Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months ago
:: TERSALAH WAQAF ::
Selain dari ilmu mempercantikkan sebutan huruf dan bacaan, ilmu waqaf ibtidak juga merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari oleh semua pencinta alQuran (baca : semua muslim)
Hari ni sewaktu pelajar saya membaca Surah al-Baqarah ayat 25, beliau waqaf pada kalimah تَجرِي .
Jom kita tengok dulu potongan awal ayat 25, Surah al-Baqarah berserta terjemahannya :
وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa sesungguhnya bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai"
Pada potongan pertama ayat 25, Surah al-Baqarah kita lihat ada tanda waqaf صلى pada kalimah الأنهار, maka pelajar boleh waqaf di situ.
Tapi apa yang berlaku pagi tadi, pelajar saya tidak cukup nafas untuk waqaf pada kalimah الأنهار, maka beliau memilih untuk waqaf pada kalimah تجري.
Boleh ke?
Tak boleh.
Waqaf pada kalimah تجري boleh memberi makna yang salah pada ayat tersebut. Cuba kita tengok apa jadi pada makna ayat jika kita memilih untuk waqaf pada kalimah تجري pada ayat ini :
وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa sesungguhnya bagi mereka syurga-syurga yang mengalir"
BAGI MEREKA SYURGA-SYURGA YANG MENGALIR.
Syurga yang mengalir atau sungai yang mengalir?
Ya. Yang mengalir tu sungai, bukan syurga.
Jadi macam mana nak berhenti kalau tak mampu jugak nak habiskan sampaikan الأنهار (sungai) tu?
Kalau tuna-puan tak cukup nafas, boleh waqaf padal kalimah جَنَّاتٍ terlebih dahulu.
وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ
Kemudian ambil semula dari kalimah أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ dan sambunglah sehingga الأنهَار.
Dapat sesuatu?
Jika dapat, kongsikan pada sahabat yang lain.
Bintu Abiha
6 Februari 2025
12.23 PM
:: CONSISTENCY IS THE KEY ::
Awal tahun lepas, kawan sekolah saya, Z, kontek saya mintak saya ajar mamanya mengaji.
Katanya mamanya tertarik lepas dengar cerita dari S. (S ni kawan sekolah kami jugak, dah lama jugak dia belajar mengaji dengan saya. Cuma sekarang tak dapat nak kelas lagi sebab jadual tak tally dah. Dia doktor)
Saya ingat lagi waktu mula-mula kelas dengan mama Z, satu sesi tu dapat baca satu muka surat je. Kadang-kadang satu muka surat pun tak sampai.
Bila salah, saya akan mintak mama Z ulang sampai dia tahu kat mana yang salah, sampai dia boleh bezakan bacaan yang betul dan yang salah tadi.
Kadang-kadang satu perkataan tu Mama Z sebut 10 kali pun tak betul lagi. Dia mula down. Nampak air muka tu down sangat.
Saya bagi mama Z semangat :
“Aunty, jangan risau aunty. Saya faham je kalau aunty tak dapat sebut dengan betul lagi. Dah berpuluh tahun lidah tu baca kurang tepat, bukan senang nak betulkan terus. Makan masa. Yang penting aunty kena sabar, positif. Jangan stop belajar”
Alhamdulillah, dari tak sampai satu muka surat satu sesi. Sekarang Mama Z dah dapat baca sampai 3,4 muka surat dah. Sebab apa? Sebab kesalahan pun dah berkurang. Sebutan huruf pun dah makin cantik ?
Agak-agak kalau Mama Z terus stop belajar waktu dia tengah down awal tahun lepas tu dapat tak hasil macam sekarang?
Kuncinya KONSISTEN, dan SABAR.
Pelajar kena sabar dengan ketegasan guru.
Guru pun kena sabar dengan kerenah pelajar.
InshaaAllah dua-dua akan dapat manfaat ?
Bagi yang dah lama sangat tak berguru tu, carilah guru Quran cepat-cepat selagi masih sempat.
Jangan pernah rasa cukup dengan ilmu Quran yang kita ada, lebih-lebih lagi kalau kita berguru waktu kita sekolah KAFA dulu je.
WAKE UP!
Bintu Abiha,
2 Disember | 9 AM
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 months, 1 week ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 2 months ago