Maqra'ah Ibni Tayyib

Description
Advertising
We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago

1 month, 3 weeks ago
Huruf Jim (ج) dan huruf Syin …

Huruf Jim (ج) dan huruf Syin (ش) merupakan antara huruf-huruf al-Syajriyyah, iaitu huruf yang keluar dari kawasan tengah lidah.

Namun, kebanyakan orang menuturkan huruf Jim dan Syin ini bukan dari tengah lidah, tetapi dari hujung lidah.

Ini kerana huruf-huruf yang keluar dari hujung lidah lebih mudah dituturkan pada mulut berbanding huruf-huruf yang keluar dari tengah atau pangkal lidah.

Apakah tanda-tanda kita telah mengucapkan kedua-dua huruf ini dari makhrajnya yang tepat atau tidak? Jika tidak, bagaimana cara untuk kita atasi masalah ini agar kedua-duanya dituturkan dengan cara yang tepat?

Semuanya akan dikongsikan dalam seminar online TAJWID AL-HURUF SIRI 2 pada hari Khamis 31 Oktober 2024 pukul 9:00-10:15 mlm.

Berminat untuk menyertai seminar ini? Boleh mendaftar di sini: https://forms.gle/ZYFwTYuMTAst8uRX9

2 months ago
**TADARUS ONLINE 6.0 ***🔊******🚨***

TADARUS ONLINE 6.0 🔊*🚨*

RIWAYAT AL-SŪSĪ QIRAAT ABŪ ‘AMR
menerusi ṭarīq Hirz al-Amānī**

18 Oktober 2024 (Jumaat) • 9.30 malam • Juz 10 (m/s 182-201)

Di bawah bimbingan:
DR UST FELZA ZULHIBRI ABD HAMID AL-HAFIZ
(Ketua Lajnah Pendidikan PASKIM; Pengerusi NGO Sahabat Huffaz Pahang)

Tadarus Online 👉🏼 https://www.facebook.com/share/v/mZewFvYcjWcx1MmQ/

Sahabat Huffaz Pahang 👉🏼 https://www.facebook.com/share/v/gSZo9qEiQKacLrxN/

Maktabah al-Syubrawi 👉🏼 https://www.facebook.com/share/v/ksDfyW1rfSG43y7M/

Program di bawah anjuran Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM) dan NGO Sahabat Huffaz Pahang

2 months, 1 week ago

Kata Imam al-Ajurri rhm dalam Akhlaq Hamalat al-Quran (m/s 78):

يَكْرَهُ الْمُزَاحَ خَوْفًا مِنْ اللَّعِبِ، فَإِنْ مَزَحَ قَالَ حَقًّا، بَاسِطَ الْوَجْهِ، طَيِّب الْكَلامِ.
Penghafal al-Quran membenci gurauan yang berlebihan kerana bimbang terjerumus dalam permainan yang sia-sia. Jika dia bergurau, dia akan mengatakan perkara yang benar, sambil menunjukkan wajah yang ceria dan kata-kata yang baik.

لا يَمْدَحُ نَفْسَهُ بِمَا فِيهِ فَكَيْفَ بِمَا لَيْسَ فِيهِ؟
Dia tidak memuji dirinya sendiri di atas perkara yang benar ada padanya, apatah lagi memuji dirinya atas sesuatu yang tiada padanya.

يَحْذَرُ مِنْ نَفْسه أَنْ تَغْلِبَهُ عَلَى مَا تَهْوَى مِمَّا يُسْخِطُ مَوْلاهُ.
Dia sentiasa berhati-hati agar tidak tewas kepada kehendak nafsunya yang mendorongnya kepada perkara yang memurkakan Tuhannya.

ولا يَغْتَابُ أَحَدًا، وَلا يَحْقِرُ أَحَدًا، ولا يَسُبُّ أَحَدًا، وَلا يَشْمَتُ بِمُصِيبَةٍ، وَلا يَبْغِي عَلَى أَحَدٍ، وَلا يَحْسُدُهُ، وَلا يُسِيءُ الظَّنَّ بِأَحَدٍ إِلا بِمَنْ يَسْتَحِقُّ.
Dia tidak mengumpat sesiapa, tidak merendahkan sesiapa, tidak mencela sesiapa, tidak bergembira di atas musibah orang lain, tidak menzalimi sesiapa, tidak iri hati terhadap orang lain, dan tidak berburuk sangka terhadap sesiapa kecuali mereka yang benar-benar layak.

5 months, 2 weeks ago

Versi terbaru:
- dibetulkan kesalahan ejaan
- disusun mengikut makhraj
- tidak dimasukkan makhraj rongga hidung kerana ia berkongsi makhraj dengan hurufnya

5 months, 3 weeks ago

Penulisan nota ulasan ringkas al-Muqaddimah al-Jazariyyah berhenti buat seketika waktu untuk menyelesaikan beberapa urusan pengajian

5 months, 3 weeks ago

Nota ringkas makhraj dan sifat-sifat huruf hija'iyyah

8 months, 1 week ago

Dari sudut bahasa, Ikhfā’ (الإخفاء) datang dari kata kerja “akhfā - yakhfī” (أخفى - يخفي) yang bermaksud “menyembunyikan sesuatu” atau “menjadikan sesuatu samar²”.

#TriviaTajwid

8 months, 1 week ago

Ikhfa’ bukan bermaksud dengung!

Ikhfa’ bermaksud kita menyebut:
? huruf Nun Sakinah secara samar² disertai dengung ketika bertemu dengan hurufnya;
? huruf Mim Sakinah dengan cara menyentuh kedua² bibir secara ringan berserta dengung ketika bertemu dengan huruf Ba’.

#TriviaTajwid

8 months, 2 weeks ago

عَيْدٌ مُبَارَكٌ .. عَلَيْنَا وَعَليْكُمْ

Hari Raya yang diberkati .. ke atas kami dan ke atas kalian ??
••••••••••••••••••••••••••••••••••

وَكُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ وَصِحَّةٍ وَعَافِيَةٍ

Semoga sepanjang tahun kalian dalam kebaikan, kesihatan dan keafiatan ??
••••••••••••••••••••••••••••••••••

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ

Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian amal-amal kebaikan ??
••••••••••••••••••••••••••••••••••

مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ

Semoga [kita] tergolong dari orang-orang yang kembali [kepada Allah] dan berjaya [dengan Syurga] ??

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Daripada:
Maqra'ah Ibni Tayyib

9 months, 2 weeks ago

LIVE : TADARUS ONLINE 5.0 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN
_Riwayat al-Dūrī dari qiraat Abū ‘Amr menerusi ṭarīq al-Shāṭibiyyah_
_(dengan qaṣr munfaṣil)_

Di bawah bimbingan:
Dr. FELZA ZULHIBRI ABD. HAMID
_(Ketua Lajnah Pendidikan PASKIM, Pengerusi NGO Sahabat Huffaz Pahang)_

? _Tadarus Online:_ https://fb.watch/qGOOo4KYxS/
?️ _Sahabat Huffaz Pahang:_ https://fb.watch/qGORd0xb95/
? _Maktabah al-Syubrawi_ https://fb.watch/qGOTwizWai/

_Program anjuran Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Indera Mahkota (PASKIM) dengan kerjasama NGO Sahabat Huffaz Pahang_

We recommend to visit

Pemburu yang diburu.

Last updated 1 day, 13 hours ago

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Last updated 2 weeks, 2 days ago

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Last updated 1 month, 2 weeks ago