian antara mereka, hati mereka satu, dan mereka memuji Allah pagi dan petang.
- Dalam hadis lain, tinggi manusia dalam syurga seperti tinggi Adam. Usia mereka 33 tahun.
- Dalam hadis lain, baju mereka tidak akan lusuh.
- Dalam riwayat lain, akan disediakan satu khemah daripada permata, permata itu ada rongga di dalamnya, tingginya adalah 6 mil, bg orang beriman ada ahli-ahlinya (ditafsirkan dengan wildan al-mukhalladun), ada satu pasar di dalamnya, mereka akan mendatanginya setiap hari jumaat, akan tersebar kepada mereka angin daripada arah utara syurga yang akan menyebarkan kepada wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka keindahan dan kecantikan, maka bertambahlah keindahan dan kecantikan mereka.
- Hadis Abu Sa'id al-Khudri dalam Sahih Muslim, 2829: Allah berfirman kepada ahli syurga: "Wahai ahli syurga!" Mereka akan menjawab: "Kami dengar dan kami patuh kepada-Mu, wahai Tuhan kami, semua kebaikan berada di tangan-Mu." Lalu Allah akan bertanya: "Adakah kamu sudah berpuas hati?" Mereka menjawab: "Bagaimana kami tidak puas hati, wahai Tuhan kami, sedangkan Engkau telah memberi kami apa yang Engkau tidak pernah berikan kepada sesiapa pun daripada makhluk-Mu." Allah berkata: "Maukah kamu Aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Mereka bertanya: "Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik daripada semua ini?" Allah menjawab: "Aku akan memberi kamu keredhaan-Ku, dan Aku tidak akan marah kepada kamu selama-lamanya."
- Nikmat yang paling tinggi dalam syurga: Melihat wajah Allah, dan mendapat reda Allah selama-lamanya.
A meme-flavoured battle arena for meme token owners
@memefi_coin_bot
Website: https://www.memefi.club/
Last updated 6 months, 3 weeks ago
? one stop center for every pathway after spm
?️ dm us for any inquiry @upuonline_bot
? do follow our tiktok page now!
? Disclaimer: Channel ini bukan Channel Telegram Rasmi UPU.
Last updated 3 months, 1 week ago
Hidupkan hati dengan zikrullah & doa pada Rabb, Pemilik Langit dan Bumi 🤍
Last updated 2 months ago