Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 4 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago
Bercakap perkara yang baik-baik bukan hanya sekadar amalan, tetapi satu ibadah yang mendekatkan kita kepada rahmat Allah. Setiap kata yang kita pilih dengan niat yang ikhlas untuk menyebarkan kebaikan, menguatkan ukhuwah, dan memberi harapan adalah ladang pahala yang kekal.
🌱 Dengan satu pujian, kita menyuburkan keyakinan orang lain.
🌱 Dengan ucapan yang lembut, kita mampu menenangkan hati yang resah.
🌱 Dengan doa, kita menghantar kebaikan ke dalam kehidupan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Kata-kata yang baik bukan hanya menjadikan kita lebih disayangi, tetapi menjadikan hati kita lebih damai dan hidup kita lebih bererti. Bila kita memilih untuk bercakap yang baik, kita juga mendidik diri untuk menjadi insan yang lebih positif dan membawa aura ketenangan ke dalam kehidupan kita sendiri.
#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Titipan Pesanan Nabi SAW dalam Mengawal Kemarahan
Terdapat beberapa pesanan yang Baginda SAW titipkan kepada kita sewaktu kita sedang marah, antaranya ialah:
Duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.
Sunan Abi Daud (4782)
Mengambil wudhu
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Maksudnya: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada apI, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwudhu.
Sunan Abi Daud (4784)
Mengelak daripada Membuat Sebarang Keputusan Besar
لاَ يَحْكُمْ أَحَدٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ
Maksudnya: Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.
Sahih Muslim (1717)
Mafhum hadith ini juga tidak seharusnya disempitkan kepada bab penghakiman seorang hakim sahaja, tapi seharusnya terpakai dalam keadaan-keadaan lain yang memerlukan penetapan keputusan yang kritikal, terutamanya jika melibatkan urusan orang ramai. Ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum mengambil sebarang keputusan.
Diam
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam.
Al-Adab al-Mufrad (245)
Berdiam diri sewaktu marah adalah lebih baik, kerana dalam keadaan marah, perkataan-perkataan yang diungkapkan berkemungkinan akan mengguris perasaan orang lain dan mungkin memberi ancaman kepada diri sendiri.
Pemburu yang diburu.
Last updated 3 days, 13 hours ago
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Last updated 2 weeks, 4 days ago
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Last updated 1 month, 2 weeks ago